Anda di halaman 1dari 12

BAGAI PINANG DIBELAH DUA= SERASI

BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH = Melakukan sesuatu dengan penuh berhati-hati.

MALANG TIDAK BERBAU = KECELAKAAN YANG DATANG SECARA TIBA-TIBA

SEPERTI IKAN DI DALAM BELAT = sesak, terlalu penuh/rama

BAGAI ISI DENGAN KUKU = HUBUNGAN YANG SANGAT RAPAT

BAGAI BULAN JATUH KE RIBA = Mendapat untung atau rezeki besar

SEPERTI ANJING DENGAN KUCING = Dua orang yang selalu bertengkar

SEPERTI ULAR KENA PALU = Keadaan jalan yang bengkang-bengkok.

SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA MENJADU BUKIT = bersabar dan gigih dalam melakukan sesuatu
akhirnya akan memberikan hasil

BAGAI MENCURAH AIR KE DAUN KELADI = PERBUATAN YANG SIA-SIA

BAGAI AUR DENGAN TEBING = Saling bantu-membantu antara yang satu dengan yang lain

BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU = Membaiki barang yang tidak diketahui, lalu menjadi semakin
teruk/rosak.

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA = Bagaimana liciknya

seseorang, ada kalanya dia tersilap juga

ADA GULA ADA SEMUT = Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul

BAGAI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG = Orang yang terhad ilmu

RINGAN SAMA DI JINJING BERAT SAMA DI PIKUL = Bersama-sama dalam suka dan duka, baik buruk

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA = Ditimpa nasib malang yang berturut-turut.

Latihan peribahasa : Bentuk Petikan

Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan dua peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.

Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan
sekelasnya. Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang
peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-
sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula
menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya.
Bagaimanapun segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan
sikapnya itu.

(i) _____________________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________________