Anda di halaman 1dari 5

NOTA & TOYOL

SOALAN 1

Bincangkan Lima (5) kaitan antara globalisasi dan kehilangan jati diri sebagai manusia
bertamadun.

JAWAPAN

Difinisi

- menurut cendiakawan barat globalisasi adalah satu proses kehidupan erba luas dan
infiniti yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, syang sosial dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh manusia di dunia ini .

- Kita ketahui bahwa arus globalisasi begitu cepat masuk ke dalam masyarakat terutama di
kalangan muda. Pengaruh globalisasi tersebut telah membuat banyak anak muda kita
kehilangan kepribadian dan jati diri sebagai bangsa melayu .

- Dapat kita rasakan pula beberapa gejala-gejala yang muncul dalam kehidupan sehari- hari
anak muda saat ini. Dilihat dari gaya hidup remaja yang berlebihan tidak disesuaikan
dengan kemampuan ekonomi yang sebenarnya hal itu menyusahkan dirinya sendiri.

- di antara perkara-perkara yang berkaitan globalisasi dan kehilangan jati diri yang terdapat
pada rakyat malaysia terutamanya adalah seperti :

i. SAINS DAN TEKNOLOGI


- merupakan satu ledakan teknologi maklumat yang pesat dan juga memudahkan
penyebaran globalisasi.
- ia satu proses perhubungan yang dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat dalam
pada itu juga dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan antara manusia.
- medium globalisasi melalui teknologi terutama telefon pintar, internet, televisyen , radio
merupakan rangkian yang penting bagi manusia di muka bumi ini.
- kebanyakan banyak bergantung kepada barat dalam pemindahan teknologi tersebut.

KESAN SAINS DAN TEKNOLGI KEPADA MANUSIA

- manusia lebih bergantung kepada kecanggihan teknologi yang mengakibatkan banyak


keburukan daripada kebaikan iaitu
-

1. Berlaku jenayah Siber


- berlaku kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus dan sebagainya.

- kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak tertentu bagi mengautkan


keuntungan.

- sebagai contoh penggunaan alat mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk
membuka pintu kereta.

2. Anti Sosial

- mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul
dengan masyarakat sekeliling.

- melonggarkan perhubungan dalam sesebuah kekeluargaan.

3. Teknologi Nuklear

- teknologi nuklear boleh mengacam nyawa manusia terutama penduduk di muka bumi ini.

- perkara ini telah berlaku pada tahun 1986 di ukraine yang merupakan tragedi nuklear yang
paling buruk yang berlaku mengakibat banyak nyawa manusia dan haiwan telah musnah.

4. Fesyen

- rekaan fesyen yang menarik dijadikan alat penyebaran budaya barat ke seluruh dunia.

- fesyen yang mendedahkan aurat yang boleh meruntuhkan akhlak umat islam terutama
golongan generasi muda.

5. Hiburan

- barat menyebabkan muzik mereka seperti rock , hip hop, punk dan sebagainya dan ia
menjadikan ikutan remaja di seluruh dunia.

- drama dan filem barat juga disiarkan secara meluas dan tanpa mempunyai tapisan yang
boleh berlakunya gerjala maksiat dan juga keganasan

- secara halus, ideologi barat dalam plot dan dan aksi filem serta lirik lagu yang
dipersembahkan mempengaruhi pemikiran remaja seluruh dunia.

kesimpulan

- globalisasi adalah usaha penerapan budaya dan cara hidup mengikut agenda kuasa besar
dunia.
- merupakan cabaran baru kepada masyarakt malaysia khususnya umat islam
- islam berupaya menggantikan model globalisasi barat dengan menjana globalisasi islam
yang tulin.
SOALAN 2

sumbang Mahran adalah satu contoh kes dekadensi moral yang semakin menular di Malaysia.

a. Nyatakan pandangan anda berhubung kes tersebut

b. Huraikan tiga (3) cadangan penyelesaian.

JAWAPAN

a. Pandangan mengenai berhubung kes sumbang Mahran adalah

- satu kegiatan seks antara ahli keluarga yang rapat atau perbuatan zina yang dilakukan oleh
seseorang yang ada pertalian darah sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu atau
abang merogol adik.

- Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada risiko yang
lebih tinggi terhadap gejala sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak
perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi
untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.

- Mengikut kajian sosial, hanya satu dari sekurang-kurangnya tiga kes yang dilaporkan. Adakah
kejadian ini sesuatu keadaan bermusim atau sebenarnya gejala keruntuhan akhlak dalam
masyarakat yang berterusan sepanjang zaman. Cuma kini ia berlaku dalam kadar begitu
menggerunkan.

PUNCA DARIPADA SUMBANG MAHRAM

1. NAFSU SYAHWAT

- ketundukan terhadap hawa nafsu berpunca daripada kelemahan akidah dan keimanan kejahilan
terhadap hukum allah serta tanggungjawab kepada allah.

- manusia terlupa siapakah yang menjadi mangsa samada anak sendiri, cucu sendiri atau siapa
sahaja.

2. KEWANGAN

- kewangan menyumbang terhadap berlakunya sumbang mahran di kalangan masyarakat pada


masa kini.
- budaya kebendaan mencengkam masyarakat hari ini yang membawa perlumbaan menaikan
perbelanjaan perkahwinan hingga pada tahap yang tidak masuk akal.
- mas kahwin dan juga hantaran bukan sahaja ditentukan oleh harga pasaran malah ditentukan
berdasarkan taraf kedudukan yang tinggi.
- ramai gadis pemuda lelaki terutamanya yang gagal mencari pasangan yang menghadapi
masalah bagi mendirikan rumahtangga.
3. BAHAN LUNCAH
- kemasukan bahan luncah di pasaran tempatan merupakan faktor terbesar yang menggalakkan
berlakunya sumbang mahran malah boleh berlaku jenayah seksual yang lain.
- pendedahan tehadap kegiatan tidak bermoral ini menyebabkan mereka menjalani kehidupan
yang amat berbeza
- tanpa asaa agama yang kukuh pastinya mereka gagal mengawal diri daripada melakukan
sumbang mahran dengan melakukan sesama sendiri.
4. TIDAK MENUTUP AURAT
- berpakaian seksi menyebabkan nafsu lelaki sentiasa teransang.
- bahan-bahan luncah yang meransangkan nafsu syahwat remaja ini membolehkan orang
sekelilingnya menjadi magsa

b. Huraian 3 langkah bagi cadangan penyelesaian.


1. MEMANTAPKAN KEIMANAN DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU MUSLIM
- perlu menyemaikan asas keagamaan yang kuat di dalam diri.
- dengan asas agama yang kuat mengenai isu sumbang mahran tidak akan timbul
- dengan punyai pegangan agama yang kuat seseorang individu tahu mengenai haram dan halal
dan juga perkara baik atau pun buruk.
- perkara maksiat akan dapat dijauhi jika tau batas-batas sebagai muslim dan muslimah.

2. MENGUKUHKAN INSTITUSI KELUARGA


- komunikasi yang baik dengan ahli keluarga amat mustahak bagi menyemai kasih sayang antara
keluarga.
- kekuatan kekeluargaan dapat disemai dengan cara tidak langsung menjauhkan gejala sumbang
mahram.
3. MENJAGA HUBUNGAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN
- hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrin harus menepati batasan agama agar tidak
terdorong nafsu syahwat.
- penjagaan aurat adalah amat penting untuk mengelakkan berlakunya nafsu syahwat pada kaum
lelaki terutamnya.
- perempuan yang belum akil baligh wajid menutup aurat agar tidak berlaku diusia kanak-kanak
tersebut mangsa yang mudah dinodai oleh perlaku mereka.

Anda mungkin juga menyukai