Anda di halaman 1dari 6

Amalan professionalisme guru cemerlang di sekolah sebagai pembina Negara

bangsa. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat dan negara.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yangmemerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalambidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.keguruan pula membawa maksud tugas dan
tanggungjawab ( kerjaya)sebagai guru.Bagi saya, guru adalah suatu istilah murni, besar,
istimewa dan unik dalam konteksnya tersendiri.Profesion perguruan merupakan profesion
paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan
masyarakat.

Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadisemakin kompleks dan


mencabar. Golongan guru hendaklah memastikanmartabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa ketahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya
dapat merealisasikanMisi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana
MenteriMalaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Bagi mana-mana negara maju atau yang
ingin mencapai kemajuan, pendidikan menjadi teras utama pembangunan sumber manusia
atau modal insannya. Itulah yang dilakukan Kerajaan Malaysia. Etika profesion keguruan
adalah etika yang berkait rapat dengan proses pemantapan sistem pendidikan di negara
kita. Sebagai sebuah negara yang menitik beratkan pembangunan kemanusiaan yang
seimbang, profesion keguruan sentiasa menjadi agenda kerajaan untuk menjadikan bidang
keguruan ini bertaraf dunia. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita melihat satu
persatu elemen etika profesion keguruan yang amat berkait rapat dengan falsafah
pendidikan, misi dan visinya yang itu.

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan


latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi
guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang
bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah
kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan
atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang
hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam
pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,
bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman
terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi
penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor
kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

Guru- guru pada masa kini dapat mempertingkatkan Profesionalisme guru. Sebagai
seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara
ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus
diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada
perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri
dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan
kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus
Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi
seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion
pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan
untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran ( Rohani
Abdul Hamid,1998).

Seterusnya, berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta


Berfikiran Kritis dan Kreatif Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan
sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat
dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus,
perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir
ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan
sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir
secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam
Perancangan sesuatu program.

Guru mahir Menggunakan IT. Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan


mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman
teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak
membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT
merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru
pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan
kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu
bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru
dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan
berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya
untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu
akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam
kedua-dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020,
menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak.

Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat


seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat
telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku
dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum
di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan
salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai
teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi
serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi
pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah,
sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).

Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi
satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT),
perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan
lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat
sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu,
profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan
penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

Selain daripada itu, berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Mulia.
Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat
mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-
sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah
tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh
kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat
dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang
keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan
berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.

Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu


semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah seperti
peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya, ekonomi, urusan perniagaan, jual-
beli saham, hartanah dan sebagainya, politik, hubungan negara di peringkat antarabangsa
dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat
menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk
dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.

Dalam usaha membina sebuah negara bangsa terdapat beberapa proses yang perlu
diketengahkan di sini untuk memperlihatkan beri pentingnya peranan guru dalam
merealisasikan hasrat tersebut antaranya bina bangsa. Proses membina bangsa ini
memerlukan usaha gigih seorang guru dalam menerapkan beberapa mesej pembinaan
negara bangsa dalam proses pengajaran dan pembelajarannya iaitu menyatupadukan
kepelbagaian bangsa di Malaysia sebagai satu bangsa. Meningkatkan hubungan harmoni
dan integrasi antara kaum agar dapat meningkatkan perpaduan dan kerjasama erat di
antara mereka. Oleh yang demikian para guru perlu kreatif dalam membina budaya dan
persekitaran integrasi kaum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya penyertaan rakyat antara satu sama lain. Guru perlu berusaha
mewujudkan kesatuan antara kaum agar para pelajar dapat hidup bersama sebagai satu
bangsa demi mempertahankan diri dan kedaulatan negara. Guru perlu berusaha
mengelakkan jurang perbezaan atau sentimen perkauman atau diskriminasi, meningkatkan
nilai-nilai persamaan dan kerjasama antara kaum agar terhasilnya perpaduan dan integrasi
nasional. Apabila integrasi nasional terhasil, nilai-nilai identiti sesebuah bangsa dapat
ditonjolkan dan dipertahankan.
Selain daripada itu, pengagihan nilai-nilai masyarakat. Guru berperanan merapkan
nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran secara adil dan saksama. Ini diharap
agar para pelajar dapat menterjemahkannya dalam kehidupan bermasyarakat majmuk untuk
mewujudkan negara bangsa Malaysia. Guru berperanan memupuk nilai-nilai nasionalisme
iaitu pemilikan rasa atau semangat kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-
nilai kebangsaan yang dikongsi bersama tanpa ada perbezaan. Contohnya guru menyemai
rasa hormat kepada Jalur Gemilang yang melambangkan perkongsian identity kebangsaan
bagi mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bagi terhadap negara
bangsa Malaysia.

Dalam memantapkan profesion keguruan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk
membina sebuah negara bangsa Malaysia, para guru seharusnya mempunyai persediaan
yang komprehensif baik dari segi fizikal dan mental. Ini dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu
persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pengajaran yang
dilakukan terhadap para pelajarnya dan teknik pengajaran kearah penerapan elemen
pembinaan negara bangsa. Persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran,
membentuk diri sebagai role model dari segala aspek seperti intelektual, spiritual, akhlak
dan lain-lain. Guru menonjolkan estim kendiri seperti menampilkan kecekapan dan
ketrampilan mendidik, mencerna dan membuat refleksi keilmuan, keterbukaan minda dan
penyampaian maklumat yang berkualiti. Guru menampilkan kredibiliti keilmuan dan
ketrampilan.

Guru membina rangkaian dengan para pendidik di seluruh dunia melalui dialog iaitu
interaksi fizikal dan intelektual agar dapat memperkembangkan minda dan horizon
pemikiran. Guru membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan pelajaran yang
diajar. Memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya
supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Pendekatan pengajaran yang
dilakukan terhadap para pelajar. Guru mesti yakin berdasarkan potensi yang ada pada
para pelajar. Guru mesti yakin yang dirinya boleh dan berkemampuan untuk mengajar. Guru
mesti tahu dan mempelajari pelbagai teori dan kaedah mengajar. Guru mesti melaksanakan
kaedah dan teori itu dengan penuh keazaman, bersungguh-sungguh dan berterusan. Guru
mesti sabar menghadapi kepayahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, guru mesti jadi pemangkin kepada kebolehan intelektual dan potensi
yang sedia ada dalam diri para pelajar. Guru mesti mengajar dengan fakta yang betul
supaya murid-murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang
betul. Teknik pengajaran ke arah penerapan elemen pembinaan negara bangsa. Penerapan
nilai-nilai murni sebagaimana yang disebut oleh tokoh pendidikan iaitu contoh teladan para
pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar, merekalah seharusnya
terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat kurang
menghargai watak-watak yang berbudi luhur ( Mohd Kamal Hassan, 1988 ).
Menintegrasikan prinsip kepercayaaan kepapada Tuhan dalam Membentuk sahsiah pelajar
yang serius dalam usaha kretif, inovatif, produktif dan berdisiplin. Menerapkan nilai-nilai
ketatanegaraan yang tinggi dari aspek kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti seperti
membangunkan sikap cinta dan setia kepada negara.

Tujuannya untuk melahirkan rakyat yang mempunyai sikap patriotik iaitu sanggup
berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Memupuk nilai toleransi dan kerjasama
dikalangan para pelajar dan menanam budaya ikram dan harmonis. Menerapkan nilai-nilai
kesedaran terhadap kepentingan kemajuan dengan meniupkan semangat kebangsaan
dalam menuntut kemerdekaan dari cengkaman penjajah dan menghargai sumbangan para
pejuang dalam mendaulatkan negara. Menitik beratkan nilai-nilai etika dan estetika untuk
memastikan generasi muda sentiasa berdisiplin serta mengamalkan gaya hidup yang bersih
dan sihat berdasarkan nilai-nilai budaya kita. Ini membolehkan kita melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, bertoleransi,

Anda mungkin juga menyukai