Anda di halaman 1dari 4

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar

sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan
lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan
taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh
membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat
dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita sebenarnya telah
terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap
alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatahdi telan mati emak di luah
mati bapa. "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita
dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar
merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi,
setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan
melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Isu-isu tentang alam sekitar kerap
dipaparkan dalam surat khabar dan televisyen. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar
yang sering berlaku di negara kita antaranya ialah pencemaran air, udara, dan pencemaran udara.
Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal
adalah disebabkan tangan manusia sendiri. Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan
pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan
radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media massa namun
manusia durjana yang tidak mencintai alam memandang enteng terhadap permasalahan
pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk
kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini. Terdapat juga individu yang mengambil
mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai. Individu yang membuang
sampah ke dalam sungai ini akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai
menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan
menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara. Minda manusia berjiwa rakus seperti
golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi
memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas
karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana
populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana
menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator
yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.

Punca seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini adalah kerana sikap pekerja di sektor
pertanian dan industri juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja
di sektor pertanian yang membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini boleh
menyebabkan air sungai tercemar. Selain itu, terdapat juga pekerja di sektor pertanian yang
membakar hutan bagi membersihkan tanah untuk bercucuk tanam. Hutan yang terbakar ini akan
mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Asap-asap kilang dan kenderaan juga boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara. Ini
disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asap-
asap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu, terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas
monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi bahan
yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak. Selain itu, manusia
juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas. Ini menimbulkan ketidakselesaan
oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian. Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara
yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan
terhadap seluruh masyarakat.

Kesan pencemaran alam sekitar yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang
dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-
gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku
secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. penyusutan lapisan ozon bumi
yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan
peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai
ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Sebagai contohnya,kegiatan
tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda.
Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.

Kesan seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini menyebabkan terbentuknya Hujan asid
yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal
ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara
dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik
dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan
membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan
yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Hal ini juga boleh
menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke
dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Hujan asid
juga disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid
yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik
dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran
bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan
membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini
disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu
membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi
pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu
pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu
menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan
cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang
masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah
mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan
pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang
kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa
merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun
serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh
kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat
mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.
Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat
besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal
oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.
Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan
penggunaan bahan kimia.

Langkah seterusnya adalah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek


penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita.
Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian
kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan.
Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun
ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini
turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang
mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus
diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini
tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein.
Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor
akibat kekurangan protein. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi
dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula
yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi
menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan sambil
menyelam minum air. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi
mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu,
negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat
memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk
mengatasi pencemaran alam sekitar.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran terhadap
alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran, pameran yang
berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air
kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai