Dan mulakanlah doa dengan bahasa apa saja. Misalan - Bahasa Melayu.
Ya ALLAH, Janganlah kau azab kami ketika sakharatul maut. Kami takut dan kami bimbang.
Ya ALLAH, Janganlah kau azab kami didalam kubur. Kami seorang sahaja.
Ya ALLAH, Janganlah kau azab kami di padang Mahsyar. Kami sangat lemah dan sangat dhaif.
Ya ALLAH, Janganlah kau pandang ibadat kami dengan kesalahan dan kesilapan.
Ya ALLAH, Sesungguhnya kami tidak pandai berdoa dan tidak pandai bermohon.
Ya ALLAH, Kami mohon kerana sekelian kebaikan yang pernah dimohon oleh hamba-hambamu yang sholeh
dan kami berlindungan denganmu dari sekelian kejahatan yang pernah dimohon oleh hamba-hambamu yang
sholeh.
Ya ALLAH, Jadikanlah masjid ini yang makmur, yang dipenuhi para jemaah.
Ya ALLAH, Jadikanlah mereka yang memakmurkan masjid ini dengan penuh keikhlasan.
Ya ALLAH, Jadikanlah didalam catitan amalan baik mereka sehingga dibalas dengan Syurgamu dan
demikianlah sekelian kaum Muslimin Muslimat yang berjuang untuk menegakkan kalimah Tauhid LAILAHA
ILLALLAH Muhammadar Rasullullah.
Sekian sahaja doa yang dipetik dari kaset Syarahan Ustadz TM Fauzy.
"Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Kekal! Senangkanlah hati kami dalam
perjalanan menuju Kebesaran-Mu. Lindungilah kami daripada mengikuti jalan orang-orang yang sombong,
dengan berkat rahmat dan keAgungan-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Jadikanlah diri kami ini sebagai
pelayan dan pencari redha-Mu. Wahai Tuhan yang menerangi hati, jadikanlah kami sebagai orang yang
sentiasa mencari dan mencari redha-Mu."
"Wahai Tuhan Yang Maha Memancarkan Cahaya! Hilangkanlah keburukan yang ada
pada diri kami. Ampunilah segala dosa kami ."