Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
KECERIAAN MATEMATIK
SK SEMBULAN
1.0 PENDAHULUAN
Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah
menjadi amalan dan budaya sekolah/ tempat bertugas. Sehubungan dengan itu,
saya guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru yang menjalankan internship di
sekolah ini telah memilih untuk melaksanakan projek yang berkaitan dengan
keceriaan sekolah. Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang
dianjurkan dalam memenuhi terma dan syarat Program Internship selama satu
bulan. Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat
melihat komitmen guru pelatih dalam menjayakan sesuatu projek
2.0 MATLAMAT
1. Menanam nilai kerohanian dan akhlak keguruan dalam kalangan guru
pelatih.
2. Melahirkan guru pelatih yang berakauntabiliti dan amanah dalam
melaksanakan tugas.
3. Memupuk guru pelatih yang kreatif dan inovatif.
3.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih
untuk melaksanakan sesuatu projek.
2. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
guru-guru pelatih dan warga sekolah.
3. Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG.
4. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti di sekolah.
5. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih
dalam program yang dilaksanakan.
6. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan projek dan sebagainya.
7. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti.
5.0 TEMPAT
Tangga Blok Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
RM 40.00 RM 40.00
RM 40.00 RM 80.00
RM 10.00 RM 20.00
RM 2.50
RM 5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 270.00
* Semua bayaran ditanggung oleh Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
8.0 PENUTUP
Diharap projek ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih menghayati nilai-nilai
murni serta mengamalkan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan
kecerian sekolah. Dengan ini dapat meningkatkan lagi semangat kerjasama dalam
kalangan guru pelatih dan akan menggalakkan guru pelatih untuk mengeratkan lagi
hubungan di antara guru pelatih dan warga sekolah yang terlibat bagi sama-sama
menjayakan program ini. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.
........................................... ...........................................
(RAYDERREN BENANTA) (PRINCE CHRISTIANSEN JUNIUS)
GURU PELATIH, GURU PELATIH,
IPG KAMPUS GAYA IPG KAMPUS GAYA
Disediakan oleh:
.
(NURUSYAHIRAH BINTI ISMAIL)
GURU PELATIH,
IPG KAMPUS GAYA
.......................................... ..........................................
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM GURU BESAR
SK SEMBULAN, KOTA KINABALU SK SEMBULAN, KOTA KINABALU