Anda di halaman 1dari 7

(a) Bagaimanakah kurikulum sejarah sekolah rendah mampu menjadi

mekanisme yang efisien untuk mengukuhkan elemen kewargaan dan jati diri
dalam proses pembentukan Negara Bangsa Malaysia khususnya generasi
pasca merdeka?

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah yang dilaksanakan sehingga kini


adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi
mewujudkan dan mengukuhkan elemen kewargaan serta jati diri dalam kalangan
masyarakat di negara kita 1( Ahamad Bin Rahim ,2011).

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah berperanaan untuk memupuk ilmu


pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah serta menerap semangat
patriotik melalui pengetahuan tentang sejarah silam yang mempengaruhi masa kini.
Melalui pembelajaran sejarah,dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dalam
jiwa setiap murid. Kurikulum sejarah sekolah rendah yang bersistematik dan efektif
dapat membentuk Negara Bangsa Malaysia yang berdaulat. Pembentukan Negara
Bangsa dianggap sebagai kemuncak kepada perkembangan sesebuah negara atau
dengan kata lain pembentukan negara bangsa sering menjadi matlamat utama
negara yang merupakan hasil dari perpaduan dan integrasi. Persoalanya,
bagaimanakah kurikulum sejarah sekolah rendah mampu menjadi mekanisme yang
efisien untuk mengukuhkan elemen kewargaan dan jati diri dalam proses
pembentukan Negara Bangsa Malaysia khususnya generasi pasca merdeka?

2
Menurut Aini Hassan, (2008) bagi melahirkan generasi pasca merdeka yang
patriotik, terdapat beberapa elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR
yang mampu membentuk Negara Bangsa Malaysia.

1
Ahamad Bin Rahim, Azwani Binti Ismail, Abdul Razaq Bin Ahmad, Zahara Binti Aziz & Sharifah Nur
Puteh. 2011. Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia. Jurnal
Pendidikan dan Latihan 3(1): 1-17

2
Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. 2008. Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia
dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka oleh Nik
Azis Nik Pa dan Noraini Idris. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Terdapat tujuh dimensi kewarganegaraan yang menjadi aras untuk menerapakan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam matapelajaran Sejarah. 3Dimensi
kewarganegaraan yang pertama ialah perkongsian sejarah yang berciri mengetahui
dan memahami sejarah pembentukan negara. Melalui perkongsian sejarah, terdapat
beberapa elemen yang diterapkan antaranya adalah, berbangga dengan sejarah dan
asal usul negara dan mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara.
Elemen-elemen ini diterapkan dalam tajuk 7 tahun 5 iaitu perjuangan kemerdekaan
negara. Elemen-elemen ini penting khasnya kepada generasi muda zaman sekarang
untuk menjadikan pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa
yang telah berlaku. Contoh peristiwa, campurtangan British di Tanah Melayu dalam
memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara. Maka generasi muda
pada masa sekarang perluah berusaha supaya peristiwa silam sebegini tidak diulangi
lagi. Benarlah bahawa, melalui penerapan elemen-elemen ini, KSSR akan
melahirkan semangat patriotik dan jati diri dalam kalangan murid bagi pembentukan
negara bangsa.

4
Dimensi kewarganegraan yang seterusnya ialah tanggungjawab warganegara.
Dimensi ini berciri mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara
dengan sepenuh hati. Dalam dimensi ini elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
yang diterapkan ialah menerima perbezaan kaum, budaya dan agama.
Elemen-elemen ini diterapkan dalam tajuk 11 tahun 6 iaitu kita rakyat Malaysia.
Dalam tajuk ini, murid didedahkan dengan perayaan-perayaan disambut oleh
pelbagai etnik serta menjelaskan kepentingan menghormati kepelbagaian amalan
dan sambutan perayaan di Malaysia. Contohnya, kaum India menyambut perayaan
Deepavali sebagai perayaan utama maka, sebagai warganegara yang
tanggungjawab kita perlulah meghormati amalan mereka. Tegasnya bahawa, melalui
KSSR element-elemen kewarganegaraan ini generasi muda dapat menzahirkan idea

3
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah SejarahTahun Lima
(KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Hlm 35

4
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Enam
(KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Hlm 37
yang rasional tentang perayaan masyarakat Malaysia bagi membentuk sebuah
negara bangsa yang berdaulat.

5
Dimensi kewarganegaran yang terakhir seperti yang digariskan dalam Dokumen
KSSR, Sejarah ialah keterikatan emosi kepada negara. Dalam dimensi
kewarganegaraan ini, antara elemen-elemen kewarganegaran dan nilai sivik yang
akan diterapakan melalui mata pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah asal usul
negara, menghargai warisan negara, menghayati prinsip Rukun Negara dan
berbangga dengan pencapaian negara. Elemen-elemen ini dipupuk dalam tajuk 10
tahun 6 iaitu Negara Malaysia. Melalui elemen-elemen ini murid dapat mengenali
asal-usul nama negeri, ketua negeri dan lambang negeri di Malaysia. Murid juga
dapat menghayati Rukun Negara yang menjadi asas pembinaan jati diri dan alat
perpaduan ke arah melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab. Kita
tidak dapat dinafikan bahawa, elemen kewarganegaran ini menjadi mekanisme yang
efisien dalam proses pembentukan Negara Bangsa.

Jelas sekali bahawa, pengukuhkan elemen kewarganegaraan dan jati diri ini
dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh dimensi kewarganegaran yang telah
digariskan dalam Dokumen KSSR. Sesungguhnya, penerapan elemen
kewarganegaraan dan jati diri melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan
peranan dalam proses pembentukan Negara Bangsa Malaysia.

(b) Cabaran yang dihadapi oleh guru sejarah pada abad ke-21 untuk melahirkan
generasi yang mampu menghargai warisan negara

Transformasi Kurikulum Sejarah

Perubahan yang berlaku dalam Kurikulum Sejarah perlu dipandang dari sudut
yang positif untuk memartabatkan serta memperkasakan ilmu sejarah yang
merupakan ilmu yang mempunyai kepentingan dalam pembinaan sesebuah negara .

5 Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Enam (KSSR).
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Hlm 32
Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan pendidik untuk menyediakan
pelajar yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang tinggi pada zaman
milenium ini .Pendidikan abad ke-21 adalah lebih mencabar dengan penggunaan
pelbagai teknologi baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran 6 (Utusan
Melayu, 2014). Oleh itu, perubahan yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran memerlukan guru untuk memahami konsep dan penggunaan teknologi
baru yang dibawa dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh,guru sejarah yang
kurang mempunyai pengetahuan dalam konsep abad ke-21 dia tidak mampu
menyemaikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan penggunaan ICT yang
merupakan salah satu komponen dalam abad ke-21. Pelajar perlu belajar mengikut
zaman mereka, sekiranya guru tidak mengikuti perkembangan ini maka murid akan
mengalami kekangan dalam menghargai warisan negara. Hal ini demikian kerana,
mereka akan berasa bosan dan kurang minat untuk berlajar mata pelajaran sejarah
kerana guru gagal menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Betulah bahawa, tranformasi kurikulum sejarah merupakan salah satu cabaran yang
besar kepada guru sejarah pada abad ke 21 untuk melahirkan generasi yang mampu
menghargai warisan negara.

Menguasai pedagogi abad ke-21

Cabaran kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 juga bertumpu


kepada kemahiran pengajaran guru. Penguasaan terhadap kaedah, pendekatan,
teknik dan strategi pengajaran atau pengetahuan pedagogi perlu ditingkatkan oleh
semua guru termasuklah guru sejarah. Penggunaan pelbagai teknik dan pendekatan
untuk menyampaikan pengajaran kepada murid mestilah sesuai dan lebih berkesan
supaya matlamat pengajaran dan pembelajaran sejarah dapat dicapai. Hal ini kerana,
kemahiran guru dalam menyampaikan pengajaran amat mempengaruhi pencapaian
akademik dan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Kalau guru sejarah
tidak menggunakan pelbagai teknik, pendekatan dan strategi seperti simulasi, main

6 Utusan Melayu. 2014. Kenapa Sejarah dianggap Membosankan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140214/sa_01/. Html
peranan serta demonstrasi dalam PdP, maka murid tidak akan menghargai
warisan-warisan negara kita seperti budaya, bahasa, amalan dan banyak lagi kerana
mereka tidak akan ada semangat cinta akan negara. Sebagai hakikat, ia menjadi
halangan dan cabaran kepada para pendidik kerana mereka kurang peka terhadap
transformasi kurikulum dan perubahan-perubahan baru darisegi teknologi dan
maklumat.

Cadangan yang memberi agar menjadi guru sejarah yang berkesan

Meningkatkan Profesionalisme Guru

Guru yang profesional merupakan guru yang bersedia melengkapkan diri dengan
segala aspek kualiti yang diperlukan supaya menjadi guru yang kompeten. Cabaran
abad ke-21 memerlukan guru sejarah bersedia untuk menerima idea-idea baru
dengan pemikiran yang positif. Tahap profesionalisme guru sejarah perlu ditingkatkan

mengikut keperluan semasa. Guru yang profesional juga perlu menguasai mata
pelajaran yang diajar sepenuhnya supaya dapat menyampaikan ilmu dengan
sebaiknya. Tahap profesionalisme juga dapat dipertingkatkan dengan menghadiri
kursus, seminar, bengkel, lawatan dan sebagainya. Melalui cara ini pengetahuan dan
kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan dari masa
ke semasa.

Penyusunan Semula Kurikulum Sejarah

Penyusunan dan penstrukturan semula kurikulum sejarah perlu dilakukan untuk


meningkatkan taraf profesionalisme guru dengan menggunakan kaedah dan strategi
pengajaran terkini yang bersesuaian dengan keperluan pelajar abad ke-21. Langkah
ini dilakukan untuk menyediakan pelajar yang mempunyai kecekapan berkomunikasi,
penerapan kemahiran berfikir, penggunaan teknologi maklumat dan
mengembangkan potensi pelajar. Isi kandungan pelajaran sejarah tidak diubah cuma
penyusunan semulakurikulum dilakukan supaya kurikulum yang sedia ada dapat
diselarikan dengan keperluan kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran
menggunakan ICT, KBAT, dan kemahiran insaniah. Kurikulum sejarah yang lebih
menjurus kepada penghafalan fakta dan menggunakan kaedah konvensional itu perlu
diubah kepada pendekatan yang lebih menarik untuk menggalakkan murid berfikir
secara kritis dengan membuat perkaitan terhadap sesuatu peristiwa.

Kesimpulanya, kemahiran abad ke-21 ini memberi cabaran baru kepada guru
sejarah untuk mewujudkan generasi muda yang mampu menghargai warisan negara.
Menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 memerlukan usaha, pengorbanan dan
komitmen yang tinggi daripada guru dan pelajar bagi memastikan generasi yang
mampu menghargai warisan negara.Seorang guru sejarah yang berkesan darisegi
proses pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk pelajar yang mempunyai jati
diri kuat dan menjadi warganegara yang baik.

BIBLIOGRAFI

Ahamad Bin Rahim, Azwani Binti Ismail, Abdul Razaq Bin Ahmad, Zahara Binti Aziz &
Sharifah Nur Puteh. 2011. Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan
Kaum di Malaysia. Jurnal Pendidikan dan Latihan 3(1): 1-17

Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. 2008. Sejarah Perkembangan Kurikulum
Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia;
Pengalaman 50 Tahun Merdeka oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. Utusan
Publications and Distributors Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Sejarah Tahun Lima (KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Sejarah Tahun Enam (KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Utusan Melayu. 2014. Kenapa Sejarah dianggap Membosankan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140214/sa_01/. Html

(25 September 2014)