Anda di halaman 1dari 1

Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

Sebagai seorang guru pelatih kursus PISMP ambilan Januari 2014, saya harus
menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 8 minggu pada semester keenam.
Praktikum fasa kedua ini adalah untuk subjek major dan minor 1, iaitu Matematik dan Bahasa
Tamil. Pelbagai persediaan haru dilakukan oleh saya dalam menempuhi praktikum 8 minggu ini.

Sebagai bakal guru, azam saya menjalani praktikum ini ialah untuk membina jati diri
seorang guru. Untuk itu, pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan
pendidikan di sekolah khususnya perlu saya perolehi. Dalam pada itu, saya berharap dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Hal ini penting dalam kehadiran saya ke
sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu
menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya
dan warga sekolah. Di samping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-
guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama
dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Selain itu, saya juga ingin mengaplikasikan pelbagai teknik serta kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dipelajari semasa kuliah di IPG dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang akan saya laksanakan di sekolah. Dalam hal ini, saya akan berbincang
dengan guru subjek matematik dan bahasa tamil kelas yang saya akan ditanggungjawabkan
agar dapat memilih serta mengaplikasikan teknik yang sesuai dengan tahap murid. Tambahan
pula, saya turut ingin membaiki kelemahan serta kekurangan yang saya rasai semasa
menjalani praktikum fasa 1. Hal ini saya ingin merealisasikan dalam perancangan pengajaran
yang seiring dengan tahap murid, sumber pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan
pengamalan ciri-ciri pendidikan abad ke-21.

Akhir kata, diharapkan seluruh warga sekolah dapat menerima kehadiran saya di
sekolah dan dapat menimba banyak perkara berguna di situ sebagai persediaan untuk bergelar
guru.