Anda di halaman 1dari 4

KAUNSELING KELUARGA & RUMAHTANGGA DARI PERSPEKTIF TERAPI FAMILI

STRUKTUR

PENGENALAN

Adat berumahtangga tidak pernah terlepas dari dugaan Tuhan apatah lagi hidup di zaman
serba moden dan mencabar. Komitmen terhadap kerjaya, rumahtangga, keluarga, masyarakat
jika tidak diimbangi dengan bijaksana mampu sahaja menjerat individu terjebak dengan
konflik mahupun masalah yang berpanjangan. Sememangnya sebagaimana yang pernah
dibincangkan di dalam kuliah, matlamat perkahwinan itu sendiri harus jelas, tanggungjawab,
peranan mahupun hak yang dimainkan oleh pihak yang terlibat dalam sistem perkahwinan
mahupun rumahtangga harus difahami, dihayati dan dizahirkan melalui perbuatan secara adil
dan bijaksana. Bukan sahaja atas tiket, tanggungjawab semata-mata TETAPI dengan penuh
rasa kasih sayang dan ruh atau jiwa yang mendalam. Memang tidak dinafikan,
membicarakan isu ini sebenarnya tidak semudah yang disangka namun insyaAllah dengan
kefahaman dan aspirasi matlamat perkahwinan yang jelas untuk mencari kebaikan malah
lebih cantik lagi atas platform memburu redha Allah segala-galanya akan lebih mudah nanti.
Pembinaan institusi perkahwinan yang memiliki ketetapan, peraturan dan pensempadanan
yang disepakati bersama, dilaksanakan dan dipatuhi insyaAllah mampu menjamin
kesinambungan kehidupan keluarga yang harmonis, ceria dan sejahtera.

Menerusi pendekatan TERAPI FAMILI STRUKTUR serta kombinasi pendekatan


TRANSAKSIONAL ANALISIS diharap berupaya membantu pasangan dalam menstruktur
kembali sistem dalam rumahtangga yang dilanda konflik mahupun masalah. TERAPI
FAMILI STRUKTUR merupakan asas kepada penstrukturan semula manakala
TRAKSAKSIONAL ANALISIS pula sebagai medium yang membantu perlaksanaannya
dimana ianya membantu dari segi keberkesanan komunikasi dan interaksi rumahtangga dan
keluarga yang lebih berkesan dan mantap. Kolaborasi kedua-dua pendekatan ini diharap
membantu memberi nafas baru terhadap suasana rumahtangga yang diimpikan.

ASAS KEPADA TERAPI FAMILI STRUKTUR

Antara mereka yang memainkan peranan terhadap kewujudan TEORI FAMILI STRUKTUR
ini adalah Braulio Montalvo, Bernice Rosman, Harry Aponte dan Charles Fishman.
Walaubagaimanapun Salvador Minuchin merupakan pengasas yang paling dikenali menerusii
teori TERAPI FAMILI STRUKTUR ini. Minuchin menyedara bahawasanya bagi
menghasilkan kejayaan dalam terapi, dramatik dan intervensi yang aktif perlulah diberi
penekanan. Beliau telah mengenalpasti 2 corak aliran yang dominan dalam keluarga yang
bermasalah iaitu hubungan yang emmeshed , huru-hara ataupun disengaged, ataupun
terpisah yang mana jaringan hubungan yang berkesan dan mantap dalam sistem kekeluargaan
mahupun rumahtangga.

Terapi ini mempunyai andaian bahawasanya sesebuah perkahwinan ataupun keluarga itu
dapat difahami dan dibantu secara berkesan berdasarkan penilaian terhadap sub-sistem yang
wujud dan interaksi juga jalinan yang dimainkan dikalangan mereka. Penekanan yang
diberikan dalam terapi ini melibatkan 3 elemen penting iaitu 1) ROLES ~ Peranan, 2)
RULES ~ Peraturan dan 3) POWER ~ Kuasa. Setiap institusi perkahwinan mempunyai
struktur mereka yang tersendiri, mempunyai pengaruh unsur kebaikan dan sebaliknya.
Ketiga-tiga elemen ini perlulah diberikan penekanan dan dilaksanakan secara seimbang, adil
dan bijaksana bagi menjamin kebajikan dan hak ahli di dalamnya tetap terus terpelihara.
Secara umumnya dalam isu ini sistem yang mempunyai ciri keterbukaan dan memiliki
struktur yang bertepatan mempunyai ruang dan peluang untuk pulih dan berfungsi lebih baik
untuk jangka masa panjang. Ianya bukan sahaja menekankan aspek perkahwinan secara
HOLISTIK tetapi juga dikalangan ahli sub-sistem sebagai sub-unit

Proses memahami konflik ini dapat dilihat menerusi corak interaksi sub-sistem dalam
konteks perkahwinan atau rumahtangga dimana :
i) Pasangan dilihat sebagai klien
ii) Harapan atau keyakinan untuk pulih itu dilakukan berdasarkan pendekatan penstrukturan
semula sistem yang wujud dalam perkahwinan.
iii) Kejayaan atau perubahan yang berterusan bergantung kepada keupayaan sistem
perkahwinan itu melakukan penyesuaian yang seimbang, bijaksana dan membina kerjasama
yang utuh di kalangan ahlinya

Sub-sistem di sini mewakili unit kecil yang terdapat di dalam rumahtangga mahupun
perkahwinan yang memainkan peranan sebagai pasangan suami isteri, ibubapa, anak dan
adik-beradik. Sebuah perkahwinan atau rumahtangga tidak berupaya berfungsi dengan baik
sekiranya tiada komitemen mahupun kerjasama yang dimainkan secara berkesan oleh sub-
sistem ini.

Apabila kita membincang, perkahwinan atau rumahtangga itu sebagai satu sistem kita tidak
dapat lari daipada membicarakan tentang isu bondary. Boundary disini mewakili faktor
perbezaan yang melibatkan fizikal dan psikologi di antara seorang individu dengan individu
yang lain. Menurut Lily (2001), boundary ini juga boleh diterjemahkan sebagai kawasan.
Ianya merupakan pensempadanan psikologi yang dimiliki oleh setiap orang individu yang
berada di dalam sebuah sistem. Setiap individu atau sub-sistem seharusnya bijaksana menjaga
dan memelihara garis pesempadanan mereka agar tidak dicerobohi atau dibolosi pihak lain.

Terdapat 3 ciri boundary iaitu :


I) Clear ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili adalah jelas dan
nyata.
II) Rigid ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili adalah terlalu
ketat hingga sukar untuk menjalinkan perhubungan yang sihat bersama-sama sub-sistem yang
lain
III) Difffuse ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili agak keliru
dan bekeceramuk.

Di dalam pendekatan PENSTRUKTURAN SEMULA sub-sistem dan boundary ini, TERAPI


FAMILI STRUKTUR adalah berasaskan kepada :
i) Roles ~ Komitmen dan peranan yang seharusnya dimainkan secara mantap dan berkesan
oleh sub-sistem yang mewakili perkahwinan ataupun rumahtangga.
ii) Rules ~ Undang-undang ataupun syarat yang disepakati bersama dan perlu dipatuhi serta
dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan fungsi sebuah sistem yang efektif dan berjaya
iii)Power ~ Kuasa yang perlu dimainkan secara adil, bijaksana dan berkesan dalam
memantau sub-sistem agar berupaya berfungsi dengan baik dan harmoni.

Apa yang dapat disimpulkan disini, AMAT PENTING SEKALI DALAM PEMBENTUKAN
SEBUAH KELUARAGA YANG HARMONI, IDEAL DAN SEJAHTERA
KESEPAKATAN KETIGA-TIGA ELEMEN TADI DIPERSETUJUI DAN DIPATUHI
DAN DIFAHAMI SETIAP AHLI DALAM INSTITUSI KELUARGA ATAU
RUMAHTANGGA TERSEBUT. Ketidakseimbangan, kecelaruan dan ketidakfahaman
tentang HAK, PERANAN DAN KUASA yang dimainkan secara tidak langsung akan
menggugat kesinambungan penjanaan sebuah keluarga yang sejahtera dan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai