Anda di halaman 1dari 2

KELAS 1 Utarid

MASA 8.10 pagi - 10.10 pagi (2 jam)

STANDARD
2.1 Sistem Nombor Perduaan
KANDUNGAN

2.1.4 Melakukan operasi tambah bagi dua nilai nombor


STANDARD Perduaan.
PEMBELAJARAN 2.1.6 Menggabungkan kemahiran operasi tambah nombor
perduaan dalam menterjemah aksara pengekodan ASCII.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-


(1) Melakukan operasi tambah bagi dua nilai nombor
OBJEKTIF
perduaan.
PEMBELAJARAN
(2) Menggabungkan kemahiran operasi tambah nombor
perduaan dalam menterjemah aksara pengekodan ASCII.

BAHAN BANTU PdP Jadual kod ASCII dan Jadual kod ASCII ubahan (Jadual A)

(1) Murid diminta menyelesaikan operasi tambah dalam nombor


perpuluhan (nombor integer) yang diberikan oleh guru.
(2) Murid dan guru bersoal jawab mengenai jawapan murid di
atas.
(3) Murid diminta pula menyelesaikan operasi tambah dalam
nombor perduaan (2 digit; 0+0, 1+0, 1+1, 1+1+1).
(4) Guru memberi penjelasan tentang jawapan murid di atas dan
mengaitkan dengan tajuk operasi tambah dalam perduaan.
(5) Guru akan menunjukkan jalan kerja bagaimana untuk
membuat operasi penambahan dua nilai nombor perduaan di
papan putih.
(6) Murid diminta menyelesaikan beberapa soalan operasi
penambahan nombor perduaan di hadapan kelas.
(7) Murid lain diminta menyemak jawapan pelajar tadi dan guru
mengesahkan jawapan pelajar.
AKTIVITI DAN
PENILAIAN PdP AKTIVITI DALAM KUMPULAN
(8) Guru mengedarkan jadual kod ASCII kepada pelajar.
(9) Sebagai aktiviti pengukuhan, murid akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk aktiviti membongkar perkataan
rahsia.
(10) Setiap kumpulan diminta menyediakan satu mesej yang
tidak melebihi 3 patah perkataan yang mengandungi kod
rahsia ciptaan mereka sendiri (Contoh yang diberikan oleh
guru: I LOVE YOU). Murid perlu memilih ayat yang lain untuk
aktiviti ini. Untuk mencipta kod rahsia berkenaan, murid perlu
merujuk kepada Jadual Kod ASCII yang diberikan.
(11) Murid akan diberikan selama 30 minit untuk mencipta mesej
mereka.
(12) Setelah 30 minit, murid akan bertukar mesej sesama
kumpulan yang lain.
(13) Kumpulan yang menerima mesej tersebut akan
menyahkodkan mesej tersebut.
(14) Setelah semua kumpulan selesai menyahkodkan mesej
tersebut, murid perlu membaca ke seluruh kelas kod mesej
yang cuba untuk disampaikan.
(15) Kumpulan yang memberi mesej akan membuat pengesahan
sama ada betul atau tidak mesej berkenaan.

REFLEKSI

DISEDIAKAN OLEH :-

(1) MAIZUN-AZIAN BINTI AKIAH (SMK USJ 23, SUBANG JAYA, SELANGOR)
(2) MASIJAH BINTI MASKOP (SMK ENGKU HUSAIN, SEMENYIH, SELANGOR)