Anda di halaman 1dari 20

KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam

Kaunseling
_______________________________________________________________________
_

1. SEJARAH INVENTORI PERSONALITI WARNA

Sejarah penggunaan teori personaliti warna telah dimulakan oleh Don Lowry
melalui kad-kad aktiviti True Colors ( Falt 1999 ). Menurut Falt, Don Lowry adalah
usahawan dan anak murid kepada David Kiersey. Menurut Hauck ( 1998 ), David Kersey
merupakan ahli terapi psikologi yang telah memperkenalkan jenis personality iaitu
Apollonian, Dionysian, Promethean dan Epimethean. Walau apapun, Don Lowry telah
menggunakan model personaliti yang telah diperkenalkan oleh Keirsey untuk dijadikan
asas bagi mencipta True Colors.

Apa yang boleh kita fahami, konsep True Colors yang diperkenalkan oleh Don
Lowry ini adalah merupakan sejenis kad permainan yang berlandaskan personaliti
individu yang melibatkan empat jenis warna iaitu warna emas, hijau, biru dan jingga.
Warna emas selalunya melambangkan personaliti individu-individu yang seringkali
dalam kehidupannya berlandaskan peraturan-peraturan dalam setiap geraklakunya
malahan akan rasa bersalah jika perjalanan kehidupan sehariannya melanggar norma-
norma peraturan yang telah ditetapkan. Dalam Inventori Personaliti Warna ini, warna
hijau seringkali melambangkan perwatakan seseorang individu yang amat mementingkan
instituisi pemikiran. Apa yang dapat kita fahami secara ringkas tentang individu yang
berpersonaliti berwarna hijau ini ialah seorang yang berfalsafah dan sering melakukan
sesuatu perlakuan berpandukan teori-teori yang tertentu bagi kesempurnaan setiap
perlakuannya.

Bagi individu yang berpersonaliti warnanya biru pula seringkali melambangkan


seseorang individu yang mementingkan factor perasaan dalam kehidupannya. Secara
ringkasnya, individu ini merupakan seorang yang unik, mudah empati kepada individu
lain serta sangat kreatif dalam melakukan sesuatu perkara dan yang lebih menarik
individu ini mudah dalam memberikan kerjasama kepada individu lain dalam
melaksanakan sesuatu perkara yang dipertanggungjawabkan. Individu ini juga mudah

1
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
didampingi oleh sesiapa sahaja dan mudah berurusan setiap masa. Menurut Falt, 1999
lagi, warna jingga pula melambangkan individu yang amat gemarkan pengalaman dan
sukakan cabaran dalam mengharungi kehidupan sehariannya. Individu yang
berpersonaliti warna jingga ini juga amat berani dalam melakukan sesuatu perkara tanpa
menghiraukan peraturan yang perlu dijadikan panduan dalam kehidupan. Walau apapun,
individu jenis ini amat berkemahiran walaupun dalam menjalankan aktiviti yang bahaya
dan lasak. Inilah kelebihan bagi individu yang berpersonaliti warna jingga ini.

Dengan berpandukan kad-kad personaliti warna True Colors yang diasaskan oleh
Don Lowry, seorang lagi anak didik David Keirsey yang bernama Carolyn Kalil telah
menulis sebuah buku yang berjodolFollow Your True Colors to the Work With Love
( Beastley 1999 ). Apa yang terkandung dalam buku ini ialah, Kalil ( 1999 ) telah
menyatakan bahawa cara yang terbaik untuk meningkatkan konsep kendiri setiap
individu ialah dengan cara melakukan apa sahaja yang kita sukakan. Beliau juga
menyatakan bahawa terdapat empat jenis personaliti yang telah diklasifikasikan sebagai
The True Colors System. Apa yang beliau maksudkan ialah, personality yang berwarna
emas menunjukkan seseorang individu yang lebih gemar merancang dahulu sebelum
melakukan sesuatu perkara bagi melicinkan setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan.
Personaliti hijau pula melambangkan pegangan seseorang individu terhadap ilmu
pengetahuan sebagai item yang terpenting dalam merealisasikan kehidupan sehariannya.
Bagi individu yang berpersonalaiti berwarna biru, beliau telah mentafsirkan bahawa
individu tersebut merupakan insane yang penyayang manakala bagi personalaiti individu
yang berwarna jingga, beliau menyatakan bahawa individu tersebut adalah seorang yang
berorientasikan tindakan dalam menjalani kehidupannya.

Menurut Beastley ( 1999 ), Carolyn Kalil telah menjadikan konsep True Colors
yang diilhamkan oleh Don Lowry supaya lebih mudah difahami dan diaplikasikan dalam
kehidupan setiap individu melalui buku tersebut. Pendekatan yang telah diperkenalakan
melalui buku Follow Your True Colors to the Work You Love ialah setiap personaliti
yang dutunjukkan adalah diwakili oleh keempat-empat kad berwarna yang telah

2
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
dilengkapi dengan grafik dan penerangan yang terpeinci dan jelas tentang jenis-jenis
personaliti tersebut.

Untuk pengetahuan umum, alat ukuran Inventori Personaliti Warna ( IPW ) yang
dibangunkan telah menggunakan pendekatan rasional berasaskan teori personaliti warna
yang telah diperkenalkan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors. Kita
juga perlu tahu bahawa kad-kad asal Inventori Personaliti Warna telah dibina oleh
Profesor Sidek Mohd Noah bersama pelajar-pelajar Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan
Kaunseling ) Universiti Putra Malaysia Terengganu ( UPMT ) pada tahun 1997 semasa
beliau mengendalikan kursus Penilaian dalam Kaunseling ( EDU 3105 ) kepada
kumpulan pelajar tersebut.

Kita juga perlu tahu bahawa draf asal alat ukuran Inventori Personaliti Warna
( IPW ) mengandungi 200 item di mana setiap jenis personaliti diwakili oleh 50 item.
Namun demikian, setelah melalui proses pembinaan alat ukuran telah selesai hanya 100
item yang benar-benar bermutudan signifikan telah dimuatkan ke dalam boring akhir
yang hendak digunakan. Alat ukuran Inventori Personaliti Warna ( IPW ) hanya
menggunakan format jawapan Ya atau Tidak dan yang pentingnya gerak balas
individu terhadap item-item yang terkandung dalam alat ukuran tersebut dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personaliti seseorang individu. Alat ukuran Inventori Personaliti
Warna ( IPW ) mempunyai empat skala di mana setiap skala mewakili personality warna
emas, hijau, biru dan jingga.

3
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_

2. Pentadbiran Inventori Personaliti Warna (IPW)

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan

ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian

ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti

kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu

diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPW

Penggiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan

teliti dan berhati-hati. Oleh itu, pengguna ujian diminta merujuk cara pengiraan skor

seperti yang terkandung dalam borang permarkahan.

Pentafsiran Profil IPW

Kesemua skor yang diperoleh seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu

dengan klien anda. Umumnya, setiap individu mempunyai keempat-empat jenis

personaliti, namun jenis personaliti yang memperoleh skor tertinggi adalah mewakili

personaliti yang paling dominan dengan seseorang individu itu . Pentafsiran umum skor

yang diperoleh berhubung dengan tret personaliti berkenaan adalah seperti dalam rajah

pentafsiran umum Inventori Personaliti Warna.

4
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_

Borang jawapan soal selidik Personaliti Warna


1 5 9 13 17 21 25 29 33 37 41 45 49 53 57 61 65 69 73 77 81 85 89 93 97
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T
2 6 10 14 18 22 26 30 34 38 42 46 50 54 58 62 66 70 74 78 82 86 90 94 98
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T
3 7 11 15 16 23 27 31 35 39 43 47 51 55 59 63 67 71 75 79 83 87 91 95 99
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T
4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 48 52 56 60 64 68 72 76 80 84 88 92 96 100
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T

Pentafsiran Umum
Inventori Personaliti Warna - IPW

Emas Hijau

Peraturan Fikiran
INVENTORI PERSONALITI WARNA EMAS
Perasaan Kebebasan

Biruyang memiliki personaliti emas ialah Peraturan


Ciri utama individu Jingga dan Saya

3. INVENTORI PERSONALITI WARNA EMAS

5
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
Bertanggungjawab. Individu emas sentiasa patuh terhadap apa jua peraturan

seperti di jalan raya, di sekolah, di dalam masyarakat seperti menjaga nilai dan norma,

dan sebagainya. Jika diberi memegang sesuatu amanah atau sesuatu peranan, individu ini

juga sangat bertanggungjawab serta melaksanakannya dengan baik. Selain peraturan dan

tanggungjawab, individu yang memiliki personaliti emas juga mempunyai ciri-ciri

keibubapaan seperti penyayang, kemahiran mengasuh dan mendidik, menyukai kanak-

kanak, sabar dengan pelbagai kerenah anak-anak dan lain-lain lagi.

Di dalam kehidupan seharian pula, individu emas sangat memelihara adat resam,

boleh dipercayai, bersifat praktikal, setia, hidup bersistem, tradisional, dan konservatif.

Berikut ialah ciri-ciri diri individu emas :

o Saya sentiasa mematuhi peraturan dan akur terhadap pihak berkuasa.

o Saya amat mengambil berat terhadap apa jua tanggungjawab yang diberikan

kepada saya.

o Saya seorang yang taat dan sentiasa bersedia menerima tanggungjawab serta

boleh dipercayai.

o Saya tahu apa yang baik dan apa yang buruk dalam kehidupan seharian.

o Saya seorang yang teliti dan sentiasa berfikir demi kebaikan.

o Saya merancang masa dengan baik dan berkualiti.

o Saya mahu dianggap sebagai seorang yang berguna.

o Saya sentiasa stabil dan bersistem.

o Saya menghargai kehidupan berkeluarga, rumah tangga dan tradisi.

o Saya mengambil berat terhadap sesuatu.

6
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
o Saya sentiasa mempertingkatkan kemahiran keibubapaan demi kebahagiaan

keluarga saya.

o Saya sentiasa mengambil perhatian terhadap sesuatu dan menumpukan kepada

sesuatu yang bersifat konkrit.

o Saya suka menolong orang.

o Saya menjaga dan gemar mengamalkan sesuatu adat resam.

Biasanya, individu emas adalah seorang yang suka bekerja dan dapat

melaksanakan tugas serta peranan di tempat kerja dengan baik. Mereka boleh

memimpin serta mengorganisasikan tempat kerja. Individu emas mampu menjalankan

tugas dengan baik atau memegang jawatan seperti pengurus, kerani, guru besar atau

pengetua, suri rumah, dan seumpamanya. Di antara ciri-ciri individu emas di tempat

kerja ialah :

o Berkebolehan mengendalikan urusan yang perlukan perincian.

o Menjaga kestabilan dan menyusun atur persekitaran tempat kerja.

o Tidak gusar memikul tanggungjawab berat di tempat kerja malah sanggup

bekerja keras demi kebaikan organisasi.

o Mengutamakan kerja sebelum melakukan hal-hal lain, walaupun terpaksa

bekerja lebih masa.

o Mematuhi peraturan di tempat kerja, sedia bekerjasama, dan mengikut

kebiasaan.

7
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
4. INVENTORI PERSONALITI WARNA BIRU

Ciri-ciri Umum

Warna biru adalah personaliti yang lebih kepada perasaan . Antara cirri-ciri umum

yang berkaitan dengan personaliti ini adalah bersifat tulen, mempunyai perhubungan

yang mesra, lebih mengasihani, orang yang bersimpati, unik, berkebolehan, menyelami

perasaan orang lain, penyanyang dan setia , mesra, berseni, orang yang berinspirasi,

riang, gembira, penuh ksih saying, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.

Dengan kata lain, oran yang berpesonaliti warna biru adalah seorang yang romantis serta

sukakan suasana yang harmonis.

Ciri-ciri Diri Sendiri

Orang yang berpesonaliti ini akan sentiasa mahukan satu keadaan yang unik dan

mahukan satu-satu yang dilakukan adalah mempunyai penghasilan yang asli atau tahap

ketulenan yang tinggi . Contohnya jika seorang yang berpesonalliti warna ini akan

melakukan sesuatu kerja dengan penuh kesenian dan amat tinggi hasil kreativitinya dan

memastikan bahawa apa yang dihasilkan adalah sesuatu yang asli . Selain daripada itu

orang jenis ini amat mudah mesra dengan semua golongan masyarakat dan mempunyai

matlamat dalam hidup, dan berupaya melahirkan satu kehidupan yan bermakna . Dan

sekiranya berkenalan dengan kawan-kawan yang baru ia akan lebih cepat mesra dan

sentiasa mengasihani dan seandainya kawannya bermasalah ia akan cepat mudah dalam

memberi pertolongan , bersimpati dan berperibadi mulia .

8
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
Dalam hal interaksi dengan manusia lain, mereka yang berwarna biru adalah

mempunyai kebolehan yang tinggi untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain ,

asalkan orang yang berinteraksi dengannya boleh berkomunikasi dengan baik

dengannya , lagi banyak ia berinteraksi maka lagi banyak orang itu dapat dikenalinya .

Tapi orang jenis ini tidak lokek untuk berinteraksi dengan kliennya dengan cara yang

terbaik dan bersedia serta sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan

untuk cuba menyelesaikan masalah kaan dan lawan . Contoh terbaik dalam kreteria ini

adalah sangat sesuai untuk menjadi seorang yang bersosial dan yang paling sesuai adalah

seorang kaunselor.

Orang jenis warna ini adalah amat taat , menyayangi dan baik hati . Jika tahap

dalam suasana kehidupan adalah sesuai menjadi seorang yang bekerja di bawah arahan

orang lain dan tidak sesuai menjadi ketua atau pemimpin . Jika ia menjadi ketua ia akan

lebih mudah terasa dan masalah akan mudah timbul akibat terlalu rasa simpati dan

empati, dan ini akan merumitkan lagi keadaan dalam pengurusan pentadbiran sesuatu

komuniti yang dibawah pentadbirannya .

Lain-lain personalitinya adalah sangat mudah terasa , lemah lembut dan berbudi

bahasa . Dalam menjalankan satu-satu sesi orang jenis ini akan mudah dalam peringkat

membina hubungan dengan kliennya. Amat suka kepada berkarya dan mudah untuk

memberikan pandangan dan ilham-ilham yang membina kepada diri dan orang lain .

Dalam hal percintaan dan berkasih sayang orang yang berwarna biru adalah

sangat puitis , romantis yang bukan dibuat-buat ; asli dan suka kepada dibelai dan

membelai . Kalau sebagai guru sesuai untuk pelajar kepada perwatakkan romantisnya

terutama yang berlainan jantina dan tahap romantis in adalah bukan seumpama pasangan

9
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
bercinta . Ini adalah satu ubat terbaik untuk menjadi seorang kaunselor yang digemari dan

glamour dalam persekitaran sekolah malah mudah untuk mendapat klien yang bertali arus

Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ianya amat bersemangat , sentiasa

bergembira walaupun hatinya luka dan penuh dengan daya imaginative yang tinggi .

Contohnya dalam menghadapi klien yang banyak masalahnya dan dalam keadaan dirinya

juga bermasalah orang jenis ini boleh meletakkan diri seumpama ia tidak bermasalah dan

masih boleh memberikan pandangan-pandangan yang boleh membantu kliennya mencari

jalan yang sesuai untuk bahagia dan berjaya .

Ciri-ciri Di Tempat Kerja

Dalam bidang kerjaya , orang jenis ini amat mempunyai dorongan yang kuat

untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka dapat menikmati hidup yang lebih

bermakna , tapi bukan untuk menjadi seorang ketua tapi boleh menjadi seorang

pemimpin yang berjaya dan disegani serta dihormati . Dengan menggunakan idea dan

ilham yang sesuai, ia boleh mempengaruhi orang lain untuk mudah percaya dan yakin

dengan kata-katanya atau pun cadangan-cadangan yang diberikan olehnya . Ini adalah

senjata utama manusia yang berpesonaliti warna biru khususnya dalam mencari pekerjaan

yang sesuai dengan personaliti yang sesuai dengan warna yang dominan dengannya .

Selalunya orang jenis ini sesuai dengan pekerjaan-pekerjaan yang berkaitan dengan

i- komunikasi seperti jurujual , kaunselor , peramugari dan seumpamanya ,

ii- bidang seni seperti penyanyi , juruacara , pelakon da sebagainya

10
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
iii- pendidikan dan profesion yang berinteraksi dengan orang ramai serta

mudah dan mahir dalam memberi motivasi , antaranya seperti wakil

rakyat , guru mahupun seorang kaunselor .

Jadi sebagai kesimpulannya ianya sesuai dengan pekerjaan-pekerjaan yang bebas

bagi dirinya untuk berkomunikasi dan mudah bagi dirinya berinteraksi dengan semua

golongan masyarakat baik dari peringkat kecil hingga ketua mahupun peringkat bawahan

ataupun peringkat atasan .

Ciri-ciri Semasa Kanak-kanak

Semasa kanak-kanak manusia jenis personality warna biru ini adalah sangat suka

berimaginatif dan semasa zaman persekolahannya ia amat sukar untuk menyesuaikan

dirinya dengan sistem dan struktur sekolah . Contohnya pada peringkat sekolah

diwajibkan semua pelajar memakai tanda nama ia akan cuba untuk tidak memakai atau

cuba mengelak untuk melanggar peraturan yang di buat . Tapi sebaliknya ia akan cuba

untuk sentiasa hendakkan pujian dan pengiktirafan samada daripada kawan atau guru

ataupun persekitarannya. Satu perkara yang sangat baik untuk mereka yang berpersonaliti

biru adalah segala pujian atau pengiktirafan adalah diterima hanya sebagai satu galakkan

dan bukan merupakan satu persaingan atau pertandingan kerana baginya ia hanya

sebagai matlamat sendiri bukan mewujudkan permusuhan kerana wataknya hanyalah

sesuai untuk seorang yang hanya menurut bukan untuk diturut . Segala kelemahan

ataupun kebaikkan yang ada dalam dirinya yang ditonjolkan bukan untuk dibandingkan

11
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
dengan siapa-siapa malah itu adalah peribadinya yang perlu kepada perubahan dan

nasihat daripada orang lain .

Sebagai kesimpulannya orang yang lebih dominan dengan iventori personaliti

warna biru ini adalah seorang yang jenis cepat terasa dan mudah untuk bermesra dengan

orang lain dan akan memberikan komitmen yang baik seandainya diberikan satu-satu

tugas kepada nya .

5. INVENTORI PERSONALITI WARNA HIJAU

Ciri-ciri umum personaliti hijau ini ialah seorang yang cenderung dan cekap dalam

pelbagai bidang serta lapangan. Ia juga seorang yang cenderung mereka cipta serta

membuat inovasi contohnya sering untuk membuat kerja-kerja yang baru sekiranya kerja

yang lama berhasil kejayaan maka kerja itu diberi kepada orang lain untuk diteruskan dan

dia mula meneroka bidang yang baru. Ia juga seorang yang cekap dalam menjalankan

tugas yang diamanahkan dengan sempurna. Bersifat ingin mengetahui iaitu seorang yang

investigatif dan suka untuk membuat penyelidikan tentang sesuatu perkara yang baru.

Kepuasannya adalah apabila terhasilnya sesuatu penemuan yang baru hasik dari

penyelidikannya.

Ia seorang yang memahami konsep dan berpengetahuan luas serta melakukan

sesuatu berdasarkan teori. Ia seorang yang bijak dan mahir, panjang akal dan kompleks.

Ia seorang yang penyabar dan tenang dalam menghadapi sesuatu perkara dan hidupnya

penuh berfalsafah dan berprinsip dan kata kunci utama ialah mempunyai perasaan ingin

12
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
tahu yang tinggi . Secara keseluruhannya orang yang berpesonaliti hijau ini ialah seorang

yang di dominan oleh Fikiran .

Ciri ciri Diri Personaliti Hijau

- Cenderung dan cekap dalam pelbagai bidang dan lapangan

- Cenderung untuk mereka cipta sesuatu yang baru

- Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna

- Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan

idea.

- Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan

panjang akal .

- Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur

- Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan dalam sesuatu

perkara.

- Mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikel

Ciri-ciri Personaliti Hijau di Tempat Kerja

- Seorang pemikir konsep yang bebas dan rasional

- Baginya kerja itu adalah satu permainan

- Sering menghadapi cabaran tugas kerja dengan sabar dan tenang

- Suka mereka cipta model, meneroka idea atau membina sistem bagi memenuhi

keinginan untuk menonjolkan pembaharuan dalam sesuatu bidang yang diceburi.

sesuai untuk menjadi seorang jurutera dan sebagainya

13
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
- -Apabila telah menyempurnakan sesuatu idea, suka beralih ke projek yang

- lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendalikan projek yang

- lama.

Ciri-ciri Personaliti Hijau semasa Kanak- kanak

- Walaupun kanak-kanak tetapi seorang yang lebih tua dari segi pemikiranya iaitu

seorang yang matang dari segi pemikiran walaupun umur masih muda.

- Selalu berfokus kepada perkara yang paling diminati iaitu mendapat pencapaian

yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental seperti matematik dan sains.

- Seorang yang tidak sabar dengan kaedah latih tubi atau rutin tetapi suka

- menyoal guru atau oarang lain.

- - Seorang yang berfikiran bahawa tugasnya adalah menghormati guru sebelum

- mempelajari sesuatu daripada mereka.

6. INVENTORI PERSONALITI JINGGA

Ciri-ciri Umum

Merupakan seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, tidak suka

peraturan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi

bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar

pengalaman luar biasa yang merbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak

atas desakan fikiran, suka keseronokan dan berkemahiran. Kunci utama adalah

berkonsepkan kebebasan.

14
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
Seorang Yang Cergas

Seseorang yang mempunyai personaliti Jingga ini biasanya seorang yang cergas.

Mereka sentiasa menonjolkan kecergasan diri mereka dengan melibatkan diri dalam

aktiviti-aktiviti yang lasak. Kebanyakkan mereka aktif dalam rekreasi luar. Gaya berjalan

mereka juga kelihatan teratur dan mantap.

Pandai Menggunakan Kesempatan

Biasanya mereka ini sangat pandai menggunakan setiap kesempatan yang

menjelma. Setiap kesempatan yang diperolehi akan digunakan dengan sebaik-baiknya

bagi tujuan yang dirasakan berfaedah untuk dirinya dan orang lain. Jarang sekali setiap

kesempatan tersebut akan dilepaskan begitu sahaja.

Tidak Suka Peraturan

Kelompok jingga ini juga tidak suka terhadap peraturan-peraturan yang tertentu

yang telah ditetapkan. Mereka kerap terdorong untuk melanggarnya dan beranggapan

tidak menjadi satu kesalahan yang besar apabila melanggarnya. Mematuhi peraturan-

peraturan tertentu akan dirasakan sesuatu yang amat berat dan sukar dilakukan dan

jiwanya sentiasa tidak gembira untuk melaksanakannya.

Spontan

Oleh kerana orang yang tergolong dalam kelompok ini adalah mereka yang tidak

suka mematuhi arahan, jadi setiap tindakan mereka biasanya berlaku secara spontan.

15
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
Apabila mereka merasakan perlu untuk melakukan sesuatu, tanpa berfikir panjang

mereka akan melakukannya, walaupun terkeluar dari batas-batas yang telah ditentukan.

Berani

Disebabkan banyak tindakan yang mereka lakukan secara spontan dan tidak

mengikut peraturan-peraturan tertentu, mereka perlu mempunyai keberanian yang tinggi.

Mereka biasanya sanggup menanggung risiko terhadap setiap tindakan yang mereka

ambil. Mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya diatas akibat yang timbul dari

tindakan mereka tersebut.

Kemahiran

Golongan ini mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan dengan kemahiran

yang tinggi itulah menyebabkan mereka berani bertindak dan mengambil sesuatu

tindakan. Mereka merasakan kemahiran yang mereka miliki akan banyak membantu

mereka menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit dan dengan kemahiran itu juga akan

memberi hasil yang jauh lebih baik daripada apa yang telah ditetapkan.

Sanggup Menghadapi Cabaran

Seiring dengan kemahiran yang tinggi tersebut, membuatkan golongan ini sangat

meminati aktiviti-aktiviti yang mencabar. Semakin mencabar sesuatu aktiviti tersebut

akan semakin seronok untuk mereka menghadapi, melalui dan menjayakannya. Mereka

menjadi cukup puas apabila berjaya melaksanakan sesuatu yang baru dalam hidup

16
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
mereka. Sebaliknya apabila mereka gagal, mereka akan bangun untuk melakukannya

sehinggalah mereka berjaya.

Bahaya Dan Seronok

Golongan ini sangat gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan

merbahaya. Semakin mencabar dan merbahaya akan semakin seronok dan ekstrem untuk

mereka hadapinya. Semakin sukar untuk orang lain melakukannya akan semakin

bersemangat untuk mereka menjayakannya. Setiap kejayaan yang terhasil dari aktiviti

mencabar dan merbahaya tersebut akan memberikan titik kepuasan yang tidak terhingga

bagi dirinya.

Suka Pertandingan

Golongan ini juga turut menyukai aktiviti yang berbentuk pertandingan. Melalui

pertandingan tersebut, mereka dapat mengetahui sejauh mana kemampuan dan keupayaan

mereka. Setiap kegagalan merupakan cabaran yang perlu mereka atasi. Kejayaan melalui

pertandingan merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan diri mereka dan

menandakan diri mereka adalah yang terbaik.

Gopoh-Gapah

Akibat tidak suka terhadap peraturan yang rigid, dan suka mengambil tindakan

secara spontan menyebabkan mereka ini agak tergopoh-gapah. Mereka tidak begitu suka

17
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
untuk berfikir dengan semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu tindakan,

akibatnya ada antara tindakan mereka tersebut yang berakhir dengan kegagalan.

7. RUMUSAN

Pada keseluruhannya inventori personaliti warna ( IPW ) adalah sesuai

untuk mencari identiti seseorang dengan syarat seseorang indicidu itu mesti menjawab

100 soalan yang diberikan dengan penuh keikhlasan hati dengan tujuan benar-benar

untuk menilai diri sendiri tanpa ada pengaruh mana-mana kawan dan mestilah dijawab

dalam masa yang ditetapkan jika tidak kesahihannya adalah diragui kerana jika masa

yang lebih digunakan untuk menjawab soalan dalan inventori personaliti warna ini maka

tahap keikhlasannya akan kurang . Kesahan dan kebolehpercayan inventori personaliti

warna ini ( IPW ) adalah disahkan oleh Dr Sidek Noah dalam kajiannya tahun 1998 dan

Ahmad Jazimin Jusuh dalam kajiannya tahun 2000 .

Namun begitu setiap inventori walau bagaimana baik satu-satu

inventori tetap ada kelemahannya dan sentiasa ada yang mengkritiknya. Tapi walau

bagaiamanapun inventori ini masih digunakan oleh semua guru-guru terutamanya

kaunselor yang berhadapan dengan pelajar yang ramai , dan untuk tidak menimbulkan

masalah maka dicadangkan , setiap pelajar baru yang masuk pada tingkatan satu di

sesebuah sekolah itu akan dibuat ujian inventori personaliti warna terlebih dahulu semasa

minggu orientasi dan segala keputusan adalah difailkan untuk rujukan masa hadapan .

Selain daripada itu , inventori personaliti warna ini juga adalah sesuai untuk semua

18
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_
lapisan masyarakat asalkan ia boleh membaca dan faham akan bacaannya, walaupun

begitu bagi orang yang tidak boleh membaca boleh juga dibaca oleh orang lain tapi tahap

kesahihan dan keikhlasannya adalah diragui .

8. Bibiliografi

19
KKA 3013 Pengujian Dan Pengukuran Dalam
Kaunseling
_______________________________________________________________________
_

20

Anda mungkin juga menyukai