Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

PULAU PINANG
11700 GELUGOR, PULAU PINANG

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN
PERSATUAN DO IT YOURSELF (DIY)
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN
PERSATUAN DO IT YOURSELF (DIY)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN
Penubuhan Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan merupakan suatu inisiatif
ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti murid-murid sebagai insan yang
aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia
juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang seimbang dari
segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial. Penubuhan persatuan ini
pada dasarnya adalah untuk mencungkil bakat bakal-bakal murid yang
terpendam dalam diri masing-masing.

2.0 NAMA PERSATUAN


KELAB SENI, MUZIK & KEBUDAYAAN

3.0 LOGO PERSATUAN

Penerangan Logo
i. Warna perang DIY: mewakili bahan terbuang
ii. Perkataan DIY: Bermaksud sesuatu proses yang perlu dilalui oleh
setiap pelajar guru mengikut kemahuan atau kehendak sendiri untuk
menghasilkan sesuatu produk baru
iii. Simbol tangan: Memberi maksud pelajar guru perlu membina
sendiri sesuatu produk baru dengan tangan sendiri
iv. Simbol alatan: Menunjukkan alatan yang diperlukan oleh pelajar
guru dalam penghasilan sesuatu produk baru

4.0 MOTO PERSATUAN


Berusaha untuk kehidupan yang lebih selesa.

5.0 Visi
Menjadi sebuah persatuan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif.

6.0 Misi
Persatuan ini adalah untuk melibatkan pelajar guru secara aktif dalam
kegiatan persatuan dan menerapkan sikap inovasi pelajar guru dalam
kehidupan seharian serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar
guru.

7.0 Rasional
Rasional persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat yang
terpendam dalam setiap diri murid.

8.0 MATLAMAT PERSATUAN


Matlamat penubuhan Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan adalah untuk:
i. Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan
potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

9.0 OBJEKTIF PERSATUAN


Objektif penubuhan Persatuan DO IT YOURSELF (DIY) adalah :
i. Pelajar guru dapat menggunakan bahan terbuang untuk
menghasilkan produk DIY.
ii. Pelajar guru dapat menghasilkan produk yang berpotensi bersaing
dengan produk yang ada di pasaran.
iii. Pelajar guru dapat membaiki produk yang rosak dengan tangan
sendiri.
iv. Pelajar guru dapat menambahbaikan produk yang sedia ada.
10.0 LOKASI PERJUMPAAN
Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan untuk
beroperasi adalah di bilik Seni.

11.0 JADUAL WAKTU


Aktiviti Kelab Seni, Muzik & Budaya akan dijalankan seperti mana jadual
di bawah:-

Hari Masa
Rabu 2:00 petang 3:00 petang

Berdasarkan jadual di atas, persatuan ini akan diadakan pada setiap bulan
seminggu sekali seperti yang ditetapkan pada Mesyuarat Agung.

12.0 Yuran Bulanan


Persatuan ini akan mengutip yuran RM 5 bagi setiap bulan.

13.0 Keahlian
i. Dibuka kepada semua murid tetapi terhad kepada 25 orang murid
sahaja.
ii. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang
yang disediakan.
iii. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.
iv. Semua ahli mesti hadir setiap perjumpaan, ahli yang tidak hadir
perlu menunjukkan alasan yang munasabah.
11.0 Cadangan aktiviti Kelab Seni, Muzik & Budaya

Bil Cadangan program / aktiviti Catatan


1 Lantikan AJK 21.1.2017
2 Menyanyi lagu dan menyalin lirik lagu Nilam 28.1.2017
3 Menulis tulisan berantai dan gambar 4.2.2017
4 Membuat origami rama-rama 25.2.2017
5 Latihan kompang rentak zapin 4.3.2017
6 Membuat sarang telur daripada kertas warna 1.4.2017
7 Membuat model itik 3D menggunakan kertas warna 15.4.2017
8 Menyanyi lagu pantun 29.4.2017
9 Mencipta alat perkusi daripada bahan terbuang 29.7.2017
10 Melukis dan mewarna poster sempena bulan 12.8.2017
Kemerdekaan
11 Mencipta lirik lagu untuk hari kanak-kanak 16.8.2017
12 Prtandingan membuat origami 7.10.2017

14.0 Guru Penasihat


14.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
14.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan
dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
14.3 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
14.4 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli
semasa aktiviti dijalankan

15.0 Ahli Jawatankuasa


15.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
15.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk
sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
15.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
15.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat
tanpa mengadakan mesyuarat.
15.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
15.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada :
15.6.1 Pengerusi
15.6.2 Naib Pengerusi
15.6.3 Setiausaha
15.6.4 Penolong Setiausaha
15.6.5 Bendahari
15.6.6 Penolong Bendahari
15.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
15.6.8 Juruaudit (2 orang)

16.0 Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa


16.1 Pengerusi
16.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat
16.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya
16.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
16.2 Naib Pengerusi
16.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi.
16.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
16.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

16.3 Setiausaha
16.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
16.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
16.3.3 Mencatat kehadiran ahli
16.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
16.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
16.4 Penolong Setiausaha
16.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
16.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
16.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
16.5 Bendahari
16.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
16.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
16.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
16.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
16.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
16.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
16.6 Penolong Bendahari
16.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan
Bendahari.
16.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
16.7 Ahli Jawatankuasa
16.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan.
16.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
16.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa
16.8 Juruaudit
16.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
16.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
17.0 KEWANGAN
17.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui kutipan yuran
bulanan dari murid sebanyak RM5.00 sebulan seperti yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung
17.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti
17.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh memberi sumbangan khas bagi membiayai
aktiviti tersebut.
17.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun
SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.

18.0 KEHADIRAN/PENYERTAAN
18.1 Ahli persatuan dikhendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
18.2 Kegagalan berbuat demikan sebanyak tiga kali berturut-turut
dikhendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong
markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

19.0 AKTIVITI
19.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
19.1 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

20.0 PERATURAN-PERATURAN
20.1 Peraturan sekolah dirujuk sebagai peraturan asas.
20. 2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.
20.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.
21.2 TINDAKAN DISIPLIN
21.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapka.
21.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:-
i. Amaran Lisan
ii. Amaran Bertulis
21.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dimabil
boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan
secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.

22.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN


22.1 Mana-mana bahagian dalam pelembagaan ini sah sehingga ia
dipinda.
22.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara
bertulis.
22.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan
Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut
dan meluluskannya jika perlu.
22.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah di pamirkan
dan disahkan oleh Guru Besar.

23.0 PEMBUBARAN PERSATUAN


23.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan ini jika
didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
23.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

24.0 HAL-HAL LAIN


24.1 Setiap ahli perlu mngetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
24.2 Ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan
penuh minat.

25.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan di
sekolah merupakan satu langkah yang bermakna kepada warga sekolah untuk
mencungkil bakat serta kreativiti seseorang murid yang terpendam. Justeru,
adalah sangat diharapkan bahawa kertas cadangan penubuhan Kelab Seni,
Muzik & Budaya ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak
pengurusan sekolah.