Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Gambar 1 : Bangga menjadi guru?

Apakah itu keguruan? Apakah itu perguruan? Selalunya, orang akan silap menginterpretasikan
kedua-dua istilah ini. Menurut Muhammad Syahir Al-'Assya (2013), sebenarnya perguruan
membawa maksud pengajaran kepada guru pelatih/bakal guru, murid atau lain-lain manakala
keguruan pula adalah perkara yang berkaitan dengan peranan, tugas guru dan seumpanya.

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan
manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan
tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta
terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru
adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat
merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang
berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika
matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
(Mok Soon Sang, 2011)

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk
menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil
Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh
mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima
latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian
dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru
adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya

1
dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat
psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak
negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan
dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion
keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal
ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. (Najeemah
Md. Yusof, 2006)

2.0 TRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN

Kementerian terus beriltizam mengekalkan dasar sedia ada, iaitu mengukuhkan profesion
keguruan di Malaysia bagi menjadikannya menarik, mendatangkan kepuasan dan berprestij.
Mengambil iktibar daripada kejayaan yang dikecapi daripada usaha terdahulu dan
permuafakatan awal dengan para guru serta kesatuan guru, Kementerian bercadang
melaksanakan Pakej Kerjaya Guru baharu dalam beberapa fasa. Pakej Kerjaya ini akan
menangani cabaran masa kini yang dihadapi oleh guru pada setiap peringkat dalam kerjaya
mereka. Pakej ini merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan
peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu, membolehkan guru
maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya
kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas. (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2012)

2
2.1 KRITERIA YANG PERLU ADA PADA GURU

Guru ialah insan yang membina insan ke arah kebaikan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah. Menurut Abdulah Hasan (2010), personaliti guru memainkan peranan kerana
ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian
pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa,
kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan
mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga
perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang
tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang
lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak
langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa
melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Menurut Ee Ah Meng
(1998), guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak
langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui
amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

2.2 PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN

Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru menyempurnakan laithan di
Institut Pendidikan Guru (IPG) atau universiti. Guru yang berjaya menamatkan latihan keguruan
tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna
kerana itu hanya satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi
prasyarat profesion keguruan. Permulaan yang baru melangkahkan kaki ke perkhidmatan
keguruan sebenarnya memasuki satu alam pengembaraan profesional yang jauh dan penuh
dengan pelbagai ranjau dan liku. Guru akan berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan
sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Syarat utama bagi membolehkan guru bersikap
terbuka dan menerima perubahan ialah melalui pembelajaran berterusan. Oleh itu, setiap guru
harus bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan
sepanjang hayat. Konsep pendidikan sepanjang hayat membolehkan profesion keguruan
memberi sumbangan cemerlang kepada profesionnya secara khusus dan negara secara amnya.
(Syed Ismail Mustapha dan Ahmad Subki Miskon, 2014)

3
3.0 CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PROFESION KEGURUAN

3.1 MENINGKATKAN PROFIL PROFESION KEGURUAN

Kementerian akan memperkukuhkan status profesion keguruan supaya menjadi profesion


pilihan. Di Korea Selatan, profesion keguruan adalah pilihan kerjaya paling popular kerana
mempunyai status sosial yang tinggi, kesukaran untuk memperoleh sijil mengajar, gaji yang
tinggi, dan kestabilan kerjaya. Kementerian berhasrat untuk melaksanakan kempen pemasaran
dan pengambilan bersasaran, berfokus kepada mereka yang berprestasi tinggi. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012) Kementerian telah mengkaji semula gaji guru-guru dengan
memberikan elaun khas seperti elaun balik kampung kepada guru yang bekerja di bandar dan
kawasan pedalaman untuk menyara kehidupan mereka di samping itu juga elaun khas dapat
memenuhi kepuasan guru. (Deria, 2008)

3.2 MENINGKATKAN STANDARD KEMASUKAN BAGI GURU PELATIH DAN AMBILAN


GURU BAHARU

Antara langkah yang untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan ialah
mengetatkan kemasukan guru pelatih dan ambilan guru baharu. Kementerian akan
mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan memilih calon guru pelatih
daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Kementerian
bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya bilangan calon yang berkelayakan pada
sesuatu tahun berkurangan. Kementerian juga akan menetapkan standard yang lebih ketat
untuk bergraduat daripada latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai guru
permulaan bawah Kementerian. Pada masa hadapan, guru permulaan akan dipilih hanya
apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka perolehi melalui praktikum
dan kerja kursus semasa latihan perguruan. Syarat ini adalah untuk memastikan hanya guru
yang terbaik dan paling layak menyertai sistem. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012)

4
3.3 MEROMBAK KEMAJUAN KERJAYA KEGURUAN

Selain itu, langkah merombak kerjaya keguruan merupakan salah satu langkah untuk
menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Kementerian berhasrat
mengukuhkan laluan untuk guru berprestasi tinggi sedia ada. Di bawah laluan pantas yang
disemak semula, kerangka masa kenaikan gred guru berprestasi tinggi dari DG41 ke DG54
dicadangkan lebih singkat berbanding tempoh 25 tahun pada masa ini (Ekshibit 5-11).
Kemajuan kerjaya guru bergantung pada kepantasan seseorang guru menguasai kompetensi
bagi setiap tahap. Penghargaan tambahan akan diberikan kepada guru yang berjaya
menyempurnakan perkhidmatan antara tiga hingga lima tahun di sekolah luar
bandar/pedalaman, dan/atau di sekolah berprestasi rendah. Pergerakan pantas ini bertujuan
memberikan ganjaran kepada guru yang berprestasi tinggi, dan menggalakkan guru terbaik
bertugas di sekolah berkenaan. Implikasinya, komposisi tenaga kerja guru pada masa ini akan
beranjak daripada didominasi oleh guru muda kepada guru berpengalaman dan berkemahiran
tinggi. Dianggarkan antara 2% hingga 5% guru pada setiap tahun akan mendapat manfaat
daripada laluan ini. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012)

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, profesion keguruan merupakan peranan yang penting untuk memajukan negara
menjelang Wawasan 2020. Guru pada zaman dahulu amat jauh berbeza dengan guru masa
sekarang kerana guru pada zaman dahulu tidak perlu mempunyai kelulusan akademik untuk
menjadi guru manakala pada zaman sekarang guru perlu bertauliah dan profesional. Kerjaya
guru tidak seharusnya dipandang sebagai kerjaya kedua kerana guru memainkan peranan
penting dalam membentuk generasi muda. Guru yang profesional mempunyai kualiti,
keterampilan, kewibaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik. Skim perkhidmatan
keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek pengambilan, latihan dan penempatan.
Selain itu, laluan kerjaya profesion keguruan perlu menjadi lebih menarik supaya akan
meningkatkan persepsi masyarakat terhadap guru dan menarik minat individu lain untuk
menyertai profesion ini. Seterusnya, para guru perlu sentiasa diberi latihan untuk meningkatkan
kemahiran dan mengekalkan kualiti mereka agar dapat memartabatkan profesion keguruan.
Tanpa guru siapalah kita hari ini? Oleh yang demikian kerjasama daripada semua pihak amat
diperlukan bagi merealisasikan hasrat ini. (Sapiah Uyuni Mohamed Yaacob , 2013)

Anda mungkin juga menyukai