Anda di halaman 1dari 2

Amaran & Nasihat Ransomware WannaCry

i. Menggesa semua organisasi (pentadbir sistem) untuk berwaspada dan meneruskan


tindakan yang perlu bagi melindungi dan menjamin infrastruktur sistem rangkaian
komputer mereka daripada terjejas.
ii. Pentadbir sistem digesa untuk patch sistem komputer mereka dan mengingatkan
pengguna mereka agar sentiasa berwaspada mengenai serangan Ransomware
baharu untuk menghalang mereka daripada memetik (klik) pautan yang dihantar
bersama e-mel yang mencurigakan / fail.
iii. CyberSecurity Malaysia tidak mengeluarkan apa jua kenyataan tular di media sosial
berhubung larangan menggunakan perbankan dalam talian (online banking), dan
pembelian dalam talian (online purchase).

TIPS Cegah Ransomware WannaCry


Pengguna internet dan pentadbir sistem komputer disaran mengambil langkah-langkah
berikut bagi tujuan melindungi dan mencegah jangkitan Ransomware:-
i. Pastikan pengguna membuat patch yang telah dikeluarkan oleh Microsoft
Users of this product are advised to review and patch the vulnerability
described in MS17-010:
https://technet.microsoft.com/en-us/library/security/ms17-010.aspx
Microsoft Patch for Unsupported Versions such as Windows XP, Vista, Server
2003, Server 2008 can be referred here:
http://www.catalog.update.microsoft.com/Search.aspx?q=KB4012598
ii. Lakukan backups secara berkala ke atas semua maklumat kritikal bagi
mengurangkan kesan kepada data serta sistem hilang, di samping dapat membantu
proses pemulihan. Adalah lebih baik sekiranya data disimpan di dalam device yang
berasingan dan backups disimpan secara offline;
iii. Sentiasa kemaskini perisian anti-virus yang terkini;
iv. Pastikan sistem operasi komputer dan perisian dikemaskini dengan patch terkini;
v. Jangan ikuti pautan web dalam e-mel yang tidak dikenali;
vi. Berhati-hati apabila membuka lampiran pada e-mel;
vii. Ikuti amalan terbaik dan selamat semasa menyemak imbas laman web.
APA PERLU BUAT jika terkena?
Disarankan agar mangsa membuat laporan kepada Pusat Bantuan Cyber999,
CyberSecurity Malaysia yang beroperasi selama 24 jam melalui saluran berikut:-
E-mel: cyber999@cybersecurity.my or mycert@mycert.org.my
Phone: 1-300-88-2999
Fax : +60389453442
Mobile: +60192665850
SMS : cyber999 report email complaint to 15888

BENTUK BANTUAN yang diberikan?


Antara bantuan yang diberikan oleh Cyber999 ialah:-
i. khidmat nasihat mengenai langkah-langkah pencegahan
ii. membersihkan komputer yang telah dijangkiti
iii. membuat analisa lanjut ke atas sampel malware yang dilaporkan agar langkah
pencegahan boleh diambil untuk menghindar dari penyebaran jangkitan malware
dengan lebih meluas.

Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach & Komunikasi Korporat, CyberSecurity Malaysia pada
17 Mei 2017, jam 3.20 petang

Anda mungkin juga menyukai