Anda di halaman 1dari 4

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2016/2017

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

PERHATIAN:

i. Huruf Arial, Font 12, ditaip langkau dua baris dan disimpan dalam file PDF.
ii. Tugasan ini mesti DIHANTAR SEBELUM ATAU PADA 5/12/2016
iii. Markah 0 akan diberi jika tugasan sampai selepas tarikh ini.
iv. Bahagain A dan B hendaklah dihantar bersama-sama (dalam satu file sahaja).
v. Kaedah penghantaran: HANTAR TUGASAN SECARA ONLINE SAHAJA RUJUK PORTAL
vi. Sebarang masalah sila hubungi saya.

Bahagian A: KARANGAN (15 markah)

i. Pilih SATU (1) daripada tajuk karangan di bawah.


ii. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 500-600 patah perkataan.

(Pemarkahan karangan yang anda tulis akan dinilai berdasarkan isi, organisasi, bahasa dan
ejaan serta gaya keseluruhannya.)

1. Menegah mahasiswa melibatkan diri dalam isu-isu sosial dan politik samalah ertinya dengan
usaha menyekat pengembangan minda dan watak dinamik mereka, dan sama jugalah ertinya
dengan usaha menyempitkan dunia kemahasiswaan kepada kuliah, nota, buku, esei, dan
peperiksaan sahaja. Berikan pendapat anda.

2. Bumi yang lestari hanya impian kerana kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar.
Bincangkan.

3. Gejala stres dalam masyarakat kita kini sudah mencapai tahap yang membimbangkan.
Bersetujukah anda dengan pernyataan ini?.

4. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sejauh manakah nilai murni ini masih
diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia? Bincangkan.

5. Perubatan tradisional kaum-kaum di Malaysia sebagai perubatan alternatif perlu


diperkembangkan. Berikan pendapat anda.

6. Yang terbaik itu semestinya yang didatangkan dari barat. Bahaskan.


Bahagian B: (5 markah)

KEFAHAMAN BACAAN

ARAHAN:

i. Baca petikan di beri dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikut dengan ringkas dan tepat.
ii. Panjang jawapan anda TIDAK lebih 50 patah perkataan.
iii. Markah diberi berdasarkan hujahan dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

BAHASA PEMAIN UTAMA KEMAJUAN MASYARAKAT

Bahasa ialah alat perhubungan yang paling dalam kehidupan manusa. Bahasa digunakan untuk
memperoleh kecekapan dan kemahiran belajar dan mengajar, iaitu menerima dan menyampaikan ilmu
pengetahuan. Melalui bahasa juga, seseorang dapat meluaskan pemikiran dan pengetahuan serta
membolehkan bahasanya yang tersendiri. Sehubungan hal itu, setiap bahasa berbeza dari segi
geografi dan linguistiknya. Perbezaan bahasa dari segi linguistiknya terdapat dalam aspek bunyi
(fonologi), pembentukan kata (morfologi), bentuk ayat (sintaksis) dan maknanya (semantik). Dari sudut
linguistik, bahasa mempunyai sistem bererti, aturan atau rumus tertentu yang pasti dan beraturan.
Dengan kata lain, tidak mungkin sesuatu bahawa itu tidak mempunyai aturan atau rumus tertentu.
Sesuatu bahasa itu mestilah bersistem. Jika tida, bahasa itu tidak dapat dipelajari dan digunakan
dengan mantap. Tiap-tiap bahasa itu mempunyai system tertentu yang menjadi asas kepada
pengguna untuk menuturkan atau menuliskan apa-apa sahaja dalam Bahasa tersebut. Misalnya,
struktur frasa nama bahasa Melayu tidak sama dengan struktur frasa nama bahasa Inggeris kerana
sistemnya berbeza.

Bahasa juga mempunyai makna. Makna merujuk sesuatu yang dimaksudkan oleh penutur atau
penulis dan disampaikan dengan menggunakan bahasa. Tiap-tiap yang dituturkan oleh penutur atau
ditulis oleh penulis sesuatu bahasa itu mempunyai makna bagi pendengar atau pembaca dalam
masyarakat bahasa yang sama. Makna bahasa mungkin berupa sesuatu situasi yang sedang
dihuraikan, fikiran atau pendapat yang dibentangkan, atau perlakukan social yang diceritakan.
Pendengar atau pembaca dapat memahami hal yang dimaksudkan atau memilih beberapa ciri tertentu
daripada seluruh unsur percakapan itu. Pemerkasaan, menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat,
bermaksud perihal perbuatan, usaha atau tindakan memperkasakan sesuatu. Dalam konteks tulisan
ini, pemerkasaan merujuk usaha memperkasakan bahasa Melayu melalui penyelidikan, kemudiananya
melalui penyebaran yang menyeluruh bagi memasyarakatkannya. Di dalam kamus yang sama,
masyarakat merujuk kumpulan manusia yang hidup brsama di sesuatu tempat dengan mematuhi
aturan yang tertentu.
Sehubungan hal itu, bahasa dan pemerkasaan masyarakat merujuk usaha memperkasakan bahasa
Melayu dalam konteks masyarakat daripada segenap lapisan usia dan latar, dan merangkumi segala
bidang kajian. Hal ini demikian kerana Bahasa yang dilestarikan daripada satu generasi kepada satu
generasi secara budaya perlu diperkasakan untuk mewujudkan saling pengertian, terutama kerana
adanya keberkesanan dalam kod linguistic. Persamaan bahasa dengan anggota masyarakat
penggunanya terpanca dengan adanya dimensi social yang subjektif. Sikap individu ketika
memuturkan bahasanya kepada pendengarnya, secara tidak langsung, menggambarkan kesejarahan
bahasa dan status individu itu dalam masyarakat bahasanya. Hal tersebut dapat difahami dengan
penggunaan bahasa dalam menelusuri dan mendedahkan perkembangan dan penemuan terkini

2
dalam kajian bahasa Melayu dan kegiatan pemerkasaan masyarakat. Dalam usaha tersebut, setiap
penyelidik bahasa perlu mencapai beberapa objektif.

Pertama, setiap penggunaan bahasa yang merangkumi pelbagai bidang perlu dimasyarakatkan.
Sebagai contoh, penggunaan bahasa dalam media, ekonomi dan dalam bidang professional yang lain,
seperti kedoktoran, undang-undang dan kejuruteraan, perlu diketahui oleh ahli masyarakat kerana
setiap bidang itu mempunyai laras bahasanya yang berbeza-beza. Aspek bahasa yang digunakan
dalam setiap bidang itu perlu diketengahkan supaya masyarakat dapat mempraktikkan ragam bahasa
yang pelbagai, di samping mengetahui maknanya. Pengetahuan tentang laras dan kod bahasa-
bahasa Melayu dalam setiap bidang itu sekali gus dapat membuktikan keupayaan bahasa itu dalam
bidang pendidikan, khususnya dalam mengungkapkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang selain
menonjolkan pengupayaannya sebagai satu wacana.

Wacana pada umumnya dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah.
Wacana dan teks merujuk unit bahasa yang lebih besar daripadanya ayat, dan cabang linguistik itu
setara dengan cabang yang lain, seperti morfologi dan sintaksis. Wacana juga dilihat sebagai unit
perlakuan bahasa. Unit perlakuan bahasa mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas
ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa dalam perbualan di sekolah, sewaktu guru
menyampaikan pengajaran, pensyarah menyampaikan kuliah dan dalam interaksi formal di institusi
pendidikan. Dengan kata lain, wacana dapat didefinisikan sebagai bahasa dalam penggunaan dan
dalam perhubungan yang melibatkan komunikasi dan interaksi pendidik dengan pelajarnya. Melalui
wacana, bentuk komunikasi melalui bahasa dapat dipancarkan. Hal tersebut sekali gus menonjolkan
pola kepercayaan dan tindakan lazim, di samping pola bahasa. Dalam hal itu, wacana merujuk idea
dan cara bertutur hingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Dengan hal demikian, segala
penggunaan bahasa Melayu sebagai wacana yang merentas pelbagai bidang ilmu perlu mendapat
tempat dalam pengetahuan masyarakat bahasa Melayu agar kajian sedemikian dapat diperkasakan.

Kedua, sarjana bahasa perlu serius dalam membincangkan dan menyebarluaskan penyelidikan dan
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dalam usaha memperkasakan masyarakat, di
samping mengemukakan cadangan untuk menatarkannya. Sarjana juga perlu berusaha memperkaya
dan memertabatkan penyelidikan linguistik dan membudayakan penemuan baharu dalam bidang
bahasa Melayu melalui penerbitan dan penterjemahan agar menjadi realiti dalam kehidupan
masyarakat. Dalam usaha mencapai hasrat itu, kajian bahasa Melayu yang lebih lengkap perlu
dijalankan dalam semua bidang bahasa yang ada kaitannya dengan dunia pendidikan. Hal ini kerana
bahasa Melayu merupakan khazanah kebudayaan kebangsaan yang sangat berharga dan mampu
mendukung semua fungsinya. Sehubungan hal itu, ancaman gelombang globalisasi dan kemajuan
teknologi maklumat tidak harus dianggap sebagai ancaman pada kemajuan bahasa Melayu itu sendiri,
sebaliknya dilihat sebagai perkara yang positif, iaitu sebagai anjakan paradigm pada bahasa Melayu.
Hal ini demikian kerana era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat yang pesat ini mampu
mempercepat usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa Melayu.

Walaupun terdapat segelintir ahli masyarakat yang mengambil kesempatan di sebalik kemajuan dalam
era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat, iaitu dengan melakukan perubahan perspektif
masyarakat terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi
dan tindakan itu amat mendukacitakan, usahatersebut dapat di atasi melalui usaha menjalankan kajian
bahasa Melayu dan memperkasakannya dalam masyarakat di dalam dan di luar Negara. Hal itu sekali
gus dapat membuka ruang untuk masyarakat bahasa Melayu menjatikan diri mereka dengan bahasa
itu sebagai bahasa kebangsaan, manakala masyarakat dunia akan mengiktiraf keupayaan bahasa
Melayu sebagai satu daripada bahasa moden yang mempunyai status dan nilai ilmu ekonomi, sosial
dan politik.

3
Oleh hal yang demikian, fenomena tersebut menuntut pencinta linguistik dan bahasa Melayu
mempergiat penyelidikan dan memantapkan bahasa itu sebagai usaha menjadikannya juzuk utama
dalam khazanah ilmu yang dapat menarik perhatian lebih banyak masyarakat global di samping
menjadikannya sebagai wahana yang berkesan untuk memperkasasakan masyarakat setempat.
Ilmuwan dan cendekiawan harus terus mengkaji dan menguji strategi yang lebih berkesan dalam
usaha memastikan agar bahasa Melayu diutamakan dalam pelbagai bidang di negara ini. Mereka
perlu berusaha mencari formula ampuh untuk memastikan agar fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
penyatuan dan pemerkasaan masyarakat dapat dilestarikan secara berkesan. Tidak kurang juga,
kajian perlu dibuat tentang perancangan bahasa yang lebih strategik untuk memantapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden supaya bahasa
itu digunakan secara meluas di Negara ini dalam semua bidang ilmu dan oleh semua lapisan dan
golongan masyarakat.

Dengan hal yang demikian, segala alasan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
yang telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa pengantar harus diketepikan.
Penekanan terhadap kepentinganbahasa Inggeris tidak harus dijadikan lesen untuk tidak menghormati
Bahasa kebangsaan itu. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung harus dimengertikan maknanya
dan diperkasakan dahulu dalam jiwa rakyat Malaysia. Di samping itu, rakyat Malaysia harus menyedari
bahawa bahasa Melayu kini semakin hilang status dan wibawanya di negara ini sebagai ekoran sikap
negatif segelintir rakyat Malaysia yang tidak yakin akan kemampuannya sebagai bahasa pengantar
ilmu sains dan teknologi moden. Setiap usaha untuk menghimpunkan, membincangkan dan
memantapkan hasil penyelidikan linguistik dan pembudayaan bahasa Melayu harus dipandang sebagai
langkah yang positif ke arah memasyarakatkan Bahasa itu pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Kerjasama erat Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, tidak harus dinafikan lagi agar hasil penyelidikan itu dapat
dimasyarakatkan. Dengan hal itu, penyalahgunaan kuasa sosial, ekonomi dan politik untuk menafikan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dijelaskan dan dihindarkan daripada berterusan
agar semua pihak dapat memahami wujudnya ketidaksetaraan social, sebagai kesan perubahan sikap
dan fenomena tersebut. Hal itu harus didedahkan secara ilmiah pada peringkat sarjana dan
diperkasakan pada peringkat masyarakat sebagai realiti kerana bahasa memainkan peranana utama
dalam kemajuan masyarakatnya.

Dipetik dan diubahsuai daripada: Rencana Zaitul Azma Zainon


Hamzah di dalam Pelita Bahasa, November 2008.

Soalan:
1. Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu mempercepat usaha
memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa Melayu.

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?