Anda di halaman 1dari 13

TAHAP KESEDIAAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PENYEDIAAN

FLIPPED CLASSROOM

NURUL NADIRAH BINTI RAMLI

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK

Mini kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru prasekolah terhadap
penyediaan Flipped Classroom di sekolah. Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang
menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped Classroom.
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam
kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti
kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. Pelajar diberi video untuk ditonton sebelum
masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Tidak ada struktur
khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran
menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik
darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan
perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped
Classroom. Flipped Classroom adalah kaedah pedagogi yang menyonsangkan amalan PdP biasa di mana
penyampaian dan/atau pencarian maklumat baharu berlaku di luar waktu PdP, manakala aktiviti
berpusatkan murid berlaku secara aktif di dalam kelas prasekolah.
ISIKANDUNGAN
PENGENALAN...........................................................................................................................................1

FLIPPED CLASSROOM .....................................................................................................

Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran......................................................................................


Rancangan Pengajar Harian Berasaskan Web Atau Online (E- Lesson Plan)...............................................

Tujuan Inovasi Rancangan Pengajaran Harian On- Line..............................................................................

Penglibatan Invididu Dalam Pelaksanaan Inovasi Rph On-Line ..................................................................

Harapan Daripada Rph On-Line ...................................................................................................................


PENGENALAN

Seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memartabatkan penggunaan
ICT (Information Communication Technology) dalam dunia pendidikan, inovasi dalam perancangan
pengajaran oleh guru perlu dibuat dengan menekankan konsep ICT dalam untuk melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan jenis- jenis
peralatan teknologi dan sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul,
dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer,
Internet, teknologi penyiaran dan transmisi (Fadliaton Zainudin, 2015). Kemudahan komunikasi dan
teknologi maklumat membantu pengetua membuat keputusan yang berkesan secara pantas dengan
wujudnya kemudahan akses kepada maklumat dan perhubungan dengan pihak-pihak yang boleh
membantu. Perubahan yang ingin dicapai dalam era teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi
satu perspektif baru kepada sistem pendidikan di Malaysia. Era teknologi maklumat dan komunikasi
telah mengundang satu cabaran yang amat hebat kepada pendidik dan pentadbir sekolah di negara
(Mohd Izham & Norazah, 2007).

Menurut Hanif et. al., (2015) menyatakan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah adalah
bergantung pada pengurusan yang mantap, kepimpinan yang strategik dan mempunyai personaliti yang
baik. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah membantu
pemimpin dalam menjalankan tugas- tugas pengurusan dan pentadbiran (Faridah Juraime & Mohd
Izham, 2009).

Ruang kelas dan suasana pembelajaran yang kondusif serta perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang jelas berfokus akan meningkatkan minat belajar murid. Apabila murid mempunyai
minat yang tinggi terhadap pembelajaran, proses percambahan ilmu dan penguasaan kemahiran akan
berlaku dengan lancar dan memberi impak kepada outcomependidikan prasekolah.

Artikel The Irresistible Classroom Getting The Learning Environment Right In Early
Education (Jaggo, 2014) menjelaskan bahawa kanak-kanak berusia di peringkat prasekolah belajar
melalui penerokaan, pergerakan, imaginasi, perasaan ingin tahu, penuh kreativiti dan hands-on
experiencemelalui kaedah bermain. Elemen-elemen ini penting dalam menghasilkan persekitaran yang
kondusif dan menepati keperluan kanak-kanak.
Ruang atau Pusat Pembelajaran

Ruang atau pusat pembelajaran (Learning Centre) murid perlulah menjadi satu tempat yang menarik
kanak-kanak untuk hadir ke sekolah iaitu terdapat elemen yang menyeronokan, cantik, kreatif dan
belajar tetapi pada masa yang sama kanak-kanak boleh kekal sebagai kanak-kanak (Jaggo, Nurney. Co.
Carlow. 2014). Prinsip kelas yang kondusif dan berkesan bagi kanak-kanak prasekolah adalah seperti
Rajah di atas. Pusat Pembelajaran boleh diolah mengikut kemahiran utama yang perlu dikuasai murid
sebagai asas persediaan mereka untuk mengikuti pendidikan formal di Tahun Satu.

Persekitaran pembelajaran (Jaggo, Nurney. Co. Carlow. 2014) yang menepati kriteria seperti
yang dinyatakan perlu kepada persekitaran yang menyokong pembelajaran yang berasaskan aktiviti
(Mara. 2011). Pembelajaran ini menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan bermakna mereka
akan bergerak daripada satu tugasan kepada tugasan yang lain yang dilaksanakan dalam pusat
pembelajaran. Konsep ini memberikan ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar mengikut
minat dan keupayaan mereka sebagai individu. Mereka juga berpeluang melakukan penerokaan dan
mencari jawapan kepada isu yang timbul semasa mereka menyelesaikan tugasan. Kaedah ini
menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dan berkreatif semasa melakukan aktiviti.
Ruang Atau Pusat Pembelajaran Berasaskan Flipped Classroom

Flexible environment - pembelajaran boleh berlaku di mana dan di ketika mana pun. Pembelajaran
tidak hanya berlaku di dalam kelas, dan guru bukan satu-satunya penyampai ilmu kepada murid.
Pendidikan awal seorang kanak-kanak bermula dari rumah dengan ibu bapa atau penjaga sebagai guru
yang pertama. Proses dan peranan guru di rumah boleh terus berlaku walaupun kanak-kanak telah
menjejak kaki ke alam persekolahan di prasekolah. kesinambungan proses pembelajaran antara sekolah
dan rumah akan berupaya meningkatkan kualiti perkembangan seorang kanak-kanak. Guru sebagai
pemilik kurikulum seharusnya mampu untuk fleksibel merancang kaedah pembelajaran dengan
mewujudkan sinergi antara guru dan ibu bapa. Guru juga seharusnya fleksibel dalam merancang susun
atur kelas supaya bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dilaksanakan.

Learning culture - pembentuk budaya belajar bermula daripada seorang guru, terutamanya bagi murid
prasekolah. Oleh itu, bagi Flipped Classroom, guru perlu menjadikan pembelajaran yang berpusatkan
murid, dengan melaksanakan aktiviti yang interaktif dan bermakna. Sebelum pelaksanaan aktiviti, guru
perlu memastikan murid telah diberi pendedahan kepada perkara yang akan dipelajari dan ianya berlaku
di luar waktu PdP.

Intentional content - kurikulum adalah sumber PdP utama. Guru perlu menetapkan objektif
pembelajaran dan bijak memilih bahan bantu mengajar dan aktiviti yang berpusatkan murid. Semua
yang dirancang mestilah sesuai dengan keupayaan dan kesediaan murid.

Profesional educator - sebagai seorang profesional, guru mestilah sentiasa bersedia untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tanpa menunggu dipanggil untuk mengikuti kursus dalam
perkhidmatan atau lain-lain kursus.Ilmu pengetahuan yang terkini akan membantu guru untuk menjadi
profesional dalam pelaksanaan kurikulum dan PdP. Selain itu, ia juga akan membantu guru untuk
menyesuaikan situasi pembelajaran dengan objektif, bahan PdP dan kawal selia tingkah laku murid.
Guru juga akan berupaya untuk menjadi fasilator dan pendorong yang efektif sebelum, semasa dan
selepas pelaksanaan aktiviti.

Pelaksanaan di prasekolah ianya adalah adaptasi dan modifikasi daripada konsep Flipped
Classroom yang menggunapakai dasar prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Pelaksanaan Flipped
Classroom memerlukan guru yang memahami konsep proses Pengajaran dan Pembelajaran berikut.
Proses PdP bermula dengan kurikulum yang menepati keperluan pendidikan dengan penggunaan
pedagogi yang berkesan dan berimpak tinggi. Seterusnya dilaksanakan pentaksiran berterusan bagi
meningkatkan kualiti kurikulum serta pengolahan pedagogi bagi memastikan murid mencapai objektif
pembelajaran. Guru perlu memahami KSPK dan menyusun semula keperluan penguasaan kemahiran
dalam tunjang mengikut kesesuaian murid dan situasi semasa. Perancangan yang teliti akan membantu
guru melaksanakan aktiviti berpusatkan murid dengan jayanya. Murid perlu diberikan tugasan yang
spesifik dan mudah difahami oleh mereka. Kejayaan menyelesaikan tugasan akan membantu murid
menjadi lebih yakin dan berminat untuk terus melakukan tugasan yang seterusnya.

Guru prasekolah perlu mempelbagaikan dan merancang pelbagai jenis aktiviti dengan merujuk
kepada penguasaan kemahiran yang digariskan dalam KSPK. Justeru itu, guru perlu melakukan pencarian
bahan mengajar tambahan dari pelbagai sumber bagi meningkatkan kreativiti murid dan keseronokan
belajar dalam pengajaran dan pembelajaran.Perancangan Pembelajaran dan pengajarn yang teliti dan
menarik dapat membantu guru mentaksir murid dengan lebih optimum sepanjang masa terutama
semasa proses pelaksanaan tugasan dan juga hasil tugasan.

Setiap guru yang ingin melaksanakan Flipped Classroom prasekolah perlu menyoal diri mereka
berdasarkan soalan-soalan berikut:

1. Bagaimana saya perlu merancang secara sistematik dan membuat refleksi berkenaan P&P saya
dan belajar daripadanya serta pengalaman orang lain?

2. Bagaimana dan bila saya berinteraksi secara interaktif dengan murid serta mendengar idea dan
pandangan mereka?

3. Adakah perancangan jadual kelas saya memberi ruang dan peluang untuk murid berfikir,
berbincang dan membuat refleksi kepada idea, pengalaman dan perasaan mereka?

4. Bagaimanakah caranya untuk saya merangsang minat dan rasa ingin tahu murid bagi setiap
aktiviti individu dan berkumpulan?

5. Adakah persekitaran kelas saya bersesuaian dan membantu proses pembelajaran berkesan pada
setiap masa?

6. Apakah jenis maklumat berguna yang saya dapat daripada setiap murid secara individu melalui
proses pentaksiran dan bagaimana saya menggunakan maklumat tersebut untuk menambah baik P&P
saya?
Tujuan Inovasi Flipped Classroom

Suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan adalah salah satu antara faktor yang paling penting
dalam memastikan kemenjadian murid dan menarik minat murid prasekolah. Pewujudan bilik darjah
Abad Ke-21 perlu berlaku bermula dari peringkat prasekolah. Flipped Classroom prasekolah mrangkumi
dua aspek penting dalam proses pembelajaran murid. Aspek-aspek tersebut ialah membentuk susun
atur fizikal kelas dan model pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berpusatkan murid.

Fizikal kelas merujuk kepada susun atur kelas Abad Ke-21 yang menggalakkan pembelajaran
berfokuskan aktiviti murid. Flipped Classroom prasekolah menyediakan lima jenis pelan lantai. Kelima-
lima pelan lantai memberi gambaran kepada fokus pelaksanaan aktiviti murid. Berdasarkan pelan lantai
yang dicadangkan, murid tidak ditempatkan di satu lokasi yang sama di sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran P&P.

Susun atur kelas diolah kepada ruang pembelajaran mengikut perancangan aktiviti. Bentuk
susun atur ruang pembelajaran memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan aktiviti berasaskan
projek. Mereka menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru dengan menceritakan dan menilai hasil
tugasan tersebut. Pembelajaran sebegini memberi murid lebih ruang dan peluang untuk mendalami
proses pembelajaran yang menepati konteks situasi sebenar. Elemen KBAT dan STEM dapat diterapkan
dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk penyelesaian dalam tugasan yang di berikan. Kaedah pengjaran
danpembelajaran P&P berteraskan aktiviti murid ini juga berupaya menggalakkan P&P yang
menyeronokkan kerana murid dapat belajar melalui penerokaan, eksperimentasi, kreativiti, saling
berkongsi maklumat dan mendorong mereka untuk berinovasi.

Objektif daripada Inovasi Flipped Classroom

1. Meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

2. Menyusun susun atur kelas prasekolah yang berfokuskan murid dan mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif.

3. Menyediakan satu model pembelajaran yang berfokus kepada minat dan kecenderungan murid.

4. Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menerusi kemahiran berbahasa melalui

aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

5. Mempraktiskan pembelajaran yang menyeronokkan dengan aplikasi kaedah belajar melalui

pendekatan bersepadu iaitu bermain, kerja kumpulan, penerokaan dan berteraskan projek.

6. Meningkatkan kemahiran psikomotor murid melalui aktiviti yang aktif dan menyeronokkan.
Penglibatan Invididu Dalam Kesediaan Guru Prasekolah Terhadap Penyediaan

Flipped Classroom

Harapan Daripada Flipped Classroom


MODEL PENERIMAAN BERASASKAN KEPRIHATINAN (MPBK)

Model Penerimaan Berasakan Keprihatinan (MPBK) atau Concern-Based Adoption Model (CBAM)
merupakan panduan kajian kepada guru untuk mengenalpasti tahap keprihatinan guru dalam
melaksanakan inovasi yang diperkenalkan. Tahap keprihatinan guru terhadap inovasi dikategorikan
kepada tujuh tahap iaitu tahap 0 (kesedaran), tahap 1 (maklumat), tahap 2 (peribadi), tahap 3
(pengurusan), tahap 4 (kesan), tahap 5 (kerjasama) dan tahap 6 (fokus semula) (Hall dan Hord, 2011).
Tujuh tahap keprihatinan guru dikategorikan kepada empat peringkat keperhatinan.
Jadual 1

Tahap Keprihatinan Berkaitan Inovasi : Definisi Mengikut Tahap

Peringkat Tahap Definisi

Keprihatinan Keprihatinan

Tiada 0 0 Kesedaran Guru prihatin atau terlibat terhadap inovasi


Berkaitan yang diperkenalkan.

1- Maklumat Guru mempunyai kesedaran umum terhadap


inovasi yang berlaku dan berminat untuk
mempelajari/ mengetahui dengan lebih
lanjaut tentang ciri dan kesan
--------------------------------------------------------------------------------------
Diri 2- Peribadi Perasaan kebimbangan guru mengenai
peranan dan kemampuan diri untuk
melaksanakan inovasi termasuk keprihatinan
mengenai jenis kesan inovasi tersebut
terhadap dan aktiviti rutin mereka
Tugas 3- Pengurusan Guru fokus kepada proses dan tugas dalam
melaksanakan inovasi. Mereka cuba
menggunakan maklumat dan sumber yang ada
secara optimum. Isu kecekapan, penyusunan,
pengurusan penjadualan dan tempoh masa
yang di perlukan adalah diutamakan
Impak 4- Kesan Tumpuan guru berfokus kepada kesan
perubahan ke atas pemantauan oleh pentadbir
terutamanya penilaian keberkesanan
penggunaan Flipped Classroom
----------------------------------------------------------------------------------------------------
5- Kerjasama Guru bekerjasama dengan guru lain bagi
meningkatan kecekapan pelaksanaan
perubahan
----------------------------------------------------------------------------------------------------
4- Fokus Semula Guru memikirkan dan memfokuskan semula
tumpuan mereka untuk meneroka faedah
perubahan yang dilaksanakan. Mereka
mencari kemungkinan atau alternative lain
demi menambah baik inovasi yang sedang
berlaku .
PERNYATAAN MASALAH

Seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memartabatkan penggunaan
ICT (Information Communication Technology) dalam dunia pendidikan, inovasi dalam perancangan
pengajaran oleh guru perlu dibuat dengan menekankan konsep ICT dalam untuk melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran harian secara on-line diwujudkan untuk
memudahkan pihak pentadbir membuat pemantauan keatas guru- guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti profil umum tahap keprihatinan guru prasekolah di Zon Keramat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dalam melaksanakan Flipped Classroom .

2. Mengenalpasti tahap keprihatinan guru terhadap pelaksanaan Flipped Classroom mengikut


jantina dan umur guru.

METODOLOGI KAJIAN

Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian ialah semua guru prasekolah di Zon Keramat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Set soalan soal selidik telah diedarkan kepada 10 orang guru
prasekolah di Zon Keramat tersebut dan dapat dikumpul semula seperti yang diedarkan.
Pemilihan populasi dan sampel berdasarkan kepada sekolah di Zon Keramat yang melaksaan
inovasi Flipped Classroom. Pemerihalan responden dibahagikan kepada jantina dan umur guru.
Jadual 2: Rumusan Pemerihal Responden

Pemboleh ubah Demografi Kekerapan (n=10)


Lelaki 6
Perempuan 4
Jantina

20-29 2
Umur 30-39 5
40-49 3

Instrument Kajian Instrument kajian diadaptasi daripada soal selidik tahap keprihatinan atau dikenali
sebagai Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) yang dibina berdasarkan kepada model CBAM (Hall dan
Hord, 2011). Instrumen ini diubahsuai mengikut kefahaman terhadap inovasi RPH online. Instrumen
kajian mempunyai 30 item soal selidik berkaitan dengan tujuh tahap keprihatinan guru terhadap inovasi
yang diperkenalkan. Setiap pernyataan berpandukan kepada lima (5) skala mengikut intensity yang
berbeza seperti berikut:

Skor min Interprestasi


1 Sangat rendah
2 Rendah
3 Sederhana
4 Tinggi
5 Sangat Tinggi
DAPATAN KAJIAN

Profil Umum Tahap Keprihatinan Guru Dalam Pelaksanaan RPH On-line Profil umum peringkat
keprihatinan tiada kaitan (tahap 0), peringkat keprihatinan diri (tahap 1 dan tahap 12) dan peringkat
keprihatinan tugas (tahap 3) adalah lebih tinggi berbanding dengan peringkat keprihatinan impak (tahap
4, tahap 5 dan tahap 6). Bagi peringkat tiada kaitan iaitu tahap 0, profil menunjukkan intensity yang
paling tinggi iaitu 91%. Peringkat keprihatinan impak adalah peringkat keprihatinan yang menunjukkan
skor peratusan rendah berbanding dengan peringkat keprihatinan tiada kaitan (tahap 0), peringkat
keprihatinan diri (tahap 1 dan tahap 2) dan peringkat keprihatinan tugasan (tahap 3). Bagi peringkat
keprihatinan diri (tahap 1 dan tahap 2) dan peringkat keprihatinan tugasan (tahap 3) menunjukkan skor
peratusan hampir sama iaitu 64%, 63% dan 65%. Jumlah skor mentah (Min 5 Item) dan skor peratusan
responden bagi setiap tahap keprihatinan ditunjukkan dalam jadual.

Tahap Skor Peratusan Jumlah Skor Min Sisihan Piawai


Keperihatinan Mentah
(Min % Item)
Tahap 0
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5
Tahap 6
Tahap 7