Anda di halaman 1dari 5

Soalan 10 : Bincangkan salah konsep dan kesilapan umum dalam Pengajaran

Sukatan, Geometri dan Perwakilan Data

MISKOSEPSI / SALAH KONSEP

Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk
memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah
tafsirkan oleh mereka.

Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang
mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik,
masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana
sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang
diberikan.

Pengajaran Sukatan

i. Tidak Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah


Masalah kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu simbol atau tatatanda matematik
akan menyebabkan berlakunya salah konsep.
Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat
memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami
kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah
kepada ayat matematik.
Contohnya : Beberapa pokok bunga ros dan pokok bunga matahari ditanam di suatu
lorong sepanjang 520 m supaya tempat itu kelihatan lebih menarik. daripada panjang
lorong itu ditanam dengan pokok bunga ros. Hitung panjang dalam km, lorong itu yang
ditanam dengan pokok bunga matahari.

5
= x 520 m
8

= 5 x 520 m

8

= 325 m 1000

= 0.325 km

Walaupun jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid betul, namun ia bukanlah
jawapan yang sebenar bagi soalan yang diberikan.
Murid perlu kembali semula melihat soalan dengan mencari maklumat yang
diberikan. Murid perlu mencari bunga matahari dan bukannya bunga ros.

ii. Salah Faham Konsep

Unit-unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciriciri fizikal, digunakan sebagai faktor
untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
Kesukaran yang dialami oleh murid-murid ialah tidak dapat menyelesaikan operasi
penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian unit-unit ukuran seperti
isipadu, ukuran panjang, timbangan dan masa kerana kesilapan konsep.
Mengikut teori behaviourisme, murid belajar apa yang diajar atau sekurang-kurangnya
sebahagian daripada apa yang dipelajari. Teori Behaviourisme berpandangan bahawa
pengetahuan diperolehi dari pengalaman, dan pengetahuan sedia ada (current
knowledge) tidak diperlukan dalam pembelajaran.
Contoh : Kira hasil tambah 2 jam 55 minit dengan 5 jam 45 minit.

1 1
2 jam 5 5 minit
+ 5 jam 4 5 minit
8 jam 0 0 minit

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid dapat dijelaskan bahawa, murid
beranggapan penambahan tajuk masa dan waktu mempunyai konsep yang sama
dengan penambahan nombor bulat.
Walaupun jawapan yang diberikan oleh murid betul, namun penyelesaian seperti ini
hanya sesuai untuk tajuk nombor bulat, perpuluhan dan wang. Murid perlu dibimbing
memahami konsep dengan cara yang betul dan mudah difahami.

iii. Tidak Menghafal Rumus


Kesukaran tidak menghafal rumus tentunya akan menghalang murid-murid daripada
melakukan proses kerja matematik dengan baik.
Hal ini berlaku kerana, matematik merupakan mata pelajaran yang melibatkan proses
menghafal berbagai-bagai jenis rumus sama ada melibatkan tajuk-tajuk tertentu dalam
bidang asas ukuran mahupun asas nombor.
Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus, dan menggunakan rumus
bukan pada soalan yang dikehendaki.
Contoh : 21.62 kg + 896 g = _________ kg

= 8 9 6 g 1 0 0
Rumus = 8 . 9 6 kg
2 1 . 6 2 kg
1kg = 1000 g
dan bukannya 100 + 8 . 9 6 kg
3 0 . 5 8 kg



Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100
bagi menukar g kepada kg, walhal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi
nilai dengan 1000.
Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada miskonsepsi murid kepada konsep
timbangan berat. Kesilapan ini juga berlaku sekiranya murid gagal menguasai rumus
bagi tajuk-tajuk ukuran yang lain seperti isipadu cecair, ukuran panjang dan masa
dan waktu.

iv. Keliru Dengan Istilah Matematik

kekeliruan sering berlaku apabila murid tidak dapat menyatakan nilai apabila adanya
istilah matematik dalam soalan-soalan yang diberikan.
Penggunaan istilah terutamanya kurang/lebih daripada selalu mengelirukan murid-
murid.

Contoh : Jadual 3 menunjukkan berat 3 buah kotak R, S dan T.

Kotak Berat
R 3.5 kg
S 325 g kurang daripada R
T 1.25 kg lebih daripada S
Jadual 3
Kira jumlah berat ketiga-tiga kotak, dalam kg.

Kesilapan Murid :
Tidak menolak 325 daripada 3.5 kg dari nilai R

3 . 5 0 0 kg
+ 0 . 3 2 5 kg
3 . 8 2 5 kg
Kesilapan+Murid
1 :. 2 5 0 kg
Tidak menambah
5 1.25
. 0kg7daripada
5 kgnilai S

v. Tidak dapat mengenali jenis piawaian yang digunakan untuk membuat sukatan
mengikut panjang sesuatu bahan.

Masalah ini berlaku apabila murid tidak memahami unit piawai sukatan yang hendak
digunakan.
Murid belum lagi memahami nilai kecil digunakan untuk objek yang lebih pendek
dan nilai besar digunakan untuk objek yang lebih panjang.

vi. Tidak dapat membuat sukatan dengan betul.

Masalah ini berlaku kerana murid membuat sukatan menggunakan pembaris


bermula dari kiraan "1" dan bukannya "0".
Murid memikirkan bahawa setiap sukatan bermula daripada "1" kerana pengiraan
biasa bermula daripada "1".

vii. Tidak dapat mengira sukatan yang dibuat.

Masalah berikut pula ialah mengenai murid yang tidak memahami cara membuat
sukatan dan tidak dapat mengira sukatan yang dibuat.
Masalah ini biasanya murid cuai dalam membuat sukatan terutamanya
menggunakan pembaris pendek untuk objek yang lebih panjang.

viii. Tidak dapat membeza antara dua bacaan unit piawai.

Masalah berikut adalah masalah murid membuat perbandingan antara dua unit
yang digunakan.
Selalunya murid tidak memahami unit kecil berbanding unit besar.

ix. Tidak menganggar, mengukur dan mencatat dalam unit piawai yang betul.
Contohnya, dalam ukuran panajng murid mengukur panjang buku dan
menulis ukurannya dalam km.
Murid tidak dapat membezakan yang mana satu unit bersesuaian ditulis.
Unit kilometer ialah unit panjang untuk jarak yang jauh seperti jarak antara
Taiping ke Kuala Lumpur.
Bagi unit meter adalah untuk jarak yang panjangnya sederhana.
Kemahiran mengukur hendaklah diajar secara praktikal. Ini akan dapat
memudahkan murid memahami konsep ukuran panjang yang dipelajari.
Di samping itu, ianya juga penting kerana murid tidak lari daripada proses
membuat ukuran dalam kehidupan seharian.
Pendedahan awal perlu diberi kepada murid agar mereka mahir membuat
ukuran dengan menggunakan alatan-alatan ukur yang betul dan bijak
menentukan unit piawai ukuran yang sesuai digunakan.

x. Tidak mengingat formula penukaran unit.

Kebanyakkan miskonsepsi ini sering berlaku dalam ukuran panjang kerana dalam
ukuran panjang terdapat 4 unit yang berlainan formula manakala dalam ukuran jisim
dan isipadu yang terdapt 2 unit.
Maka murid tidak akan keliru dalam penukaran unit jisim dan isipadu.
Miskonspesi yang dikatakan ialah, jika 2.3km = 2 300m maka 2.3m juga menjadi 2
300cm.
Kesalahan seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m kepada km
dan sebagainya.
Miskonsepsi ini berlaku kerana murid tidak meneliti dan menghiraukan unit yang
diberikan.

xi. Murid menganggap objek yang lebih besar mesti lebih jisim daripada objek lebih kecil

Contohnya 1kg kapas lebih jisim daripada 2 kg logam.


Murid melihat bahawa kapas mempunyai jisim yang besar dari logam kerana kapas
lebih besar dari logam.
Miskonsepsi ini bukan sahaja berlaku dalam tajuk jisim malah ia juga berlaku dalam
tajuk isipadu cecair apabila membandingkan dua bekas yang berbeza saiz.
Murid biasanya melakukan perbandingan di atas ketinggian yang lebih menampung
muatan.
Contohnya, cecair yang ada dalam bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang
banyak daripada cecair yang berada dalam bekas yang pendek dan luas.
Bagi mengatasi masalah ini guru perlu menyediakan aktiviti yang melibatkan murid
menimbang sendiri pelbagai objek dengan menggunakan alat penimbang.