Anda di halaman 1dari 12

JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam,


Negeri Selangor Darul Ehsan

TEKS UCAPAN
KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
SEMPENA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAC
TEMA: PERSAHABATAN

Tarikh:
26 MAC 2015
(KHAMIS)

Masa:
8.30 pagi

Tempat:
TEMPAT LETAK KERETA BERBUMBUNG
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
Alhamdullillahirrabil al-lamin
Wassolatu Wassola MuAla Asyrafil Anbia
Iwalmursalin Waala Alihi Wasohbihi Ajamain.

Terima kasih kepada Pengacara Majlis;

Yang Berbahagia
En. Zainureen bin Haji Mohd Nor
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor

Yang Berusaha
Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim,
Timbalan Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor

2
Barisan Ketua-Ketua Sektor, JPN Selangor

Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah


Negeri Selangor;

Ketua Penolong Pengarah


Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Selangor;

Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan


Selangor; dan

seterusnya hadirin warga dewan yang saya


hormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

3
1. Ucapan Alu-aluan Majlis

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran


ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia serta keizinan-Nya, dapat kita berhimpun
pada pagi ini, untuk melaksanakan Majlis
Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac 2015.
Sektor Pengurusan Sekolahsebgai hos pada kali
ini, mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia
Tuan Pengarah dan Yang Berbahagia Tuan
Timbalan. Terima kasih Tuan.

2. Ulasan Tema : Persahabatan

Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Tuan


Timbalan, Tuan-tuan dan puan-puan.

Perhimpunan hari ini telah memilih


PERSAHABATAN sebagai tema.

4
Walaupun sebenarnya bulan Persahabatan
disambut pada bulan Ogos setiap tahun, kita
mengambil langkah kehadapan beberapa bulan
sebelum ianya diraikan. Pada ucapan sulung
Yang Berbahagia Tuan Pengarah telah
mengajak kita untuk Datang sebelum dipanggil,
Berbuat sebelum disuruh. Saya menghayati
ungkapan tersebut sebagai sangat mendalam
erti persabatannya. Kata-kata indah ini mengajak
kita untuk rela melaksana dengan hati dan
mendukung semangat integriti.

3. Erti Persahabatan

Bagaimana persahabatan boleh


diterjemahkan. Apakah bezanya antara kawan ,
teman dan sahabat. Tentunya terdapat sedikit
perbezaan walaupun sebenarnya ianya tidak
begitu ketara.

5
Ada pepatah mengatakan, Cubit peha
kanan peha kiri turut terasa. Secara tuntasnya,
bolehlah disebut sebagai Ke lurah sama
dituruni, ke gunung sama didaki.

Tetapi apa yang lebih penting, bagaimana


segala rasa itu dapat disatukan untuk
menimbulkan rasa persahabatan. Ia pastinya
mengambil tempoh yang bukan sedikit atau pun
ada jalan pintas. Persahabatan harus dibina
seawal pertemuan sama ada pertemuan fizikal
ataupun pertemuan secara maya.

Seperti mana kita tidak pernah melihat


junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Banyak sekali tinggalannya melalui sunnahnya,
kita melaksanakan segala sunnahnya itu dengan
ikhlas dan istiqamah (berterusan secara
konsisitan).

6
Inilah sebenarnya yang mahu kita jadikan
prinsip dalam melaksanakan tanggungjawab
seharian.

Bulan ini juga merupakan bulan kelahiran


seniman agung kita Allahyarham Tan Sri Dr.
Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih atau lebih
dikenali sebagai Seniman Agung P. Ramlee.
Melalui filem-filemnya, beliau banyak memberi
panduan , nasihat dalam pelbagai genre lucu,
serius, seram termasuk sindiran. Apapun genre
yang ditonjolkan, kesemua itu memaparkan
perkongsian rasa melalui persahabatan yang
sangat kuat. Buah fikirnya waktu itu, di tahun
50an dan 60an seakan mengisi realiti masa kini.

Semakin kita mencari difinisi dan intipati


persahabatan , semakin tinggi pula daya fikir dan
daya tindak. Tingkahlaku Bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing ,

7
mungkin bukan sesuatu yang sesuai untuk kita
miliki.

4. ILMU SENJATA PERSAHABATAN

Mengapa persahabatan boleh musnah.


Membina persahabatan pastinya mengambil
masa yang lama tetapi untuk memusnahkannya
mungkin hanya dalam masa sekelip mata.

Ini bermakna, menjaga persahabatan itu


harus dengan ilmu, samada ilmu akal atau ilmu
batin. Apa yang ingin saya kongsikan ialah,
sesuatu yang ingin kekal lama atau selamanya,
mestilah disandarkan pada kemantapan ilmu.

Sewajarnyalah setiap warga pendidikan


memiliki ilmu yang cukup mantap dan pelbagai
untuk memegang kukuh sesuatu yang kita miliki.

8
Harga diri seorang penjawat awam itulah yang
bertanggungjawab dalam menentukan kekal
atau runtuhnya nilai sesebuah organisasi.

5. PERSAHABATAN TUNJANG
KECEMERLANGAN

Seorang wanita sirna, tulus kasih


memberi minum seekor anjing yang
kehausan

Seekor tempua jantan, berkorban masa


dan waktu membina sarang untuk
dipilih oleh tempua jelita. Tidak marah
pula apabila tidak terpilih. Tiada rasa
kecewa, sebaliknya terus pula membina
sarang yang lain, berkali-kali

Apakah maksudnya ini.

9
Persahabatan adalah rasa kasih dan
persahabatan itu adalah keikhlasan.

Jadilah sebagai kiambang, setelah


biduk lalu bertaut semula

Sedikit pergeseran, sedikit terasa hati,


sedikit teguran, anggaplah sebagai
kasih dan keikhlasan. Ikutlah rasminya
tempua jantan, tetap berkicau walau si
jelita terbang bersahaja.

6. UCAPAN DAN ULASAN OLEH TUAN


KETUA SEKTOR

10
7. Ucapan syabas dan tahniah kepada
seluruh warga kerja Sektor Pengurusan
Sekolah dan seluruh warga jabatan dalam
mengurus dan mengatur atau membantu
pelaksanaan majlis perhimpunan bagi bulan
Mac ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Yang


Berbahagia Tuan Pengarah, Tuan Timbalan dan
seluruh hadirin. Mohon kemaafan sekiranya
terdapat sebarang kekurangan pada majlis
perhimpunan kali ini.

Biarlah sembilu tumbuh melata,


Asal tidak menghiris jari,
Molekkan tingkah tutur dan kata,
Agar persahabatan bertahta di hati.

11
Saya sudahi ucapan pada hari ini dengan:

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah


Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Terima kasih.

12

Anda mungkin juga menyukai