Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2012

10 Okt 2012.......
. .
Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Penaga,
Yang dihormati, Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 6 sekalian..
((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang
berbahagia
____________________________________________________
_______________atas kesudian menerima undangan ke Majlis
Khatam Al-Quran bagi tahun 2012..))
....
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi
kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat
untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat
direalisasikan melalui program-program sebegini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini, marilah kita


sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan adik Mohd Syazwan bin


Roslan untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.
#########

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan
doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan
lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah
Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan


alu-aluan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi b.
Abdullah untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita
pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita
pada hari ini.Namun, majlis kita masih belum selesai.
Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran
bagi murid-murid Tahun 6 yang telah selesai mengkhatam
Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang
berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Penaga untuk menyampaikan sijil
tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Yakin untuk menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Jaya untuk menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Usaha untuk menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Gigih untuk menerima sijil.
Dipersilakan wakil murid tahun 6 Maju untuk menerima sijil
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad atas
kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan


Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad
menyampaikan tanda hati kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi
b. Abdullah, Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini
.Dipersilakan.
#########
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad atas kesudian menyampaikan tanda hati
sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di
penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Majlis Khatam al-Quran Program j-QAF Tahun
2012, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya
Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan
membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi
AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.

Anda mungkin juga menyukai