Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke-
4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrastruktur kelas pertama tetapi
memiliki minda kelas ketiga sewajarnya perlu diberi perhatian. Marcapada, negara kita
rancak menari mengikut rentak arus globalisasi dan modenisasi dalam konteks
pembangunan fizikal seperti cendawan tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan
sebagai tamsilan, masalah sosial dalam kalangan remaja terutamanya remaja
perempuan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat. Kalua ditanya
siapa mendatangkannya atau manakah akar umbinya masing-masing menunding jari
sesama sendiri.

Tajuk Terlanjur Berzina angkara Laman Sosial dalam dada akhbar telah
melontarkan pelbagai isu di mana mangsa yang bernama Azie yang berumur 21
berkenalan dengan seorang lelaki berumur 20 tahun bernama Muaz melalui laman
Myspace di internet dan mula jatuh cinta kepadanya. Selepas hampir dua bulan
berkenalan, kekasihnya mula memanggil Azie untuk melakukan hubungan seks dan
akhirnya Azie telah layu di pangkuannya serta hamil hasil hubungan yang terlarang
itu. Isu-isu seperti ini telah merebak seperti virus epidemik yang semakin hari semakin
merisaukan dan semakin mendapat perhatian oleh semua pihak tidak ketinggalan
juga para wartawan yang menginginkan topik hangat. Fenomena ini amat
mendukacitakan. Jawapan bagi pelbagai persoalan seperti apakah faktor kejadian
seperti ini berlaku, kesan-kesan terhadap perkembangan remaja yang terjebak dalam
kejadian itu serta cara bagi menjaga keselamatan diri akan dinyatakan dengan
selanjutnya.

Internet sebagai medium komunikasi mampu memberi pengaruh yang luas


sejak beberapa abad yang lalu. Laman-laman sosial seperti Facebook merupakan
medium komunikasi yang termudah dan moden di zaman ini. Malah ianya juga telah
memberi impak besar kepada masyarakat khususnya generasi baru zaman ini dari
sudut penyebaran maklumat semasa dan menjadi ruang pengenalan rakan-rakan
baru dengan lebih luas. Statistik menunjukkan bahawa, 34% daripada jumlah
pengguna Facebook di Malaysia adalah dalam kalangan generasi muda remaja yang
berumur antara 18 hingga 24 tahun yang mendorong mereka kepada terlibat dalam
aktiviti seperti kejadian di atas.
2.0 Faktor kejadian itu berlaku

Terdapat pelbagai faktor kejadian seperti ini berlaku. Faktor perdana


berlakunya masalah ini dalam kalangan remaja ialah sikap kealpaan ibu bapa dalam
menyalurkan didikan kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa
merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak yang lahir ke alam buana ini.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik serta memantau anak-
anak mereka daripada perkara-perkara yang melanggar norma masyarakat dan
agama.

Menyuluh kepada kejadian ini, ibu bapa tidak mempunyai masa untuk
mengawal gerak geri dan aktiviti anak mereka kerana gaya hidup mereka yang sibuk.
Kebanyakannya sibuk dengan rutin harian mereka dengan meninggalkan anak-anak
mereka kesepian di rumah di mana anak-anak pada masa ini ketagih dengan peranti
teknologi terkini. Jadi, pengawasan yang kurang daripada ibu bapa terhadap anak-
anak mereka yang akan mencapai peringkat remaja akan membawa mereka untuk
menerokai perkara-perkara baru dalam internet dan tidak lama lagi terperangkap
dengan pihak ketiga atau orang yang tidak dikenali.

Faktor seterusnya ialah kurang didikan agama. Jika ibu bapa tidak menerapkan
ajaran agama dalam diri remaja, remaja tersebut kurang berpandu dalam menghadapi
cabaran sosial. Pengaruh rakan sebaya juga merupakah salah satu faktor penting
remaja terjerumus dalam kes kejadian seperti ini. Pada usia awal remaja, mereka
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan keperibadian diri. Akibatnya,
pertemuan dengan rakan sebaya yang suka melakukan aktiviti negatif seperti melayan
laman-laman sosial hanya untuk mencari pasangan mengajak remaja perempuan
melakukan perkara yang sama serta akhirnya mengalami kesan buruk terhadapnya.

Faktor seterusnya ialah remaja perempuan suka berhubung rapat dengan


orang yang tidak dikenali secara terbuka serta penuh percaya terhadap mereka.
Laman-laman sosial dalam internet seperti Facebook dan Wechat telah membuka
ruang yang terlalu besar dan sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung
dengan seseorang secara lebih bebas. Remaja yang mudah percaya kepada
seseorang yang hanya kenal dan berhubung melalui alam siber akan membuka ruang
seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya.
Tahap kematangan yang rendah, tekanan keinginan biologi tanpa kawalan
social serta pengaruh emosi mendorong berlakunya hubungan yang begitu erat yang
tidak sepatutnya berlaku. Di samping itu, struktur masyarakat seperti keluarga dan
jiran memudahkan seseorang yang berniat tidak baik mengambil peluang ke atas
seseorang.

Sebagai contoh, seorang remaja perempuan yang tinggal di kawasan yang


jiran-jirannya tidak mengenali antara satu sama lain serta kedua-dua ibu bapanya
bekerja dengan kemudahan teknologi maklumat akan mendorongnya berhubung
dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Situasi akan menjadi lebih senang apabila
si gadis itu berada dalam kesunyian dan lelaki yang dikenalinya pandai berpura-pura
bersifat baik dengannya. Kes-kes remaja perempuan mengikuti lelaki yang tidak
sepatutnya dipercayai dan akhirnya memenuhkan kandungan dengan janin
mempunyai hubungan dengan kenyataan ini.

Selain itu, punca berlakunya kejadian itu ialah remaja melayari laman sosial
semata-mata untuk mencari pasangan hidup terutamanya remaja perempuan yang
mencari teman lelaki. Hal ini mendorong remaja perempuan untuk berlumba-lumba
mempamerkan wajah serta imej diri dengan gaya yang istimewa dan unik termasuk
kemantapan badan masing-masing.

Dengan ini mereka secara langsungnya akan mendedahkan maklumat


peribadi dan maklumat mereka boleh digunakan oleh pihak ketiga iaitu pemangsa
yang akan menunggu untuk mangsa mereka. Akibatnya, mereka terpengaruh dan
ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi laman-laman web sosial
sehingga merosakkan perkembangan diri magsa serta membawa perbuatan zina.

3.0 Kesan-kesan terhadap perkembangan remaja

Antara kesan terhadap perkembangan remaja perempuan yang terjebak


dengan kejadian yang dinyatakan di atas ialah remaja tersebut akan menghadapi
masalah daripada aspek psikologikal seperti tekanan, kemurungan, mencederakan
diri sendiri dan akhirnya melakukan percubaan membunuh diri. Masalah yang
dihadapi oleh mereka disebabkan oleh masalah yang akan timbul akibat kelakuan
mereka yang tidak diingini. Perasaan-perasaan seperti rasa menyesal, menyalahkan
diri sendiri serta menyalahkan nasib yang ditimpa oleh diri dia akan memberikan
impak terhadap emosi remaja tersebut. Sebagai akibatnya, remaja seperti ini akan
mengalami pencacatan sendiri iaitu dikenali sebagai self-mutilation yang merujuk
kepada tindakan menyakiti atau mencederakan diri sendiri yang membawa mereka ke
maut.

Selain itu, remaja perempuan akan mengandung akibat keterlanjuran.


Peningkatan kes pengguguran dan pembuangan bayi merupakan kesan utama bagi
remaja yang hamil melalui perbuatan zina. Penghamilan serta pengguguran bayi akan
memjejaskan kesihatan remaja tersebut yang mungkin akan menghadapi masalah-
masalah seperti kemandulan, jangkitan pada organ pembiakan dan kematian.
Perbuatan seperti ini juga akan mengakibatkan gangguan mental seperti perasaan
rasa bersalah serta hilang keyakinan diri. Remaja yang terpaksa menggugurkan bayi
kerana terdesak, rasa takut dan malu bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar
daripada pengetahuan ibu bapa dan masyarakat. Remaja seperti ini juga akan takut
diambil tindakan undang-undang terhadap mereka menyebabkan fikiran terbuntu dan
terus mengambil langkah menggugurkan bayi.

Tambahan pula, remaja perempuan yang terjebak dalam kes seperti ini akan
menyebabkannya lari dari rumah disebabkan oleh tekanan yang dihadapi selepas
terlibat dalam aktiviti yang merosakkan perkembangan dirinya. Golongan remaja
perempuan yang lari dari rumah juga cenderung menjadi mangsa seksual. Menurut
Cauce (2004), remaja perempuan yang lari dari rumah dalam lingkungan umur 13, 14,
dan 15 tahun lebih banyak menjadi mangsa seksual. Ini disebabkan mereka masih
belum matang dan tidak mampu mempertahankan diri dalam mengurangkan risiko-
risiko yang mungkin mereka akan hadapi. Situasi-situasi seperti ini akan
menyebabkan membawa kepada beberapa lagi masalah seperti komplikasi dan
gangguan psikologi yang mungkin akan dihadapi oleh golongan remaja yang terlibat
dalam kes kejadian seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, akibat daipada kejadian tersebut ialah mereka tidak dapat
meneruskan persekolahannya dan menyebabkan remaja sukar mendapat pekerjaan
serta pendapatan yang baik dan ini akan mengurangkan peluangnya untuk membina
hidup yang lebih baik di masa hadapan. Pendapatan yang kurang akan memberi
kesan terhadap diri individu atau remaja perempuan tersebut seperti keruntuhan
maruahnya dan dan akibatnya akan dipulaukan oleh kawan-kawan, keluarga,
masyarakat apabila ianya diketahui ramai iaitu apabila seseorang mangsa itu
mengandung. Kesan ini selalunya akan membawa impak yang lebih besar iaitu gejala
pembuangan bayi dan peratusan untuk menghidap penyakit kelamin adalah tinggi.

4.0 Langkah-langkah bagi menjaga keselamatan diri

Terdapat pelbagai langkah demi menjaga keselamatan diri. Antara langkah


atau cara bagi menjaga keselamatan diri ialah membatasi diri dalam pergaulan dalam
laman-laman web sosial. Remaja akan mendapat kemudahan bagi mereka untuk
menjalankan hidup dengan bergaul atau mempunyai banyak teman tetapi jangan
sampai salah bergaul. Setiap remaja harus belajar membatasi dirinya dalam
pergaulan. Jika mereka mula berkawan dengan seseorang dalam laman sosial dan
lama kelamaannya dia menunjukkan sikap liarnya, mereka harus mengeluarkan
mereka daripada senarai kawan. Remaja jangan memberikan hal-hal peribadi dalam
laman-laman sosial dengan orang yang tidak dikenali dan mempercayainya serratus
peratus. Mereka perlu berwaspada terhadap pengaruh yang tidak baik daripada pihak
ketiga.

Selain itu, memilih kawan daripada golongan yang mempunyai keperibadian


mulia. Kata-kata bijak pandai ada menyebut, jika berkawan dengan orang yang
menjual minyak wangi akan terkena wanginya, tetapi jika berkawan dengan orang
pembuat besi, maka kita akan terkena asapnya. Remaja perlu sentiasa bersikap
selektif dan perlu meminjau latar belakang kehidupannya sebelum mereka jatuh ke
dalam longkang yang penuh dengan keburukannya kerana aktiviti dan tindakan rakan-
rakan akan mempengaruhi remaja. Tambahan pula, remaja boleh memberitahu atau
berkongsi cerita tentang kawan-kawan remaja yang berkaitan serta akrab kepada ibu
bapa supaya mereka dapat mengenali watak rakan-rakan remaja.

Seterusnya, remaja harus menggunakan beberapa barang yang dimilikinya


yang ada dalam beg tangan atau dalam kocek seluar sebagai senjata bagi
mempertahankan diri yang meliputi sikat dan kad pengenalan diri yang dapat
digunakan untuk menghiris muka atau mana-mana bahagian tubuh penyerang serta
minyak wangi dan pemetik api yang boleh disemburkan kepada penyerang pada masa
kecemasan. Selain itu, remaja juga boleh menyimpan wisel sebagai senjata dengan
mereka sebagai persediaan berdepan dengan detik cemas.

Di samping itu, remaja mengelakkan diri daripada berada dalam zon merah
ketika berada di luar rumah dan di jalan raya. Remaja harus tidak bermain dalam
telefon bimbit ketika berjalan di jalan raya serta berjalan di luar rumah bersendirian.
Mereka patut tidak berasa panik jika berada dalam keadaan yang mencemaskan.
Sebagai contoh, ketika berjalan dan tiba di satu lorong mereka bertembung dengan
seorang yang tidak dikenali dan menakutkan, mereka boleh keluar daripada laluan
tersebut seperti tidak meneruskan hasrat melalui lorong yang berkenaan.Selain itu,
remaja patut berasa berani mengatakan tidak terhadap perkara yang membuatkan
remaja merasa takut, tidak nyaman atau membingungkan.

Bukan sekadar itu sahaja, remaja harus mematuhi nasihat ibu bapa dan guru.
Mereka merupakan komuniti yang lebih berpengalaman serta orang yang lebih tua
lebih dahulu makan garam. Pada usia remaja, kebanyakan antara kita gagal berfikir
dengan baik dan melibatkan diri dalam perkara yang berisiko. Jadi mereka sepatutnya
mendengar nasihat dan teguran mereka serta sentiasa berfikiran positif menerima
teguran dan bimbingan supaya tidak melibatkan diri dalam perkara yang tidak diingini
berlaku. Remaja harus meminta keizinan ibu bapa sebelum meninggalkan rumah ingin
pergi ke sesuatu tempat dan memberitahu mereka sekiranya lewat dating ke rumah.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, remaja kini terutamanya remaja perempuan harus menjaga


keperibadian diri dengan baik bagi mengelakkan disuntik diri oleh pengaruh luar yang
sukar diubati. Remaja harus mendekatkan diri dengan tuhan dan mengetahui sebab
kewujudannya yang merupakan kunci utama bagi mengelakkan diri daripada
terjerumus dalam kebejatan moral. Mereka yang harus bertanggungjawab atas diri
sendiri dan perlu bijak berfikir untuk masa depan dengan tidak melibatkan diri dalam
perkara yang boleh menjejaskan maruah diri dan keluarga seperti kata-kata dalam al-
Quran iaitu Jangan campakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan. Remaja perlu
sedar bahawa setiap tingkah laku seksual mempunyai kesan dan akibat pada diri
sendiri, keluarga dan masyarakat. Demi masa depan dan kebaikan untuk diri sendiri,
semua individu perlu bertanggungjawab dalam sebarang tingkah laku seksual yang
dipilih. Ini kerana masa depan adalah di dalam tangan sendiri. Remaja sihat, cergas
dan cerdas memastikan kelestarian hari esok. Kekal sihat dan nikmatilah hidup
sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai