Anda di halaman 1dari 28

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENGENALAN 2

PENGERTIAN KAUNSELING 3

OBJEKTIF KAUNSELING 4

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 5

PERANAN GURU BIASA DAN GURU BIMBINGAN DAN


KAUNSELING DALAM MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN 14
MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN MURID.

TEORI-TEORI KAUNSELING 15

MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


20
KAUNSELING

REFLEKSI 25

BIBLIOGRAFI 27

LAMPIRAN 28

1|Page
PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal


insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-
peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan
kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah
berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini.

Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA),


praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan
prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan
kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga
patologi.

Dalam tugasan ini, saya akan mengupas sedikit sebanyak tentang konsep
kaunseling, teori-teori dalam kaunseling, objektif kaunseling, kemahiran asas
kaunseling dan juga merekayasa bimbingan dan kaunseling di sekolah.

2|Page
PENGERTIAN KAUNSELING

Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses
interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini
akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjaadi asas kepada
tingkah lakunya pada masa hadapan.

Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses dimana klies diberi


kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya.
Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan rentang dirinya serta pilihan-piliha yang
boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.

Boy dan Pine (1968) menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan


bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormat-
menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan
kepada keperluan, masalah serta perasaan klien.

Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien melihat


siapa sebenarnya dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak boleh buat
dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak boleh dicapai
langsung.

Cottle dan Downie (1970) mentakrifkan kaunseling sebagai proses dimana


seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat
tentang dirinya dan interaksi dengan orang-orang lain supaya dia dapat membuat
keputusan yang efektif tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.

3|Page
OBJEKTIF KAUNSELING

1. Membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapinya dalam


jangka masa pendek.
2. Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong klien
menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baharu yang mungkin dalam
situasi-situasi lain dalam jangka panjang.
3. Mempercepat perubahan tingkah laku kearah positif.
4. Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu kebolehan
untuk mengurus hidupnya sendiri.
5. Membuat keputusan yang bijaksana serta memahami sebab munasabab keputusan
itu dibuat dan seterusnya sanggup menanggung risiko akibat keputusan yang
dibuatnya.
6. Bertindak secara logik serta berkesan.
7. Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan ke satu tahap yang optimum.
8. Membuat penyesuaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendak-kehendak
sekolah dan masyarakat.
9. Mewujudkan perhubungan yang sihat dengan orang lain yang signifikan seperi ibu
bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-guru.
10. Membantu individiu yang berada dalam keadaan berisiko dan mempunyai masalah
penyalahgunaan dadah.

4|Page
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Tingkah laku Memberi Perhatian

1. Kedudukan tubuh badan kaunselor


Kedudukan kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kearah klien. Amalan
seperi ini penting menunjukkan kepada klien yang kaunselor berminat untuk
mendengar apa jua yang dikatakan oleh klien.
2. Ekspresi muka.
Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, menunjukkan pembimbing itu sedia
menerima klien.
3. Tentangan mata
Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Keadaan ini
menunjukkan pembimbing meminati apa jua yang diperkatakan oleh klien dan
bersama klien secara fizikal dan mental. Walaubagaimanapun, kaunselor hendaklah
melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. Kaunselor hendaklah
mengalihkan pandangan matanya jika didapati klien berasa malu.
4. Soalan terbuka
Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar adalah dengan
mengunakan soalan terbuka. Cara ini memberikan peluang kepada klien untuk
bercakap lebih lagi.
5. Dorongan minimun untuk bercakap.
Dorongan minimum termasuk gerak isyarat, anggukan kepala, anggukan kepala,
perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting
yang menunjukkan kaunselor itu berminat akan kata-kata klien.

5|Page
Kemahiran Mendengar

Dalam kaunseling, aktiviti ini bukan merupakan amalan yang pasif. Menurut Carl
Rogers, seseorang kaunselor hendaklah mendengar secara aktif. Hal ini bermakna,
kaunselor perlu melakukan sesuatu yang positif agar masalah seseorang murid dapat
difahami dengan baik. Kaunselor tidak seharusnya membenarkan sebarang gangguan
sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian sepenuhnya dan
menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien.

Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bukan sahaja mendengar tetapi


memahami perasaan klien dengan mendalam. Dalam erti kata lain, kaunselor
hendaklah merasa apa yang dirasakan oleh klien. Hal ini bermakna kaunselor
berkemahiran mendengar dengan empati.

Kemahiran Menyoal

Seseorang kaunselor hendaklah memiliki kemahiran menyoal untuk


mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan daripada klien. Dalam
kemahiran menyoal, terdapat 2 jenis soalan yang dikemukan kepada klien iaitu soalan
tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup lazimnya memerlukan jawapan ya atau
tidak, manakala soalan terbuka memerlukan penghuraian daripada klien. Oleh sebab
itu, soalan tetutup tidak mengalakkan klien menghuraikan tenatng sesuatu, maka
maklumat yang diperolehi adalah terhad.

6|Page
Kemahiran Memahami

Seseorang kaunselor hendaklah sering berusaha memahami masalah murid


sebelum cuba menyelesaikannya. Sesetengah daripada kita bersikap kurang sabar.
Sebaik sahaja mendengar sesuatu masalah, kita terdorong menyelesaikannya dengan
segera. Hal ini bukanlah cara yang berkesan dalam usaha membantu murid.

Setelah berusaha memahami masalah, barulah kaunselor akan mendapat


gambaran yang lebih jelas dan jitu tentang kesulitan yang dihadapi oleh murid. Dalam
keadaan seperti ini, barulah kaunselor berupaya menolong murid menyelesaikan
masalahnya.

Kemahiran untuk memahami masalah klien hendaklah diperkukuh agar


kaunselor memperoleh gambaran menyeluruh serta latar belakang sesuatu masalah.
Dalam konteks ini, kaunselor hendaklah berupaya mengemukakan soalan secara
beransur-ansur agar sesuatu senario masalah murid dapat diperkembangkan

Kemahiran Berempati

Kemahiran berempati merupakan satu kemahiran, iaitu kaunselor cuba


memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien atau muridnya. Kemahiran ini
penting kerana bukan sahaja dapat membantu kaunselor memahami perkara yang
dinyatakan oleh klien tetapi dia jua merasai perasaan yang dialaminya.

Repons dan kenyataan kaunselor selalunya mengandungi 2 aspek. Pertama


sekali aspek kognitif dan aspek afektif. Kemahiran berempati kaunselor mengandungi
dua komponen kenyataan klien, iaitu idea klien (kognitif) dan perasaan klien (afektif)

Kedua komponen kenyataan kaunselor iaitu komponen idea dan komponen


afektif. Kemahiran berempati kaunselor akan membentuk gambaran kepada klien yang
kaunselor telah memahami idea dan perasaanya, dia terdorong untuk menceritakan
masalahnya dengan lebih lanjut.

7|Page
Refleksi Idea

Kemahiran refleksi dalam kaunseling merupakan satu kemahiran, iaitu kunselor


itu membalikkan kata-kata klien. Apabila situasi ini berlaku, kaunselor dikatakan
menjalankan refleksi idea. Dibawah merupakan satu contoh:

Contoh

Klien : Saya tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, saya
berbual-bual sahaja didalam kelas

Kaunselor : Kamu berbual-bual sahaja disebabkan kamu tidak memahami apa yang
disampaikan oleh guru

Refleksi idea membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia
telah memahami apa jua yang disampaikan oleh klien. Selain itu, refleksi idea
membantu klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri. Setelah memahami
masalah klien, kaunselor dapatlah bertindak menyusun strategi penyelesaian masalah
dengan lebih efektif lagi.

8|Page
Refleksi Perasaan

Dalam keadaan ini, kaunselor akan membalikkan aspek emosi klien. Hal ini
dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar
yang dialaminya.

Berikut ialah beberapa contoh releksi perasaan:

Contoh

Klien : Saya bimbang saya tidak akan cemerlang dalam UPSR

Kaunselor : Kamu bimbing tidak akan cemerlang dalam UPSR

Satu cara mengukur refleksi perasaan adalah dengan mengunakan jadual


dibawah berikut. Ruangan satu adalah untuk lima minit pertama, ruangan kedua untuk
lima minit kedua dan seterusnya. Pengukuran Tindak Balas yang Tepat kepada
Perasaan (Cheryl J. Normington).

1 2 3 4 5
Tindak balas tidak menepati isi
Jarang menepati isi
Kadangkala menepati isi
Tidak menghirauan perasaan nyata
Tindak balas tidak menepati perasaan
Kadangkala menepati perasaan
Sentiasa menepati perasaan
Tidak dapat menyentuh perasaan dalaman
Kadangkala menyentuh perasaan
Sentiasa menepati perasaan
Arahan: Tandakan (/) dalam ruangan berkenaan

9|Page
Interpretasi

Kaunselor membuat interpretasi kerana hendak menyemak pemahaman masalah yang


dikemukan klien. Dia akan mementingkan aspek intelek kata-kata klien. Interpretasi
membolehkan kaunselor memperoleh satu gambaran yang lebih jelas mengenai
maslah yang dihadapi klien.

Antara perkara-perkara yang diberi perhatian semasa kaunselor membuat interpretasi


adalah gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami oleh klien, jangan
berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi dan toleransi dan penghormatan
klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi.

Contoh

Klien : Saya tidak dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti permainan saya. Kerja


rumah yang diberi oleh guru terlalu banyak
Kaunselor : Anda cuba menyatakan guru bersalah kerana memberikan terlalu
banyak kerja rumah dan situasi ini mengganggu aktiviti-aktiviti
permainan kamu.

Pendedahan Kendiri

Pendeahan kendiri merupakan satu kemahiran yakni kaunselor berkongsi maklumat


atau pengalaman diri sendiri dengan klien. Hal ini boleh dilakukan sekiranya maklumat
itu adalah releven serta boleh mendatangkan kelegaan pada klien. Disini klien dapat
merasakan bahawa bukan dia seorang sahaja dalam keadaan tersebut.

Contoh

Klien : Ini kali kedua saya gagal dalam ujian Matematik. Bodohlah saya ni.

Kaunselor : Itu bukan perkara luar biasa. Saya pun pernah gagal dalam ujian
Matematik

10 | P a g e
Pemparafrasaan

Kemahiran ini adalah dimana kaunselor meringkaskan kenyataan klien dari masa ke
semasa. Tujuanya adalah untuk membolehkan kaunselor menyemak pemahamannya
tentang masalah yang disampaikan. Selain itu, parafrasa juga meningkatkan ingatan
guru terhadap isi-isi penting yang telah dinyatakan oleh murid.

Contoh

Klien : Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Hal ini menyebabkan saya terus
dihalau keluar dari bilik darjah. Saya benci akan tindakan cikgu itu.
Lagipun saya tidak sengaja. Saya terpaksa menolong mak mencuci
pakaian dan seterusnya menyediakan makanan untuk adik kecil saya.
Kaunselor : Nampaknya anda marah kerana selalu dihalau keluar kelas walaupun
anda ada sebab-sebab yang munasabah.

Konfrontasi

Kemahiran konfrontasi digunakan apabila kaunselor mendapati apa yang dinyatakan


oleh murid adalah berlainan daripada tindakannya. Contohnya, seorang murid telah
berjanji untuk datang tepat kesekolah namun pada minggu berikutnya pengawas
mencatatkan bahawa murid tersebut lambat datang ke sekolah. Keadaan seperti ini
menunjukkan bahawa konfrontasi boleh digunakan untuk menyedarkan bahawa kata-
katanya berbeza daripada tindakannya.

Contoh

Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor : Kamu telah menyatakan beberapa kali kamu tidak meminati


rombongan tersebut, tetapi kamu tetap bertanya tentangnya.

11 | P a g e
Pemberian Nasihat

Menurut Hadley, cadangan dan nasihat ialah teknik-teknik yang sama dengan pujukan.
Hal ini bermakna, kedua-duanya perlu digunakan dengan berwaspada. Dalam sesi
kaunseling, sebaik-baiknya kaunselor menerokai strategi penyelesaian masalah satu
per satu dengan murid berkenaan. Contohnya, kalau dia lemah dalam Matematik,
jangan terlalu cepat mencadangkan dia mengikuti kelas tuisyen. Cadangan seperti ini
tidak memerlukan latihan dalam bimbingan atau kaunseling. Sesiapa sahaja boleh
memberikan nasihat seperti itu.

Kaunselor hendaklah menerokai masalah murid dengan bertanyakan apa-apa yang dia
boleh buat untuk memperbaiki pencapaiannya dalam Matematik. Kemungkinan dia
akan memberitahu bahawa dia akan meminta bantuan daripda jiran, kakak atau
abangnya. Selain itu, dia mungkin akan menambahkan lagi latihan dalam matematik.

Kesenyapan

Dalam sesi kaunseling, biasanya terdapat waktu dimana berlaku kensenyapan.


Kesenyapan ini memberikan pelbagai erti. Klien mungkin berhenti bercakap kerana
tidak selesa untuk memberikan makluma dengan lebih lanjut. Mungkin juga klien
mencari idea atau perasaan untuk disampaikan. Berikan masa kepada klien dan tunggu
sehingga klien mula bercakap selepas kesenyapan itu. Disini kaunselor boleh
mengunakan tindak balas untuk mengakhiri kesenyapan tersebut. Antara tindak balas
yang boleh digunakan adalah Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh
berkongsi dengan saya?

12 | P a g e
Kemahiran Ketika Ini

Kaunselor mungkin dapat meramalkan perasaan klien dari semasa ke semasa.


Contohnya apabila murid melihat jam tangan beberapa kali, berkemungkinan dia sudah
bosan dengan sesi kaunseling yang panjang itu. Berkemungkinan juga dia ada temu
janji yang lain. Pada masa itu, kaunselor boleh bertutur dalam suasana di sini dan
ketika ini (here and now). Contohnya, kaunselor boleh menyatakan kepada murid
bahawa dia kelihatan sudah bosan dengan sesi itu dan adalah baik jika sesi itu
ditangguhkan. Sebenarnya, kemahiran ketika ini merupakan satu pengakuan tentang
apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Berikut ditunjukkan bagaimana contoh-
contoh kemahiran ini digunakan.

Contoh

Kaunselor : Saya berasa kamu kurang puas hati dengan saya sekarang.

Membuat Rumusan

Tindakan kaunselor untuk membuat rumusan merupakan proses mengulung


segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Rumusan akan mengutamakan
perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama-sama klien. Membuat rumusan
merupakan satu cara menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Hal ini membolehkan
kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang seorang klien serta
membantunya meninjau kemajuan yang telah dicapai. Bahasa yang digunakan oleh
kaunselor hendaklah mudah serta jelas.

Contoh

Mari kita cuba rumuskan apa yang telah dibincangkan. Kamu berasa sunyi dan
terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang. Sebaliknya, kamu mengatakan
adalah sukar bagi kamu bergaul dengan orang lain. Jadi, walaupun kamu ingin bergaul,
itu menjadi satu perkara yang sukar bagi kamu.

13 | P a g e
PERANAN GURU DALAM
MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN
MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN
MURID

Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar


tetapi juga mendidik. Ia membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui
pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana dia
mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya.

Matlamat akhir ialah membentuk disiplin kendiri yang baik, iaitu disiplin yang
datang daripada kerelaan dan kesukaan hati murid sendiri dan bukan kerana paksaan
atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan disiplin
yang baik seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa,
bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif. Dengan kata lain, peranan guru dalam
melaksanakan disiplin sekolah ialah mengawasi disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar
sekolah dan dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Di samping itu, guru juga
menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh guru besar dan pengetua.

Antara tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling adalah memberikan


kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru-guru lain ketika
menyelesaikan masalah-masalah disiplin. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling
perlu menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai
masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini.

Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling perlu membina perhubungan
dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai
kebajikan, masyarakat atau pihak polis.

14 | P a g e
TEORI-TEORI KAUNSELING

Teori
Psikoanalisis

Teori- Teori
Teori Analisis
Transakksional Teori Pemusatan
Klien
Kaunseling

Teori Terapi
Rasional-
Emotif

15 | P a g e
Teori Psikoanalisis

Teori Psikoanalisis telah diperkenalkan oleh seorang pakar saraf dan jiwa berbangsa
Austria di Vienna iaitu Sigmund Freud (1856-1939). Beliau mengemukan teori ini hasil
daripada pengalaman bekerja dengan pesakit-pesakit jiwa di kliniknya. Corey (1977),
berpendapat psikoanalisis adalah teori pertama muncul dalam tiga mazhab psikologi
yang utama.

Terdapat beberapa matlamat Teori Psikoanalisis dalam kaunseling. Pertama, Teori


Psikoanalisis dibentuk untuk menolong orang yang menghadapi masalah kecelaruan
emosi iaitu neurosis. Kedua, Teori Psikoanalisis adalah untuk membawa motif bawah
sedar supaya menjadi motif sedar. Ini akan membolehkan individi menyatakan
pemikirannya secara realiti supaya dapat membuat plihan yang realistik. Ketiga, Teori
Psikoanalisis menstruktur kembali personaliti yang mempengaruhi keseluruhan hidup
klien, cara dia melihat dirinya dan hubungannya dengan orang lain. Keadaan ini
memerlukan proses yang agak panjang kerana sesi mungkin diadakan beberapa kali
dalam seminggu dan tempohnya kurang daripada setahun. (Suradi,1996:329).

Beberapa bentuk terapi telah diperkenalkan bagi membawa simptom bawah sedar ke
tahap sedar untuk membantu klien menghadapi realiti dan membuat pemilihan yang
realistik. Antara bentuk terapi yang digunakan adalah analisis mimpi, perkaitan bebas,
pukau, analisis rintangan dan ingat kembali.

Secara kesimpulannya, Teori Psikoanalisis Freud yang menekankan unsur-unsur


dalaman manusia mendapat kritikan kerana beliau begitu taksub menjadikan seks
(dorongan libido) sebagai bahan untuk menerangkan tingkah laku manusia. Andaian
beliau yang mengatakan manusia dilahirkan hanya semata-mata untuk memenuhi
desakan seksual dan rangsangan juga tidak tepat apatah lagi jika dibandingkan dengan
pandangan-pandangan dari sudut Islam yang lebih jauh meneroka tentang kejadian
manusia. Ini kerana ajaran Islam berpandukan al-Quran dan al-Hadis yang menjadi
segala sandaran hukumannya.

16 | P a g e
Teori Pemusatan Klien/Perorangan

Teori Pemusatan Klien juga dikenali sebagai pendekatan direktif (nonderective). Teori
ini diasaskan dan diperkembangkan oleh Carl Roger (1902-1987) dan rakan-rakannya
sekitar tahun 1940-an. Secara amnya, menekan aspek konsep kendiri, identiti,
perhubungan individu dengan dunia luar dan penyesuaian kendiri. Teori ini muncul
sebagai reaksi terhadap pendekatan tradisi sebelumnya iaitu psikoanalisis yang
dianggap kurang kurang berkesan dalam menyelesaikan masalah klien.

Antara matlamat Teori Pemusatan Klien dalam kaunseling adalah pertama


memudahkan penerokaan terhadap pemikiran dan perasaan klien ketika menjalani
sesuatu sesi. Kedua, Teori Pemusatan Klien sesuai dan berkesan terhadap klien yang
menhadapi masalah emosi yang memerlukan terapi. Ketiga, teori ini menjimatkan atau
memendekkan bagi sesuatu masa sesi pertemuan walaupun kadang-kadang terpaksa
diadakan banyak sesi pertemuan. Keempat, memberi peluang kepada klien
menceritakan sama ada dari aspek emosi atau pengalaman dengan lebih mendalam
dalam situasi terapeutik.

Secara amnya bentuk terapi yang diutarakan adalah berdasarkan satu kuasa motivasi
diri manusia yang cenderung ke arah kesempurnaan kendiri. Kaedah yang dijalankan
dengan mewujudkan perhubungan satu dengan satu iaitu kaunselor dengan klien
sahaja. Kaunselor hendaklah menerima perasaan klien dengan bersifat empati dan jujur
serta tidak memaksa klien menerima nilai atau pandangannya. Tegasnya, klien diberi
peluang secukupnya untuk menceritakan dan berkongsi masalahnya dengan kaunselor
dalam suasana terapeutik.

Kesimpulannya, Teori Pemusatan Klien adalah berpusatkan kepada klien. Secara


amnya manusia dianggap sebagai makhluk yang positif, rasional dan sentiasa bergerak
maju. Oleh itu, manusia berkecenderungan membentuk penyempurnaan kendiri jika dia
diberi peluang berbuat demikian. Di samping itu manusia juga mempunyai kebebasan
mutlak dalam membina matlamat-matlamat hidupnya.

17 | P a g e
Teori Rasional-Emotif

Teori kaunseling ini lebih dikenali sebagai Rational-Emotive Theraphy atau RET.
Teori ini diasaskan oleh Albert Ellis (1962) yang dikemukan melalui bukunya Reason
dan Emotion in Psychotherapy. Menurut Ellis RET merupakan satu teori personaliti,
satu sistem falsafah dan satu teknik rawatan psikologi. Teori yang bersifat pendidikan
ini lebih menekankan peranan pemikiran dan sistem-sistem kepercayaan sebagai
punca-punca masalah.

Antara beberapa matlamat Teori Rasional-Emotif mengikut pandangan Ellis


adalah pertama, untuk membina minat kendiri (self-interest) apabila mempunyai
pemikiran yang sihat. Kedua, untuk menanamkan minat sosial (sosial-interest) secara
berkesan dalam kehidupan masyarakat. Ketiga, untuk membina arahan kendiri (self-
direction) dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya dalam menyelesaikan
sesuatu masalah tanpa bergantung kepada orang lain. Keempat, untuk membina sikap
toleransi hasil daripada pemikiran yang sihat dan matang serta tidak mengamalkan
sikap menyalahkan orang lain akibat tingkah lakunya. Dan yang kelima, untuk membina
sikap fleksibiliti dan mudah menerima perubahan hasil daripada pemikiran yang sihat.

Bentuk Terapi Rasional-Emotif (RET) tidak menekankan kepentingan


perhubungan antara kaunselor dan klien. Ini tidak bermakna ia tidak menjamin kejayaan
dalam proses kaunseling. Bagi menjayakan terapi ini, individu mesti berusaha
membebaskan dirinya daripada pemikiran yang rasional kepada sistem kepercayaan
yang baru iaitu pemikiran rasional.

Kesimpulannya, Terapi Rasional-Emotif menekankan pendekatan kognitif dam


kepercayaan bahawa masalah yang dihadapi berpunca daripada pemikiran yang yang
tidak rasional yang menjadikan sistem kepercayaan individu tersebut. Bagi menjadikan
seseorang individu itu berfungsi dengan lebih berkesan dan sempurna, dia mestilah
membebaskannya daripada pemikiran satau idea yang tidak rasional kepada bentuk
yang rasioanl.

18 | P a g e
Teori Analisis Transaksional

Teori Analisis Transaksional juga dikenali sebagai teori Analisis Saling Hubung.
Teori ini dipelopori oleh seorang ahli pakar jiwa iaitu Dr. Eric Lennard Berne (1910-
1970) pada awal 1950 an. Teori ini terhasil daripada pemerhatian yang dilakukan
terhadap kliennya dalam sesi kelompok dari aspek tingkah laku dan cara proses terapi
berjalan (Zuraidah, 1991:1).

Antara beberapa matlamat Teori Analisis Transaksional dalam kaunseling adalah


pertama, klien dapat menikmati keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain lebih
sempurna. Kedua, klien memperoleh perubahan serta pembaharuan pendirian ego
dalam kendiri agar dapat menjurus perubahan perlakuannya. Ketiga, klien boleh untuk
mengubah kehidupan antara dirinya dengan orang lain dalam kehidupan yang sebenar.
Keempat, klien berkeupayaan untuk menjalinkan pendirian ego yang sealiran iaitu selari
dan sesuai dengan apa yang diidamkan sama ada bagi dirinya atau orang lain. Dan
kelima, dapatlah dirumuskan bahawa terapi ini bermatlamat ke arah menolong manusia
atau individu untuk menilai penentuan-penentuan yang telah mereka rencanakan atau
laksanakan mengikut kesesuaian semasa.

Dalam menjalankan proses kaunseling, Analisis Transaksional banyak


menggunakan teknik yang pinjam daripada terapi Getalt, Psikodrama dan Modifikasi
Tingkah Laku Kognitif.

Kesimpulannya, Analisis Transaksional merupakan satu teori personaliti atau


komunikasi yang praktikal dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan
rasional dalam memahami tingkah laku manusia. Di samping itu, ia juga mnggunakan
istilah khas dan bicara yang mudah difahami selepas diterangkan dan digunakan iaitu
ibu bapa , dewasa , kanak-kanak dan sebagainya.

19 | P a g e
MEREKAYASA PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program
dan aktiviti antaranya pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid,
peningkatan disiplin diri murid, pendidikan Kerjaya murid, psikososial dan kesejahteraan
mental murid, pengurusan Profil Murid, pendidikan pencegahan, konsultasi
keibubapaan dan yang terkhir pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

FOKUS PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID

Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector) murid
dari aspek antaranya sikap penyayang (kepedulian), budi bahasa, konsep kendiri,
kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan terakhir ketepatan masa.

FOKUS PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan
bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti perlakuan ponteng
sekolah, perlakuan berunsur jenayah, perlakuan berunsur kelucahan, perlakuan
berunsur kurang sopan dan perlakuan berunsur vandalisme.

FOKUS PENDIDIKAN KERJAYA MURID

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai
maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru
B & K perlu melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi
memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju
kerjaya. Selain itu, guru perlu menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah
rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya
mereka. Antara lain guru hendaklah menyediakan rekod murid selepas tamat

20 | P a g e
persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-
institusi awam atau swasta.

FOKUS PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu membimbing murid
dalam proses sosialisasi dan interaksi, membimbing murid dalam aspek pengurusan
emosi dan juga membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

FOKUS PENGURUSAN PROFIL MURID

Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk membuat
analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan membantu dan
mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini,
guru B & K perlu menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin, menyediakan
profil setiap murid ponteng sekolah menyediakan profil kerjaya setiap murid dan
menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi. Profil murid hendaklah
mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu
bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan
penyelesaian.

FOKUS PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN

Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar
berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang
memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk
bahan inhalan. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta
membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

FOKUS KONSULTASI KEIBUBAPAAN

Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di
mana kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan. Selain
itu melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

21 | P a g e
FOKUS PENGEMBANGAN KEMAHIRAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran
generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu melaksanakan latihan kemahiran kepada
murid yang menjadi PRS. Selain itu guru B & K perlu melatih PRS agar berupaya
memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan Bantu Diri Untuk Bantu
Orang Lain dengan PRS sebagai role model kepada orang lain, memberi galakan
kepada rakan agar bersikap positif dan menjadi rakan yang peka kepada perasaan
orang lain

KAEDAH PERKHIDMATAN

Antara-antara kaedah perkhidmatan adalah pertama perkhidmatan kaunseling dan


bimbingan secara individu atau kelompok, kedua pelaksanaan program dan aktiviti
murid, ketiga penyampaian (Outreach) yang berkesan dan yang keempat engagement
bersama murid, guru dan ibu bapa.

PERKHIDMATAN KAUNSELING INDIVIDU DAN KAUNSELING KELOMPOK

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran


Kerja Utama guru B & K. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara
individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa
waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).

PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI MURID

Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus perkhidmatan ini
hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan.
Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu diperolehi
bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.

22 | P a g e
MENJALANKAN TUGAS LUAR

Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain daripada
tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20 peratus setahun. Ini bermakna, 80
peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka
bertugas.Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan mengikuti
kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang,
menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu
tempat, dan kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang
ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan
bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu. Dalam hal ini, tugas luar
bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi atau badan lain termasuk KPM,
JPN dan PPD.

PENYAMPAIAN (OUTREACH) YANG BERKESAN

Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra murid,
maka guru B & K hendaklah pertama membuat sebaran secara berkesan berkaitan
perkhidmatan, program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid. Dan yang kedua
menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh daripada
perkhidmatan B & K di sekolah.

ENGAGEMENT BERSAMA MURID, GURU DAN IBU BAPA

Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K hendaklah
mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan keluarga
dalam menangani sesuatu isu berhubung murid, mengamalkan sikap penyayang dalam
hubungannya dengan murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat
dan mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan
guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap
perkhidmatan yang diberi.

23 | P a g e
KELAS GANTI

Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.
Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah
melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K. Guru B & K
boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan
dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.

SOKONGAN PENTADBIR SEKOLAH

Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K, sokongan dan
kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan. Dalam masa yang sama,
pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan
maklum balas kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.

24 | P a g e
REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur ke Hadrat Ilahi akhirnya tugasan untuk mata pelajaran
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU3073) berjaya disiapkan dengan
jayanya.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat beberapa maklumat


yang mungkin dahulunya saya tidak pasti. Antaranya saya dapat membezakan
bimbingan dan kaunseling. Tujuan bimbingan menyediakan khidmat pencegahan
seperti menghindarkan pelajar-pelajar daripada terlibat masalah disiplin manakala
dalam kaunseling adalah membaiki diri pelajar contohnya membantu pelajar yang baru
terlibat dalam penyalahgunaan dadah supaya memperoleh keinsafan tentang
bahayanya amalan mereka erta mempelajari cara untuk memberhentikan amalan
mereka. Dari aspek bimbingan semua orang boleh memberi bimbingan sedangkan
dalam aspek kaunseling hanya kaunselor yang berlesen atau yang menghadiri kursus
bimbingan dan kaunseling boleh memberi kaunseling.

Selain itu, saya juga melihat kepentingan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Antara kepentingannya adalah melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong
seseorang lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal
dari latar belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu
semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut jadi dengan ada
bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari
pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan
masalah.

Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu


memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh
itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan
guru-guru amat penting.

25 | P a g e
Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam tiga kaedah, yakni
peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan
kerjasama profesional. Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus
mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah
kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang
sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi,
kejiwaan dan kerohanian.

Untuk yang terakhir, saya berharap segala yag telah dilakukan semasa
melaksanakan tugasan ini dapat digunakan sebaik mungkin semasa saya berkhidmat di
sekolah kelak. Memandangkan saya sedang mengikuti praktikum fasa 3 ini, saya akan
juga mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini.
Saya juga berharap tugasan yang dihantar dapat memenuhi kehendak kertas soalan
yang diberi dan pensyarah pembimbing kami iaitu En Mohd Azhar bin Ab Rahman.

Sekian, terima kasih.

26 | P a g e
BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri,


McGraw Hill, Malaysia.

Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton


Mifflin Company.

Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .

Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia

27 | P a g e
LAMPIRAN

RUJUK BELAKANG

28 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai