Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN DAN KESELAMATAN DI BENGKEL

1.1 Peraturan dan Keselamatan

1. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel yang
teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.

2. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-


(i) Keselamatan am
(ii) Keselamatan diri dan rakan
(iii) Keselamatan alatan dan bahan

1.2 Keselamatan Am

1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut
bertutup perlu difahami oleh semua murid.

2. Rambut mestilah pendek dan kemas.

3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang
panjang dilipat kemas.

4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.

5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.

6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja dibengkel.

7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel.

8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

1.3 Keselamatan Diri dan Rakan

1. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.

2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel,

3. Pakai apron dan kasut getah yang bertutup.

4. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja.

5. Bagi murid-murid perempuan,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung
dipakai dengan kemas.

6. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel.


7. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.

8. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel.

Rajah dibawah menunjukkan etika pemakaian yang sesuai semasa beradadi dalam bengkel.

1.3 Keselamatan Alatan dan Bahan

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada gurusebelum murid boleh menggunakannya.

2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.

3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.

4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.

5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang
terbaik oleh guru.

6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.

1.4 Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel

1. Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik,kertas, kaca dan sisa logam perlu
diuruskan dengan baik

2. Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
3. Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan
mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan plastik.

4. Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek
kitar semula bahan.

5. Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisabuangan.

1.5 AMALAN 4M

1. Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
- Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
- Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
2. Menyusun Atur
- Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul

3. Menilai Diri dan Tempat Kerja


-Pencahayaan yang cukup
-Peredaran udara yang baik
-Lantai kering dan tak berminyak

4. Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri

1.6 Alat Bantuan Kebakaran

1. Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan sekiranya terjadi kebakaran yang kecil di
bengkel.
2. Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran yang berlainan.

3. Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya.

Saya dengan ini telah membaca dan memahami perkara-perkara yang disebutkan di atas. Saya akan mematuhi
peraturan ini sepanjang saya berada di bengkel.

T.Tangan Pelajar
..
(Nama: )
(Tarikh: )

Anda mungkin juga menyukai