Anda di halaman 1dari 24

1.

Nama nama nabi selain 25 nabi yang diketahui


1. Nabi Syith A.S
2. Nabi Zulkarnain A.S
3. Nabi Khidir A.S
4. Nabi Syamun A.S
5. Nabi Yusha A.S
6. Nabi Daniel A.S
7. Nabi Uzair A.S
8. Nabi Samuel A.S
9. Nabi Imran A.S
10. Nabi Jurjis A.S
11. Nabi Amos A.S
12. Nabi Jeremiah A.S
13. Nabi Malakhi A.S
14. Nabi Isaiah A.S
15. Nabi Hagai A.S
16. Nabi Hanzalah A.S

1. Nabi Syith A.S

Selain itu, terdapat kisah mengenai para nabi selain 25 orang rasul dan antaranya ialah Nabi
Syith A.S.

Set bahasa Arab: Shith atau Shiyth yang bermaksud ditempatkan; ditunjuk dalam kitab
Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak (kemungkinan anak ketiga)
dari Adam dan Hawa, dan merupakan adik dari Qabil dan Habil. Ia dilahirkan setelah Habil
dibunuh oleh Qabil. Nama Set disebut sepuluh kali dalam Alkitab, tujuh kalinya di kitab
Kejadian, sekali di kitab Bilangan, I Tawarikh, dan Lukas.

Set diberikan oleh Allah kepada Nabi Adam A.S sebagai pengganti Habil yang dibunuh. Ia
mempunyai seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun dan hidup hingga mencapai
usia 912 tahun.

Melalui keturunan Set dilahirkanlah Nuh A.S, Ibraham A.S, Daud A.S hingga akhirnya
menurunkan Isa A.S.

2. Nabi Zulkarnain A.S

Zulkarnain secara harfiahnya bermaksud Dia yang Bertanduk Dua, merupakan satu tokoh yang
disebutkan di dalam Quran, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai pemerintah
yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang
yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar Agung (Alexander dari
Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama dan
sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus Agung. Gelaran tersebut turut terkenal
di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan
sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.

Sedutan Quran
Berikut merupakan petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulkarnain.

83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku
akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.

84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami
beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85 Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

86 Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di
sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar).
Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau
hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.

87 Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan
menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan
azab seksa yang seburuk-buruknya.

88 Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya;
dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.

89 Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90 Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu
kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

91 Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang
ada padanya.

92 kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

93 Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang
hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa
melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara
kami dengan mereka?
95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih
baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan
bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

96 Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup
lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata:
Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api,
berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.

97 Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu,
apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji
Tuhanku itu benar.

Bertanduk dua?
Sesetengah pihak berpendapat gelaran Zulkarnain bermaksud bertanduk dua, yang secara
tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun ukiran dinding
Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza. Dalam Tafsir Ibn
Kathir menyatakan, sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua
tanduk (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam.

Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi dia yang berketurunan dua, dia
yang hidup hingga dua kurun, dia yang memiliki dua kerajaan ataupun pemerintah dua
kerajaan. Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud yang berbeza.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bertanduk dua bermaksud menggabungkan 2 negeri.

Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain


Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal),
Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Bahaeddin Khomrashahi dan Dr.
Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Agung.
Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayar Parsi
Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan ukiran pada
batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:

3. Nabi Khidir A.S

Al-Khir (Arab:, Khar, Khaer, al-Khair) adalah seorang nabi yang dikisahkan oleh
Allah dalam Al-Quran dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82. Selain kisah tentang nabi Khidir yang
mengajarkan tentang ilmu dan kebijaksanaan kepada Nabi Musa, asal usul dan kisah lainnya
tentang Nabi Khidir tidak banyak disebutkan.
Etimologi
Al-Khidir secara harfiah bererti Seseorang yang Hijau melambangkan kesegaran jiwa, warna
hijau melambangkan kesegaran akan pengetahuan berlarut langsung dari sumber kehidupan.
Dalam Encyclopdia Britannica, dikatakan bahawa Khidir telah diberikan sebuah nama, yang
paling terkenal iaitu Baly bin Malkn.

Teguran Allah kepada Musa


Kisah Musa dan Khidir dirakamkan oleh Al-Quran dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82. Menurut
Ibnu Abbas, Ubay bin Kaab menceritakan bahawa beliau mendengar nabi Muhammad bersabda:
Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya,
Siapakah orang yang paling berilmu? Jawab Nabi Musa, Aku Lalu Allah menegur Nabi
Musa dengan firman-Nya, Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di
pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.

Lantas Musa pun bertanya, Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya? Allah pun
berfirman, Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan
tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba-Ku itu. Sesungguhnya teguran
Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui hamba yang
soleh itu. Di samping itu, Nabi Musa juga ingin sekali mempelajari ilmu dari Hamba Allah
tersebut.

Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan membawa ikan di dalam wadah dan
berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya, Yusya bin
Nun.

Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan memutuskan untuk beristirehat sejenak
kerana telah menempuh perjalanan cukup jauh. Ikan yang mereka bawa di dalam wadah itu tiba-
tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Allah SWT membuatkan aliran air
untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` terpegun memperhatikan kebesaran Allah
menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.

Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, Yusya tertidur
dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Musa. Mereka kemudiannya
meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya,
Nabi Musa berkata kepada Yusya` Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah
berasa letih kerana perjalanan kita ini. (Surah Al-Kahfi : 62)

Ibn `Abbas berkata, Nabi Musa sebenarnya tidak berasa letih sehingga baginda melewati tempat
yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu. Yusya
berkata kepada Nabi Musa, Tahukah guru bahawa ketika kita mencari tempat berlindung di batu
tadi, sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak lain yang membuat aku
lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu kembali masuk kedalam laut itu dengan
cara yang amat aneh. (Surah Al-Kahfi : 63)

Musa segera teringat sesuatu, bahawa mereka sebenarnya sudah menemuui tempat pertemuan
dengan hamba Allah yang sedang dicarinya itu. Kini, kedua-dua mereka berbalik arah untuk
kembali ke tempat tersebut iaitu di batu yang menjadi tempat persinggahan mereka sebelumnya,
tempat bertemunya dua buah lautan. Musa berkata, Itulah tempat yang kita cari. Lalu keduanya
kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah Al-Kahfi : 64)

Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Musa dengan Khidir. Ada yang
mengatakan bahawa tempat tersebut adalah pertemuan Laut Romawi dengan Parsi iaitu tempat
bertemunya Laut Merah dengan Samudra Hindia. Pendapat yang lain mengatakan bahawa lautan
tersebut terletak di tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan Atlantik. Di samping itu,
ada juga yang mengatakan bahawa lautan tersebut terletak di sebuah tempat yang bernama Ras
Muhammad iaitu antara Teluk Suez dengan Teluk Aqabah di Laut Merah.

Persyaratan belajar
Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah
putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab salamnya dan
bertanya, Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan?
Siapakah kamu Jawab Musa, Aku adalah Musa. Khidir bertanya lagi, Musa dari Bani
Israil? Nabi Musa menjawab, Ya. Aku datang menemui tuan supaya tuan dapat mengajarkan
sebagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.

Khidir menegaskan, Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-
samaku. (Surah Al-Kahfi : 67) Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah
sebahagian daripada ilmu kurniaan dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan
kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak
kuketahuinya.

Nabi Musa berkata, Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku
tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun. (Surah Al-Kahfi : 69)

Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu
menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.
(Surah Al-Kahfi : 70)

Perjalanan Khidir dan Musa


Demikianlah seterusnya Musa mengikuti Khidir dan terjadilah beberapa peristiwa yang menguji
diri Musa yang telah berjanji bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan
diambil oleh Nabi Khidir. Setiap tindakan Nabi Khidir A.S. itu dianggap aneh dan membuat
Nabi Musa terperanjat.

Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka
bersama. Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada Nabi Khidir.
Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta maaf kerana
kelancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap tindakan Nabi Khidir.

Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak yang
sedang bermain dengan kawan-kawannnya. Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi
Khidir tersebut membuat Nabi Musa tak kuasa untuk menanyakan hal tersebut kepada Nabi
Khidir. Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi kesempatan
terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khidir,
jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti perjalanan bersama
Nabi Khidir.

Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu wilayah perumahan. Mereka
kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap penduduk sekitar
tidak bersahabat dan tidak mahu menerima kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa
berasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk, Nabi Khidir malah
menyuruh Nabi Musa untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rosak di
daerah tersebut. Nabi Musa tidak kuasa kembali untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini
yang membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi mereka. Akhirnya
Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa bahawa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa untuk
menjadi muridnya dan Nabi Musa tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan perjalanannya
bersama dengan Nabi Khidir.

Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi
Musa bertanya. Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu yang mereka
tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah
seorang raja yang suka merampas perahu milik rakyatnya.

Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahawa beliau membunuh seorang anak kerana
kedua-dua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat
mendorong bapa dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian anak ini digantikan
dengan anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu bapanya hingga ke anak cucunya.

Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahawa rumah yang dinding diperbaiki
itu adalah milik dua orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut. Didalam rumah
tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah kedua-dua adik-
beradik ini telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang soleh. Jika tembok rumah
tersebut runtuh, maka boleh dipastikan bahawa harta yang tersimpan tersebut akan ditemui oleh
orang-orang di kota itu yang sebahagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua
adik-beradik tersebut masih cukup kecil untuk mengelola peninggalan harta ayahnya. Dipercayai
tempat tersebut berada di negeri Antakya, Turki.

Akhirnya Nabi Musa as. sedar hikmah dari setiap perbuatan yang telah dikerjakan Nabi Khidir.
Akhirya mengerti pula Nabi Musa dan berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan oleh
Allah dengan seorang hamba Allah yang soleh yang dapat mengajarkan kepadanya ilmu yang
tidak dapat dituntut atau dipelajari iaitu ilmu ladunni. Ilmu ini diberikan oleh Allah SWT kepada
siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang bertindak sebagai seorang guru banyak
memberikan nasihat dan menyampaikan ilmu seperti yang diminta oleh Nabi Musa dan Nabi
Musa menerima nasihat tersebut dengan penuh rasa gembira.

Saat mereka didalam perahu yang ditumpangi, datanglah seekor burung lalu hinggap di hujung
perahu itu. Burung itu meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khidir berkata, Ilmuku dan
ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu Allah tidak akan pernah berkurang seperti air
laut ini kerana diteguk sedikit airnya oleh burung ini.

Sebelum berpisah, Khidir berpesan kepada Musa: Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan
bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan.
Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan yang telah
dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai Ibnu `Imran.

Hikmah kisah Khidir


Dari kisah Khidir ini kita dapat mengambil iktibar penting. Diantaranya adalah Ilmu merupakan
kurniaan Allah S.W.T, tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengaku bahawa dirinya lebih
berilmu dibanding yang lain. Hal ini kerana ada ilmu yang merupakan anugrah dari Allah SWT
yang diberikan kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya (Ilmu Ladunni, iaitu ilmu yang
dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang soleh dan terpilih)

Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan
kebijaksanaan dari setiap peristiwa yang dialami. Hikmah ketiga adalah setiap murid harus
memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang
guru dari awal hingga akhir sebelum nantinya dapat bertindak diluar perintah dari guru. Kisah
Nabi Khidir ini juga menunjukan bahawa Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa
kepada guru.

4. Nabi Yusha A.S.

Yusha bin Nn (Arab: )adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki
kota Yareho (Jericho). Yusha bin Nn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di Tanah
Yang di Janjikan. Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kanaan. Yusha
dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara langsung tetapi Al-
Quran mereferensikannya bersama dengan kisah Musa didalam surah Al-maidah, Al Kahfi dan
Waqiah.

Sesudah Harun dan Musa wafat, kaum Bani Israil dipimpin oleh Yusha bin Nn, yang memang
telah ditunjuk oleh Musa untuk menggantikannya sebelum kewafatannya. Berkat kepemimpinan
Yusha bin Nn mereka dapat menguasai tanah Palestin dan menetap tinggal di istana. Namun
setelah Yusha bin Nn wafat, mereka berpecah-belah. Dalam ajaran Islam dikatakan bahawa isi
kitab Taurat mereka diubah dan ditambah-tambah. Mereka sering berselisih pendapat sesama
mereka sendiri hingga akhirnya hilanglah kekuatan persatuan mereka, yang mengakibatkan tanah
Palestin diserbu dan dikuasai oleh bangsa lain. Dari segi positifnya adalah ketika dia meninggal,
semua tugas untuk mengatur dua belas suku tersebut telah selesai sesuai dengan kehendak Allah.

Matahari Terhenti seketika


Di antara mukjizat Nabi Yusha ialah Allah berhentikan matahari bagi menyebabkan hari Jumaat
berpanjangan bagi membolehkan perang diteruskan. Hal ini kerana waktu itu Allah
mengharamkan kaum Yahudi berperang pada hari Sabtu, dalam satu peperangan terhadap kaum
kanaan yang berlaku pada hari Jumaat, maka berlakulah mukjizat tersebut. Mengikut syariat
terdahulu, hari sabtu hanya untuk melakukan ibadat. Nabi Yusha telah berdoa agar Allah
memberhentikan seketika matahari bagi membolehkan Nabi Yusha bersama-sama tenteranya
menggempur kota Jericho yang merupakan Tanah Yang di Janjikan.

5. Nabi Daniel A.S.

Nabi Daniel (bahasa Ibrani: , Daniyyel, Dniyyl; bahasa Parsi: , Dniyal atau Danial,
juga disebut Dani, ; Arabic: , Danyal) adalah tokoh yang dicatat dalam sejarah sebagai
salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian,
Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai Baginda banyak tertumpu kepada catatan dalam
Kitab Daniel dalam agama Kristian Katolik dan Yahudi.

Kisah Nabi Daniel A.S.


Kitab Daniel, yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa Aramik, adalah sebuah kitab suci
Tanakh bagi agama Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam kitab ini
berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan diasingkan ke
Babil. Kisah ini berkisar seorang tokoh yang bernama Daniel yang berbangsa Israil dan menjadi
penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon) dari 605 SM 562 SM.

Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa Israil telah ditawan dan diasingkan ke Babil (Iraq) ketika
masih kecil lagi. Ketika itu pemerintah Babil yang bernama Nebuchadnezzar telah menyerang
Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut dan membawa para tawanan dari kalangan
bangsa Israil dan mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta tidak dibenarkan pulang ke
Baitulmaqdis.

Mimpi Raja Nebuchadnezzar


Dalam satu riwayat mengatakan bahawa ketika dalam tahanan penjara, Nabi Daniel bersama-
sama rakannya tidak menjamah sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera Babylon
sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja.

Kemudian pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan
sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun dia sendiri
tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam untuk menjatuhkan
hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat menafsirkan mimpinya
sehinggalah salah seorang daripada tawanan penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel
boleh menafsirkan mimpi raja itu.

Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana setiap
bentuk pada tubuh patung itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari emas tua, dada
dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang pehanya dari besi dengan
kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah liat. Nabi Daniel memberitahu
lagi bahawa raja itu telah melihat sebuah batu tanpa perbuatan manusia telah menimpa patung itu
tepat di bahagian kakinya yang dari besi dan tanah liat itu sehingga remuk. Akhirnya, batu itu
yang menimpa patung tanpa perbuatan tangan manusia menghancurkan semua logam yang ada
dipatung tersebut. Kemudian batu itu menjadi gunung yang besar memenuhi seluruh bumi.
Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa logam-logam itu melambangkan sebuah
pengantian kekuasaan dari kerjaan-kerajaan besar yang berdiri dan kemudian roboh, dimulai
dengan Babylon yang dilambangkan oleh kepala dari emas. Sesudah Babylon adalah Media-
Parsi (lengan dan dada perak). Kemudian kerajaan itu digantikan oleh Yunani (tembaga),
kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran Rom iaitu kerajaan yang keempat yang keras seperti
besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu dan seperti besi
yang menghancur luluhkan, maka kerajaan itu akan meremukkan dan menghancur luluhkan
semuanya. Kemudian pada bahagian kaki yang daripada campuran besi dan tanah liat pula ialah
merujuk kepada kerajaan-kerajaan di Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pada 476
masihi. Campuran besi dan tanah liat adalah juga merujuk kepada penyatuan negara-negara
Eropah namun sentiasa mengalami kegagalan. Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh
raja itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum dengan kehebatan Nabi Daniel,
namun para menteri yang lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara
untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel
dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun,
setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar
mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus
membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja
Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah buang air terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja
yang mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit
untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya terdapat
orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal itu perlu
membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu sebaliknya raja itu yang keluar
kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak percaya sedikitpun
kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh
oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya daripada
kezaliman Nebuchadnezzar.

Seterusnya kerajaan Babylon telah ditawan oleh kerajaan Media-Parsi dan pemerintahnya telah
melantik Nabi Daniel sebagai penasihatnya. Nabi Daniel juga dikatakan telah dipenjarakan
ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Media-Parsi kerana tidak mahu meninggalkan
amalan ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun telah dikuatkuasakan oleh kerajaan itu
yang melarang rakyat mengamalkan amalan ibadah. Nabi Daniel telah dipenjarakan bersama-
sama 3 ekor singa, namun singa-singa itu tidak sedikitpun mencederakannya.

Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju ke kota Iskandariyah
dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan wafat dan terdapat
makamnya di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi Daniel sewaktu Mesir di bawah
pemerintahan seorang gabenor iaitu Amru Al As kerana beliau telah menjumpai makam Nabi itu
lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan sempena nama Nabi Daniel.

6. Nabi Uzair A.S.

Nabi Uzair AS adalah seorang hamba Allah yang hidup pada zaman antara Nabi Saleh A.S. dan
Nabi Ibrahim A.S. iaitu sekitar 5000 sampai 4000 tahun sebelum masa Nabi Isa AS. Nabi Uzair
A.S. adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T, salah satu diantara 313 orang Rasul
utusan Allah.

Kemusnahan kota Jerusalem


Allah S.W.T. telah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua kali akibat sikap mereka yang degil.
Selepas mereka menyeleweng buat kali pertama, Allah S.W.T. mentakdirkan sepasukan tentera
yang tanpa gentar menghadapi serta memusnahkan mereka iaitu tentera dari kalangan bangsa
Kanaan yang dipimpin oleh Jalut namun akhirnya dikalahkan oleh Nabi Daud A.S.

Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar yang menyerang Jerusalem dan
membunuh penduduknya dan seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya sebagai
hamba ke empayarnya. Kota terbabit musnah sama sekali termasuklah harta benda mereka yang
dirampas. Kota tersebut sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang tinggal.

Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil meninggalkan kemusnahan di


belakangnya, Nabi Uzair A.S. telah melalui Jerusalem bersama-sama seekor keldainya dan
menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat.

Beliau kemudian, turun dari keledainya dan bersujud kepada Allah S.W.T dengan berkata
Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama 100 tahun. Dalam tempoh 70
tahun penidurannya itu, bandar itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk bertambah pesat dan
membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi oleh Raja Bukhtanasar ke tanah air
asal mereka atas arahan Raja Kurush (Nabi Zulqarnain A.S.).

Nabi Uzair A.S. dihidupkan/dibangunkan semula


Setelah 100 tahun tertidur, Allah S.W.T membangunkan atau menghidupkan kembali beliau
dengan jasadnya sebagaimana sebelum beliau tertidur. Kemudian Allah bertanya kepada beliau:
Berapa lama kamu tinggal di sini? Beliau menjawab: Saya telah tinggal di sini sehari atau
setengah hari. Allah berfirman: Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya;
lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai
kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami
bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya
kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging. Maka tatkala telah nyata kepadanya
(bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) beliau pun berkata: Saya yakin bahawa Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS 2 Al Baqarah 259).

Nabi Uzair A.S. bertemu semula ahli keluarga dan masyarakat


Selepas itu beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke rumahnya sendiri yang
ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan menemui seorang wanita buta yang berusia 120 tahun.
Beliau bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan Uzair? Beliau (wanita itu) mengiakan
persoalan itu dan menyatakan yang Uzair sudah dilupakan orang. Akhirnya, apabila beliau
berjaya meyakinkan kepada wanita itu beliau adalah Uzair, wanita itu pun mengumumkan
kepada orang ramai yang Uzair sudah kembali dan nabi Uzair pun didatangi oleh anaknya sendiri
yang berusia 118 tahun. Sewaktu beliau ditidurkan, anaknya hanya berusia 18 tahun. Lalu
anaknya mengatakan yang ayahnya dahulu memiliki tanda kelahiran di antara dua bahunya.
Maka dengan itu, beliau pun menunjukkan tanda kelahiran itu.

Penulisan semula kitab Taurat


Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurat dan kitab itu sudah dibakar
kesemuanya pada zaman penyerangan Raja Bukhtunasar, maka mereka meminta Nabi Uzair
mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang disembunyikan oleh ayahnya sendiri yang
bernama Sarukha.

Namun apabila Nabi Uzair mengeluarkan salinan kitab Taurat dari tempat persembunyian
asalnya, didapati kertasnya sudah reput dan berderai. Maka Nabi Uzair pun duduk seketika
sambil dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat menulis semula kitab
Taurat, maka pada ketika itu di hadapan penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua tahi
bintang jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan galakan pada daya
pemikirannya, lalu menulis kembali kitab Taurat daripada ingatannya.

Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau adalah anak Allah disebabkan
dua perkara iaitu yang pertama, penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi bintang dari langit
yang terkena kepada Nabi Uzair. Menurut pandangan mereka, ini adalah tanda sebagai anak
Tuhan. Perkara yang kedua pula adalah walaupun Nabi Musa seorang yang hebat daripada
pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya, namun beliau tidak mampu menyampaikan
ajaran kitab Taurat kecuali daripada penulisan Taurat itu sendiri sedangkan Nabi Uzair berupaya
menyalin kitab Taurat hanya melalui ingatannya. Perbuatan mereka ini amatlah tercela dan
dilaknat oleh Allah kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Hal ini telah dirakamkan
dalam Al Quran yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah
dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka
dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu;
semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-
Taubah 9:30)

7. Nabi Samuel A.S.

Samuel (Arab: Shamu`ayl)atau Samwil dalam Islam dianggap sebagai salah satu nabi
Bani Israel dan dikatakan bahawa Samuel adalah keturunan dari Yusuf. Ia pernah diminta oleh
kaumnya untuk memilih seorang pemimpin dari kalangannya. Pada akhirnya terpilihlah Thalut
yang memiliki profesion seorang petani. Namanya tidak disebutkan dalam Al-Quran, tetapi
telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al Baqarah, tanpa menyebutkan namanya.

Pengganti Nabi Musa A.S.


Beliau telah diutuskan oleh Allah S.W.T. selepas kewafatan Nabi Musa A.S. Semasa zaman
Nabi Musa A.S., Bani Israel dalam berabad-abad lamanya dapat hidup bersatu di negeri mereka
sendiri, tidak dapat diusir oleh kekuatan daripada mana-mana pihak.
Selepas kewafatan Nabi Musa A.S., bangsa Israel lama kelamaan lupa akan ajaran Nabi Musa
A.S., lupa akan agama mereka dan agama itu mereka telah ubah menurut kemahuan mereka
sendiri.
Dalam keadaan yang demikian itu, akhirnya mereka dapat dikalahkan dan diusir dari kampung
halaman mereka sendiri oleh bangsa Palestin.

Nasib bangsa Israel semakin jelek dan melarat di bawah penjajahan sehingga mengalami
pengusiran itu, terpisah dari anak dan isteri mereka dalam tempoh yang lama, mereka juga tidak
sanggup tampil ke hadapan untuk memimpin bangsanya yang telah bercerai-berai itu.

Akhirnya diutus oleh Allah kepada mereka seorang Nabi, Samuel namanya. Dengan pimpinan
Samuel ini, akhirnya beberapa orang di antara bangsa Israil dapat berkumpul. Dari kumpulan ini
timbul hasrat bagi mereka, untuk berusaha mengusir bangsa Palestin yang telah mengusir mereka
dari tanah airnya. Tetapi sayang, tidak seorang juga di antara mereka yang berani dan sanggup
menjadi pemimpin.

Samuel tahu benar mengenai kelemahan kaumnya yang demikian itu, kelemahan yang
disebabkan oleh tidak adanya kemahuan untuk berjuang dan kelemahan kerana tidak adanya rasa
patuh terhadap pemimpinnya.

Dengan tegas Samuel berkata kepada mereka: Sebab kelemahan kamu, adalah kerana kamu
sekalian tidak mahu berjuang menghadapi peperangan bila dipanggil untuk berperang!
Mereka menjawab: Kami sanggup berjuang dan bertempur, kerana tidak tahan lagi hidup
sengsara terpisah dengan anak, keluarga dan tanahair sendiri, asal saja ada yang memimpin kami
dalam perjuangan dan pertempuran itu. (tetapi hanya sedikit sahaja yang bersungguh-sungguh
untuk berjuang dan mengikut arahan pemimpinnya).

Samuel meminta mereka menunggu, kerana Samuel ingin menerima petunjuk dari Allah S.W.T.
terlebih dahulu, tentang maksud ini. Lalu kepada Samuel diwahyukan oleh Allah S.W.T., agar
memilih Talut menjadi raja dan pemimpin perang mereka. Samuel sendiri rupanya belum kenal
siapa Talut itu. Tetapi dengan tegas Allah S.W.T. mewahyukan kepada Samuel, agar jangan
ragu-ragu dalam menetapkan Talut sebagai pemimpin dan jeneral dalam perang yang
diperintahkan itu.

Talut adalah anak desa dalam negeri itu, bahkan anak seorang yang miskin pula. Jangankan ia
akan dikenal sebagai pemimpin dalam pergaulan, malah sehari-hari saja jarang orang kenal
kepadanya. Tetapi dia adalah seorang yang berbadan kuat dan sihat; tinggi dan gagah
perwatakannya, matanya tajam, fikirannya pun luas dan tajam pula. Dalam pada itu, dia
mempunyai hati yang suci bersih, budi yang halus dan agung. Dia tinggal di desa kecil bersama-
sama bapanya. Pekerjaannya bertani dan berternak.

Tabut berjaya dirampas semula


Akhirnya, tentera pimpinan jeneral Talut telah berjaya mengalahkan bangsa Palestin walaupun
jumlah mereka adalah sedikit dan ketika itu juga jeneral jalut yang memimpin bangsa Palestin
telah mati akibat dilontar batu oleh Nabi Daud A.S. yang ketika itu berumur 9 tahun. Nabi
Samuel A.S. turut menyertai peperangan itu yang mana Tabut milik Bani Israil telah berjaya
dirampas semula.
Kisah mengenai Nabi Samuel A.S. ada disebutkan dalam Al Quran walaupun tidak disebutkan
namanya di dalam Al Quran, iaitu surah Al Baqarah ayat 247 dan ayat 248.

8. Nabi Imran A.S.

Nabi Imran A.S. adalah salah seorang nabi dan juga merupakan bapa kepada Mariam iaitu ibu
Nabi Isa A.S. Nama sebenar Nabi Imran ialah Imran bin Hasyim bin Amun. Beliau berkahwin
dengan Hannah binti Faqud bin Qabil dan telah dikurniakan oleh Allah seorang anak perempuan
bernama Mariam. Kedua-dua mereka mempunyai darah keturunan Nabi.

Surah Ali Imran


Nabi Imran dan keluarganya telah dimuliakan oleh Allah S.W.T. seperti mana yang telah
terdapat dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 33 yang bermaksud : Allah telah memilih Adam,
dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam.

Kehidupan keluarga Imran sederhana. Mereka tinggal di perkampungan Nazareth, Palestin.


Kegiatan ekonomi penduduk di perkampungan itu lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian
yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Kebanyakan daripada mereka menjalankan
kegiatan pertukangan kayu. Mereka mengutip hasil kayu dari hutan dan kemudiannya menjual
kayu tersebut kepada pelanggan yang mahu membelinya. Ada juga di antara mereka yang mahir
membuat kasut dan mengeringkan buah tin sebagai pekerjaan mereka. Nabi Imran A.S.
menyimpan hasrat untuk tinggal di Jerusalem. Beliau ingin berkhidmat di Baitulmuqaddis.
Beliau pernah bermimpi menjadi siak di tempat suci di Baitulmuqaddis dan bermimpi menjaga
kebersihan dan membantu kerja-kerja menjaga tempat suci itu.

Isteri Nabi Imran A.S. telah bernazar kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menerima anaknya
Mariam untuk menjadi ahli Ibadat kepadaNya seperti mana yang terdapat dalam surah Ali Imran
ayat 35 yang bermaksud : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku
nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala
urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

9. Nabi Jurjis A.S.

Kisah Nabi Jurjis Dengan Raja Bani Israil


Dalam satu riwayat mengatakan, pada zaman dahulu ada seorang raja Bani Israil yang zalim.
Kezalimannya bukan sahaja terhadap rakyatnya sendiri malahan terhadap Allah S.W.T. Segala
perintah Allah diabaikannya, dia memerintah mengikut hawa nafsu serta undang-undang
buatannya. Maka Allah mengutuskan seorang nabi bernama Jurjis. Dia mengutuskan nabi Jurjis
untuk menghapuskan kezaliman Raja Bani Israil itu yang sangat melampaui batas.

Setiap hari Nabi Jurjis berusaha untuk menyedarkan raja serta rakyatnya agar mengikut perintah
Allah. Malangnya segala ajakan Nabi Jurjis tidak sedikitpun dipedulikan oleh raja tersebut.
Malahan Raja itu menentang ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Jurjis.
Akhirnya Allah S.W.T. pun menurunkan bala terhadap kaum Bani Israil. Bertahun-tahun Allah
tidak menurunkan hujan di tanah Bani Israil. Banyaklah tanaman serta haiwan mati kehausan.
Tanah-tanah pertanian serta kolam-kolam air akhirnya menjadi kering kontang. Maka terjadilah
kebuluran di merata tempat di negeri itu.

Raja menjadi bingung kerana dahulu rakyatnya pergi ke kuil setiap hari menyembah berhala
tetapi kini mereka tidak ke kuil, malahan sibuk menguruskan kehidupan mereka seharian. Setiap
hari raja tersebut dikunjungi rakyat jelata untuk memohon bantuan. Malangnya raja tidak dapat
berbuat satu apapun.

Pada suatu hari raja memerintahkan para menteri menyiasat keadaan seluruh negeri itu. Setelah
melakukan penyiasatan, mereka pun datang mengadap raja. Kata para menteri itu : Wahai
paduka Tuanku. Keadaan seluruh negeri amatlah mendukacitakan sekali. Tanah-tanah pertanian
dan kolam-kolam air semuanya kering belaka. Haiwan ternakan banyak yang mati manakala
rakyat dalam keadaan kebuluran. Kami kira kalau keadaan ini berterusan, musnahlah seluruh
kerajaan Tuanku nanti.

Setelah mendengar laporan para menterinya, raja pun bertitah : Kalau demikian keadaan negeri
dan kerajaan, cubalah beri pendapat kamu bagaimana kita boleh mengatasi masalah yang amat
sulit lagi berbahaya ini.

Maka jawab para menterinya : Kami berpendapat eloklah kita cari dimana Nabi Jurjis. Paduka
Tuanku tentu ingat bahawa Nabi Jurjislah orang yang selalu berjaya menolong kita sewaktu
terjadi keadaan-keadaan seperti ini. Apa maksud kamu semua menyebut Jurjis itu, tanya raja
tersebut.

Wahai Paduka Tuanku, tidakkah Tuanku ingat bahawa Jurjis selalu mengajak kita menyembah
Allah. Jika ajakannya itu benar tentu dapat meminta kepada Tuhannya itu supaya diturunkan
hujan, balas para menteri itu.

Tapi bagaimana kalau hujan tidak turun juga?, tanya raja lagi. Kita bunuh sahaja Jurjis,
sahut menteri-menteri itu penuh yakin. Maka pada keesokannya raja bersama dengan para
menteri pergi mendapatkan Jurjis. Sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan rumah Nabi Jurjis,
mereka dapati Nabi Jurjis sedang tekun beribadat. Tiba-tiba Nabi Jurjis terdengar suara orang
dari luar rumahnya. Hai Jurjis, keluarlah kamu!, perintah raja itu dengan suara yang agak
kasar. Sebaik sahaja namanya diseru, maka Nabi Jurjis pun segera keluar.

Surat apakah itu hai Tuanku. Aku minta Tuhanmu supaya turunkan hujan. Kalau hujan tidak
turun, katakan kepada Tuhanmu itu bahawa aku akan memeranginya, seru raja itu dengan
angkuh.

Nabi jurjis berasa terlalu sedih mendengar perintah raja itu. Dalam masa Nabi Jurjis sedang
bersedih, tiba-tiba muncul malaikat Jibril lalu berkata kepadanya, Wahai Jurjis, kenapa engkau
bersedih sahaja? Beritahukah apa yang diminta oleh raja itu kepada Allah.
Nabi Jurjis pun menurut apa yang dinasihatkan oleh Jibril A.S. Kemudian Allah menyuruh Jurjis
bertanya kepada raja Bani Israil itu, bagaimana caranya dia hendak menentang Allah. Pada
keesokan harinya, Nabi Jurjis pun pergi ke istana untuk bertanyakan seperti yang diperintahkan
oleh Allah S.W.T.

Sebaik sahaja raja mendengar kata-kata Nabi Jurjis, maka raja itu pun berkata : Hai Jurjis, aku
memang tidak dapat memerangi Tuhanmu kerana Dia sangat perkasa sedangkan aku lemah tetapi
aku akan memerangi apa jua kekasihNya di bumi ini, tegas raja itu dengan angkuh. Setelah itu
Jurjis pun pulang ke rumahnya. Setibanya dia di rumah, didapatinya malaikat Jibril sudah pun
berada di dalam bilik tempat dia beribadat. Kata malaikat Jibril : Hai Jurjis, pergilah engkau
bertemu raja itu dan nasihatilah dia supaya membatalkan maksudnya itu.

Setelah mendengar nasihat Jibril itu, keesokannya Jurjis pergi semula ke istana raja dan
menasihati raja tersebut. Dengan izin Allah, raja yang angkuh itu pun menerima nasihat Nabi
Jurjis. Setelah segalanya selesai, Nabi Jurjis pun kembali semula ke rumahnya. Sebaik sahaja
kakinya melangkah masuk ke rumah, hujan pun turun dengan lebatnya selama tiga hari tiga
malam. Tanaman tumbuh dengan subur, sungai dipenuhi air, rakyat mulai turun ke ladang
mengerjakan tanaman mereka. Akhirnya negara itu kembali makmur seperti sediakala.

Melihatkan keadaan kembali pulih seperti sediakala, raja pergi mendapatkan Nabi Jurjis A.S.
berserta dengan rakyatnya dan menyatakan keimanan kepada Allah yang Maha Kuasa.

10. Nabi Amos A.S.

Nabi Amos A.S. adalah seorang Nabi yang berasal dari Tekoa iaitu di sebelah tenggara
Baitulaham. Di dalam Alkitab, kitab Amos ditulis oleh Nabi Amos A.S. Beliau juga adalah Nabi
yang pertama dalam Alkitab yang pesannya dicatat secara terperinci. Beliau berasal dari sebuah
kota di Yehuda, tetapi ia berkhutbah kepada orang-orang Israel di kerajaan utara sekitar
pertengahan abad ke-8 SM.

Pada masa itu banyak orang hidup makmur, ibadah dipentingkan dan negeri Israel nampaknya
damai. Tapi Amos melihat bahawa yang mengecap kemakmuran hanyalah para hartawan yang
memperkayakan diri dengan hasil penindasan dan ketidakadilan terhadap orang miskin. Orang
menjalankan ibadah dengan hati yang tidak ikhlas dan keadaan damai hanya tampak dari luar.
Dengan berani dan penuh semangat, Amos menyampaikan pesan bahawa Tuhan akan
menghukum bangsa Israel. Amos menyeru agar keadilan mengalir seperti air. Beliau berkata,
Mungkin Tuhan akan mengasihani orang-orang yang ditindas dari bangsa Israel.

Begitulah sedikit kisah mengenai Nabi Amos A.S. yang lantang menentang ketidakadilan yang
berlaku dalam masyarakat.

11. Nabi Jeremiah A.S.

Nabi Jeremiah A.S. merupakan antara salah seorang Nabi dalam kalangan Bani Israil. Melalui
pendapat Ibnu Kathir,nama nabi Jeremiah yang sebenar ialah Armia b Hilqiya. Nabi ini
diutuskan oleh Allah kepada Bani Israil di Jurusalem pada fasa dia antara Nabi Daud dan Nabi
Zakaria.

Beliau dipenjarakan oleh kerajaan Bani Israel di Jurusalem kerana beliau menyuruh mengesakan
Allah. Beliau diseksa dan dipenjarakan dengan teruk. Di dalam penjara,beliau telah berdoa
kepada Allah agar diberikan pengajaran kepada mereka. Allah memakbulkan doa Nabi Jeremiah
itu dan Allah mengutuskan Tentera daripada Babilon dan Assyria untuk menghancurkan
kerajaan Israil.

Kisah mengenai Nabi Jeremiah A.S.


Semasa masih muda, Jeremiah memulakan tugas-tugas kenabiannya kira-kira pada akhir dari
abad ke tujuh sebelum Masihi, ketika Kerajaan Judah dalam bahaya besar penyerbuan oleh
tentera dari Chaldea. Orang-orang Yahudi telah bersekutu dengan Firaun dari Mesir, tetapi
kerana Firaun ini telah mengalami kekalahan buruk dari tentera Nebukadnezar, maka nasib
buruk Jerusalem adalah hanya tinggal waktu saja. Dalam hari-hari yang sukar itu, selama mana
nasib dari tinggalan para hamba Allah akan ditentukan, Nabi Jeremiah dengan semangatnya
memberi nasihat kepada raja dan para pemimpin orang-orang Yahudi untuk menyerah dan
mengabdi pada Raja Babilon, supaya Jerusalem dapat diselamatkan daripada dibakar habis
menjadi abu serta orang-orang Yahudi diselamatkan daripada menjadi sebagai orang tawanan.
Beliau mencurahkan semua ceramahnya yang lantang dan berapi-api ke telinga raja-raja,
pendeta-pendeta, dan ketua-ketua masyarakat, tetapi semua hanya sia-sia. Beliau menyampaikan
firman demi firman Tuhan dengan mengatakan bahawa satu-satunya jalan menyelamatkan negeri
dan penduduknya dari kemusnahan yang teruk ialah menyerah kepada orang-orang Chaldea;
namun tiada seorang pun sudi mendengar peringatan itu.

Nabi Jeremiah A.S. diseksa dalam tahanan


Nebukadnezar datang dan mengambil alih kota, membawa pergi rajanya, para pembesar serta
banyak tawanan. Demikian pula seluruh kekayaan dari kuil termasuk bejana-bejana emas dan
perak. Seorang pembesar lain, pembesar yang ketiga, diangkat oleh Kaisar Babilon untuk
memerintah sebagai budaknya di Jerusalem. Raja ini, bukannya menjadi bijak dan setia kepada
penguasa Babilon tetapi bahkan memberontak terhadapnya. Tanpa henti Jeremiah menasihati
raja untuk tetap setia dan meninggalkan kebijakan (persekutuan dengan) Mesir. Namun nabi-nabi
palsu terus saja berceramah dengan lantang di kuil dengan berkata: Demikianlah Tuhan Rumah
Allah itu berfirman, Lihatlah, Aku telah mematahkan simpul Raja Babilon, dan dalam waktu dua
tahun semua tawanan orang Yahudi dan bejana-bejana Rumah Tuhan akan dikembalikan ke
Jerusalem. Jeremiah membuat simpul dari kayu dan dikalungkan di lehernya dan pergi ke kuil
serta memberi tahu orang-orang bahawa Tuhan telah berasa senang meletakkan simpul raja
Babilon seperti ini pada leher semua orang Yahudi. Beliau dipukul mukanya oleh salah satu nabi
palsu (lawannya) yang mematahkan simpul kayu itu dari leher Jeremiah serta mengulangi lagi
ceramah dengan lantang dari nabi-nabi palsu. Jeremiah dimasukkan ke dalam sel yang penuh
dengan lumpur, dan hanya diberi makan dengan sekeping roti kering yang dibuat daripada barli
setiap hari hingga terjadi kelaparan di kota itu, yang diserang oleh orang-orang Chaldea. Nabi
palsu (Hananiah) meninggal seperti diramalkan oleh Jeremiah. Dinding kota itu diruntuhkan di
suatu tempat dan tentera yang menang itu menyerbu masuk kota, Raja Zedekiah yang melarikan
diri dan orang-orang yang besertanya ditangkap dan dibawa ke raja Babilon. Kota dan kuil itu
sesudah dijarah lalu dibakar dan semua penduduk Jerusalem dibawa pergi ke Babilon; hanya
orang dari kelas miskin yang ditinggalkan untuk mengusahakan tanah. Atas perintah
Nebukadnezar, Jeremiah diizinkan tinggal di Jerusalem dan gabernor yang baru diangkat yang
bernama Gedalliah diberi tugas untuk menjaga dan mengurus nabi itu. Tetapi Gedalliah telah
dibunuh oleh orang Yahudi yang memberontak dan mereka kemudian lari ke Mesir dengan
membawa Jeremiah beserta mereka. Bahkan di Mesir pun beliau meramal hal-hal yang
bertentangan dengan kepentingan para pelarian dan orang-orang Mesir. Beliau pastilah sudah
mengakhiri hidupnya di Mesir.

12. Nabi Malakhi A.S.

Maleakhi atau Malakhi yang bermaksud Utusan/Malaikatku adalah seorang nabi dalam
Alkitab, Perjanjian Lama umat Kristian dan Tanakh bagi umat Yahudi.

Malakhi adalah nabi terakhir dalam 12 nabi-nabi kecil dan penulis Kitab Maleakhi, kitab terakhir
dalam Perjanjian Lama (Mal. 4:4-6) edisi Kristian, dan merupakan kitab terakhir dalam
kumpulan Neviim (nabi-nabi) dalam Tanakh Yahudi.

NABI MUHAMAD DALAM KITAB NABI MALAKHI


Di dalam kitab Nabi Malakhi ada dinyatakan mengenai Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad
S.A.W. pada fasal 3 :1: 2 yang dinyatakan seperti berikut : Bahawasanya Aku menyuruh
utusanku yang menyediakan jalan dihadapan hadirat-Ku dan dengan segera akan datang kepada
kaabahnya, Tuhan yang kamu rindukan itu. Bahawasanya ia akan datang, demikianlah firman
Tuhan sarwa sekalian alam. Tetapi siapakah gerangan akan menderita hari kedatangannya? Dan
siapa tahan berdiri apabila kelihatanlah dia? Kerana iapun akan seperti api pandai emas dan akan
seperti sabun binara. Akan datang seorang utusan, yang seperti nyala api dan sabun binara.
Kedatangannya dengan membawa anasir-anasir yang panas, keras seperti sabun binara. Ia tidak
datang seperti Yesus (Isa) yang lembut dan sunyi senyapnya. Iapun tidak bersikap selemah
lembut Yesus, yang mengasuh umat seperti seekor induk ayam mengumpulkan dan menaungi
anak-anaknya. Alangkah penyabarnya Yesus ini. Tetapi akan orang yang datang sesudah Yesus
itu dengan panas seperti panasnya api pandai emas jua ia membakar bumi Arabia bahkan sampai
ke hujung Hispanola (Sepanyol) dengan seruan jihadnya yang sangat menggetarkan hati
lawannya: Allahu Akhbar.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. memang sudah
diramalkan akan berlaku dan baginda akan menyebarkan agama yang cukup lengkap dan
sempurna yakni Islam keseluruh dunia bermula dari Tanah Arab hinggalah ke seluruh dunia
bahkan yang dikatakan hingga ke Sepanyol itu telah pun berlaku apabila panglima Tariq bin
Ziyad telah berjaya menawan Sepanyol ataupun Al Andalus melalui peperangan jihad dan
seterusnya menyebarkan Islam di wilayah terbabit. Dan memang benar bahawa seruan Takbir
yang dilaungkan oleh para pejuang Islam telah menggetarkan hati musuh-musuh Islam
terutamanya dalam setiap peperangan jihad.

13. Nabi Isaiah A.S.

Nabi Isaiah ataupun Nabi Yesaya adalah salah seorang 12 nabi-nabi kecil Bani Israil yang tidak
tercatat namanya dalam Al Quran namun beliau adalah seorang nabi kepada kaum Bani Israil.
Beliau juga mempunyai kitab sendiri hasil penulisannya yang dipanggil kitab Yesaya. Beliau
merupakan nabi Judea abad ke-8 SM yang mendeklarasikan bahawa seluruh dunia berada dalam
pengendalian Tuhan dan memperingatkan masyarakatnya bahawa negeri mereka akan
dimusnahkan apabila mereka berpaling dari ajaran Tuhan.

Biografi
Nabi Isaiah A.S. hidup di zaman pemerintahan kerajaan Judah dibawah pemerintahan 4 orang
raja iaitu Uzziah/Azariah, Jotham, Ahaz dan Hezekiah. Raja Uzziah mentadbir kerajaan Judah
selama 52 tahun iaitu pada pertengahan abad ke 8 sebelum masihi dan kemungkinan Nabi Isaiah
memulakan tugas kenabiannya sebelum kematian Uzziah iaitu pada 740 SM. Beliau hidup
hingga 14 tahun pemerintahan Raja Hezekiah yakni 698 SM dan kemungkinan juga hidup pada
zaman pemerintahan Manasseh. Jadi Isaiah mungkin telah bernubuat(kenabian) untuk tempoh
panjang sekurang-kurangnya enam puluh empat tahun.

Nabi Isaiah juga hidup ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Assyria iaitu ketika
pemerintahan Tiglath-Pileser III dan Shalmaneser V dari Sumeria yang telah menawan kerajaan
Judah ketika beliau masih muda, termasuklah serangan tentera oleh Sennacherib ke atas Judah.

Isaiah menurut Islam


Menurut Ibnu Ishaq, Nabi Isaiah telah diutuskan sebelum Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dan
beliau juga telah bernubuat tentang kedatangan Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad S.A.W.

Yesaya berkhutbah dan mati syahid


Menurut penafsiran Islam telah dinyatakan bahawa Hezekiah adalah raja yang memerintah
Jerusalem (Baitulmuqaddis)ketika hayat Nabi Isaiah A.S. Hezekiah sentiasa patuh dan
mendengar nasihat Nabi Isaiah tetapi tetap dengan pendiriannya kerana ketika itu keadaan di
Israel/Judah sangat meruncing. Keadaan semakin meruncing apabila berlakunya kematian raja
Judah itu. Setelah kematian raja itu, Nabi Isaiah telah mengatakan kepada Bani Israil untuk tidak
melupakan Tuhan dan beliau memperingatkan mereka bahawa mereka harus berhenti daripada
terus-menerus melakukan dosa dan juga daripada ketidaktaatan. Tradisi Muslim berpendapat
bahawa tidak sepatutnya orang-orang Bani Israil marah dan berusaha untuk membunuh Nabi
Isaiah. Dalam sebuah kematian yang mirip dalam kehidupan para nabi, penafsiran Islam
menceritakan bahawa beliau menjadi syahid setelah dibunuh dengan digergaji badannya oleh
Bani Israil

14. Nabi Hagai A.S.

Hagai (bahasa Ibrani: , aggai atau Hag-i) adalah salah seorang dari dua belas nabi-nabi
kecil dan penulis Kitab Hagai. Beliau adalah nabi pertama dari tiga nabi (bersama Nabi Zakaria
yang hidup sezaman dengannya dan Malakhi yang hidup sekitar seratus tahun kemudian) yang
hidup pada zaman sejarah Yahudi yang bermula setelah kepulangan mereka dari pembuangan di
Babylon.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadinya. Beliau mungkin adalah salah
seorang daripada mereka yang dibuang ke Babel oleh Nebuchadnezar. Beliau memulakan tugas
kenabiannya sekitar 16 tahun setelah kepulangan kembali orang Yahudi ke Yehuda. Usaha
pembangunan kembali Bait Suci telah dihentikan kerana gangguan-gangguan orang Samaria.
Setelah ditunda selama 15 tahun, pekerjaan itu dilanjutkan kembali melalui usaha Hagai dan
Zakaria (Ezra 6:14). Mereka mengimbau rakyat dan membangkitkan mereka daripada kemalasan
dan mendorong mereka untuk memanfaatkan perubahan dalam kebijaksanaan yang diambil oleh
pemerintah Parsi di bawah Darius I dari Parsi.

15. Nabi Hanzalah A.S.

Nabi Hanzalah A.S.


Nabi Hanzalah A.S. adalah salah seorang Nabi yang namanya tidak dicatatkan dalam Al Quran
namun kisah masyarakat atau umat yang dibimbingnya telah terdapat dalam Al Quran. Nama
penuhnya ialah Hanzalah bin Sifwan. Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya, Qisas al Anbiya
telah menceritakan bahawa baginda telah diutuskan kepada satu kaum di Yaman untuk mengajak
mereka supaya beriman kepada Allah S.W.T. Kisah mengenai masyarakat yang dibimbingnya
terdapat dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 38 yang bermaksud : Dan (demikian juga Kami
telah binasakan) Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rassyi dan banyak lagi dalam zaman-zaman
di antara masa yang tersebut itu.

Dicampakkan ke dalam perigi


Menurut pendapat kebanyakan ulama, kaum Ashaabur-Rassyi merupakan kaum yang diajak
oleh Nabi Hanzalah A.S. untuk beriman kepada Allah S.W.T. Mereka adalah penduduk di
sebuah negeri yang sekarang ini terletak di Yaman. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa
mereka tinggal berhampiran dengan kaum Thamud. Mereka dikenali sebagai masyarakat Ar-
Rass kerana tempat tinggal mereka terkenal dengan perigi atau mata air dan nama Ar-Rass juga
bermaksud perigi atau mata air. Mereka juga digelarkan sebagai masyarakat penjaga perigi.
Terdapat juga cendekiawan muslim mengatakan Ar-Rass itu adalah sebuah bandar. Namun
seperti para nabi dan Rasul yang lain, dakwah yang dibawa oleh nabi ini tidak disenangi oleh
penduduk Ashaabur-Rassyi sehinggakan mereka telah membunuh nabi ini dengan
mencampakkannya ke dalam perigi dan seterusnya mereka telah menerima azab daripada Allah
S.W.T sepertimana kaum Aad, Thamud serta kaum nabi Nuh yang dihilangkan mereka daripada
muka bumi Allah S.W.T. seperti firman Allah S.W.T. pada ayat 39 surah Al Furqaan yang
bermaksud : Dan masing-masing, telah Kami berikan kepadanya contoh tauladan yang
mendatangkan iktibar, dan masing-masing telah Kami hancurkan sehancur-hancurnya.
Demikianlah kisah mengenai Nabi Hanzalah A.S.

16. Nabi Syamun A.S.

Etimologi
Simson: Ibrani, : Arab atau Syamun ertinya yang berasal dari matahari. Nabi Syamun
adalah salah seorang Nabi dari kalangan Bani Israil.

Syamun dalam Islam


Kisah Nabi Syamun/Samson ini tidak terdapat dalam Al Quran namun kisah Syamun ini ada
pada kitab Qisasul Al Anbiya. Dalam kitab itu dikatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh sahabatnya, Apa yang membuatkanmu tersenyum wahai
Rasulullah? Muhammad menjawab, Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika seluruh manusia
dikumpulkan di mahsyar, ada seorang Nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai
pengikut satupun, masuk ke dalam syurga. Beliau adalah Syamun.

Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah
S.A.W. berkumpul pada bulan suci Ramadhan. Di dalam usrah itu Rasulullah S.A.W. bercerita
mengenai Nabi Allah S.W.T. bernama Syamun A.S. Rasulullah S.A.W. menggelarnya Samun
Ghazi.

Syamun A.S. telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan kekuatan luar biasa seperti
berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk
mengangkat tiang istana dan merobohkannya.

Berani menentang kebatilan


Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang ingkar dengan perintah Allah S.W.T.
Pada masa itu, Raja Israil sendiri adalah seorang yang ingkar dengan perintah Allah dan zalim
pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja
tersebut sehingga menyebabkan baginda tidak henti-henti untuk berdakwah kepadanya walau
dengan apa cara sekalipun.

Sifat istiqamah Syamun A.S. mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap
setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Syamun A.S. pernah berkata kepada isterinya
berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan
rambutnya sendiri. Akhirnya Syamun A.S. ditangkap.

Syamun A.S. telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya untuk
terus berjuang menentang kebatilan. Syamun A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. agar
dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah S.W.T. memakbulkan doa
baginda.

Syamun A.S. telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan meruntuhkan
seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.

Selepas kejadian itu, Syamun A.S. kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000 bulan
tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam
Lailatul Qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.

Hal ini adalah kerana terdapat sahabat baginda Rasulullah S.A.W. yang bertanya kepada baginda
untuk mereka ikut jejak langkah Nabi Syamun A.S. Baginda terdiam sejenak sebelum malaikat
Jibril datang menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah S.A.W. mengenai satu malam pada
bulan Ramadhan yakni malam Lailatul Qadar iaitu sesiapa yang beribadat pada malam tersebut,
pahala amalannya menyamai 1000 bulan beribadat.
2.perbedaan nabi dan rasul
a.nabi

1.seorang nabi menerima wahyu dari allah swt hanya untuk dirinya sendiri

2.bertugas menguatkansyariat dari rrasul

3.nabi diutus kepada kaum yang sudah beriman

4.setiap rasul merupakan nabi namun tidak setiap nabi merupakan rasul

5.nabi mendapatkan wahyu melalui mimpi

6.ada nabi yang dibunuh kaumnya

b.rasul

1.Rasul mendapatkan wahyu dari allah swt untuk dirinya dan disampaikan kepada kaum nya

2.diutus dengan membawa syariat baru

3.rasul diutus kepada kaum yang belum beriman

4.setiap rasul merupakn nabi

5.rasul dapat menerima wahyu melalui mimpi maupun melalui malaikat serta dapat melihat
dan berkomunikasi dengan malaikat

6.seluruh rasul yang diutus oleh allah swt diselamatkandari percobaan pembunuhanyang
dilancarkan oleh kaumnya

3.mukjizat rasul
1. Mukjizat Nabi Adam: Nabi Adam diyakini sebagai manusia pertama yang menginjakkan kaki di bumi.
Sebagai pasangan Nabi Adam adalah Hawa yang diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam.

Mereka diturunkan ke bumi karena telah berbuat kesalahan akibat godaan iblis/syetan, Adam dan Hawa
dikaruniai dua pasangan putra-putri yang bernama Qabil dan Iklima, kemudian Habil dan Labuda.

Qabil bersifat kasar, sedangkan Labuda bersifat lembut, Kedua sifat inilah yang akhirnya menjadi cikal
bakal dalam sifat-sifat dasar manusia.

2. Mukjizat Nabi Ayub: Nabi Ayub dikenal seorang yang kaya raya dan sangat dermawan. Namun
kesejahteraan ini tidak membuatnya sombong, ini yang mendorong iblis untuk menggodanya.

Allah pun menentang iblis sekiranya dia dapat meruntuhkan iman Nabi Ayub. Ujian itu pun tiba, seluruh
harta kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub habis terbakar, setelah itu Nabi Ayub terserang penyakit kulit
hingga 80 tahun lamanya.

Namun dia dan istrinya yang setia, Rahmah, tetap bertawakal kapada Allah SWT. Sampai akhirnya Allah
berfirman agar Nabi Ayub menapakkan kakinya ditanah. kemudian dari tanah tersebut keluar air yang
dapat menyembuhkan penyakit yang dideritanya selama 80 tahun.

3. Mukjizat Nabi Daud: Figur Nabi Daud memuncak saat dia berhasil membunuh jalut, pemimpin kaum
pemberontak palestina. Nabi Daud kemudian menjadi seorang raja dan berlaku sangat adil.

Di masa kerajaan Nabi Daud tumbuh kuat dan masyarakat menjadi makmur. Suatu saat Nabi Daud
melarang para nelayan untuk tidak melaut di hari sabtu, namun peringatan tersebut dilanggar, sehingga
terjadi bencana gempa yang menewaskan seluruh penduduk.

4. Mukjizat Nabi Hud: Nabi Hud tergolong dalam kaum Ad yang terhormat. kehidupan mereka serba
maju dan berkecukupan, namun sayangnya mereka selalu berfoya-foya dan tenggelam dalam kehidupan
fana.

Nabi Hud mengingatkan mereka untuk bersyukur dan selalu memohon kepada Allah SWT, namu mereka
menolak. Akhirnya murka Allah datang dengan menurunkan azab berupa badai gurun selama 7 hari 7
malam. Kaum yang mendengarkan himbauan Nabi Hud selamat dengan berpindah ke kota Hadramaut.

5. Mukjizat Nabi Ibrahim: Nabi Ibrahim dikenal sebagai bapak para Nabi. Dia dihormati oleh pemeluk 3
agama, yaitu Islam, Kristen dan Yahudi. Nabi Ibrahim lah yang membangun Ka'bah di kota Mekkah.

Keyakinannya yang kuat terhadap Islam dimulai dari pencariannya akan Tuhan, dia sangat tidak
menerima orang-orang disekitarnya yang menyembah berhala, sampai akhirnya dia dibakar hidup-
hidup, namun Allah SWT menurunkan mukjizatnya dengan menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kobaran
api.

6.Mukjizat Nabi Isa: Nabi Isa adalah putra dari Bunda Maryam yang dilahirkan tanpa memiliki suami,
Hal ini menimbulkan kontroversi dan hujatan bertubi-tubi kepada Maryam.

Secara ajaib Nabi Isa yang saat itu masih bayi tiba-tiba berbicara dan menjelaskan apa yang
sebenarnya terjadi. Bahwa penciptaan dirinya diawalai dari kedatangan malaikat jibril kepada
ibunya.

Nabi Isa juga memperlihatkan banyak mukjizat lainnya ketika ia tumbuh dewasa, diantaranya
membentuk seekor burung hidup dari sebuah tanah liat, menghidupkan orang mati,
menyembuhkan kebutaan dan mendatangkan makanan yang semula tidak ada dan menjadi ada.

Penyelamatan Nabi Isa dari penyaliban juga merupakan salah satu bentuk mukjizat yang diberikan
oleh Allah SWT.
7. Mukjizat Nabi Ismail: Nabi Ismail dan keluarganya merupakan orang-orang yang terdahulu
melaksanakan Haji. Suatu saat Nabi Ismail haus dan ibunya bolak-balik dari bukit Safa-Marwah untuk
mencari air, hingga akhirnya keluar sebuah mata air zamzam.

Dalam perjalanan menuju tempat penyembelihan, Nabi Ismail digoda oleh Syaitan agar
membatalakan niatnya. Namun Nabi Ismail tidak goyah dan melempar syaitan tersebut dengan
batu. yang saat ini menjadi ritula ibadah haji, yaitu lempar jumrah.

Seperti yang kita ketahui, saat akan disembelih jasad Nabi Ismail digantikan oleh seekor kambing,
yang akhirnya menjadi cikal bakal ibadah Idul Adha

. 8. Mukjizat Nabi Musa: Kisah pertarungan Nabi Musa dengan Fir'aun merupakan salah satu kisah
yang tersohor. Dikisahkan bahwa Fir'aun merasa terancam dengan keberadaan Nabi Musa yang
menyebarkan ajaran untuk mengesahkan Allah.

Mereka bertarung dan Nabi Musa memenangkannya dengan bantuan tongkatnya, kemudian ia dan
kaumnya dikejar oleh pengikut Fir'aun. namun mereka berhasil lolos dengan bantuan tongkat Nabi
Musa yang dapat membelah lautan.

Nabi Musa mendapat mukjizat kitab Taurat, yang dikenal dengan perjanjian lama yang berisi ajaran
pokok 10 perintah Allah SWT.

9. Mukjizat Nabi Nuh: Nabi Nuh menyebarkan ajaran untuk menyembah Allah SWT. namun
masyarakat menolak dan menganggapnya gila, Nabi Nuh kemudian diberikan peringatan oleh Allah
bahwa akan terjadi banjir besar yang akan melanda daerahnya.

Oleh karena itu Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat sebuah kapal, masyarakat sekitar tetap
tidak mengindahkan peringatan yang disampaikan oleh Nabi Nuh. sehingga mereka akhirnya hanyut
dalam banjir tersebut.

10. Mukjizat Nabi Sulaiman: Salah satu keahlian Nabi Sulaiman yang paling menonjol adalah
kemampuannya berkomunikasi dengan binatang. Dia juga merupakan raja yang sangat bijaksana,
kekuasaannya bahkan mencakup bangsa jin.

11. Mukjizat Nabi Yunus: Nabi yunus berusaha menyebarkan ajaran Allah, namun ia tidak mendapat
sambutan baik dari masyarakat. Dalam perjalanannya menjauhi daerah tersebut karena khawatir
akan dibunuh, kapal yang ia tumpangi diguncang topan dan diputuskan bahwa Nabi Yunus akan
dikorbankan untuk ditenggelamkan ke laut demi keselamatan penumpang lainnya.

12. Mukjizat Nabi Yusuf: Nabi Yusuf dikisahkan dalam riwayatnya sebagai seorang pria yang sangat
tampan dan sangat piawai dalam memimpin negaranya. Sejak kecia dia mendapat mimpi yang tidak
biasa dan ketika besar dia dapat mentakwilkan mimpinya tersebut, sehingga dia sangat dihormati
oleh masyarakat sekitarnya.

13. Mukjizat Nabi Muhammad SAW: Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir, sekaligus sebagai
penutup para Rasul-Rasul sebelumnya. Dia lah yang menyempurnakan ajaran-ajaran Islam.
4.sikap yang mencerminkan keimanan kepada rasul
allah
a.menyakini akan ada nya nabi nabi terdahulu

b. kita wajib memiliki akhlak karimah sebagaimana Rasulullah SAW

c. Gemar membaca shalawat atas Nabi Muhammad saw

d. Melaksanakan atau menaati risalah yang telah disampaikan oleh para rasul.

5.kesimpulan cerita
di suat hari di pondok pesantren yang ada di pulau jawa.
menceritakan tentang seorang santri yang bermimpi bertemu
dengan seseorang yang amat tampan dan berbadan tegak
mengenakan pakaian putih dan menggenakan sorbet yang ada di
kepala dan memegang tasbih dan badan nya pun harum sekali
ternyata santri tersebut bertemu dengan baginda nabi Muhammad
saw. Seketika itu tangannya pun menyalami tangan baginda tersebut
dan ia pun terbangun dari mimpi nya.seakan tidak percaya ia
bertemu dengan nabi Muhammad ia pun mencium kembali tangan
nya. Dan ternyata tangan nya pun bau harum yang sama dengan
baginda nabi Muhammad saw. Setelah ditelusuri selama hidup nya ia
menjalankan ibadah sholat 5 waktu tepat waktu,gemar mengaji, dan
sering membaca sholawat kepada nabi Muhammad saw