Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia

Protokol

1. Yang berbahagia Tuan Guru Besar, En. Hamdi Bin Najdi


2. Yang berusaha penolong kanan 1, En Idrus Bin Rashid, Penolong Kanan Hem, En Raden
Budiman, Penolong Kanan Kokurikulum, En hasnul Bin Samat,
5. Rakan-rakan Guru yang dihormati
6. Murid-murid yang dikasihi dan
7. Para Ibu Bapa yang dihormati sekalian.

Kata alu-aluan

Alhamdulillah, dengan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam
menjayakan program dialog prestasi ibu bapa murid tahun 6 bagi tahun 2015 di dewan yang
serba indah ini
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menyanyikan lagu negaraku.
Hadirin dipersilakan berdiri.

Bacaan Doa

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Kalau pergi ketanjung keramat


Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Mohamad
Anasrul untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa


Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Mohamad
Anasrul atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang dihormati ,


Program dialog prestasi ini membolehkan para ibu bapa dan guru-guru berinteraksi supaya
dapat mengetahui perkembangan akademik anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian
sepanjang proses pengajian mereka di sekolah ini. Hal ini juga dapat membuka peluang
murid, guru dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi sebagai
persediaan menghadapi UPSR nanti.

Ucapan Guru Besar

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dimulai dengan mempersilakan yang Berhormat Tuan Guru Besar, En. Hamdi bin
Najdi untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan tuan.

.Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati tuan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi

Pembentangan Pencapaian Akademik Murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5 sesi


Persekolahan 2015 / Pembentangan TOV/ETR bagi UPSR 2015/ Pengumuman Sasaran
Murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2015

Program diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Idrus Bin Rashid selaku Penolong
Kanan 1 untuk membentangkan

1. Pencapaian Akademik Murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5 sesi Persekolahan


2015
2. TOV/ETR bagi UPSR 2015
3. Pengumuman Sasaran Murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2015

Dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Idrus.


SESI MEMPERKENALKAN GURU KELAS DAN GURU MATA PELAJARAN TAHUN 6
DAN TAHUN 5

Warga dewan yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang
berusaha TUAN GURU BESAR untuk memperkenalkan guru kelas dan guru mata
pelajaran tahun 6 dan tahun 5 dan seterusnya merasmikan program kecemerlangan UPSR
2015 dan 2016, dengan segala hormatnya dipersilakan.

..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berushaha tuan guru besar atas perasmian
itu tadi.

Ikrar Kecemerlangan

Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Majlis diteruskan lagi dengan membaca ikrar kecemerlangan. Semua hadirin dipersilakan
berdiri.

Pengumuman

Untuk makluman para Ibu Bapa, selepas ini tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk
bergerak ke kelas anak masing-masing bersama guru kelas untuk menubuhkan
jawatankuasa sarana ibu bapa bagi kelas masing-masing.

Penutup

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua
atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa
majlis ini berlangsung, kami sebagai Jawatankuasa pengelola majlis memohon maaf.

Bersinar mentari memberi cahaya


Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.