Anda di halaman 1dari 15

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Segala maklumat yang diperolehi
oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan
pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard
perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh
masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini direkodkan dalam
pelbagai bentuk seperti jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian
diagnostik. Tujuan dalam pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan
gambaran mengenai tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis
dan sebagainya. Selain itu juga, melalui pentaksiran , kita juga dapat mengesan dan mengenalpasti
punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan
yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Dalam pentaksiran proses yang terlibat terdiri daripada lima komponen utama iaitu pengumpulan,
analisis, penilaian, penentuan dan cadangan. Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah
mengesan dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber latar belakang maklumat seperti rekod
sekolah, sejarah perubatan dan sebagainya. Bagi proses analisis, tindakan yang perlu diambil ialah
melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai corak sejarah pendidikan, social , perkembangan
, persekitaran , perubatan dan emosi murid.

Bagi penilaian pula, penilaian meliputi aspek akademik, emosi, persepsi, bahasa, fisiologi, kognitif
dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap kekuatan dan kelemahan. Bagi proses
penentuan pula, tindakan yang perlu diambil ialah penentuan cirri-ciri ketidakbolehan murid dan
pengetahuan tentang criteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Bagi cadangan pula,
proses ini melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu dijalankan oleh guru sekolah
dan guru kepada ibu bapa.

Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006) , tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan dan
pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan kelayakan dan melakukan
diagnosis serta dalam perancangan pengajaran dan penilaian.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran


asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran kemahiran bahasa yang terdiri
daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran kemahiran matematik.

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ASAS

Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan yang mana meliputi aspek
penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaran asas juga meliputi
konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakan kebolehan untuk memahami konsep
dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu dalam kemahiran pembelajaran asas juga, aspek
utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini,
melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan
dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.

Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam kemahiran pembelajaran asas ini ialah merupakan
aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis kefahaman terhadap sesuatu perkara
atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan merupakan satu
kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning
Disabilities telah mentaksirkan pengamatan sebagai proses untuk mengenal maklumat daripada
tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera
dengan kuasa intelek

Antara komponen utama dalam pengamatan adalah terdiri daripada penglihatan, pendengaran dan
juga sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara aspek yang diuji ialah diskriminasi yang
sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat kembali, orientasi kedudukan, mengikut
turutan, menyudah dan melengkapkan, menyalin, rajah latar belakang atau bertindih, koordinasi
motor mata tangan, pertalian jarak atau ruang, gambar bersiri, kekalan atau keabadian bentuk ,
mencari jalan keluar dan mencari benda tersembunyi.

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU.

Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dan tingkah laku individu di
dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang
mana merupakan aspek yang penting untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain
tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social
berkaitan dengan umur dan kumpulan kebudayaan.

Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan tingkah laku adalah
dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat
pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan
negatif ini selalunya dapat dilihat dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah
seperti menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah laku negatif pula
adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas.

Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran modifikasi tingkah laku
perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang diingini ini terdapat beberapa
langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya termasuklah membuat pemilihan terhadap
tingkah laku yang diberi keutamaan, pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut,
menentukan tingkah laku sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah
yang bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan susulan
dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat
dikekalkan.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranya adalah dengan
pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial. Ganjaran primer ini terdiri
daripada makanan dan minuman, manakala ganjaran sekunder pula terdiri daripada token, kupon
dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalah seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada
individu. Terdapat beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dan
sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalah seperti teknik
pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yang lain lagi. Segala strategi
peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapat membantu untuk mengubah tingkah laku kepada
tingkah laku yang diingini. Segala hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod
seperti rekod anekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu
baseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti yang
bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan.

Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku juga, penglibatan ibu
sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang yang paling rapat dengan mereka.
Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibu bapa sememangnya sangat membantu guru dalam
membuat pentaksiran dengan betul dan lebih jitu.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BAHASA LISAN

Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan. Lima komponen
utama itu ialah fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima pentaksiran
aspek ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat
membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi individu berikut.

Bidang fonologi adalah merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan
bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Sebutan dan bunyi yang berlainan akan
memberikan makna yang lain. Sebagai contoh, perkataan pin dan tin, perbezaan bunyi utama
adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yang mengalami masalah
pembelajaran ini sukar untuk membunyikan bunyi fonetik dengan betul. Kadangkala mereka
seringkali melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya. Contohnya
perkataan bahu menjadi bau . Hal ini telah pun berlaku pengguguran dan perkara ini seringkali
terjadi kepada individu yang menghadapi down sindrom. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza
hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-
masing mempunyai makna yang berbeza

Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji proses pembentukan
perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Morfem adalah adalah kesatuan (unit)
tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada
morfem bebas dan morfem terikat. Morfem terikat adalah merupakan morfem yang tidak berdiri
dengan sendiri, contohnya perkataan basement. Kehilangan perkataan pada suku kata terakhir
boleh memberi makna yang lain. Morfem tidak terikat pula morfem yang dapat berdiri dengan
sendirinya. Sebagai contoh base.

Sintaksis pula merupakan unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis boleh terbina
daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan, dan morfem. Sebagai contoh
Ibu pergi ke kedai. Namun bagi individu yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis,
individu itu hanya mampu menyebut ibu kedai. Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud
dan makna yang lain.

Bidang semantik pula bidang yang berkaitan dengan makna. Komponen kandungan terdiri daripada
semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna
dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau
leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan digunakan
untuk mewakili benda, konsep, pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan perkataan yang
mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya perkataan perang (e pepet) dan jupa
perang (e taling) . Perang di sini bermaksud berlawan dan menentang musuh manakala perang yang
satu lagi adalah sifat warna. Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami
peribahasa seperti simpulan bahasa dan sebagainya.

Bidang pragmatik pula ialah merupakan bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang
betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme misalnya mengalami kesukaran dalam
menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kata ganti diri pertama seperti I seringkali ditukarkan
dengan perkataan you. Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan.
Disebabkan itulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponen
bahasa.

Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan maklumat yang boleh
dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Selain itu juga, maklumat yang
diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan kognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah
untuk menyediakan maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh
pelajar. Melalui pentaksiran lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran
secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi.

Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utama untuk dinilai dan
ditafsirkan. Masalah bahasa yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak keperluan khas ini ialah
masalah bahasa ekspresif dan juga masalah reseptif.

Bahasa ekspresif merujuk kepada keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan meluahkan idea,
perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini
biasanya melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan , dan bahasa. Perucapan atau
pertuturan adalah merupakan pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif.

Bahasa reseptif pula merujuk kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input
bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnya akan
melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat mempamerkan
kefahaman mereka terhadapa isu yang diperkatakan tadi. Sebagai contoh, selepas
memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoal semula mengenai kefahaman
beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.

Antara ciri-ciri yang mengalami masalah ekspresif dan reseptif ini ialah, kebiasaannya individu yang
mengalami masalah lebih suka untuk berdiam diri daripada sebarang perbincangan dan perbualan.
Selain itu, mereka juga seringkali memberi respons yang salah dengan arahan yang diberikan. Murid-
murid yang mengalami masalah ini juga akan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran
berkomunikasi dan bercakap apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua
masalah ini dapat dirawat jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat
dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam
emosi dan juga tingkah laku,

Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan ini, terdapat beberapa
cara dan kaedah. Antaranya guru boleh menyediakan beberapa set soalan dalam memahami
perkembangan bahasa mereka. Selain itu guru juga boleh melakukan deskripsi lisan, temuduga,
perbincangan, penggunaan videotape dan mengadakan ujian yang standard kepada mereka.

Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan
dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka
atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari. Ujian seperti ini
biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun.

Selain daripada ujian juga, guru boleh mengambil kira persekitaran sosial kanak-kanak tersebut. Hal
ini dapat membantu guru membuat perkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid dan
seterusnya merancang strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

PENTAKSIRAN BACAAN

Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran dan
pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya adalah bergantung dengan latar belakang
dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih
pendekatan. Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan,
berpandukan arahan dan menggunakan maklumat

Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan. Ujian
diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan membantu guru
mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi beberapa komponen
mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik.
Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan
serta pemahaman terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan
dilakukan di tempat kebiasaan murid.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan. Antaranya adalah seperti
masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah apabila dua perkataan yang berbeza
bunyi dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu,
murid ini juga akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara
bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap perkataan
yang dibaca.
Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih
dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira
tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang
diberikan hendaklah berdasarkan umur murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat
sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus
dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa.

Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob, analisis
kesalahan, think aloud, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai semak dan
soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga penilaian kendiri.

Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan bacaan
mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Pelajar
boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat dan teks.

Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi
seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam menyebut huruf yang hampir
sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut bunyi
konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi kamis.
Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan
yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja
laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan orientasi huruf
iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti A-a.

Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Beberapa
perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada semakin susah. Sementara itu
guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan
yang seringkali dilakukan oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah seperti insertion,
substitution , inversion , omission dan banyak lagi.

Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan yang dibaca.
Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal, kefahaman inferens dan kemahiran
mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang diuji selepas murid membaca
teks. Murid akan disoal berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula
memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan atau
penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid juga mampu
membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan diperdengarkan teks
terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk literal atau inferens.

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan kemahiran membaca.
Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan untuk menterjemahkan lambang-
lambang bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai
saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-
aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz,
dan Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan
pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi

Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak, temubual,
temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut. Ujian diagnostik
penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa
aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah
murid yang terdapat dalam penulisan.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang tidak konsisten.(
maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan perkataan dengan baik. (lam pu).
Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak mampu untuk mengeja dengan baik misalnya
makan menjadi (makang). Tulisan murid ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah
pemadam.

Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang perlu diuji. Antara
kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf besar, suku kata v, suku kata kv,
perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah
kelemahan murid dalam penulisan. Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap
murid-muird, ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang
diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MATEMATIK

Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir secara mantik dan
sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik tabiinya
menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.

Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum dan tatacara dalam
matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam
kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau.
Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum
balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan
pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan
penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran
yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses
pentaksiran ini.

Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang
ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob, analisis kesalahan,
deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid,
persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid.

Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan,
darab, duit dan lain lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan dalam keadaan persekitaran murid.
Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran
dan juga persekitaran sosial murid.

Posted by Dr.Mohd Anuar at 9:44 PG


2 ulasan:
1.

sesuci embun pagi21 Februari 2013 3:33 PTG

trima kasih Dr.Anuar atas prkongsian ilmu ini..barakallah..


Balas
2.

Shimmer25 Mac 2013 10:30 PG

salam doktor. ada x cth soalan yg di nilai utk


elain daripada aspek tersebut....Guru juga boleh melihat aspek lain yang
termasuk dalam Bidang Pentaksiran. Antaranya ialah:
1. Kemahiran Motor - termasuklah motor kasar dan motor halus.
2. Kemahiran Persepsi - kemahiran ini termasuklah persepsi visual
(melibatkan penglihatan) dan persepsi auditori (melibatkan
pendengaran).
3. Pencapaian Akademik
4. Bacaan - tulisan, matematik dan lain2.
5. Kemahiran Bahasa - bahasa expresif (luahan murid melalui
tulisan dan pertuturan) dan bahasa reseptif (pendengaran dan
penglihatan).
6. Tingkahlaku - Sosial, emosi, kesihatan, pemeriksaan penglihatan
dan pemeriksaan pendengaran..
D. Instrumen Pentaksiran dan Penilaian
i) Pentaksiran Alternatif
berasaskan pendapat bahawa murid ni boleh membuat akses
pembelajaran kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut.
memberi peluang kepada murid untuk semak perkembangan diri
sendiri termasuklah perkembangan linguistik (semantik, morfologi,
pragmatik dan fonologi) dan proses pembelajaran.
ii) Pentaksiran Pencapaian
berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid
sedang melakukan sesuatu aktiviti, tingkahlaku serta berinterkasi dengan
orang lain....dengan membuat pemerhatian yang teliti, guru akan dpt
karekter yang real drp student diorg...bukan karekter rekaan semata-mata.
nama lain ialah pentaksiran autentik (nilai kebolehan murid untuk
lakukan sesuatu tugas dalam keadaan dan situasi sebenar).
iii) Pentaksiran Real lifetask/Situation
beri peluang untuk tafsir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan
untuk mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk belajar dengan
orang lain.
iv) Ujian Saringan
dijalankan untuk kenalpasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi
masalah.
satu alat pengurusan yang menyeluruh membantu mengesan murid
yang lemah (utk asingkan&tentukan kumpulan murid dan dilaksanakan
melalui ujian formal@x formal sama ada secara individu@kumpulan)
dalam pemulihan, ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran
yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam kemahira2 asas.
dapat kenalpasti kelemahan dan memerlukan bantuan pemulihan.
v) Ujian Diagnostik
Ialah instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan kawasan
lemah secara saintifik yang dihadapi murid.....aaahaaa.....dengan kate lain,
cikgu boleh tau ape masalah murid dengan lebih detail, adakalah masalah
dalam mengenal abjad, mengenal suku kata KV or what ever (Bahasa
Melayu).
Ujian ini adalah bertujuan untuk:
kenalpasti secara khusus kesulitan2 yang dihadapi murid.
kenalpasti punca kegagalan murid untuk kuasai kemahiran.
kenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan2
kesulitan yang dihadapi murid.
bantu guru untuk merancang satu program pengajaran yang khusus
(secara individu@kumpulan) dengan lebih tepat dan sistematik.
bantu guru rancang objektif pengajaran.
membolehkan guru rancang dan bina bahan bantu mengajar yang
sesuai mengikut tahap.
vi) Portfolio
popular digunakan dalam kalangan guru.
dijalankan secara berterusan.
sampel2 kerja yang disimpan dalam portfolio boleh tunjukkan
kemajuan yang dicapai oleh murid.
bahan2 bukti pencapaian.
vii) Pemerhatian
selalu je guru guna di sekolah.....guru ni suka tengok tingkah laku or
masalah kita.
lebih diutamakan pada masalah tingkah laku.
perlu direkod sesuai untuk kemahiran tingkah laku dan sosial murid.
E. CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT
i) Rekod Lama
ialah rekod yang membolehkan guru memperoleh maklumat atau
peristiwa atau keadaan pada masa sebelumnya.
contohnya buku rekod, dalam buku rekod tu, guru dapat tengok tahap
pencapaian murid pada darjah berapa ke darjah berapa. Dengan adanya
rekod lama ini, guru dapat membandingkan tahap pencapaian murid
tersebut..sama ade meningkat atau semakin menurun...
ii) Sample Kerja
juga dikenali sebagai hasilan kerja.
berdasarkan kerja murid yang telah siap.
example: kraftangan, lukisan and paling jelas ialah kerja sekolah
korang (homework).
iii) Pengujian
bertujuan untuk menilai pencapaian murid.
contoh paling dekat dengan korang ialah EXAM, I hate exam
okey...lalaala
Pengujian ni satu prosedur yang lebih sistematik dan boleh dinilai
dengan menggunakan skala bernombor atau sistem berkategori.
iv) Pemerhatian
digunakan untuk mengenalpasti ciri2 perkembangan murid dari aspek
afektif dan psikomotor.
v) Soal Selidik
melalui teknik temubual untuk mendapatkan maklumat daripada
murid.

BAB 2: Mentafsir Kebolehan Pembelajaran Asas

Waduhh....waduhh....kejap je belajar bab satu...tum2 masuk bab 2


dah.........moga2 bab satu tu dlm kepala 120%....amin...
Oklah, without wasting time and energy yang gew ade ni untuk menaip..jom
kita terus ke subtopic yang bakal saya and sahabat saya sekelas yang
pokpekpokpek tu ye....

A. Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas

BTW for those yg terbaca catatan saya mengenai tajuk ni....ape yang saya
tulis ni adalah berdasarkan ape yang lecture saya kuliahkan kepada saya dan
kwn2 saya.......tapi bile dilihat mcm x sama je kuliah lecture saya dengan
proforma ini....ape2 pun saya share je la kan?? ^_^

Akuiti Sensori ???? Ialah keupayaan menggunakan ketajaman deria yang ada
untuk membuat pengamatan dan amat berkait rapat dengan pengamatan
Pendengaran dan Penglihatan.
Pengalamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara@situasi melalui
sensori@deria (berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan
makna melalui pengalaman2 yang dilalui oleh seseorang). Ianya boleh
dikembangkan dan dipelajari...mcm tingkah laku la, boleh diubah-ubah
dengan kata lain...

B. Jenis2 Pengamatan
Penglihatan
Pendengaran
SensoriMotor
C. Keperluan Pentaksiran Pengamatan
kesan masalah pengamatan seawal mungkin.
sediakan program2 yang bersesuaian dengan masalah pengamatan
kanak2 berkeperluan khas.
sediakan penempatan yang bersesuaian dengan masalah.
kenalpasti pasukan pelbagai disiplin (multidisplinary).
D. Masalah Pentaksiran Akuiti Sensori
kekurangan bahan/material
kekurangan pakar penilai
kemahiran di kalangan pelaksana (guru/pembantu guru)
kolaberasi antara guru-guru, guru-pentadbiran, guru- ibubapa
sikap rendah diri, akibat daripada kekurangan motivasi kendiri
E. Pentaksiran Pengamatan Penglihatan (Umum)
ujian kecerdasan (IQ test) yang dijalankan terhadap kanak-kanak
bermasalah penglihatan actually didapati tidak menguji kecerdasan sebenar
kanak2 berkenaan. Contohnya, "Apakah warna cat yang paling sesuai untuk
rumah itu?".
kanak2 bermasalah pengluhatan sering kali didapati mengalami
kesukaran dalam memahami konsep2 yang melibatkan orentasi penglihatan
seperti dalam matapelajaran sains, bahasa melayu dan lain2.
F. Pelbagai Masalah Pentaksiran Kesukaran Visual
i) kekurangan visual aids - akan berlaku ketidaksahaan......contoh
terdekat ialah, ibu bapa tidak pasti dengan masalah anaknya kerana
kekurangan aids atau dengan kata lain bahan bantu mengajar. - aids seperti
mesin braille, bahan2 yang diperlukan untuk sentuhan.
ii) kepakaran guru - btw, kepakaran guru juga perlu diambil kira
tau.....kalau guru x pakar jgn jadi guru pendidikan khas tau, kesian budak2
pk...hehe....guru perlulah mendapat latihan khas, contohnya di IPG (Institut
Pendidikan Guru) atau lain2. Dalam konteks kesukaran visual ini, guru
perlulah pakar dalam menggunakan tulisan braille, kalau guru x dapat
menggunakan tulisan braille, tentulah guru tersebut x layak untuk
menjalankan tugasan sebagai guru pendidikan khas terutamanya yang
melibatkan visual murid khas.
iii) sikap murid yang mengalami masalah penglihatan - sikap murid
juga mempengaruhi berjayanya sesebuah pengajaran.....murid yang terlalu
bergantung pada guru dalam mengajarnya akan mengalami
masalah....selebihnya..pkir sendiri...sya x tau nak bagi contoh...hehe
iv) stigma/pelabelan masyarakat - contoh paling jelas ialah,
masyarakat x suka bergaul dengan kanak2 pendidikan khas, x mengiktiraf
kekurangan yang dimilik oleh golongan ini.
v) tempat/ruang untuk melaksanakan pentaksiran - ianya berbeza
mengikut kategori@tahap kecacatan penglihatan...contohnya, kanak-kanak
rabun (low vision) memerlukan bilik darjah yang cerah.
vii) tiada tindakan susulan diambil oleh pihak bertanggungjawab -
individu yang mengalami kemalangan dan menyebabkan kesukaran visual,
mereka memerlukan perkhidmatan daripada orang yang pakar untuk
membantunya.

G. Pentaksiran Pengamatan Pendengaran

Apa Kecacatan Pendengaran???????

Utk pengetahuan u guys, kecacatan pendengan happen when terhadap


masalah@kerosakan pada 1 or lebih bahagian-bahagian tertentu di dalam
telinga.....Kehilangan pendengaran konduktif terjadi sekiranya terdapat
masalah pada luaran, dalaman telinga termasuk salur telinga (ossicles), ade
sekatan@masalah struktur lain yang mengganggu pengaliran bunyi melalui
telinga....contohnyer tahi telinga..euwwwww.....kapas yang
tersumbat.....dan lain2....kehilangan pendengaran konduktif berlalu apabila
bahagian penting telingan like gegendang telinga, saluran telinga dan
ossciles telinga rosak......manakala, kehilangan pendengaran sensorineura
terjadi kerana kerosakan dalaman telinga dan sistem sensori.
i) pendengaran biasa - boleh m'dgr semua bunyi pertuturan walaupun
pd peringkat perbualan perlahan, 10 - 15 decibel
diaudiogram@audiologis (tahap pendengaran)
ii) pendengaran minimal - masalah dalam m'dgr pertuturan yg
perlahan @ x jelas, 16 - 25 decibel (tahap pendengaran), contoh, murid lain
di dalam kelas berbual dalam masa yang sama guru memberi arahan, dan ini
berkemungkinan informasi@arahan tersebut x sampai.
iii) ringan - perlukan alat bantuan pendengaran@sistem FM peribadi,
26 - 40 decibel (tahap pendengaran), 50% x dpt mendengar perbincangan
kelas.
iv) sederhana - 3 hingga 5 kaki boleh didengari, alat bantuan
pendengaran@sistem FM peribadi sgt diperlukan, 41 - 55 decibel (tahap
pendengaran).
v) sederhana hingga teruk - murid mungkin x dpt mendengar 100%,
perlukan bantuan tambahan utk kesemua subjek akademik bahasa, 56 - 70
decibel (tahap pendengaran).
teruk - bunyi yang kuat pada jarak yang dekat, 71 - 90 decibel (tahap
pendengaran).
vi) sgt teruk - menggunakan keseluruhan penglihatan untuk proses
maklumat, 91 decibel ke atas (tahap pendengaran).

BAB 3: Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku

Hehehe...u all boleh search pasal tingkah laku ye.....maklumatnya lebih


details.....
utk pengetahuan juga, tingkah laku dalam pendidikan khas ni dipelajari pada
SEM 2 Ijazah bagi guru pelatih IPG yang ambik kos Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran)....Selamat google.... ^_^

BAB 4: Mentaksir Bahasa Lisan

4.1 Komponen-Komponen Bahasa Lisan


Before kite masuk bab ni lebih mendalam, kita lihat dulu 5 komponen utama
dalam bahasa...hehe....that is:
a) Fonologi
Fono...fono...fono...fonologi ialah melibatkan bunyi2 bahasa yang diucapkan
dan peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi itu digunakan....Contoh
perkataan ialah:
Pin
Tin
Kebiasaannya, individu yang alami masalah pembelajaran, sukar utk
bunyikan fonek dengan betul.
Kadangkala, mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan,
pengguguran dan sebagainya...Contoh perkataan ialah:
Bahu ------> Bau
Kanak-kanak yang mengalami Down Sindrom sering mengalami masalah dari
segi Fonologi.

b) Morfologi
Kebenda la Morfologi ni ye?? ayoyo...time saya dengar lecture beri
keterangan about this topik..mata ni hampir2 nak terlelap...........Morfologi
ialah bidang yang mengkaji kata@bidang yang mengkaji proses pembentukan
perkataan daripada unsur makna yang paling asas iaitu morfem.
Sorry....saya x tau nak bagi contoh....korg cari sendiri la ek....

Morfem terbahagi kepada 2 pulak......morfem bebas (boleh berdiri sendiri)


and morfem terikat (x boleh berdiri sendiri)...ni punya penerangan u olls
tengok sendiri dalam buku bahasa melayu 1 or 2......penerangan terperinci
ade dlm buku tu...atau...guna cara biasa..GOOGLE..hik3

Kanak-kanak Terencat Akal sering mengalami masalah dalam


Morfologi.....utk keterangan lanjut...korg tanya sendiri lecture korg ape
kaitan kanak2 terencat akal ngan masalah morfologi...saya lupa nak catat
time lecture bagi penerangan... :)

c) Sintaksis
Sintaksis ialah unsur terbesar dalam tatabahasa.....Ianya boleh dibina
daripada unit2 tatabahasa yang lebih kecil seperti Frasa,Perkataan dan
Morfem. pergi = perkataan, Ibu ke pasar = frasa...apabila di gabungkan
perkataan tersebut akan membentuk....Ibu pergi ke pasar.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis ini,


kanak-kanak tersebut hanya mampu menyebut "Ibu
pasar"....ermmmm....kesian kan??....so sebagai guru pendidikan khas yang
betul2 mementingkan kesempurnaan dalam pengajarannya...masalah ini
perlu diatasi dengan betul agar murid dapat menguasai
tatabahasa......ekkk...

d) Semantik
Gapo dio pulok semantik ni??kecek Kelate la puloksss...Semantik ni pulak
berkaitan dengan Makna or Meaning dlm Bahaso Inggeris.....
Ianya merujuk kepada cara perkataan tersebut digunakan secara bermakna
dalam proses berkomunikasi...

Contoh: Semak (belukar), Semak (kertas peperiksaan)

Murid berkeperluan khas like autisme and lain2 mungkin akan keliru dengan
penggunaan makna perkataan ini ^_^.

e) Pragmatik
Pragmatik ialah bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang
betul...ermm..x tahu nak terang mcm mane...korg cari sendirilah ek...hoho

4.2 Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif


Reseptif and Ekspresif.......dua perkataan yang selalu bersama..di mana ade
respetif...semestinya ada ekspresif...hehehe..bagai isi dan kuku
yoo....always together

Bahasa Reseptif = Ialah keupayaan individu untuk menerima dan memahami


input bahasa yang diterima daripada persekitaran.....lebih kepada
kemahiran mendengar dan melihat.....

Bahasa Ekspresif = Merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasi


dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran dan pendapat kepada orang
lain.....lebih kepada kemahiran menulis dan membaca.

Pentaksiran terhadap bahasa Reseptif melibatkan:


keupayaan murid untuk mendengar perkataan@frasa dan dapat
mempamerkan kefahaman mereka terhadap isi yang
diperkatakan@diperdengarkan.
Apakah Elemen2 penting dalam meningkatkan bahasa Reseptif???
laras bahasa yang digunakan
persekitaran.....persekitran perlulah tidak mempunyai
gangguan...tidak bising......kalau kat sekolah bunyi mesin rumput akan
mengganggu penerimaan bahasa Reseptif murid.
pendengaran..sorry..x tahu nak hurai
tumpuan...x tahu nak hurai jgak... :(

Anda mungkin juga menyukai