Enjin diesel telah dicipta pada tahun 1892 oleh seorang permuda berbangsa jerman,
Rudolph Diesel. Enjin ini merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi
melalui kitar diesel. Enjin diesel banyak digunakan pada kenderaan berat seperti lori, bas
dan kenderaan industry. Enjin diesel lebih cekap berbanding enjin petrol. Ia menukarkan
tenaga haba kepada tenaga mekanikal. Dalam enjin diesel, udara diambil masuk ke silinder
dan dimampatkan. Udara yang dimampatkan menjadi panas dan apabila hampir pada takat
terakhir atas( T.T.A.) di lejang mampatan, pemancit akan memancitkan bahan api ke dalam
ruang pembakaran untuk proses pembakaran. Dalam sistem ini, bahan api perlu ditapis
untuk mengelakkan pembakaran bahan api yang tidak sempurna semasa lejang kuasa.
Sistem penghantaran minyak merupakan sistem yang amat penting dalam enjin
pembakaran dalam kerana sistem ini yang menentukan pembakaran semasa lejang kuasa.
Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api,
yang disuntik ke dalam ruang pembakaran semasa penghujung lejang mampatan. Ia
bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran udara-bahan api dinyalakan
oleh palam pencucuh.
Objektif
- Pembakaran enjin petrol memerlukan tiga perkara iaitu bahan api, udara dan
percikan bunga api. Manakala bahan api diesel ia berlainan dengan bahan api petrol.
Ia memerlukan bahan api, udara dan haba untuk menghasilkan pembakaran.
Pam Pemancit
- Penapis bahan api berfungsi untuk menapis bahan api yang mengalir melaluinya
supaya bendasing tidak dialirkan ke pam pemancit. Bendasing ini boleh
menyebabkan pam pemancit dan pemancit rosak atau tersumbat. Di dalam penapis
bahan api terdapat elemen penapis. Bendasing di dalam bahan api akan melekat
pada elemen penapis. Bahan api ditapis pada tiga peringkat penapisan untuk
memastikan bahan api yang benar-benar bersih. Elemen penapis bahan api adalah
jenis pakai buang dan perlu diganti pada masa tertentu.
Pemancit
- Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas
mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan
karburetor.Pemancit berfungsi untuk menyemburkan bahan api diesel dalam bentuk
kabus ke dalam ruang pembakaran. Pemancit terdiri daripada beberapa bahagian,
iaitu injap jarum, nat pemegang, pengumpar, muncung pemancit, pegas, kepipis, rod
tolak dan penjarak.
Tangki Bahan Api
Penutup Tangki
- Berfugsi untuk
Palam Pemanas
1) Pam pindah menyedut bahan api dari tangki bahan api. Sebelum sampai ke pam
pindah bahan api ditapis oleh penapis utama.
2) Kemudian, pam pindah mengepam bahan api ke pam pemancit. Sebelum sampai ke
pam pemancit, bahan api tersebut ditapis secara dua peringkat iaitu ditapis oleh
penapis sekunder dan kemudian ditapis oleh penapis akhir.
3) Seterusnya, pam pemancit akan mengepam bahan api yang bertekanan tinggi ke
pemancit melalui paip tekanan tinggi.
4) Akhir sekali, bahan api akan disemburkan ke dalam ruang pembakaran oleh
pemancit. Lebihan bahan api yang tidak dipancit akan dialirkan semula ke tangki
bahan api melalui paip limpah.
Langkah-Langkah Kerja
- Menanggalkan pemancit
- Merombak pemancit
- Menservis pemancit
1. Buka kesemua paip tekanan tinggi dan hos yang bersangkutan dengan pam.
2. Buka kesemua skru penutup gear pemasaan dan tanggalkan.
3. Pusingkan aci engkol sehingga silinder nombor satu berada dalam keadaan
mampatan dan tanda Y/Y pada gear pemasaan sejajar dengan gear pepura.
4. Buka nat pengikat gear pemasaan.
5. Pasangkan puller pada gear pemasaan.
6. Ikat skru puller untuk menanggalkan gear pemasaan.
7. Tanggalkan gear pemasaan. Pastikan kekunci separa bulat tidak tercabut dari
kedudukannya.
8. Buka nat pengikat pam pemancit.
9. Tanggalkan pam pemancit dari enjin.
Cara mematikan enjin Menyekat bekalan bahan api Mematikan sistem penyalaan
Kelajuan enjin Rendah (4,500 rpm ke bawah) Tinggi (5,500 ~ 20,000 rpm)
Kelebihan
Kelemahan