Anda di halaman 1dari 5

BIL ATURCARA TEKS

1 Pengacara majlis Di sini ada beberapa pengumuman. Mohon


membuat kerjasama hadirin agar tidak membuat bising atau
pengumuman berbual-bual semasa majlis sedang berlangsung
tatasusila majlis
kepada hadirin Sila matikan telefon bimbit anda atau diletakkan
dalam mod senyap
2 Pengumuman Mengumumkan ketibaan
ketibaan tetamu Yang Berbahagia Dr Tajul Ariffin Bin Yang Hussein
kehormat dan vvip Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Diiringi
Yang Berusaha,
Pn. Che Rohani Binti Che Aziz
Ketua Unit Kokurikulum

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Kebesaran Negeri


Sembilan, Pengakap dan Pandu Puteri
3 Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu ilahi.

Yang Berbahagia,
Dr Tajul Ariffin Bin Yang Hussien
Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Yang Berusaha,
Pn. Che Rohani Binti Che Aziz
Ketua Unit Kokurikulum

Yang Berusaha,
Pn. Rashida Binti Awang
Selaku Kem Komanden
Barisan jurulatih, para pelatih dan hadirin sekalian.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat


Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita
dipertemukan dalam majlis yang penuh nostalgia
ini.
4 Tuan-tuan dan puan-puan,
Bacaan Doa
Bagi memperoleh keberkatan serta kelancaran
perjalanan majlis kita pada hari ini, dengan segala
hormatnya, majlis menjemput saudara Ahmad
Safuan Bin Muhamad, untuk memimpin bacaan doa
Dipersilakan.

(Selepas bacaan doa)

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa


sebentar tadi.

5 Persembahan Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Kumpulan Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Tuan-tuan dan Puan-puan

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada malam ini,


sama-sama kita saksikan persembahan daripada
barisan pelatih Pengakap dan Pandu Puteri.
Dipersilakan Kumpulan.

6 Ucapan alu-aluan Hadirin sekalian, majlis kita pada malam ini


Pengerusi
diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh
Perkhemahan
Pengerusi Perkhemahan Unit Beruniform, Saudara
Abdul Hakim Bin Mohamad Norrezi. Dipersilakan.
Terima kasih Saudara Abdul Hakim di atas ucapan
sebentar tadi.
7 Tayangan Montaj Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
tayangan video sepanjang aktiviti perkhemahan
berlangsung.
8 Ucapan Perasmian Di dalam pasar menjual lokan,
Penutupan
Menjual sehingga pasar tamat,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Daripada tuan tamu kehormat.

Hadirin sekalian,
Kini tibanya saat yang dinati-nantikan. Majlis
dengan rendah hati mempersilakan Yang
Berbahagia Dr. Tajul Ariffin Bin Yang Hussein untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
penutupan Perkhemahan Unit Beruniform PISMP
ambilan Jun 2016.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Tajul


Ariffin Bin Yang Hussein untuk menyempurnakan
simbolik perasmian Penutupan Perkhemahan Unit
Beruniform 2017.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Yang Berbahagia Dr. Tajul Ariffin Bin Yang
Hussein kerana sudi menyampaikan ucapan dan
merasmikan penutupan Perkhemahan Unit
Beruniform PISMP ambilan Jun 2016.
9 Penyampaian Hadiah Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Tuan-tuan, Puan-
dan Cenderamata
puan, Siswa dan Siswi Pendidik.
Yang kecil tidak disebut nama.
Yang besar tidak dihimbau gelar.
Yang cerdik dengan pandainya.
Yang jauh tundan-bertundan.
Yang dekat sogo-bersogo umpama memanjat dah
sampai ke puncak.
Yang ruas dah sampai buku.
Yang sudah berkhatam.
Yang terniat sudah termakbul.
Yang diminta sudah dapat.

Hadiri sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
dan sijil kepada para perserta.
Untuk pengetahuan hadirin, setiap kumpulan telah
dinilai sepanjang aktiviti perkhemahan
berlangsung.
Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang
Berbahagia..................untuk tampil ke pentas bagi
menyampaikan hadiah dan sijil kepada para
peserta.
Terima kasih.................
***hadiah jurulatih dan pensyarah/ staf pengiring
Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha Pengerusi
Perkhemahan Unit Beruniform, Saudara Abdul
Hakim Bin Mohamad Norrezi untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia..................
10 Nyanyaian lagu Tuan-tuan dan Puan-puan,
pengakap dan pandu Sebelum majlis melabuhkan tirai, dijemput para
puteri hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan lagu
pengakap dan lagu dunia pandu puteri kadet.
11 Penutup Sidang hadirin yang dimuliakan,
Dengan nyanyian lagu pengakap dan lagu dunia
pandu puteri kadet sebentar tadi maka sempurnalah
sudah majlis kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Dari kedah ke pekan sari,
Beli suasa di kota tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Kita sudahi majlis kita dengan tasbih kafarah dan


surah al-asr.
Sekian ..wabillahitaufik wal hidayah
wassalamualikum wbt..