Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Ai Ling dan keluarganya telah menyambut Tahun Baru Cina pada minggu lepas.
Ai Ling memakai cheongsam manakala abangnya memakai samfu. Ibu Ai Ling membuat
kuih bulan. Mereka berdiri di luar rumah untuk melihat tarian singa. Pada waktu malam,
mereka bermain tanglung.

1. Bilakah Ai Ling menyambut Tahun Baru Cina?

A semalam
B minggu lepas
C tahun lepas

2. Apakah yang dipakai oleh Ai Ling ?


A samfu
B cheongsam
C sari

3 Siapakah yang membuat kuih bulan ?

A Ibu Ai Ling
B Nenek Ai Ling
C Kakak Ai Ling

4 Mengapakah mereka berdiri di luar rumah ?


______________________________________________________________________________________

5 Apakah yang mereka buat pada waktu malam ?


______________________________________________________________________________________

Pada hari Ahad yang lepas, Amir dan rakan-rakannya pergi ke sungai. Mereka hendak memancing ikan,
tetapi sungai itu telah tercemar. Banyak sampah dibuang ke dalam sungai itu. Ikan-ikan di sungai itu telah
mati. Mereka pulang ke rumah dengan perasaan yang sedih.

6. Ke manakah Amir dan rakan-rakannya pergi ?


A. bandar B. sekolah C. sungai D. hospital

7. Apakah yang mereka hendak lakukan di sana ?


A. berkelah B. memancing C. berehat D. melancong

8. Bagaimanakah keadaan sungai itu ?


A. tercemar B. jernih C. bersih D. seperti sediakala

9. Apakah tindakan Amir dan rakan-rakannya apabila melihat keadaan sungai tersebut ?
A. memberitahu penjaga B. membersihkan sungai
C. memberitahu guru D. memberitahu Jabatan Alam Sekitar

10. Setelah melihat kejadian tersebut, bagaimanakah perasaan mereka ?


A. gembira B. biasa C. dukacita D. riang
Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Apabila waktu rehat, Amir dan Sarjit duduk di bawah pokok. Mereka makan bekalan yang di
bawa dari rumah. Amir mendapati Sarjit kelihatan sedih.

Amir : Mengapa kamu bersedih, Sarjit ?


Sarjit : Saya susah hati, Amir.
Amir : Apakah maksud kamu ? Beritahulah saya.
Sarjit : Saya terpaksa bercuti selama beberapa hari. Ibu saya sudah seminggu Sakit. Dia tidak dapat menjual
sayur di pasar.Saya pula anak sulung. Oleh sebab itu saya terpaksa melakukan kerja itu sementara
waktu. Kalau tidak keluarga saya tentu menghadapi masalah kewangan.
Amir : Jangan kamu susah hati. Saya akan membantu kamu. Saya akan memberitahukan hal ini
kepada Cikgu Kamisah.
Sarjit : Saya malu jika Cikgu Kamisah dan kawan-kawan mengetahui hal ini.
Amir : Janganlah malu. Saya percaya bahawa Cikgu Kamisah akan membantu kamu.
Sarjit : Terima kasih Amir kerana membantu saya.

11. Bilakah perbualan antara Amir dengan Sarjit berlaku ?


A. waktu pulang dari sekolah B. waktu pagi
C. waktu makan tengah hari D. waktu rehat

12. Mengapakah Sarjit terpaksa bercuti selama beberapa hari ?


A. kerana dia dimarahi Cikgu Kamisah B. kerana dia anak sulung
C. kerana dia terpaksa membantu ibunya D. kerana ibunya sakit

13. Apakah pekerjaan ibu Sarjit ?


A. menjual sayur B. menjual kuih
C. menjual makanan D. bekerja di pasar

14. Bagaimanakah Amir menolong Sarjit ?


A. meminta bantuan daripada ayahnya
B. membantu Sarjit menjual sayur
C. meminta bantuan daripada Cikgu Kamisah
D. memberikan wang belanja

15. Simpulan bahasa anak sulung dalam dialog ini bermaksud .


A. anak yang paling kecil dalam keluarga
B. anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
C. anak yang pertama dalam keluarga
D. anak yang kedua dalam keluarga

Kamal dan Sobri adik-beradik. Mereka bersekolah di SK Kayan, Sitiawan. Kamal adalah pelajar tahun dua dan
Sobri pelajar tahun enam.Kedua-duanya sangat rajin dan pandai. Mereka juga mempunyai hobi yang sama
iaitu bersukan. Kamal gemar bermain ping pong dan Sobri pula gemar bermain badminton. Sobri mewakili
sekolahnya dalam Pertandingan Badminton Daerah Manjung.

16. Berapakah umur Kamal ?


A. lapan tahun B. sembilan tahun C. sepuluh tahun D. sebelas tahun

17. Apakah hobi mereka pada masa lapang ?


A. belajar B. bersukan C. berkebun D. bermain

18. Permainan apakah yang digemari oleh Sobri ?


A. ping pong B. bola sepak C. badminton D. hoki
19. Sobri telah mewakili sekolahnya dalam pertandingan . .
A. ping pong B. bola sepak C. badminton D. hoki

20. Kedua-duanya mempunyai sikap yang rajin dan .. ?


A. cerdik B. biasa C. baik D. pemalas

Baca iklan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

21.Apakah nama kedai yang menawarkan jualan murah ini ?


A. Kedai Gedung B. Gedung Borong
C. Kedai Borong D. Pasar Borong

22. Berapa jeniskah barangan yang dijual dengan potongan harga istimewa ?
A. 4 jenis B. 5 jenis C. 6 jenis D. 7 jenis

23. Berapakah potongan hebat tertinggi diberikan ?


A. 25% B. 75% C. 45% D. 57%

24. Berapa lamakah jualan murah ini diadakan ?


A. satu minggu B. satu bulan C. Dua minggu D. satu hari

25. Jika datang ke kedai ini, kita akan pulang dengan .


A. menanggis B. senyum lebar C. ketawa D. tangis ketawa