Anda di halaman 1dari 2

Wabak h1n1 Langkah pencegahannya

Setiap kali kita membaca surat khabar, pasti ada berita tentang kes kes selsema babi atau
dengan nama lainnya Influenza A (H1N1). Nampaknya apa yang diwar warkan oleh
Kementerian Kesihatan akhirnya menjadi kenyataan. Gelombang kedua Influenza A (H1N1)
akhirnya berlaku.

Sehingga kini, jumlah terkumpul kes selsema babi ini sudah pun menjangkau 13,158 dengan 31
kes baru direkodkan hari ini. Seperti yang kita tahu, ramai diantara kita masih tidak imiun
dengan penyakit ini melainkan ada yang pernah mendapat penyakit influenza A (H1N1), jadi
memandangkan gelombang ke dua Influenza A (H1N1) sudah pun bermula kita haruslah
mengambil langkah untuk berjaga-jaga sebelum dijangkiti. Bagi mencegah penyakit ini daripada
dijangkiti lebih baik kita ikuti langkah langkah pencegahan yang disarankan ini bagi
membendung penularan penyakit influenza h1n1.

Influenza h1n1 ialah merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus
baru. Virus ini terhasil dari mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia. Individu yang
dijangkiti virus ini akan mempunyai simpton demam dan diikuti dengan salah satu gejala seperti
batuk,sakit tekak,sesak nafas atau sukar untuk bernafas,sakit kepala dan sakit badan. Individu
yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini
(Biasanya sehingga 7 hari). Kanak kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang
lebih lama.

Virus ini boleh berjangkit kepada orang lain apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair
yang terkeluar semasa bersin atau batuk akan terkena tangan pesakit, permukaan permukaan
objek papan kekunci di komputer atau pun tersebar ke udara. Selain itu , seseorang boleh
dijangkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhan tangan individu yang menghidapi,atau
menyentuh permukaan-permukaan objek yang tercemar dengan titisan cecair penghidap.Virus
ini dapat bertahan diatas sesuatu permukaan selama 2 hingga 8 jam. Contohnya seperti di
meja,papan kekunci komputer,tombol pintu dan pada pemegang tangga. Virus ini akan tersebar
dari orang yang dijangkiti kepada orang lain diantara 1 hari sebelum orang yang dijangkiti mula
sakit ke 5 hingga 7 hari selepas dijangkiti. Virus akan bertahan lebih lama didalam badan orang
orang tertentu terutamanya kanak kanak dan orang yang mempunyai immuniti yang lemah.

Rawatan dan vaksin yang digunakan untuk merawat penyakit ini ialah dengan mengunakan
antiviral dan terdapat dua jenis antiviral yang digunakan iaitu Oseltamivir (Tamiflu) dan
Zanamivir (Relenza). Kini sudah terdapat vaksin Influenza A (H1N1) di Malaysia. Bagi mereka
yang berisiko tinggi, boleh dapatkan vaksin di pusat pusat kesihatan.

Langkah-langkah pencegahan yang harus dilakukan adalah seperti amalkan adab batuk dan
bersin yang sopan,gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin,buang tisu yang
telah digunakan ke dalam tong sampah,segera cuci tangan dengan air dan sabun atau
pembasmi kuman tanpa bilas, dan cuci tangan selepas menyentuh muka,hidung,mulut dan
mata.

Selain itu, kita haruslah kerap mencuci tangan. Mencuci tangan adalah kaedah paling berkesan
untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit dikalangan kanak kanak dan orang dewasa.
Oleh itu, amalkan tujuh langkah betul untuk membasuh tangan. Segera mencuci tangan apabila
menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket ,
selepas bersin atau batuk ataupun menghembus hidung,selepas berjabat tangan dengan orang
yang mengalami gejala selsema dan apabila tangan anda kotor.

Gunakanlah topeng mulut dan hidung (Mask) jika selsema atau ke tempat tempat awam.
Jangan lakukan pekara seperti ini apabila menggunakan topeng muka iaitu berkongsi topeng
,menyentuh permukaan topeng yang telah digunakan , menggunakan semula topeng yang
sudah dipakai dan meletakkan topeng di merata-rata tempat. Sebaiknya buanglah ke tempat
yang betul seperti tong sampah. Selepas menanggalkan topeng, cuci tangan anda dengan air
dan sabun atau pembasmi kuman tanpa bilas.

Jarakan diri anda daripada orang yang selsema sejauh lebih kurang 1 meter untuk langkah
berjaga-jaga. Di samping itu, amalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam dan
mengamalkan diet yang seimbang untuk meningkatkan immuniti badan.

Terdapat golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi atau penyakit teruk akibat
jangkitan Influenza A (H1N1). Golongan tersebut ialah kanak Kanak berumur kurang 5 tahun,
warga emas yang berumur 65 tahun dan keatas,wanita hamil, mereka yang mempunyai penyakit
sampingan yang lain seperti asma, paru-paru kronik,kegagalan fungsi organ,penyakit
kardiovaskular,penyakit hati dan individu yang obesiti.

Kesimpulannya, paling penting sediakan kit H1N1 anda sendiri dan sentiasa membawanya
kemana mana untuk keselamatan diri anda. Penyakit ini merupakan penyakit yang berbahaya.
Adalah lebih baik mencegah daripada mengubati.

Anda mungkin juga menyukai