Anda di halaman 1dari 16

1

1 Pernyataan yang berikut menerangkan pelbagai bentuk tenaga.


Abjad Pernyataan
A Tenaga yang digunakan untuk mengeringkan pakaian basah.
B Tenaga yang diperoleh daripada makanan.
C Tenaga yang dihasilkan daripada getaran.
D Tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak.

Padankan abjad A, B, C dan D dengan bentuk tenaga yang betul.


Bentuk tenaga Tenaga kinetik Tenaga kimia Tenaga bunyi Tenaga haba
Abjad
[4 markah]

2 Tumbuhan dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan
tidak berbunga. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis tumbuhan berbunga. Dalam jadual
di bawah, tandakan (), sama ada tumbuhan tersebut adalah monokotiledon atau dikotiledon.
Tumbuhan Monokotiledon Dikotiledon
(a)

(b)

(c)

(d)

[4 markah]

2
3 Rajah 1 menunjukkan sistem pencernaan manusia.

Rajah 1
(a) Berdasarkan Rajah 1, susun huruf mengikut urutan yang betul untuk menunjukkan
pergerakan makanan melalui sistem pencernaan.

[2 markah]

(b) Padankan kelas makanan dengan sampel makanan yang betul.

(i) Lemak, protein, mineral Epal

Roti
(ii) Vitamin, serat
Susu
[2 markah]

4 (a) Gariskan jawapan yang betul tentang penyulingan berperingkat petroleum.

(i) Penyulingan berperingkat dapat dijalankan kerana hidrokarbon dalam petroleum


mempunyai takat didih yang (sama / berbeza).

(ii) Hidrokarbon dengan takat didih yang (terendah / tertinggi) akan disuling terlebih dahulu.
[2 markah]

(b) Tandakan () pada ciri-ciri yang betul bagi pecahan pertama yang diperoleh daripada
penyulingan berperingkat petroleum di dalam makmal.
Pecahan Ciri-ciri Tandakan ()
Terbakar dengan nyalaan biru
Pecahan pertama Terbakar dengan nyalaan kuning
Cecair tidak berwarna
Takat didih: 90oC 120oC
Cecair kuning
[2 markah]

3
5 (a) Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul.

Perkumuhan adalah proses ................................... bahan buangan daripada ..........................


[2 markah]

(b) (i) Rajah 2 menunjukkan dua organ yang terlibat dalam proses perkumuhan.

Rajah 2
Tuliskan nama organ P dan Q.
P Q
[2 markah]

(ii) Banding dan bezakan hasil perkumuhan bagi organ P dan Q.

[2 markah]

6 (a) Rajah 3.1 menunjukkan segelas minuman berkarbonat.

Rajah 3.1
(i) Namakan keadaan jirim yang diwakili oleh P dan Q dalam ruang jawapan yang
disediakan dalam Rajah 3.1.
[2 markah]

4
(ii) Rajah 3.2 menunjukkan suatu aktiviti yang dijalankan oleh Razin untuk mengkaji sifat
jirim minuman itu. Dia memindahkan minuman berkarbonat dari gelas ke dalam botol.

Rajah 3.2

Nyatakan dua sifat minuman itu berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

[2 markah]

(b)

Rajah 3.3

Mimi meniup sebiji belon dan ikat belon seperti dalam Rajah 3.3. Belon yang diisi dengan
udara dibiarkan untuk beberapa hari. Belon itu menjadi semakin kecil dari masa ke masa.
Apakah yang dapat anda simpulkan daripada aktiviti itu?

[2 markah]

5
7 (a) Komponen-komponen elektrik diwakili oleh simbol-simbol yang tertentu untuk menjadikannya
mudah untuk melukis rajah litar elektrik. Rajah 4.1 menunjukkan dua simbol komponen
elektrik.

X: Y:

Rajah 4.1
(i) Namakan simbol X dan Y dalam Rajah 4.1
[2 markah]

(ii) Nyatakan fungsi Y dalam suatu litar elektrik.

[1 markah]

(b) Ahmad menyambungkan tiga biji mentol yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
4.2.

Rajah 4.2

Selepas menyambungkan kesemua mentol dalam litar itu, satu mentol telah terbakar.
Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol yang lain? Terangkan jawapan anda.

[2 markah]

(c) Ramalkan kesan ke atas suatu litar jika lebih banyak bateri disambungkan secara bersiri.

[1 markah]

6
8 (a) Penjanaan elektrik ialah proses menukarkan beberapa bentuk tenaga kepada elektrik. Rajah
5 menunjukkan penjana hidroelektrik.

Rajah 5

(i) Tuliskan perubahan tenaga yang berlaku dalam sistem jana kuasa hidroelektrik itu.

[2 markah]

(ii) Nyatakan dua kelebihan menggunakan penjana hidroelektrik.

[2 markah]

(b) Cadangkan satu jenis penjana kuasa elektrik lain yang sesuai dan dapat digunakan untuk
membekalkan tenaga elektrik ke pekan-pekan kecil dan kampung-kampung yang sangat
jauh dari stesen jana kuasa hidroelektrik.

[1 markah]

(c) Nyatakan satu sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui serta digunakan untuk
menjana tenaga elektrik di Malaysia.

[1 markah]

9 (a) Syafiq dan Khairil membawa pasukan mereka untuk bertanding dalam acara tarik tali di
padang sekolah mereka. Kedua-dua pasukan mengenakan jumlah daya yang sama apabila
pusingan pertama bermula seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1

7
Ramalkan arah pergerakan reben yang akan bergerak apabila pertandingan bermula.
Terangkan jawapan anda.

[2 markah]

(b) Dalam pusingan kedua, pasukan yang menang berjaya menarik pasukan lawan mereka
sejauh 0.75 meter seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2
(i) Pasukan yang manakah menang?

[1 markah]

(ii) Kirakan kerja yang dilakukan oleh pasukan yang menang.

[2 markah]

(iii) Jika acara sukan ini diadakan di pantai yang berpasir, adakah kerja yang dilakukan
berbeza, sekiranya jumlah daya yang sama dikenakan oleh pasukan yang menang?
Terangkan jawapan anda.

[3 markah]

8
10 Rajah 7 menunjukkan sikat plastik yang digosok dengan kain bulu beberapa ketika.

Rajah 7
(a) (i) Apakah yang akan berlaku apabila sikat plastik itu diletakkan berhampiran dengan
rambut yang kering?

[1 markah]

(ii) Berikan inferens bagi jawapan anda di 10(a)(i).

[2 markah]

(b) Jika kain bulu bercas positif selepas digosokkannya dengan sikat plastik, apakah cas yang
dihasilkan pada sikat itu?

[1 markah]

(c) (i) Namakan alatan yang boleh digunakan untuk mengesan cas pada sikat plastik selepas
digosok.

[1 markah]
(ii) Terangkan bagaimanakah alatan yang dinyatakan di 10(c)(i) berfungsi.

[1 markah]

(d) Mengapakah bilah kipas elektrik kebiasaannya disaluti dengan habuk walaupun kipas itu
berputar dengan cepat?

[2 markah]

9
11 Jadual 1 menunjukkan perbandingan di antara udara sedutan dan udara hembusan.
Kandungan
Komponen udara
Udara sedutan Udara hembusan
Nitrogen 78.0 % 78.0 %
Oksigen 21.0 % 16.0 %
Karbon dioksida 0.03 % 4.0 %
Gas nadir 0.97 % 0.97 %
Wap air Kurang Lebih banyak
Haba Kurang Lebih banyak
Jadual 1
(a) (i) Berdasarkan Jadual 1, nyatakan dua persamaan di antara udara sedutan dan udara
hembusan.

[2 markah]

(ii) Nyatakan satu perbezaan dari segi kandungan karbon dioksida di antara udara
sedutan dan udara hembusan.

[1 markah]

(b) Nyatakan pemerhatian yang diperoleh apabila ujian-ujian berikut diuji dengan
menggunakan gas oksigen.
(i) Kayu uji bernyala

(ii) Kertas litmus biru lembap

(iii) Air kapur

[3 markah]

(c) Rajah 8 menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji kehadiran mikroorganisma dalam udara.

Rajah 8

10
Berdasarkan Rajah 8, terangkan pemerhatian yang diperoleh ke atas agar nutrien dalam
kedua-dua piring petri selepas tiga hari.

[2 markah]

(d) Terangkan tentang proses respirasi sel.

[2 markah]

12 (a) Rajah 9 menunjukkan dua jenis pendebungaan.

Rajah 9
(i) Berdasarkan Rajah 9, terangkan pendebungaan U dan V.
Pendebungaan U:

[2 markah]
Pendebungaan V:

[2 markah]

11
(ii) Agen pendebungaan termasuklah organisma atau media yang memindahkan butir
debunga daripada anter ke stigma. Bandingkan dua ciri bunga yang didebungakan
oleh serangga dan bunga yang didebungakan oleh angin.

[2 markah]

(iii) Pendebungaan kacuk mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Wajarkan kebaikan


pendebungaan kacuk berbanding pendebungaan sendiri.

[2 markah]

(b) Pendebungaan kacuk digunakan secara meluas dalam bidang pertanian. Pada pendapat
anda, apakah tindakan yang telah diambil oleh penyelidik dalam industri kelapa sawit untuk
meningkatkan kandungan minyak dalam buah kelapa sawit?

[2 markah]

13 (a) Rajah 10 menunjukkan kitar air.

Rajah 10

12
(i) Nyatakan proses yang diwakili oleh X.

[1 markah]

(ii) Tumbuhan menyerap air dari tanah dan membebaskannya semula ke atmosfera
melalui proses Y. Kehilangan air melalui proses Y adalah lebih perlahan daripada
penyerapan air oleh tumbuhan. Hal ini penting untuk pemuliharaan air ketika cuaca
panas. Terangkan apakah yang akan berlaku pada kitar air sekiranya kesemua pokok
ditebang.

[2 markah]

(b) Air hujan yang mengalir ke dalam sungai perlu dirawat sebelum dapat dibekalkan kepada
pengguna bagi memastikan selamat untuk digunakan.
(i) Nyatakan dua ciri yang boleh digunakan untuk menguji kesesuaian air untuk diminum.

[2 markah]

(ii) Terangkan dua kepentingan rawatan air untuk kegunaan harian kita.

[4 markah]

(c) Air merupakan sumber yang sangat berharga di Bumi. Cadangkan tiga cara menggunakan
air secara lebih berhemah.

[3 markah]

13
14 (a) Seorang murid ingin mencari ketumpatan suatu objek. Dia mengisi dua bola kecil yang
boleh dikembungkan diperbuat daripada plastik dengan isipadu air dan udara yang sama
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1.

Rajah 11.1

(i) Nyatakan definisi ketumpatan.

[1 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bola yang manakah akan mempunyai ketumpatan yang lebih
tinggi? Terangkan jawapan anda.

[3 markah]

(b) Jelita membeli sebakul buah oren dari bandar dan membawa buah itu pulang ke
kampungnya. Bakul itu terjatuh ke dalam sungai sewaktu Jelita menyeberangi sungai. Dia
mendapati bahawa buah oren terapung manakala bakul itu tenggelam seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 11.2.

Rajah 11.2

Dengan menggunakan konsep ketumpatan, terangkan mengapa buah oren terapung


manakala bakul tenggelam.

14
[2 markah]

(c) (i) Musim tengkujuh kebiasaannya membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan
banjir. Pasukan penyelamat akan menggunakan bot kecil untuk misi menyelamat
mereka. Rajah 11.3 menunjukkan dua jenis bot yang digunakan oleh pasukan
penyelamat.

Rajah 11.3

Bot yang manakah akan memiliki kelebihan dalam misi menyelamat. Berikan alasan.

[2 markah]

(ii) Rumah Afiq dilanda banjir dan keluarganya diarahkan untuk berpindah dengan berjalan
kaki ke pusat pemindahan sebelum banjir menjadi lebih teruk. Afiq ingin membawa
beberapa benda untuk keluarganya tetapi benda itu agak berat dan dia tidak memiliki
bot. Anda dikehendaki untuk mereka bot kecil yang dapat digunakan untuk
memindahkan benda ketika banjir. Gunakan bahan-bahan yang berikut.

15
Lakarkan bot itu di ruang yang disediakan. Terangkan reka bentuk anda.

Penerangan:

[4 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


(HELEN SONG HIE SIENG) (CHAI PIK YEE) (WONG LIN HIE)
Guru Subjek Penolong Ketua Panitia Ketua Bidang Sains & Matematik

16