Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT

(UCAPAN YBM TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN)

-Ucapan terima kasih kepada tuan guru besar, wakil PPD, ibu bapa dan guru-guru
yang sudi meluangkan masa ke majlis PIBG SKKN.

- Beliau mengatakan program ini diperlukan untuk bangsa, agama dan negara kita
dan ianya meningkatkan pendidikan negara selaras dengan Transformasi
Terengganu Baharu (TTB).

- Beliau yakin PIBG SKKN sentiasa berusaha meningkatkan pendidikan kita dan
menyelesaikan setiap isu yang ada di sekolah ini.

- Beliau juga menyatakan bahawa sekolah ini merupakan sekolah pertama yang
membuat persembahan Kalam Jamaie, anak-anak sungguh berkeyakinan
bercakap dalam Bahasa Arab.

-Beliau mengucapakan ucapan tahniah dan syabas kepada guru-guru sekolah ini
yang telah mendidik anak-anak kita semua.

- Beliau memberithahu bahawasanya keputusan UPSR pada tahun lepas begitu


mengejutkan kerana kebanyakan sekolah tidak mendapat 6A, tetapi sekolah ini
ada melahirkan murid 6A.

- Beliau juga SKKN Berjaya melahirkan murid-murid yang boleh dapat A dalam
mata pelajaran English sedangkan sekolah lain ada yang tidak berjaya.

- Beliau juga menyatakan anak-anak murid SKKN aktif dan berjaya dalam
pencapaian kokurikulum juga seperti mewakili ke kebangsaan dalam sukan rabgbi
dan johan merentas desa di daerah Besut pada tahun ini.

- Beliau tertarik dengan moto sekolah iaitu (Kreatif, Inovatif dan Progratif) kerana
ketiga-ketiga elemen itu perlu dalam diri seorang murid. Contohnya, ada belia di
Besut telah mencipta motor yang di muat naik dalam Youtube dan telah ditonton
seramai hampir 5000 penonton. Beliau itu sangat kreatif kata beliau.

- Beliau mengatakan tahun lepas berlangsungnya pelancaran kutipan derma untuk


pembinaan surau, dlan alhamdulillah tahun ini telah tesergam indahsurau sekolah
ini.

- Beliau mnyatakan orang kampung ini murah hati dan suka menderma untuk
pembinaan surau seperti pasir, kipas, simen, paip daln lain-lain. Ibu bapa punya
nilai-nilai yang terpuji.
- Beliau mengumumkan bahawa beliau akan memeberi sumbangan juga pada
surau sekolah.

- Beliau menyatakan setiap orang yang menggunakan surau sekolah ini, akan
mendoakan kita sekaligus akan sumbangan yang kita berikan pada surau menjadi
saham kita di akhirat.

- Beliau kata walaupun kita ada kegawatan ekonomi, kerarajaan tetap perihatin
memberi kebajikan kepada masyarakat dengan memberikan terus bantuan awal
persekolahan kanak-kanak dan memberi BR1M kepada orang awam.

- Beliau menyatakan kita perlu Hablu minallah, Hablu minannas, kita perlu
amalkannya untuk masuk syurga dan tanda syukur kita atas segala nikmat dari
Allah.

- Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berusaha
dalam meningkatkan kesjahteraan di negara kita.

- Beliau memberitahu, pada 16.04.2017 Perdana Menteri akan turun Besut di


Dewan Muara.

- Beliau meuar-uarkan kita aka nada landasa keretapi di Kuala Besut, yang mana
laluannya dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur mengambil masa dalam 7 jam sahaja.

- Beliau memetic kata Idris Jusoh, Kita kena percya diri kita, kalua kita nak
berjaya dan anak-anak kita perlu ada matlamat yang jelas, imaginasi, melakukan
tindakan yang segera dan rasional, focus terhadap setiap tindakan yang dilakukan
dan kita perlu istiqamah dalam melakukan sesuatu kerja itu, Inshallah, kalua ikut
cara ini kita akan lahirkan tamadun yang gemilang suatu hari nanti.

- Beliau mengumumkan kana meberi 2000 untuk dimasukkan dalam tabung PIBG.

Anda mungkin juga menyukai