Anda di halaman 1dari 11

TAJUK NO.

MUKA
SURAT
PERKEMBANGAN EKONOMI -
2.1 Ciri-ciri ekonomi tradisional
2.2 Ciri-ciri ekonomi dagangan
2.3 Sistem pertanian komersial
2.4 Faktor perkembangan getah
2.5 Perkembangan perusahaan
perlombongan
2.6 Kesan-kesan perkembangan ekonomi
SISTEM PENDIDIKAN -
3.1 Sistem pendidikan tradisional &
sistem pendidikan zaman British
3.2 Penyata Barnes,1950
3.3 Penyata Fenn-Wu,1951
3.4 Ordinan pelajaran,1952
3.5 Penyata Razak,1956
3.6 Penyata Rahman talib,1960
3.7 Jawatankuasa Kabinet,1974
Lampiran -
A. PERKEMBANGAN EKONOMI
2.1 CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL
Pengeluaran dalam skala kecil untuk kelangsungan bekalan makanan.
Untuk keperluan sendiri tidak perdagangkan.
Peralatan diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar.
Sistem pengairan berasaskan sumber air sungai dan hujan.
Modal yang diperlukan adalah kecil.
Penggunaan buruh terhad.
Kerja dilakukan bersama oleh ahli keluarga sahaja.
Tiada pengkhususan pekerjaan Selain menanam padi, mereka menternak
binatang dan menangkap ikan.
Pembahagian kerja melibatkan jantina dan umur sahaja.
Lebihan pengeluaran disimpan dan digunakan semula untuk kenduri-kendara,
pembayaran zakat, sedekah dsb.
Menggunakan teknologi mudah oleh binatang atau manusia.
Pasaran yang kecil.

2.2 CIRI-CIRI EKONOMI DAGANGAN


Pengeluaran adalah dalam skala besar
Menggunakan sumber buruh yang banyak
Modal yang besar
Teknologi yang lebih tinggi
Pasaran yang lebih luas

2.3 SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL


Pertanian komersial berasaskan kepada eksport dan menjadi penyumbang
utama kerajaan
Contohnya pertanian komersial ialah ubi kayu, lada hitam dan tebu.
Maharaja Abu Bakar telah menanam gambir dan lada hitam melalui sistem
kangchu
Pemodal China dan Eropah menguasai pertanian komersial kerana mempunyai
modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama
Pemodal British telah menguasai getah manakala pemodal China pula
menguasai gambir dan lada hitam
Pada masa ini, masyarakat melayu menjalankan ekonomi sara diri
2.4 FAKTOR PERKEMBANGAN GETAH
Getah digunakan ketika revolusi industri dalam industri kereta, maka getah
ditanam di tanah melayu
Pada mulanya, getah ditanam di halaman kediaman residen Hugh Low, Perak
sebagai tanaman hiasan
H.N Ridly ( pengarah botanical garden sigapura ) mempromosikan tanaman
getah dengan memberi benih percuma kepada peladang
Beliau juga menemui sistem menorah ibidem ( cara tulang ikan hering ) yang
tidak merosakkan pokok getah
Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal,
dan alat elektrik
Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di tanah
melayu, syarikat di London membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat
perwakilan di tanah melayu seperti Guthrie dan sime darby
Dasar galakan british kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan takrif cukai
yang rendah kepada pengusaha getah
Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian
dengan pelabuhan atau pusat pentadbiran telah memudahkan pengusaha (
golongan komprador )

2.5 PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERLOMBONGAN


Galian tanah melayu- contohnya bijih timah, emas, besi, arang batu, bauksit dan
antimoni
Bijih timah dan emas ialah galian terawal diperdagangkan yang diusahakan
secara kecil-kecilan oleh orang melayu
Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang bersaing muncul
pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu
Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar melayu.
Mereka perlu mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasi timah
ini kepada pembesar melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh pembesar
melayu
Kedatangan pemodal eropah telah menghentikan penguasaan pembesar
melayu.
Kedatangan pemodal ini Berjaya menyaingi pengusaha hina kerana ereka
menguasai kapal korek yang menghasilkan pengeuaran secara besar-besaran.
Mereka berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh
Kerajaan penjajah juga telah meluluskan enakmen dan undang-undang yang
mewujudkan penguasaan pengusaha Eropah
Terdapat juga pembesar melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan
dengan memajakkan lombong mereka keoada saudagar China dari negeri selat
kerana ketiadaan modal
Tanah melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga perang
dunia kedua.
2.6 KESAN KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI
1. KEWUJUDAN PEMBANDARAN
Perkembangan pecan kecil atau kampong kepada sebuah Bandar kerana
keiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat
pentadbiran, pusat perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan
2. PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
British mengalakkan kemasukan buruh asing untuk menampung
keperluan tenaga buruh di tanah melayu. Kesannya mewujudkan
masyarakat majmuk, pengasingan kaum dan bahasa oertuturan berbeza.
3. SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
Pendidikan vernacular ialah sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar masing-masing. Kesannya
pelbagai jenis sekolah ditubuhkan iaitu sekolah cina, melayu dan inggeris.
Sistem pendidikannya berorientasikan Negara asal mereka
4. KEMUNCULAN SEKTOR PERKILANGAN
Pada tahun 1920 beberapa buah kilang telah didirikan untuk pengeluaran
yang lebih besar. Contohnya syarikat SHUM YIP LEONG telah mendirikan
dua kilang kasut getah di setapak dan tapah untuk dieksport ke China
5. SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Perkembangan sistem pengangkutan berlaku ekoran daripada
perkembangan sector perlombongan dan pertanian. Pembinaan landasan
kereta api telah mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan
seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Antaran landasan
keretaapi yang telah dibina ialah: 1885 menghubungkan port weld ke
taiping.dan 1889 dari kawasan perlombongan kuala lumpur ke port
swettenhem. Jalan raya berturap telah dibina menggantikan tanah merah
dan jalan denai. Telegraf, telefon,perkhidmatan pos, radio, dan
perkhidmatan udara juga diperkenalkan.
6. PERKHIDMATAN KESIHATAN
Kewujudannya kesan kemasukan buruh asing dan kesukaran
mendapatkan bekalan air bersih. Beberapa hospital dan pusat kesihatan
telah dibina seperti di kuala lumpur, perak dan negeri lain. Institusi
penyelidikan perubatan ditubukan di kuala lumpur pada 1990 untuk
membuat kajian mencari langkah langkah pencegahan. Menubuhkan
sanitary board menjaga kebersihan Bandar.
3.1 SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL DAN SISTEM
PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH
SISTEM PENDIDIKAN TRADISIONAL
PENDIDIKAN AGAMA
MADRASAH
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
PENDIDIKAN ISTANA
PENGLIPUR LARA

SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH


SEKOLAH PONDOK
SEKOLAH AGAMA
SEKOLAH VERNAKULAR
SEKOLAH MELAYU
SEKOLAH CINA
SEKOLAH TAMIL
SEKOLAH INGGERIS
3.2 PENYATA BERNES 1950
Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi mengkaji
masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian, satu penyata yang
dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada
tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini.
Antara syor-syor ini ialah:
a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.
b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan
keturunan.
c. Sekolah rendah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sekolah menengah Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.
d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.
Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah kerana
kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah kebangsaan
dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka banggakan. Orang
India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak
oleh kerajaan
3.3 PENYATA FENN-WU 1951
Laporan Fenn-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puas hari masyarakat
Cina terhadap laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini
diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan
Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu).
Laporan ini mengkaji dan menilai semula semula kewajaran Laporan Barnes
1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
Pandangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran
1952

CADANGAN
1. Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu
dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa
Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.

3. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan


tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan
Tanah Melayu / Malaysia.
3.4 ORDINAN PELAJARAN 1952
Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah
ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan
Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).

CADANGAN:
Laporan ini menetapkan:
1. Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan.
Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak
diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

2. Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.


Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana
berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang.
3.5 PENYATA RAZAK 1956
Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956
sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu Nama laporan
ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak.
Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya Laporan
ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk
membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya
dikenali sebagai Malaysia.
Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang
Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara
perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah
rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa
pengantar bagi SRK. Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-
undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak
mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam
pengajaran, ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa
yang lain di sekolah

TUGAS JAWATANKUASA
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi
menyatupadukan penduduk berbilang bangsa

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain

mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu

CADANGAN
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang
diperkatakan ialah:
1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar


utama.

3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
bahasa pengantar.

5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa


Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah


(SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah


Nazir Persekutuan ditubuhkan
3.6 PENYATA RAHMAN TALIB 1960
Pada tahun 1960, Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan dan digabungkan di
dalam Akta Pelajaran 1961 Antara lain, ia juga menyeru:
Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M - Membaca, Menulis, dan Mengira

Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin


yang dikehendaki

Penekanan kepada kurikulum Malaya

Pendidikan menengah atas mempunyai dua aliran, iaitu akademik dan vokasional

Peluang untuk meneruskan pelajaran dari umur 9 tahun sehingga 11 tahun

Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti


pendidikan secara keseluruhan

3.7 JAWATANKUASA KABINET 1974


Perubahan aspek pendidikan yang dibuat dalam laporan jawatankuasa kabinet 1974
Mengkaji sistem pendidikan dan keperluan sumber kemanusiaan
Penekanan aspek membaca, menulis, dan mengira
Kenaikan darjah secara automatic
Sekolah vokasional ditekankan
Perlaksanaan KBSR dan KBSM

Anda mungkin juga menyukai