Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Perasmian Penutupan

Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Ambilan Jun 2017

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Terima kasih saudara pengacara majlis,

Yang Berusaha Pn. Che Rohani Binti Che Aziz, Ketua Unit Kokurikulum,

Yang Berusaha Puan Rashida Binti Awang, Komanden Kem,

Barisan jurulatih, pensyarah dan staf pengiring, serta hadirin yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Unit Beruniform PISMP Ambilan Jun
2016 yang cukup meriah ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama Unit Kokurikulum dan
siswa serta siswi pendidik khususnya dalam menjayakan perkhemahan ini yang telah
berlangsung selama 4 hari bermula sejak hari selasa yang lalu. Secara peribadinya, saya amat
berpuas hati dan bangga dengan komitmen semua pihak yang bersama-sama menjayakan
perkhemahan tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan
perkhemahan ini berjalan dengan lancar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Perkhemahan Unit Beruniform ini diatur dan dijadikan sebagai acara tahunan bagi siswa dan
siswi pendidik semester 3. Salah satu tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai
memenuhi keperluan sukatan pembelajaran agar matlamat melahirkan pendidik yang lebih
berdaya saing dan berdisiplin tinggi akan terlaksana.
Siswa dan siswi pendidik sekalian,

Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi. Jika kita kurang ilmu,
mempunyai nilai peribadi yang rendah, dan sering melanggar disiplin, ia akan membawa
kepada keruntuhan negara pada masa hadapan. Oleh itu, peliharalah akhlak dan disiplin anda
sepanjang masa bagi menjamin keutuhan dan kecemerlangan anda sebagai guru pada masa
akan datang. Saya juga berharap siswa dan siwi pendidik memanfaatkan ilmu yang dipelajari
daripada perkhemahan ini. Segala pengalaman yang anda lalui selama empat hari di sini
adalah untuk tujuan pendidikan dan pembangunan kerjaya sebagai seorang guru. Saya
mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi. Saya percaya, guru-guru pelatih
sekalian telah didedahkan dengan pelbagai ilmu secara teori dan praktikal untuk membolehkan
kita menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian,

Saya berasa amat gembira kerana program ini berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah
serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya, kejayaan ini
disumbangkan berkat kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat memastikan
perkhemahan ini berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah, segala bakti yang telah
dicurahkan untuk sama-sama melahirkan generasi cemerlang ini akan mendapat ganjaran yang
besar daripada Allah S.W.T.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan
kadet bomba peringkat daerah pada tahun ini. Dengan lafaz bismillahhirahmanirrahim, saya
dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform PISMP
ambilan Jun 2016.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.