Anda di halaman 1dari 2

Nama: ASEAN (Association of South East Asian Nations atau Persatuan Negara Asia

Tenggara)

Tarikh penubuhan: 08.08.1967

Negara anggota: Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara
Kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea.

Negara-negara anggota adalah seperti berikut:


1. Brunei Darussalam
2. Filipina
3. Indonesia
4. Kemboja
5. Laos
6. Malasia
7. Mymmar
8. Singapura
9. Thailand
10. Vietnam

1
Tujuan penubuhan ASEAN adalah:
1. Untuk mengekalkan dan mempertingkat keamanan, keselamatan dan kestabilan dan
selanjutnya untuk memperkukuh nilai yang berteraskan keamanan di rantau ini.
2. Untuk mempertingkat ketahanan serantau dengan menggalakkan kerjasama politik,
keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya yang lebih erat.
3. Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada
segala senjata pemusnah besar-besaran yang lain.
4. Untuk memastikan bahawa rakyat dan Negara Anggota ASEAN hidup dengan aman di
kalangan rakyat seluruh dunia dalam persekitaran yang adil, demokratik dan penuh harmoni;
5. Untuk mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan dalam ASEAN
melalui bantuan bersama dan kerjasama

Prinsip penubuhan ASEAN adalah:


1. Menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan wilayah dan identiti
nasional kesemua Negara Anggota ASEAN.
2. Komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan keamanan,
keselamatan dan kemakmuran serantau.
3. Menolak pencerobohan dan ancaman atau penggunaan kekerasan atau perbuatan lain
dengan apa jua cara yang tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.
4. Pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman dan damai.
5. Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara Anggota ASEAN.

Anda mungkin juga menyukai