Anda di halaman 1dari 17

1. Terangkan faktor-faktor yang boleh digunakan untuk meramal hujan.

Hujan adalah sesuatu yang tidak dirancang namun boleh dijangkakan dengan
mengetahui faktor bagaimana hujan akan berlaku. Terdapat beberapa faktor yang
boleh membantu dalam meramal hujan seperti :

Melihat pada jenis awan

Sekiranya langit mendung dan gelap lihat pada langit sekiranya terdapat
awan cumulonimbus atau nimbostratus.Ini kerana awan cumulonimbus ini
merupakan awan gelap yang membawa banyak jumlah hujan kerana awan
nya yang lebih besar. Awan yang besar seperti ini membawa banyak partikel
air di dalamnya dan hujan lebat akan turun.

Awan cumulonimbus Awan nimbostratus

Serta warna hitam pekat di bawah awan cumulonimbus ini membawa makna
awan ini sangat berat dan akan hujan serta guruh dan kilat bersama.
Manakala awan nimbostratus juga awan yang membawa hujan yang mantap
dengan saiz awan yang tebal dan hitam pekat.

Selain daripada itu, awan stratocumulus dan altocumulus juga boleh


menghasilkan hujan renyai. Ini kerana terdapat awan hitam yang memberat
namun saiz awan yang kecil menyebabkan tidak banyak hujan yang akan
turun. Ini kerana kurang partikel air yang telah dikondensasi oleh awan.

Awan altocumulus Awan stratocumulus


Antara faktor faktor yang boleh digunakan untuk meramal cuaca adalah Arus udara
sejuk , Arus udara panas, suhu, arah dan kekuatan angin, dan juga kelembapan
udara.

Pertamanya arus udara sejuk .Jisim udara ini bergerak dan boleh dijejaki dari
masa ke semasa.Jisim udara ini boleh menentukan suhu, tahap kelembapan serta
tekanan air di sesuatu kawasan.Arus udara ini mempunyai beberapa jenis,
pertamanya adalah arus udara sejuk. Arus udara sejuk ini berlaku apabila terdapat
udara sejuk di bahagian belakang arus yang menolak masuk di bahagian bawah
udara panas, dan menyebabkan udara panas naik ke bahagian atas lapisan udara,
apabila udara panas ini dipaksa naik ke atas, wap air dalam udara panas ini akan
termeluwap dan menjadi awan dan hujan yang mungkin akan lebat sepanjang laluan
arus udara sejuk ini.

Seterusnya adalah arus udara panas.Arus udara panas ini boleh digunakan
untuk meramal hujan.Udara panas ini terhasil dimana jisin udara panas bergerak ke
jisim udara sejuk.Disebabkan udara panas adalah kurang tumpat, ianya mudah
tergelincir dan melalui udara sejuk.Pada mulanua, awan cirrus mungkin terbentuk.
Kemudian diikuti oleh awan stratus dan beberapa mendapan sama ada hujan
ataupun salji. Wpanila arus udara ini melaluinya, langit akan kembali cerah dan
tekanan air meninggi. Suhu juha meninggi yang mana udara panas menggantikan
udara sejuk.

Faktor seterusnya adalah arus tetap, atau Stationary Front.Walaupun jisim


udara bergerak dan kadangkala tidak dan menghasilkan arus tetap. Kebiasaanya
pemendakan dan angin yang perlahan akan terhasil pada kawasan yang
mempunyai arus tetap.

Tekanan udara juga boleh digunakan untuk meramal hujan.Kawasan yang


mempunyai tekanan yang tinggi mempunyai tekanan yang lebih tinggi daripada
kawasan sekeliling.Perbezaan tekanan ini boleh menghasilkan angin.Pada kawasan
ini, udara adalah lebih tumpat daripada kawasan yang mempunyai tekanan rendah.
Hal ini menyebabkan udara akan bergerak daripada kawasan yang mempunyai
tekanan yang tinggi ke kawasan yang tekanan rendah. Angina akan bertiup daripada
kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah. Bagi
kawasan yang bertekanan rendah, angin biasanya bertiup daripada kawasan yang
rendah tekanan disebabkan udara, seperti gas yang mana bergerak dari kawasan
yang tekanan tinggi ke tekanan rendah. Apabila angin bertiup di kawasan yang
rendah tekanan udara akan akan bergerak ke atas. Pergerakan udara yang ditujah
ke atas ini boleh menyebabkan pembentukan angin dan menghasilkan hujan.

Seterusnya, kawasan yang mempunyai daya tekanan udara yang rendah


boleh menyebabkan udara ditiup ke kawasan yang bertekanan rendah. Seperti juga
sifat gas yang lain, iaitu udara akan bergerak dari kawasan yang tinggi tekanan ke
kawasan yang bertekanan rendah. Apabila angin bertiup, udara naik keatas.
Pergerakan udara ke atas ini boleh menyebabkan pembentukan awan dan hujan
akan turun.

Kelembapan dan wap air diudara juga boleh digunakan untuk meramal hujan.
Udara seperti juga gas akan mengembang dalam suhu yang tinggi. Jadi udara
mampu memegang banyak wap air pada suhu yang tinggi. Jumlah kelembapan
udara boleh memberi kesan betapa cepatnya air disejat daripada permukaan seperti
di jalan, sungai, tasik, malah kulit kita sendiri. Jadi jika kelembapan udara adalah
mencapai 100 %, kita akan dapat perhatikan bahawa keadaan diluar adalah lembab.
Ini tidak bermaksud hari akan hujan. 100 peratus kelembapan udara adalah tepu
dan udara memegang air serta kelembapan semaksimium yang mungkin. Atas
sebab itulah, keadaan sekeliling aan kelihatan berkabus .tetapi udara tidak
semestinya tepu untuk hujan turun. Sekiranya hujan, ini bermaksud bahawa titidan
air adalah sangat berat berbanding udara di sekeliling. Secara amnya, hujan akan
turun sekiranya kelembapan udara adalah kurang daripada 100 peratus.

Angin juga boleh menyebabkan hujan.Angin boleh menyebabkan udara


bergerak dari kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan
rendah.Semakin tinggi perubahan tekanan yang ada semakin kuat tiupan angin. Di
Malaysia secara am nya, taburan hujan di Malaysia diepengaruhi oleh angin. Ciri-ciri
iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan
hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah.Malaysia yang terletak di kawasan
doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan
langsung meski pun pada musim kemarau teruk.Malaysia juga jarang sekali
mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari
kecuali pada musim monsun timur laut. . Monsun Timur Laut membawa hujan lebat
terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat
sarawak. Angin ini membawa hawa sejuk dari pergunungan dan angin serta hujan
yang banyak.

Selain itu faktor kadar sejatan juga mempengaruhi hujan. Keadaan berawan
dan suhu merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan
bermakna kurangnya cahaya matahari dan seterusnya, kekurangan sinaran
matahari akan menyebabkan suhu yang rendah. Ujian daripada data-data sejatan
menunjukkan bahawa bulan-bulan berawan atau berhujan mempunyai kadar sejatan
yang rendah, sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan
yang tinggi.

Akhir sekali adalah suhu.Hujan terjadi disebabkan mendakan yang meningkat


apabila arus udara panas terhasil daripada jisim udara panas yang mana udara naik
keatas dan menyejuk, seterusnya menyebabkan hujan. Hujan dan suhu adalah
berkait rapat antara satu sama lain. Dalam sudut saintifik, hujan bukan diukur
melalui udara panas atau sejuk tatapi sebagai tanda aras kepada pergerakan
molekul dan pengaliran tenaga. Apabila suhu dijadikan tanda aras kepada hujan,
apabila suhu sejuk, kemungkinan hari akan hujan kerana awan menyerap titisan air
yang sejuk, kondensasi berlaku dan akhirnya meneyebabkan mendakan hujan.

KELEMBAPAN
UDARA

TEKANAN
SUHU UDARA

FAKTOR
MERAMAL
JENIS HUJAN
ANGIN
AWAN

ARUS KADAR
UDARA SEJATAN
2. Terangkan bagaimana ahli geologi mengenalpasti klasifikasi batu yang
dijumpai di suatu tempat.

Tiap-tiap batu-batan yang terdapat di lapisan dan permukaan bumi lapisan


adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Perbezaan ini termasuklah corak,
bentuk rupa, warna, ketelusan air,proses kejadiannya, mahupun kekuatannya
menahan kuasa hakisan serta luluhawa.Batuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
batuan igneus, batuan sedimen danbatuan metamorfik.Pengkelasan ini dibuat
dengan berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di
dalam batuan ini.tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam
batuan dan struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.Secara
umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
Batuan igneus, batu enapan dan batu metamorfik.
Perkara pertama yang dilakukan oleh ahli geologi dalam mengenal pasti
klasifikasi batu yang dijumpai di sesuatu tempat itu adalah dengan mengenal pasti
dahulu kawasan batu itu dijumpai. Sebagai contoh, adakah kawasan itu dari
kawasan gunung berapi,kawasan lombong arang batu, kawasan granit kuari dan
sebagainya. Namun begitu,dengan mengetahui dimana kawasan batu itu dijumpai
tidak semestinya dapat menentukan jenis batuan tersebut dengan tepat namun hal
ini dapat membantu ahli geologi menentukan jenis batuan tersebut.

Seterusnya, bagi menentukan atau menklasifikasikan jenis batuan ini, ahli


geologi juga memerhatikan tekstur batu tersebut. Penelitian mengenai tekstur batu
ini merangkumi apakah element-elemen yang menggabungkan batu tersebut serta
partikal-partikal batu yang terdapat dalam batu tersebut. Hal ini adalah penting bagi
menentukan jenis batu tersebut.Ahli geologi mengklasifikasikan batuan kepada
beberapa jenis iaitu batuan jenis igneous, batuan jenis sedimentary dan batuan jenis
metamorfik.

Batuan jenis igneous boleh diklasifikasikan sebagai batu yang terhasil secara
intrusive ataupun extrusive iaitu bergantung kepada bagaimana batu ini terhasil.
Cara lain mengklasifikasikan batu-batu oleh magma ini iaitu dengan mengetahui dari
mana mereka membentuk. Batuan jenis igneous terhasil daripada basaltic, andesitic
ataupun magma granitic. Jenis magma yang menyejuk dan menghasilkan batu
igneous boleh menentukan bahan kimia serta ciri-ciri fizikal batuan tersebut. Perkara
yang terlibat dalam menentukan batuan jenis igneous ini termasuklah komposisi
mineral, ketumpatan, warna serta suhu pencairan batuan tersebut.

Selain itu batu igneus terbahagi kepada dua jenis iaitu plutonik dan volkanik.
Jenis plutonik mengalami penyejukan yang perlahan dan membenarkan butiran
kristal yang terbentuk bersaiz besar berbanding dengan jenis volkanik yang
mengalami penyejukan yang cepat dan membenarkan butiran kristal terbentuk
bersaiz kecil.

Bagi batu ingneous jenis batu basaltic, batuan ini adalah tumpat dan bewarna
hitam. Batuan ini terhasil daripada magma yang kaya dengan iron dan magnesium
dan mempunyai jumlah silica yang sedikit. Batu igneous jenis batuan granitic pula
adalah batu yang berwarna terang, pudar, kurang tumpat daripada batu jenis
basaltic.Magma granitic ini adalah tebal dan kaku serta mempunyai banyak silica
tetapi mempunyai mineral iron dan magnesium yang kurang. Kemudian, geologi
mengenalipasti batu igneous ini dengan mengenal pasti batu andesitic iaitu jenis
batu yang mempunyai komposisi diantara batu jenis basaltic dan batu jenis granitic.

Berikut merupakan pengkelasan batu igneus berdasarkan ciri-cirinya:


Batu jenis sedimentary pula adalah sejenis batuan yang mengeras bersama pasir
dan tanah liat yang berwarna perang ke kelabu. Kebanyakan batuan ini mempunyai
bahan- bahan fosil,bijiran mineral, air, serta ais. Sebenarnya jenis batuan ini terhasil
apabila sediment ini dimampatkan dan tersusun bersama.Batuan jenis metamorphic
pula di klasifikasikan mengikut ciri-cirinya.Biasanya batuan jenis ini adalah keras dan
kuat, mempunyai banyak warna serta mempunyai kilatan mika.

Berikut merupakan ciri-ciri batu sedimen detrital dan kimia:


Malah, para ahli geologi juga mengklasifikasikan sesuatu batuan itu dengan menguji
saiz bijian batu serta tekstur batuan tersebut. Bagi saiz bijian, bijian mineral yang
kasar boleh dilihat oleh mata kasar dan mineral-mineral yang terlibat boleh
dikenalpasti dengan menggunakan kanta pembesar.

Seterusnya klasifikasi batuan juga dibuat dengan menguji kekerasan bautuan


tersebut.Bagi menguji kekerasan batu tersebut, sebenarnya kekerasan batu ini
menguji kekerasan mineral yang terdapat di dalam batu tersebut.Kekerasan batu-
batu ini boleh diuji dengan menggunakan beberapa ketetapan. Contohnya, batu
yang keras dapat mencalarkan kaca dan besi, kekerasan dalam skala Mohs 6-7
skala. Batuan yang lembut tidak dapat mencalarkan pisau besi tetapi boleh
mencalarkan kuku jari tangan dalam skala Mohs 3- 5.5.manakala batuan yang paling
lembut tidak booleh mencalarkan kuku jari juga dalam skala Mohs 1-2.
Kebiasaanyan batuan jenis igneous adalah kuat dan keras.

Dengan kata lain, kekerasan batuan ini boleh dilihat menggunakan skala Mohs. Jika
besi boleh mencalarkan batu maka lihat jika batu tersebut juga boleh mencalarkan
besi tersebut. Perkara yang sama juga dilakukan dengan menggunakan duit syiling.
Jika batuan yang digunakan lebih lembut daripada besi dan duit syiling maka kuku
digunakan untuk mencalarkan batu bagi mengkaji kekerasannya.Kekerasan besi
adalah 5-1/2, duit syiling 3, manakala kuku jari adalah 2.Ujian asid juga digunakan
untuk mengklasifikasikan jenis batuan.
BAGAIMANA BATU DIUJI

MENGENALPASTI TEMPAT BATU DIJUMPAI

MEMERHATI TEKSTUR BATU

MENGUJI BIJIAN YANG TERDAPAT PADA BATU

MENGUJI KEKERASAN BATUAN


3. Terangkan perkaitan di antara ekliptik dengan altitut dan azimuth matahari
setiap hari di tempat-tempat yang berbeza .

Ekliptik merupakan laluan matahari setahun dan merupakan satah di mana


terletaknya bumi semasa beredar mengelilingi matahari. Laluan matahari yang lebih
ke Utara akan mengenai Garisan Sartan dan laluan matahari yang lebih ke selatan
akan mengenai Garisan Jadi pada altitude 23.5 darjah. Ekliptik ini dipengaruhi oleh
putaran bumi, peredaran bumi mengelilingi matahari dan juga orientasi bumi yang
sama. Kejadian empat musim berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi
sebanyak 23.5 darjah. Pada masa yang sama juga disebabkan oleh peredaran bumi
mengelilingi matahari yang merubah ekliptik matahari sama ada lebih ke selatan
atau lebih ke utara serta putaran bumi pada paksinya.

Kejadian empat musim yang dinyatakan adalah musim panas, musim sejuk, musim
bunga dan musim luruh.Rajah di bawah menunjukkan kitaran empat musim.
Berdasarkan kepada rajah di atas dapat dilihat bahawa terdapat empat
perubahan musim iaitu ekuinoks musim bunga (21 Mac), solstis musim panas (21
Jun), Ekuinoks Musim luruh(23 September) dan Soltis musim sejuk(22 Disember).
Antara 21 atau 22 Jun, pada hemisfera utara berlaku soltis musim panas. Pada
ketika ini matahari berada tegak di Garisan Sartan iaitu pada latitude 23.5 darjah
Utara. Manakala soltis musim sejuk pula berlaku di hemisfera selatan bumi, di mana
bahagian selatan menjauhi matahari. Oleh itu, bahagian selatan ini menjadi sejuk
kerana kedudukan matahari adalah lebih rendah di ufuk bermakna semakin
jauh.Siang hari adalah lebih panjang di hemisfera utara daripada malam hari.Di
hemisfera selatan pula, malam adalah lebih panjang daripada siang hari.

Setelah bumi beredar mengelilingi matahari sehingga tiba pada 21 atau 22


Disember, pada hemisfera utara bumi berlaku soltis musim sejuk di mana matahari
berada tegak di garisan jadi pada altitut 23.5 darjah selatan. Oleh itu, matahari
kelihatan lebih rendah di ufuk dan bahagian utara ini menjauhi matahari tetapi masih
mendapat cahaya matahari Cuma lebih sejuk. Di hemisfera selatan pula pada ketika
ini berlakunya soltis musim panas kerana matahari berada tegak di garisan sartan
yang berada di bahagian hemisfera selatan dan matahari adalah lebih tinggi di ufuk.
Siang hari adalah lebih panjang di hemisfera selatan daripada malam hari.Di
hemisfera utara pula, malam adalah lebih panjang daripada siang hari.

Semasa musim panas di hemisfera utara, matahari terbit di north east dan
tenggelam di north west. Semasa musim sejuk pula, matahari terbit di south east
dan terbenam di south west Cuma pada masa musim luruh atau musim bunga,
matahari terbit betul-betul pada timur dan terbenam di barat.

Apabila matahari terbit di north east , matahari adalah lebih tinggi di langit ke
horizon barat. Musim panas adalah lebih panjang kerana matahari mesti melalui
lebih banyak lintasan di langit sebelum terbenam.Semakin jauh matahari ke selatan,
semakin rendah kedudukan matahari di langit dan hari adalah pendek. Pada hari
yang panjang pada tahun tersebut, iaitu soltis musim panas, matahari mencecah
altitude tertinggi di langit pada tengah hari iaitu sebanyak 73 darjah. Pada masa
tengah hari, matahari adalah di selatan dan melintasi meridian iaitu garisan
bayangan yang membahagikan langit kepada timur dan barat. Setiap hari selepas
soltis musim panas, altitude matahari pada tengah hari akan berkurangan sehingga
mencecah altitude yang terendah iaitu soltis musim sejuk pada 26 darjah, hari yang
paling singkat pada tahun tersebut.

Ekuinoks musim Bunga dan musim luruh berlaku apabila matahari adalah
betul-betul berada di garisan khatulistiwa iaitu pada 0 darjah bermakna matahari
berada di khatulistiwa bumi. Pada ekuinoks, matahari akan berada pada ufuk 90
darjah zenith iaitu paling tinggi. Semasa ekuinoks ini, bilangan jam siang dan malam
adalah sama seluruh dunia iaitu sebanyak 12 jam siang dan 12 jam malam. Di
hemisfera utara, matahari mencapai ekuinoks musim bunga pada 20 atau 21 Mac ,
tetapi di hemisfera selatan pula telah menerima kedatangan ekuinoks musim luruh.
Pada 22 atau 23 september, hemisfera selatan mengalami musim Bunga, tetapi
hemisfera utara mengalami musim luruh.

Berdasarkan penerangan di atas, dapat dilihat bahawa matahari seolah-olah


bergerak ke 23.5 darjah utara atau 23.5 darjah selatan.Pergerakan di sepanjang
laluan ekliptik ini turut menyumbang kepada perubahan musim-musim di tempat
yang berbeza.Garis lintasan matahari dari horizon pengamat adalah berbeza di
sesuatu tempat sepanjang empat musim tersebut.Matahari tidak semestinya terbit di
timur dan tenggelam di barat tetapi boleh juga berganjak sedikit daripada di timur
atau di barat.Rajah di bawah menunjukkan lintasan matahari yang berbeza untuk
musim-musim di bumi.
MUSIM SEJUK

Pada musim sejuk, kedudukan


matahari adalah rendah di langit dan
hari adalah paling singkat di dalam
tahun tersebut. Jika dilihat, matahari ti
dak terbit tepat di timur tetapi dinorth
east dan tenggelam di north west
pada sudut 26 darjah

MUSIM BUNGA DAN MUSIM LURUH

Matahari akan naik sedikit demi


sedikit berganjak Cdari peralihan
soltis musim sejuk ke peralihan
musim bunga dan musim luruh.
Pada waktu ini siang dan malam
adalah sama di semua temapt di
bumi. Jika dilihat garisan lintasan
matahari terbit tepat pada timur
dan tenggelam di barat pada
latitude 50 darjah.
MUSIM PANAS

Pada musim panas ,kedudukan


matahari adalah paling tinggi di
langit dan hari adalah paling lama
di dalam tahun tersebut. Jika dilihat,
matahari ti dak terbit tepat di timur
tetapi lebih di south east dan
tenggelam di south west pada
sudut 73 darjah.
4. Terangkan perkaitan pergerakkan bulan mengelilingi bumi dan masa terbit dan
terbenam bulan.

Bulan mengorbit mengelilingi bumi sama seperti bumi mengorbit


matahari..Pergerakan bulan pada orbitnya mengelilingi bumi memberi beberapa
keadaan dan memberi pengaruh besar kepada bumi.Peredaran bulan mengelilingi
matahari menyebabkan bulan dilihat mempunyai fasa-fasa tertentu di langit.Hal ini
terjadi disebabkan oleh terdapatnya perbezaan sudut dari tempat yang kita lihat
pada bulan.Perkara inilah dipanggil sebagai fasa bulan.Bulan tidak menghasilkan
cahayanya tersendiri tetapi cahaya itu dipantulkan oleh cahaya matahari.Bulan
mempunyai empat fasa tertentu dalam satu kitaran dan berulang-ulang dalam masa
29.5 hari.Perubahan fasa ini adalah dalam keadaan yang tersusun mengikut
urutannya tersendiri.

Fasa pertama bulan adalah anak bulan. Anak bulan ini secara kasarnya
berkedudukan yang sama dengan matahari dan secara tidak langsung fasa ini tidak
kelihatan di bumi. Pada fasa ini, buan dan matahari terbit pada masa yang sama dari
timur ke barat.

Fasa yang kedua adalah bulan sabit baru. Apabila bulan mengorbit bumi, kita akan
meihat fasa-fasa bulan ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. ). Fasa bulan ini
dapat dilihat sehari selepas anak bulan.Seterusnya selepas satu minggu, separa
bulan pula kelihatan.Seminggu selepas itu, fasa bulan hampir purnama pula
kelihatan.Dua minggu selepas anak bulan kelihatan, bulan sekarang melalui separuh
fasa keseluruhannya.Sekarang, fasa bulan penuh kelihatan dengan jelas di langit.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan terbit lebih kurang sama dengan masa
matahari terbit dan juga terbenam dalam masa yang sama.

Selepas itu adalah fasa bulan hampir purnama lama. Kemudian diikuti
dengan fasa bulan separa lama di mana hanya separuh bahagian yang bersinar.
Bulan kelihatan semakin mengecil di mana ia adalah fasa bulan sabit
lama.Kemudian, kitaran ini akan berulang dan anak bulan akan menyusuri fasa yang
seterusnya dan diikuti dengan fasa-fasa yang lain.Hampir empat minggu, ulan
melalui fasa-fasanya. Apabila habis satu kitaran fasa bulan, kitaran yang baru akan
bermula semula.

Berkenaan tentang masa terbit da terbenam matahari, ianya bergantung


kepada fasa- fasa bulan itu sendiri.Atas sebab itulah bulan kadang kala kelihatan
pada siang hari dan kadang kala pada malam hari.Anak bulan terbit semasa subuh
dan terbenam ketika termbenam matahari.Manakala bulan sabit baru pula terbit
selepas terbenam matahari. Seterusnya, bagi bulan separa baru, ia terbit pada pukul
12.00 tengah hari dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah malam. Bagi bulan
hampir purnama baru, ia terbit pada pukul 3.00 petang dan tenggelam pada pukul
3.00 pagi. Bulan purnama pula, ia terbit pada pukul 6.00 petang dan tenggelam pada
pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir purnama lama, ia terbit pada pukul 9.00 malam
dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi. Bagi bulan separa lama, ia terbit pada pukul
12.00 tengah malam dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit
lama, ia terbit pada pukul 3.00 pagi dan tenggelam pada pukul 3.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai