Anda di halaman 1dari 6

TAJUK 2

2.0 Deria dan Seni

Pengenalan

Deria memainkan peranan yang penting untuk individu memproses informasi


semasa pembelajaran. Setiap pelajar mengamalkan stail pembelajaran yang
berbeza maka adalah lebih berkesan jika guru memberi peluang kepada pelajar
untuk meneroka pengalaman dengan menggunakan kepelbagaian deria. Aktiviti-
aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan
eksperimentasi dengan menggunakan deria lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuhan.
Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran sedia ada untuk mengukuhkan pemahaman mengenai sesuatu konsep
ataupun kemahiran yang dipelajari (Rujuk Rajah 2.1).

2.1 Deria

Lihat

Dengar
Sentuhan
Deria dan Seni

Rasa
Bau

Rajah 2.1 Deria

2-1
2.1.1 Deria Penglihatan

Melihat dengan menggunakan mata melibatkan pengamatan dan


pemerhatian secara visual dan mental. Penglihatan merupakan deria yang
penting untuk pembelajaran terutamanya untuk pelajar yang kecenderungan
visual. Penglihatan membolehkan seseorang memproses informasi untuk
mengingat, memahami, mengapresiasi dan mengenali sesuatu dengan lebih
mendalam. Oleh itu untuk menarik pelajar dalam menguasai sesuatu konsep,
sumber yang digunakan boleh menggabungkan penggunaan warna, bentuk,
ruang, jalinan serta perwatakan seseorang dari segi gerak geri ataupun
ekspresi yang dapat dilihat. Pengamatan dan pemerhatian yang teliti
mengenai sumber tersebut membolehkan seseorang memperoleh maklumat
yang berkesan pembelajaran dan perkembangan kognitif.

2.1.2 Deria Pendengaran


Pendengaran, persepsi auditori dan audiation merujuk kepada
abiliti untuk menerima bunyi dengan mengesan getaran yang
berubah dalam persekitaran. Mendengar dengan menggunakan
telinga membolehkan kita berkomunikasi dan membuat
interpretasi berdasarkan gelombang bunyi. Pendengaran yang
teliti membolehkan seseorang menginterpretasi maklumat dengan berkesan
untuk memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan. Pendengaran memainkan
peranan yang penting untuk seseorang terutamanya pelajar auditori. Bunyi
yang diperdengarkan membantu kanak-kanak memahami dunia dan
menambahkan pemahaman kanak-kanak mengenai sesuatu yang tidak
dapat dijelaskan melalui penglihatan. Tugasan aural yang melibatkan
pelbagai aktiviti dapat mewujudkan suasana yang menarik dalam kelas.
Aktiviti yang melibatkan pendengaran merupakan bahan pengajaran yang
penting untuk pelbagai jenis matapelajaran. Contohnya aktiviti memadankan
bunyi dengan binatang tertentu dalam mata pelajaran Sains membolehkan
kanak-kanak mengetahui ciri-ciri binatang tersebut. Aktiviti pendengaran
muzik yang dimainkan dengan teliti membolehkan seseorang
menginterpretasi irama, melodi dan ekspresi lagu yang dimainkan dengan
tepat dalam kelas apresiasi muzik.

2-2
2.1.3 Deria Rasa
Deria ini boleh dikategorikan sebagai keupayaan untuk
merasa makanan yang manis, masam, masin, pahit dan
umami. Tunasa rasa boleh membezakan rasa yang
pelbagai dengan mengesan interaksi molekul atau ions
yang berbeza. Dengan menggunakan deria ini,
seseorang dapat memberi tanggapan mengenai
makanan yang dimakan. Menikmati rasa dan memasak makanan sesuatu
budaya merupakan aktiviti yang menarik untuk murid-murid belajar dalam
mata pelajaran kemahiran hidup. Aktiviti sebegini boleh memberi gambaran
kepada pelajar mengenai reaksi saintifik yang kemudiannya dapat dikaitkan
dengan rasa makanan tersebut.

2.1.4 Deria Hidu


Deria hidu bergantung kepada saraf penerimaan yang
bertindak
balas kepada kimia yang dibawa oleh udara. Deria ini wujud
apabila molekul odorant terikat dengan saraf penerima yang
digunakan untuk mengesan sesuatu bau. Bau boleh dikaitkan dengan
pelbagai benda, binatang, flora dan fauna. Misalnya, kanak-kanak boleh
belajar mengenai keharuman atau kebusukkan sesuatu bunga dengan
menghidu bung-bunga di taman bunga.

2.1.5 Deria Sentuhan


Sentuhan wujud dari lapisan bawah kulit yang dikenali
sebagai dermis. Dermis mengandungi banyak saraf yang
halus yang memberi informasi mengenai bahan yang kita
sentuh. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui
sentuhan secara fizikal dan melibatkan diri dalam
membuat sesuatu aktiviti secara hands-on. Misalnya, kanak-kanak dapat
mengekspresi diri melalui permainan dough, plasticine, mewarna atau
membuat paper mache. Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka, menunjukkan kreativiti serta mengekspresi diri.
Pembelajaran melalui sentuhan dan pergerakan dapat memberi faedah
kepada pelajar kinestetik selain daripada mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang menarik.

2-3
2.2 Kepentingan Kepekaan Deria
Kepekaan deria membolehkan individu membentuk satu persepsi yang
menyeluruh mengenai sesuatu fenomena. Persepsi ini juga dipanggil
pengamatan. Pancaindera manusia yang terdiri daripada mata, telinga,
hidung, lidah dan kulit memainkan peranan yang penting dalam memproses
maklumat yang diterima daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitaran. Demi untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan menghasilkan pelajar yang bermotivasi dan
berjaya, pembelajaran multi-sensori yang melibatkan aktiviti yang
menstimulasi penggunaan semua deria adalah digalakkan.

2.2.1 Persekitaran
Jensen (2000) percayai bahawa otak respons kepada pembelajaran
persekitaran yang kaya yang melibatkan banyak pusat pemprosesan
maklumat. Dapatan Jensen menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku
melalui pengalaman dinamik yang kaya dan kompleks serta persekitaran
yang melibatkan pelbagai deria. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran
persekitaran yang kaya dapat memperkaya sel otak dan memperkembang
tumbuhan sel otak baharu. Oleh itu, kepekaan kepada persekitaran dengan
menggunakan kepelbagaian deria memainkan peranan penting untuk
meningkatkan pembelajaran seseorang.

Lawatan sambil belajar merupakan satu daripada kaedah yang dapat


menstimulasikan pelbagai deria dalam pembelajaran melalui persekitaran
yang kaya. Misalnya, seseorang kanak-kanak dapat menghayati dan
memahami flora dan fauna dengan lebih mendalam melalui lawatan ke taman
botani. Kanak-kanak dapat menyentuh, membau, merasa, melihat dan
mendengar suasana di persekitaran sambil belajar. Selepas itu, mereka
dapat melaksanakan aktiviti seni seperti melukis dan membentuk flora dan
fauna melalui teknik corak seni visual, membuat pergerakan berirama yang
menyerupai binatang dan serangga yang dilihat melalui aktiviti pergerakan,
serta menghasilkan bunyi serangga dan suasana persekitaran yang
diperdengarkan secara berirama melalui seni muzik. Aktiviti yang melibatkan
pelbagai deria dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang

2-4
pelbagai stail pembelajaran untuk menyertai pembelajaran dan
meningkatkan kefahaman.

2.2.2 Perkembangan Nilai Estetik


Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat
aspek iaitu:
i. Daya Intuisi kemampuan untuk mendapat pengetahuan melalui
gerak hati.
ii. Persepsi - satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap
rangsangan dalam alam persekitaran dan proses menginterpretasi
maklumat melalui deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu
minyak wangi, otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya
dengan seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera
manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima
maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran.
Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui
sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang individu mendapat
rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini diamati
melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses. Faktor-
faktor yang mempengaruhi persepsi ialah jangkaan, hubungan latar
depan dan belakang, penemuan dan imaginasi
iii. Imaginasi - merupakan daya khayalan atau kemampuan
menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau mencipta
sesuatu secara khayalan atau bayangan.
iv. Konsepsi Pelajar - membina hubungan mengenai sesuatu maklumat
dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea
yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud
atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus.

Melalui persekitaran yang kaya dan penglibatan nilai estetik dalam


pengajaran dan pembelajaran, murid boleh dilatih untuk melihat sesuatu
dengan perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik ataupun
gunaan. Aspek tersebut dapat diterapkan melalui haluan seni visual, seni
muzik dan juga seni pergerakan yang boleh memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan terutama dalam meningkatkan nilai hidup.

2-5
2.3 Cadangan Aktiviti untuk Meningkatkan Kepekaan Deria dan
Perkembangan Nilai Estetik
Contoh: Melawat satu tempat (kafeteria, asrama, makmal, taman, kilang,
pantai, pasar) dan melaksanakan aktiviti berikut.
i. Mendengar dan menghayati tiga bunyi dari persekitaran tersebut dan
cuba menghasilkannya semula bunyi tersebut secara kreatif dengan
mengaplikasikan ciri-ciri seni muzik menggunakan bahan improvisasi
ii. Melihat, dan menyentuh tiga bahan maujud dari persekitaran tersebut
dan menghasilkan semula bahan tersebut secara kreatif dengan
mengaplikasikan unsur seni reka dalam lukisan, catan, kraf dan
sebagainya.
iii. Melihat dan menghayati tiga jenis pergerakan dari persekitaran dan
menghasilkan semula pergerakan tersebut secara kreatif dengan
mengaplikasikan unsur-unsur pergerakan dalam tarian ataupun
lakonan.

2-6