Nota Jahitan 1 PDF
Nota Jahitan 1 PDF
*Leher sampan ni bahagian depan and blakang sama ukuran ke? Belakang turun 3/4".
TUTORIAL MERAJAH POLA KERUK LENGAN (BAJU)
Cara paling ringkas dan mudah untuk merajah pola di bahagian keruk lengan baju.Terdapat
berbagai jenis formula yg sering di guna pakai.
A = 1.25 inchi
B = 0.50 inchi
C = 0.75 inchi
Garis lurus dr A ke B
Mula lengkungan pada garisan B ke C
Ukur jarak lengkung A ke C (belakang)
Jarak lengkung badan depan +
belakang di bahagi 2 untk
dapatkan jarak lengkungan D
ke A
* Part bahu kena hati2 sebab kalau salah nanti x sedap pakai....baju mengesot ke
belakang...sbb tu bahu saya depan turunkan 1.50 lebih dr belakang...
*Formula saya C turunkan 0.75 inchi...mmg bwh garisan dada... Sebabnya bila kita lukis
garisan lengkung exspecially bg yg x mahir tu mesti akn ralat dan npk kejung...ni pengalam
saya sendiri..so bila guna formula ni part U tu selesa pakai...kalau awk tgk baju ready made
keruk lengan x curve sgt kan...
TUTORIAL POLA LENGAN DEPAN & BELAKANG
Salah satu cara memola bahagian lengan adalah seperti berikut. Depan belakang
mempunyai ukuran yg berbeza. Pola lengan ini boleh di sesuaikan mengikut design baju yg
bersesuaian.
TUTORIAL MERAJAH POLA LENGAN (DEPAN/BELAKANG SAMA)
Terdapat berbagai cara merajah pola lengan,salah satu darinya adalah seperti yang saya
tunjukan ini,bagi yg tidak mempunyai asas jahitan pasti mudah dgn menggunakan pola asas
ini
*saya draf pola baju depan & belakang dahulu lepas
tu ukur kan berapa panjang lubang lengan depan +
belakang bahagi 2 = saiz lengan baju...contoh
lubang lengan depan 10 inchi + belakang 9 inchi =
19 inchi bahagi 2 = 9.50 inchi
9.50 inchi tu kena tolak 1 inchi masa nk draf pola
lengan..
Formula ini sesuai untuk beberapa jenis kain sahaja... Iaitu kain dari jenis
stretchable/memeri.. Cara mengambil ukuran mestilah di ukur tepat (ngam ngam) pada
badan.. Ukuran asal panjang bahu hendaklah di tolak sebanyak 1 inchi.. Ukuran bahu ke
pinggang juga di tolak 1 inchi.. Biasanya ukuran labuh dress akan terlebih panjang,anda
bole trim mengikut kesesuaian semasa mengenankan pakaian
CARA LUKIS POLA TANGAN
A to B : labuh lengan
* utk budak ukur keliling ketiak + kelonggaran siap2 terus bahagi dua...
A to D : garis lurus
E / F / G : bahagi 3
F to X : 1cm
G to X : 2cm
* kalau ukuran tk balance kt mana nk alter.. sy fail kt sini.. -adjust pada C to D atau A to
C..Ukuran C to D kena ballance dgn keliling ketiak. ..
* gunting kan ikut bentuk yg telah siap ..tutorial ni yg paling simple nk buat lengan,sesuai untk
beginner. Garisan lurus A ke D tu hanya guide line nk buat keruk lengan...
* sy nk mintak tlg bg pencerahan kt sy.. ape fungsi keruk atau garisan melengkung pada pola
lengan tu?apa beza nye..jika ade yg naikkan 1/2"...ade yg 1".. apa kelebihan setiap banyak atau
sikit garis lengkung tu? keruk lengan D ke A ada sbb kenapa di beri formula mcm tu...jika
terlampau dlm keruk ketiak x cantik bila pasang lepas tu akn npk kejung part ketiak...bahagian E
dan F yg akan jadi penentu sedap ke tidak lengan yg kita buat... Bertahun2 saya jahit saya
jumpa punca kat situ kena hati2 masa memola...
CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN !!
Seelok2nya diambil ngam2 , jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran semasa membuat pola
1. BAHU :
diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. DADA:
ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada
3. PINGGANG BAJU :
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping
4. PINGGANG KAIN:
Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai 'low waist' ukur dibahagian tersebut
5. PUNGGUNG:
Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut . Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang
punggung hingga perut yang aling tinggi . Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut
6. LABUH LENGAN:
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar
7. LEHER:
ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan
8. LABUH BAJU:
Sebaik2 ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.
9. LABUH KAIN:
Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki ( tidak memakai kasut ) . Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.
Kebiasaannya ada yang melukis pola dah siap basi. Terpulang kepada
kaedah masing2. Tapi saya lebih suka tanpa basi. Jadi kalau ada
masalah saya tahu ukuran sebenar pola . Tak perlu nk kira2 semula
berapa basi yg telah ditambah.
3. FORMULA POLA
Biasa kalau kita ikut buku .. cth : keliling pinggang bahagi 4 tambah 1
1/2inci .
Tapi ramai yang tak tahu .. ape sebenar yang kita tambah. Cuba asing
dan kenal pasti yang mana kelonggaran dan yang mana utk lisu. ( Boleh
tengok dalam nota yang saya upload) . 1 1/2" ni ape??? 1" adalah lisu
dan 1/2" lagi adalah kelonggaran. Buat kaedah satu persatu. Supaya kita
tahu berapa byk yang kita perlukan untuk tambah kelonggaran dan
berapa untuk lisu.
Perlu diingatkan jangan sesekali anda menjadikan ia "WAJIB " " MESTI"
buat mcm tu .. sebenarnya terpulang kepada kita untuk menentukan
berapa byk kelonggaran yang diperlukan mengikut keselesaan. Maklumla
baru2 belajar mmg skema.. Cuba jangan jadikan diri anda terlalu skema..
Itu yang akan buat anda terpening sorang2. Berfikir secara logik
4. PARAS BADAN
Buatkan kedudukan paras bahagian badan seperti dlm gambar pola
pesak gantung. Kaedah ini dapat membantu anda memahami paras2
badan dan ukuran yang diperlukan. Nak tanda pola bagi setiap bahagian
pun senang kan.