Anda di halaman 1dari 4

Dari Raub pergi ke Pontian,

Terus pula ke Kuala Perlis,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Surah al-fatihah pembuka bicara.


Al-
fatihah

BismilLahirRahmanirRahim.Assalamu`alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.Yang


Berusaha En Radzi Bin Johari selaku pensyarah GERKO kami,Yang Dihormati Encik Zainal bin
Sulaiman,Seterusnya putera puteri bakal guru cemerlang sekalian.Alhamdulillah, bersyukur
kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpahkurniaNya, kita diberikan kesihatan
dan kesempatan untuk bersama-sama menjayakanPertandingan Malam Kebudayaan K19
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh tahun2010 pada malam ini.
Purnama berseri di malam hari,Kerdipan Kartika bagai suasa,Malam Kebudayaan dan Santai
Asli,Memertabat seni warisan bangsa.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berdiri,


Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga Majlis bertambah seri.


SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERTANDINGANMALAM KEBUDAYAAN K19 TAHUN
2010Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dihulurkan kepada En Radzi Bin Johari dan
EncikZainal Bin Sulaiman atas kesudian untuk menghadiri Pertandingan Malam
KebudayaanK19 bagi tahun 2010 ini seterusnya menjadi hakim pada malam ini.Hadirin yang
dihormati,

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon Rahmat,

Moga Majlis sentiasa diberkati.


Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tanganmengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara
Bin ... Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin, Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz
.. bin .. atas bacaan doa sebentar
tadi.Hadirin dan Hadirat sekalian,

Negeri Perak aman sentosa,

Pendidikan Gemilang Misi Utama,

Dengan tiada melengahkan masa,


Kita mulakan aturcara pertama.

Majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha saudara Muhammad Anas Bin MohdSalleh,
merangkap pengerusi induk Pertandingan Malam Kebudayaan K19 bagi tahun2010 untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Anas Bin Sallehatas
ucapan beliau yang sungguh bermakna sebentar tadi.Hadirin dan hadirat sekalian,Kini
tibalah acara kemuncak pada malam ini iaitu Pertandingan Kebudayaan bagi unitK19 bagi
tahun 2010.Untuk membuka tirai persembahan pada malam ini, majlis dengan segala
hormatnyamenjemput kumpulan.....................untuk
membuat persembahan.........................Dipersilakan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
atas persembahan....................... itu tadi.Majlis diteruskan lagi dengan persembahan
................................. Persembahan ini
akandisampaikan oleh kumpulan.....................................................Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar itu
tadi.Seterusnya persembahan ............................ oleh pelajar dari
kumpulan........................Kumpulan ini akan menyampaikan ....................................
yangbertajuk...................................................yang diketuai oleh ..................................Dipersil
akan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang bertenaga
olehkumpulan...........................sebentar tadi.Hadirin yang dimuliakan,Majlis pada malam ini
diteruskan lagi dengan pesembahan dari kumpulan yang
terakhiriaitu dari kumpulan ............................................. Mereka akan .....................................
...Marilah sama-sama kita menghayati persembahan mereka.Majlis mengucapkan terima
kasih atas persembahan sebentar itu tadi.Hadirin sekalian, begitulah tadi persembahan oleh
para pelajar unit k19 yang begitubersemangat.

Majlis diteruskan dengan tayangan video yang telah dihasilkan oleh pelajar unit K19yang
bertajuk..................................Sama-samalah kita menghayati video tersebut.Hadirin yang
dimuliakan,Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi
pertandinganpada malam ini.Untuk itu, dijemput Encik Zainal Bin Sulaiman mengiringi Encik
Radzi Bin Johari untukmenyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi malam ini.
Kelopak menadah embun menitis,Celahan batu tepian perigi,Berakhir sudah madah puitis,Sampailah waktu
berundur diri.Bersarang tempua celahan mayang,Sayangnya jatuh di tengah paya,Hendak berpisah terasa
sayang,Hendak bersama apakan daya.
Dengan berakhirnya pantun itu tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada malam
ini.Ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menjayakan majlis pada malamini.
Semoga di lain masa kita berjumpa lagi. Jamuan disediakan di belakang. Kitatangguh majlis
kita pada malam ini dengan tasbih kaffarah dan Surah al-asr.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai