Anda di halaman 1dari 11

PERIBAHASA

Air beriak tanda tak dalam

MAKNA
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

___________________________________________________
Peribahasa
Alang-alang berminyak biar licin

Makna
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

______________________________________________________________
Peribahasa
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan

Makna
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah
diperoleh hasil daripadanya.
PERIBAHASA
.

Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak


MAKNA
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-
perkara yang berfaedah.
.
PERIBAHASA
Biar mati anak jangan mati adat

MAKNA
Adat yang tidak boleh dilanggar

. PERIBAHASA
Biar putih tulang jangan putih mata

MAKNA
Lebih baik mati daripada menanggung
malu.

.
PERIBAHASA
Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan
bercantum juga

MAKNA
Perselisihan faham antara saudara-mara
dan adik-beradik tidak berpanjangan,
akhirnya akan berbaik semula.
.

PERIBAHASA
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi
berkarat
MAKNA
Orang berilmu yang berdiam diri lebih
baik daripada orang diam tetapi tidak
berilmu.

.
PERIBAHASA
Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
MAKNA
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

PERIBAHASA
.
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

MAKNA
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk
mencapainya.
.

PERIBAHASA
Genggam bara api biar sampai jadi arang
MAKNA
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.

PERIBAHASA
. Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati
meninggalkan nama

MAKNA
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat
meninggalkan nama jahat. Setiap manusia akan dikenang
kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

PERIBAHASA
. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar
memanjat dapatkan tupai
MAKNA
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

PERIBAHASA
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (=
terhempas).

MAKNA
Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan
dengan tidak hormat.

PERIBAHASA
Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.

. PERIBAHASA
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
MAKNA
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Peribahasa
Bagai cincin dengan permata
Makna
Pasangan pengantin yang sepadan.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di
bawah ini.

1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak


kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua
situasi.

Jawapan : Bagai aur dengan tebing.


2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia
sanggup tidak tidur semalaman.

Jawapan : Genggam bara api biar sampai jadi arang

3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika


menetap di luar negara kerana dia mudah
menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya
hidup masyarakat setempat .

Jawapan : Di mana bumi dipijak, di situ langit


dijunjung atau Masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang lembu menguak.

4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding


bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-
sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang
mereka kecapi selama ini.

Jawapan : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


atau Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika


tidak berusaha bersungguh-sungguh.

Jawapan : Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan


dapat sagunya.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh
pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja
untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

Jawapan : Dayung sudah di tangan, perahu sudah di


air.

7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang


dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang
diajar oleh guru.

Jawapan : Terang hati.

8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel


penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan

yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat


tempahan dahulu.

Jawapan : Indah khabar dari rupa.

9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan


sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai
bekalan semasa dalam kesusahan.

Jawapan : Sediakan payung sebelum hujan.


10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil
lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak
yang cemerlang.

Jawapan : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.