Anda di halaman 1dari 1

PRASEKOLAH WAWASAN,

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGGOL BELIMBING,


33400 LENGGONG,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel / Fax : 05-7678159
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 MALAYSIA :Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan

Bil.Kami: Dlm.PRASKBB.LG.PK.akt ( )
Ruj.Tuan:
Tarikh : 05 OGOS 2014

Kepada:
Ibu bapa/Penjaga Murid Prasekolah,
SK Banggol Belimbing,
33400 Lenggong,Perak.

Tuan/Puan

PROGRAM ZIARAH AIDILFITRI RUMAH TERBUKA MURID PRASEKOLAH

Dengan segala hormatnya adalah dirujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, kelas prasekolah berhasrat untuk


mengadakan lawatan ke rumah terbuka murid prasekolah yang sudi menerima
kunjungan kami ke rumah tuan/puan sempena Aidilfitri ini. Lawatan ini bertujuan
untuk memberi pengalaman baru kepada murid prasekolah beraya ke rumah rakan
serta mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan pihak waris.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah sangat berbesar hati sekiranya ada di


kalangan ibu bapa yang sudi merealisasikan hasrat murni murid prasekolah untuk
pergi beraya ke rumah rakan mereka. Pihak sekolah hanya merancang aktiviti ini
dan diharapkan ianya tidak menjadi beban dan tiada paksaan dari pihak sekolah.

4. Program ini akan diadakan pada waktu persekolahan iaitu antara 12 Ogos
2014(Selasa) hingga 14 Ogos 2014(Khamis) sahaja. Kepada ibu bapa yang sudi
menerima kedatangan kami bolehlah berjumpa dengan guru prasekolah untuk
menetapkan hari program tersebut selewat-lewatnya hari Jumaat (8.8.2014).

5. Segala kerjasama dan keprihatinan yang tuan/puan berikan kami dahulukan


dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang menurut perintah,

......................................