Anda di halaman 1dari 1

TEORI TELEOLOGIKAL

6:02 AM Mat King No comments

TEORI TELEOLOGIKAL

Teleologikal berasal daripada perkataan telos yang bererti matlamat. Teori


Teleologikal mengatakan nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu
perbuatan. Ertinya jika perbuatan itu member lebih banyak kebaikkan maka ia perlu
dilakukan. Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu
tindakan(konsekuensialisme). Bagi ahli teologi,nilai moral adalah tindakan seseorang
bergantung kepada nilai bukan moral yang dihasilkan mereka. Oleh itu teori ini
menetapkan apa yang baik atau yang wajib secara bukan moral. Maka untuk
mengentahui sama ada apa yang dilakukan itu baik,betul atau wajib secara bukan
moral(Frankena,1973).
Teleologis juga mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang baik
secara bukan moral. Ada yang berfikir seperti hedonis(mengenal pasti apa yang baik
dengan keseronokan dan yang buruk dengan keseksaan) dan ada yang berfikir bukan
seperti hedonis(mengenal pasti yang baik dengan kuasa,ilmu,kesedaran diri,ketepatan
dan lain-lain). Teleologis juga berbeza pendapat tentang siapa yang menerima kebaikan
atau keburukan. Oleh yang demikian pelbagai teori teleology telah wujud. Antaranya
ialah Utilitarianisme dan Egoisme.