Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KLINIK BADMINTON

PERKARA HURAIAN
KEKUATAN 1. Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, aktiviti
memanaskan badan dilakukan bagi mengelakkan segala
kemungkinan kecedaraan kepada murid.
2. Murid dapat mempelajari teknik dan kemahiran membuat
pukulan lob dan junam dengan betul.
3. Murid cepat belajar dan membuat pukulan lob dan junam
dengan betul selepas guru menunjukkan teknik secara
berperingkat.
4. Guru mengajarkan teknik sambal menunjukkan contoh dan
demo pergerakan badan, kaki dan tangan supaya murid dapat
melihat contoh dengan jelas.
5. Murid yang lemah membuat pukulan lob dan junam sering
dibantu oleh murid yang sudah mahir memudahkan tugas
guru untuk terus focus kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya.
6. Pukulan lob dan pukulan junam dilakukan secara
berpasangan secara bergilir-gilir menjimatkan masa proses
pengajaran , oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan seperti ketetapan waktu yang dirancang.
7. Pada fasa kemuncak, satu sesi pertandingan ringkas
diadakan untuk memberi peluang kepada murid
mengaplikasikan kemahiran-klemahiran yang diajar di
samping meningkatkan semangat murid untuk terus bermain
badminton.
KELEMAHAN 1. Guru tidak menerangkan setiap teknik pukulan dan rasional
pukulan tersebut dalam permainan badminton yang sebenar.
Contohnya, guru lupa memberiakn rasionalisasi pukulan lob
dan junam iaitu adalah untuk mengelirukan pihak lawan dan
sebagai salah satu teknik untuk mengumpan pihak lawan
membalas pukulan dengan pukulan yang tidak mantap lalu
memudahkan pemain membuat serangan,
2. Guru perlu memberikan masa yang lebih banyak kepada murid
untuk membuat latihan secara berpasangan sebelum
memulakan sesi pengajaran yang seterusnya.
3. Guru terlepas pandang terdapat murid yang tidak membuat
pukulan lob dan pukulan junam dengan betul.
4. Guru tidak mempunyai masa yang secukupny untuk mengajar
dengan lebih intensif lagi kemahiran membuat pukulan junam
dan lob kepada murid.
PELUANG 1. Guru mengajar murid membuat pukulan lob dan junam dengan
betul memberi peluang dan ruang kepada murid untuk
memperkembangkan kemahiran mereka dalam bidang sukan
badminton.
2. Murid yang berpotensi dalam sukan badminton boleh digilap
lagi bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Murid yang sudah mahir berpeluan mengajar rakan yang lain
menunjukkan satu suasana pembelajaran yang amat positif
dan memberangsangkan.
4. Murid yang berjaya membuat pukulan junam dan lob dengan
betul boleh meningkatkan kemahiran mereka dalam permainan
badminton secara berterusan.
ANCAMAN 1. Peruntukan masa untuk mengajar adalah sangat singkat iaitu
hanya 60 minit, oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan sistematik dan meminimumkan
pembaziran masa. Murid diarahkan untuk dating awal di gim
dan memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran
2. Masalah kesunrukan masa diatasi dengan membuat aktiviti
pukulan lob dan junam secara berpasangan dan membuka 4
gelanggang badminton secara serentak.
3. Guru perlu lebih prihatin dalam memantau aktiviti pembelajaran
murid dan memastikan murid mengaplikasikan teknik pukulan
lob dan junam dengan betul sebelum memulakan aktiviti
seterusnya.
4. Terdapat murid yang segan bertanya kepada guru tentang
masalah yang mereka hadapi semasa membuat pukulan junam
dan lob. Oleh itu, guru perlu prihatin dan memberi tumpuan
yang lebih kepada murid yang mempunyai kesukaran untuk
melaksanakan kemahiran pukulan yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai