Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna,Rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan

sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan keberkatan
dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu. Ya Allah Ya
Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan kempunanMu kepada pasangan
pengantin. Kuniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap
dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih-lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta
berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin