Anda di halaman 1dari 1

Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan.

Berdasarkan novel
kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca. (7m)
JAWAPAN:

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel
Melunas Rindu memaparkan pelbagai peristiwa yang memberi teladan kepada saya. Peristiwa
dalam sesebuah novel bermaksud cerita-cerita yang berlaku dan memberikan impak kepada
sesebuah karya. Teladan pula bermaksud suatu perkara yang dapat dijadikan ikutan atau panduan
kepada seseorang.

Dalam novel ini, peristiwa yang memberi teladan kepada saya ialah peristiwa Fuad mengajar
anak muridnya di Sekolah Menengah Seri Setia. Walaupun Fuad hanya guru sandaran bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan Satu dan Tingkatan Lima namun Fuad bersikap sangat rajin
mengajar murid-muridnya itu serta mengadakan kelas tambahan pada waktu petang untuk
meningkatkan pencapaian murid-muridnya itu. Fuad yag berpandangan jauh telah merancang
aktiviti beberapa aktiviti. Sebagai contoh Fuad dan Farhana berbincang program mentor mentee
bagi panitia Bahasa Inggeris iaitu Personal Guidance. Fuad memberikan idea yang berkualiti
untuk program tersebut. Peristiwa tersebut memberi teladan kepada saya supaya
menjadikan sikap Fuad sebagai contoh dalam kehidupan. Sikap Fuad yang begitu komited
dan berkomitmen tinggi patut dicontohi demi kebaikan pada masa hadapan.

Selain itu, peristiwa lain yang memberikan teladan kepada saya ialah peristiwa Fuad
menghadiahkan sebidang Tanah dan motorsikal kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Kasih
sayang Fuad kepada Pak Ismail dan Mak Salmah tergambar dengan sikapnya itu walaupun Pak
Ismail dan Mak Salmah cuma bapa dan ibu angkatnya sahaja . Fuad sanggup membelikan
sebidang Tanah daripada Awang Sojar dengan harga RM10,000 supaya tanah tersebut dapat
diusahakan dan dijadikan sebagai mata pencarian bagi mereka. Fuad juga membelikan
motorsikal bagi tujuan kegunaan Pak Ismail ke surau untuk bersoalat dan melibatkan diri dengan
aktiviti keagamaan . Motorsikal juga boleh digunakan bagi memudahkan Pak Ismail ke Kedai
Leong bagi mlembeli barang-barang keperluan seharian. Peristiwa tersebut memberi teladan
kepada saya supaya membalas jasa orang yang membantu kita tanpa perbezaan umur dan
kedudukan. Saya berharap supaya kalau saya berbuat demikian pasti suatu masa nanti
anak-anak saya turut menghormati orang lain.

Anda mungkin juga menyukai