Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN

BAHASA

SEMESTER MEI
TAHUN 2017

HBIS 4403_V2
PENGAJIAN HADIS
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

1
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

3. 3.0 SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN


MASYARAKAT 5

4. 4.0 BENTUK SEDEKAH YANG BOLEH


DIPRAKTIKKAN OLEH GURU 8

5. 5.0 KESIMPULAN 10

6. 6.0 RUJUKAN 11

1.0 PENGENALAN

Sudah termaktub di dalam Al-Quran, Allah SWT telah mengaturkan kesemuanya tentang
manusia; samada kematian, perjodohan mahupun rezeki, oleh kerana itu kita sebagai umat
Islam wajib mengatur dan mensyukuri kepada Allah SWT atas segala pemberian nikmat itu.
Pun begitu kita juga harus sedar yang segala limpahan rezeki kita itu, terdapatnya hak-hak
orang lain keatas rezeki kita yang mana harus kita sedekahkan sesuai dengan tuntutan agama

2
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

Islam. Sebagaimana dalam Al-Quran surah Al-Baqarah (ayat 271); kita dianjurkan untuk
melakukan sedekah dari sekecil bentuk iaitu senyuman (sunnah) sehinggalah yang
diwajibkan keatas kita. Sabda Rasulullah SAW;



Maksudnya; Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata; Rasulullah saw bersabda; "setiap
sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit.
Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah, kamu
membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke
dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu
berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang
menyakiti di jalan adalah sedekah". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda Barangsiapa yang bersedekah
sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu
dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari
usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di
antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung. (HR
Bukhari dan Muslim).

Bersedekah adalah memberikan sebahagian dari harta yang kita miliki baik ia berupa wang,
makanan, mahupun barang yang masih ada manfaatnya kepada orang yang memang
memerlukannya secara ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Sedekah itu akan
mendekatkan kita kepada Allah, Zat Yang Maha Pemberi Rezeki. Dekat dengan Allah Yang
Maha Kaya akan menjamin terjaganya rezeki dan harta yang kita miliki. Ertinya, semakin
bakhil kita, akan semakin jauh kita dari rezeki dan nilai hakiki kekayaan yang sebenarnya.
Akan sangat baik untuk kita memulakan diri membiasakan untuk menyisihkan sebahagian
dari rezeki kita untuk orang lain, entah itu untuk orang tua, saudara, teman, tetangga, atau pun
guru. Ada baiknya orang-orang yang memiliki hubungan kekeluargaan lebih didahulukan,
kemudian tetangga (jiran) dekat, tetangga jauh, dan seterusnya. Dari Amr bin Auf, ia berkata:
Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjankan
umurnya; dan mencegah dirinya daripada kematian yang buruk; serta Allah jadikan ia
(sedekah) sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan. (HR Thabrani).

3
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

2.0 KONSEP SEDEKAH DALAM ISLAM

Pengertian sedekah secara khusus bermaksud mengeluarkan harta dan memberikannya


kepada yang berhak dengan mengharapkan pahala dari Allah SWT. Pada zaman awal Islam,
sedekah merupakan amalan yang mendapat sambutan kuat dari kalangan para sahabat dan
salafus-soleh. Mereka berlumba-lumba mengeluarkan sedekah terhadap apa saja yang mereka
miliki kepada yang memerlukannya, tidak kira yang kaya mahupun yang miskin semua
melaksanakannya dengan harapan limpahan pahala dan balasan dari Allah SWT.

Sedekah berasal dari bahasa Arab 'sadaqah' yang secara bahasanya bermaksud tindakan yang
benar. Pada awal ketamadunan Islam, sedekah membawa maksud pemberian yang
disunnahkan. Namun setelah kewajiban zakat disyariatkan yang dalam Al-Quran ia sering
disebutkan dengan kata sadaqah maka sadaqah mempunyai dua maksud. Pertama, sadaqah
sunnah dan yang diwajibkan (zakat). Sedekah sunnah adalah sedekah yang diberikan secara
sukarela (tidak diwajibkan) kepada orang (misalnya orang yang miskin / pengemis) atau
badan / lembaga (misalnya lembaga sosial) sedangkan sedekah wajib adalah zakat, kewajiban
zakat dan penggunaanya telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dalam surah At-
Taubat ayat 60 yang bermaksud; Zakat merupakan ibadah yang bersifat kemasyarakatan,
sebab manfaatnya selain kembali kepada dirinya sendiri (orang yang menunaikan zakat),
juga besar sekali manfaatnya bagi pembangunan bangsa negara dan agama. Sedangkan
secara syarak (terminologi), sedekah dimaksudkan sebagai sebuah pemberian seseorang
secara ikhlas kepada orang yang berhak menerima yang diiringi juga oleh pahala dari Allah.
Contoh memberikan sejumlah wang, makanan atau benda-benda lain yang boleh memberi
bermanfaat kepada orang lain yang memerlukannya. Berdasarkan pengertian ini, maka yang
namanya infak (pemberian atau sumbangan) termasuk dalam kategori sedekah.

Sabda Rasulullah saw; ; yang bermaksud; setiap muslim hendaklah



bersedekah, (HR. Muttafaq alaih) setiap orang muslim dianjurkan untuk melaksanakan
sedekah bahkan nabi memerintahkan pelaksanaan sedekah tersebut setiap hari kepada seluruh


umat islam tanpa terkecuali laki-laki tau perempuan. Sabda Rasulullah saw;

; yang bermaksud; Setiap jiwa hendaklah bersedekah, (HR. Ahmad). Dari hadis-hadis
ini sangat jelas bahawa Rasulullah saw mengeluarkan perintah terhadap setiap muslim agar
4
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

setiap hari bersedekah, itu sebagai penegasan atas pentingnya sedekah dalam tasyriq dan
menjelaskan kedudukan sedekah, serta menetapkan hukumnya terhadap setiap umat.

2.1 Dasar Hukum Sedekah

Sedekah dibolehkan pada waktu dan disunnahkan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Dalam Al-Quran yang bermaksud Barang siapa yang mahu memberi sedekah atau
pinjaman harta ke jalan Allah SWT, maka Allah SWT melipat kali gandakan ganjaran
kepada mereka dengan ganjaran lipat kali ganda yang banyak. (Surah .Al-Baqarah ayat
245).

Dipetik dari hadis riwayat Abu Dawud-At Tirmizi; Barang siapa yang memberi makan
yang orang lapar, Allah SWT akan memberinya makanan dari buah-buah di Syurga. Barang
siapa memberi minum kepada orang yang dahaga, Allah SWT Maha Tinggi akan
memberinya minuman pada hari kiamat dengan wangi-wangian. Barang siapa yang
memberi pakaian kepada orang yang telanjang, Allah SWT akan memakaikan kepadanya
pakaian Syurga yang berwarna hijau.

Secara ijma, ulama menetapkan bahwa hukum sedekah ialah sunnah. Islam mensyariatkan
sedekah kerana di dalamnya terdapat unsur memberikan pertolongan kepada pihak yang
memerlukan. Didalam Al-Quran banyak ayat yang mengunjurkan agar kita bersedekah di
antaranya yang pertama dalam firman Allah SWT yang bermaksud; Dan jika (orang yang
berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai ia berkelapangan. Dan
menyedekahkan (sebahagian atau semua hutangnya) kerana itu, lebih baik bagimu, jika
kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 280). Para ulama sepakat hukum sedekah pada
dasarnya adalah sunnah, berpahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Di
samping sunnah, adakalanya hukum sedekah menjadi haram iaitu dalam keadaan di mana
seseorang yang bersedekah mengetahui dengan pasti bahawa orang yang bakal menerima
sedekah tersebut akan menggunakan harta sedekah untuk kemaksiatan. Terakhir adakalanya
juga hukum sedekah berubah menjadi wajib, iaitu ketika seseorang bertemu dengan orang
lain yang sedang kelaparan hingga dapat mengancam keselamatan jiwanya, sementara dia
mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukan saat itu. Hukum sedekah juga
menjadi wajib jika seseorang bernazar hendak bersedekah kepada seseorang atau secara
kumpulan / organisasi. Sedekah lebih utama diberikan kepada kaum kerabat atau sanak

5
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

saudara terdekat sebelum diberikan kepada orang lain. Kemudian sedekah itu sebolehnya
diberikan kepada orang yang betul-betul sedang memerlukan pertolongan. Mengenai kriteria
barangan yang lebih utama disedekahkan, para ulama berpendapat, barangan yang akan
disedekahkan sebaiknya barangan yang berkeadaan yang baik dan disukai oleh pemiliknya.
Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud; Kamu sekali-kali tidak sampai
kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang
kamu cintai. (Surah Ali Imran ayat 92).

3.0 SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

Di dalam Al-Quran banyak sekali ayat-ayat yang menyeru kaum Muslimin untuk sentiasa
memberikan sedekah. Di antara ayat yang dimaksud adalah firman Allah SWT yang
bermaksud; "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-
bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat maruf atau
mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana
mencari keredhaan Allah SWT, maka kelak Kami akan memberi kepadanya pahala yang
sangat besar. (Surah An Nisaa ayat 114). Selain daripada itu ianya juga didapati dapat
menjamin kesejahteraan masyarakat secara Ummah. Inilah khasiat sedekah yang hanya
diketahui oleh Allah SWT. Namun kita sebagai hamba-Nya amat lokek serta kedekut untuk
mengeluarkan walaupun sedikit jumlah dari harta yang kita perolehi. Apabila anak Adam
wafat maka putuslah amalannya kecuali yang tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak-anak soleh (baik laki-laki mahupun
perempuan) yang mendoakannya. (Hadis Riwayat Muslim). Begitu banyak hadis serta ayat-
ayat Al-Quran menerangkan tentang khasiat bersedekah namun manusia masih lagi bersikap
pentingkan diri sendiri.

Tuntutan bersedekah ini tidak ada ertinya tanpa kita yang bersedekah menyandarkan niat
yang ikhlas kerana Allah SWT demi untuk kebajikan pihak yang memerlukan dan tidak
mengharapkan pujian atau balasan, bahkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT
dan menjunjung ketaatan kepada-Nya serta memupuk kasih sayang kepada manusia dan
masyarakat seluruhnya. Keutamaan bersedekah ini amat digalakkan oleh Islam dan telah
dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud;
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah

6
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat kali gandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi
ilmu pengetahuan-Nya.

Sedekah bukan hanya memberikan sebahagian harta kepada mereka yang memerlukan,
namun manfaat sedekah lebih meluas dan akan dirasai oleh orang yang melakukannya.

1. Memperkuat keimanan

Ibadah adalah sarana yang bermaksud sesuatu pengabdian yang dilakukan seorang
hamba kepada Tuhannya. Bersedekah di dalam agama adalah sebagai salah satu
perintah bagi umat muslim. Bersedekah dengan niat demi ibadah kerana Allah, maka
akan memupuk rasa keimanan kita terhadap Allah SWT. Hal ini seperti manfaat ibadat
korban yang mengajarkan berbahagi kebahagiaan di Aidil Adha.

2. Meningkatkan Rasa Simpati

Konsep sedekah secara kepentingannya adalah dengan memberikan apa yang kita
punyai samada secara pemberian material ataupun bukan material untuk orang yang
lebih memerlukan. Perbuatan bersedekah mensyaratkan adanya sesuatu yang boleh
diberikan dan juga siapa yang diberikan pemberian itu. Bagi orang yang memberi
sedekah semata-mata untuk membantu meringankan beban orang yang dibantu akan
melatih rasa simpati kita terhadap orang lain.

3. Menhindari Sikap Kecintaan Terhadap Kebendaan

Khusus untuk bersedekah secara harta membuat kita harus berani mengurangi apa
yang kita miliki untuk kebaikan orang lain. Hal ini amat baik kerana ia memupuk kita
agar tidak menjadi orang yang gila harta yang tidak rela hartanya disedekahkan
kepada orang lain. Sifat tersebut adalah tanaman nilai materialisme yang justeru akan
membuat kita hanya memikirkan kebahagiaan duniawi semata-mata.

4. Memupuk Rasa syukur kepada Allah SWT

Manfaat sedekah turut mengingatkan kita bahawa apa yang kita miliki adalah
kenikmatan yang datangnya dengan izin Allah SWT. Hal ini juga sebagai bentuk rasa
kesyukuran yang mana akan memupuk sikap perlunya membahagikan kenikmatan

7
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

yang kita miliki kepada orang lain yang kurang beruntung. Lagipun harta duniawi
bukannya boleh kita bawa ke alam akhirat.

5. Melatih Pemikiran Positif

Bagi orang yang bersedekah dengan ikhlas maka tidak akan wujud kerisauan dalam
jiwanya kerana Allah SWT akan membalasnya dengan kebaikan. Manfaat fikiran
yang positif ini, akan menjadikan mereka yang berbuat amalan sedekah ini mencapai
ketenangan. Ini kerana Allah SWT menjadikan setiap manusia itu dengan terdapat
satu lubang di hatinya yang sekiranya diisi dengan keduniaan, maka tidak akan penuh
dan sia-sia segala percubaannya sehinggalah tiba sakaratul maut. Namun jika ianya
diisikan dengan amalan maka Allah SWT akan memberikan kelapangan.

6. Terhindar dari Sifat Berkira

Ini adalah salah satu sifat buruk yang perlu dihindari. Sebagai makhluk ciptaan Tuhan
dan juga makhluk sosial, tidak sepatutnya kita sombong dengan menganggap bahawa
apa yang kita perolehi adalah disebabkan oleh usaha sendiri. Ini akan membawa
kepada riak. Perlu diketahui nasib kita, entah baik atau buruk pastilah terikat dengan
takdir serta ketentuan dari Allah SWT. Dan Allah SWT juga akan mewujudkan
keadaan di mana segala pencapaian manusia itu ada terdapat campur tangan orang
lain dalam membentuk kehidupan mereka. Dengan amalan sedekah maka kita akan
terhindar dari sifat berkira dan bakhil.

Apabila kita gabungkan kesemua tentu sahaja ia akan membawa kepada keberadaan
masyarakat yang lebih baik sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Disamping ia akan
mengurangkan jarak jurang pemisah antara yang kaya dan yang miskin, lantas akan
membawa kepada pembasmian kemiskinan dalam masyarakat Islam. Jika kita terbiasa
dengan amalan menolong orang-orang yang memerlukan, kemudiannya kita mengajak orang
lain untuk bersama-sama menolong orang yang tidak bernasib baik, dengan kuantiti yang
lebih ramai lagi akan memupuk serta membudayakan semangat tolong-menolong antara satu
sama yang lain.

4.0 BENTUK SEDEKAH YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN OLEH GURU

8
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

Abdulah bin Umar ra menceritakan, ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah di atas mimbar
menjelaskan perihal sedekah dan mencegah diri dari meminta-minta, beliau bersabda,
"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas ialah
tangan yang memberi, sedangkan tangan yang di bawah ialah tangan yang meminta". (Hadis
Riwayat Muslim).

Sedekah adalah merupakan panggilan jiwa. Pekerjaan hati yang ikhlas dan bahagia melihat
orang lain merasa berbahagia. Sedekah itu wujud dalam pelbagai cara. Rasulullah saw
bersabda, "Bukankah Allah SWT telah memberi berbagai macam cara untuk bersedekah?
Setiap kalimat tasbih itu adalah sedekah. Setiap kalimat takbir itu adalah sedekah. Setiap
kalimat tahmid itu adalah sedekah. Setiap kalimat tahlil itu adalah sedekah. Mengajak
kepada kebaikan dan melarang kejahatan itu adalah sedekah. Bahkan pada kemaluanmu pun
terdapat juga unsur sedekah." "Kalau begitu, apakah kami mendapatkan pahala jika kami
memuaskan nafsu syahwat kami?" tanya para sahabat. Rasulullah saw menjawab, "Kalau
kalian melakukannya dengan cara yang haram, tentu sekali kalian berdosa. Sebaliknya,
apabila kalian lakukan dengan yang halal, kalian mendapatkan pahala." (Hadis Riwayat
Muslim).

Maka persoalannya, apakah sedekah terbaik guru terhadap murid-muridnya? Pertama, tutur
kata guru yang baik. Kata-kata yang terucap dari seorang guru hendaknya memupuk
kesedaran, membangkitkan rasa kepercayaan diri dan memotivasikan keinginan belajar dalam
diri murid-murid, serta mendoakan hal-hal baik untuk kehidupan para muridnya. Rasulullah
saw bersabda, "Peliharalah dirimu dari neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah
kurma. Jika kamu tak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik." (Hadis Riwayat Muslim).

Selain daripada itu sikap keteladanan yang ditunjukkan oleh guru. Dimana keteladanan yang
guru tunjukkan itu akan memberikan inspirasi kepada murid-muridnya, samada secara
langsung atau tidak langsung. Oleh itu guru wajib menunjukkan keteladanan yang baik,
sebaliknya jika keburukan yang ditunjukkan guru maka keburukan akan diinspirasikan
kepada murid-muridnya dalam kehidupan sehari-hari mereka. Rasulullah saw bersabda,
"Barang siapa mengerjakan baik dalam Islam, maka ia memperolehi pahala ditambah
pahala orang yang mencontohi perbuatannya itu tanpa mengurangi pahala mereka masing-
masing. Dan barang siapa melaksanakan pekerjaan jahat, maka ia akan mendapatkan
dosanya, ditambah dosa orang-orang yang mencontohi perbuatan buruknya itu tanpa
mengurangi dosa mereka masing-masing". (Hadis Riwayat Muslim).

9
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

Senyuman juga adalah sedekah yang amat baik boleh dilakukan oleh guru-guru. Sebagaimana
sabda Rasulullah saw, "Senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah." (Hadis Riwayat
Tirmidzi). Wajah adalah ekspresi dari pancaran hati. Hati yang sentiasa mengingati Allah
SWT, memancarkan wajah yang dipenuhi kesejukan dan senyum tulus. Sebaliknya, hati yang
penuh dengan dosa terpancar dari wajahnya yang kusut masam. Guru yang murah senyum
penuh ketulusan mampu menyenangkan hati para murid. Murid akan lebih terbuka dan
senang berinteraksi dengan guru yang mengambil berat serta ramah.

Akhir sekali guru boleh menyedekahkan harta yang dimilikinya kepada murid-murid atau
juga sekadar memberi makan kepada murid-murid yang miskin. Bagi guru yang dianugerahi
harta yang mencukupi bahkan berlimpah ruah, pintu sedekah adalah terbuka. Abu Hurairah ra
mengkhabarkan, Rasulullah saw bersabda, "Tidak seorang pun yang menyedekahkan
hartanya yang halal di mana Allah menerimanya dengan baik, walaupun sedekahnya itu
hanya sebutir kurma. Maka kurma itu akan bertambah besar di tangan Allah Yang Maha
Pengasih sehingga menjadi lebih besar daripada gunung. Demikian Allah memelihara
sedekahmu, sebagaimana halnya kamu memelihara anak kambing dan anak unta (yang
semakin lama semakin besar)". (Hadis Riwayat Muslim).

5.0 KESIMPULAN

Secara syarak (terminologi), sedekah dimaksudkan sebagai sebuah pemberian seseorang


secara ikhlas kepada orang yang berhak menerima yang diiringi juga oleh pahala dari Allah
SWT. Dari pendapat ulama pula menetapkan bahawa hukum sedekah ialah sunnah. Pada
dasarnya sedekah dapat diberikan kepada dan dimana saja tanpa terikat oleh waktu dan
tempat. Namun ada waktu dan tempat tertentu yang lebih diutamakan iaitu lebih dianjurkan
pada bulan Ramadhan. Harta yang paling utama untuk di sedekahkan adalah kelebihan dari
usaha dan hartanya untuk keperluan sehari-hari. Salah satu hadis yang menjelaskan tentang
sedekah iaitu Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga hal yaitu sedakah
jariah, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak soleh (baik laki-
laki mahupun perempuan) yang mendoakannya. (Hadis Riwayat Muslim). Jika sesuatu
bentuk sedekah itu datangnya dari harta atau benda yang dimiliki bersama maka tidak sah
sedekahnya. Bagi mereka yang berhutang, adalah tidak disunatkan untuk mereka bersedekah.

10
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

Adalah lebih baik bagi mereka (golongan berhutang) membayar hutang. Menurut ulama
Hanafiyah, sedekah dengan harta yang haram Qathi, seperti daging bangkai yang hasilnya
dipakai untuk membangunkan masjid dengan harapan akan mendapatkan pahala adalah kufur
sebab meminta halal dari suatu kemaksiatan adalah kufur. Di dalam kehidupan di dunia ini,
kita sebagai manusia boleh mendapatkan pertolongan dari manusia yang lain. Namun apabila
tirai kehidupan tersingkap, apakah yang mampu menyelamatkan kita di akhirat kelak?
Rasulullah saw bersabda, "Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah
sedekahnya." (HR Ahmad). Wallahu a'lam.

(2728 patah perkataan)

6.0 RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim

2. Al Hadis dan Riwayat; http://www.freewebs.com/alhadith/

3. Al Hadis dan Riwayat; http://www.islam.gov.my/e-hadith

4. Abdul Rahman Ghazali, Ghufron Ihsan dan Sapiudin Shidiq, Fiqh Muamalat,
Jakarta:Kencana Prenada Media Group, 2010, hlm 157.

5. Faiz Almath, Muhammad. 1994. 1100 Hadits Terpilih Sinar Ajaran Muhammad.
Jakarta: Gema Insani Press.

6. http://tabungwakaf.com/inilah-keajaiban-sedekah-membuat-rezeki-penuh-barokah/

11
HBIS 4403_V2 PENGAJIAN HADIS 2017

7. https://books.google.com.my/books?
id=ebK45PFenJ0C&pg=PA18&lpg=PA18&dq=Sedekah&source=bl&ots=xXPdneQQ
0F&sig=72nXCq69EMHFxwBv3kurKGoHvbg&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepa
ge&q=Sedekah&f=false

12