Anda di halaman 1dari 2

1.

PERSEKITARAN FIZIKAL

Susunan meja dan kerusi dalam kelas berbentuk tapak kuda supaya guru dapat
berinteraksi dengan setiap murid. Meja berbentuk bulat dan murid dapat berbincang dengan
mudah. Kedudukan murid yang berkeperluan khas berada di depan meja guru supaya mudah
dikawal. Ruang interaksi juga disediakan pada depan papan putih supaya menjalankan aktiviti
atau pengarajan guru pada ruang tersebut. Sudut pembelajaran di belakang kelas disediakan
satu komputer, buku dan lain-lain. Ruang pada dinding digunakan untuk papan kenyataan dan
diletakkan jadual waktu kelas dan sebagainya. Kipas dan lampu berfungsi supaya murid belajar
dalam keadaan yang selesa. Langsir disediakan untuk menyaput cahaya matahari. Kebersihan
dalam kelas dapat dikawal dengan menyediakan penyapu, tong sampah dan sebagainya. Murid
akan mengikut tugasnya dalam jadual kebersihan kelas.

2. PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

Pemandangan murid ke arah papan putih mesti jelas supaya lebih selesa. Ruang
interaksi disediakan supaya mengawal keselamatan murid dengan tidak melanggar meja
semasa menjalankan aktiviti P&P. Guru dilarang berbincang tentang isu yang sensitif seperti
agama dan budaya. Guru perlu bersifat adil tidak mengabaikan murid yang berkeperluan khas.
Guru perlu prihatin kepada murid seperti berbincang tentang aktiviti cuti sekolah serta berkongsi
pengalaman masing-masing. Guru boleh memberi tugasan kepada murid secara kumpulan
supaya murid dapat menjalankan perbincangan untuk menyelesaikan tugasan.

3. PERATURAN DAN RUTIN

Murid perlu menghormati guru dan rakan. Selalu bersalam kepada guru dan saling
membantu antara murid yang berkeperluan khas. Murid juga perlu menepati masa dan selalu
menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Murid harus membersihkan kelas
mengikut jadual pembersihan yang telah disediakan. Murid hendaklah mematuhi peraturan
dalam kelas seperti tidak membuat bising semasa guru mengajar serta tidak melakukan
vandalisme dalam kelas.