Anda di halaman 1dari 4

MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH THOMAS GORDON

KONSEP

Pengurusan disiplin yang berkesan tidak boleh dicapai melalui paksaan,


ganjaran dan hukuman. Pengurusan disiplin yang berkesan berlaku melalui
pembentukan kemampuan mengawal diri sendiri yang berlaku secara intrinsik dan
dalaman. Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan membantu
murid memperoleh kawalan dalaman atau kawalan kendiri. Guru harus mengurangkan
kawalan terhadap murid mereka. Menurut Gordon, semakin bertambahnya kuasa
digunakan untuk mengawal orang lain, semakin kurang pengaruh kita terhadap
perlakuan orang tersebut. Sebaliknya, guru perlu menggantikan ganjaran dan hukuman
dengan teknik yang tidak mengawal murid secara luaran seperti menyediakan
persekitaran pembelajaran murid yang memberangsangkan, mengaplikasikan teknik
menyelesaikan konflik, menghargai persepsi dan pandangan murid, mendengar murid
dengan aktif dan mengelak halangan komunikasi guru dengan murid seperti mengarah,
memberi amaran, membebel, mengkritik, menyindir dan sebagainya.

PELAN DISIPLIN GORDON

1. Mempengaruhi daripada mengawal

Apabila lebih banyak guru cuba mengawal murid, maka lebih sukar bagi guru
untuk menerapkan pengaruh yang positif kepada murid. Kawalan akan menyebabkan
murid membina helah bela diri (bergaduh/bertelingkah dengan sesiapa sahaja yang
bermasalah dengan mereka), menghindari masalah atau mengalah.

2. Mencegah masalah sebelum berlaku

Guru boleh melakukan tiga perkara untuk mencegah berlakunya masalah


disiplin, iaitu penggunaan I-message, membentuk peraturan bilik darjah secara
kolaboratif dengan murid dan menguruskan bilik darjah dengan melibatkan murid. I-
message digunakan untuk menyatakan secara peribadi tentang perasaan dan fikiran
guru mengenai sesuatu situasi dan tingkah laku murid. Dalam strategi ini, guru akan
menyampaikan kepada pelajar tanpa menyalahkan dengan cara yang adil bagaimana
pelajar itu menyebabkan masalah kepada guru. Prinsip di sebalik strategi ini akan
membangkitkan perasaan hormat kepada guru. Sebagai contoh: I am very disappointed
with you guys. Ive made by plans on how to teach you today but you didnt show me
any commitments of studying.

Membentuk peraturan bilik darjah secara kolaboratif dengan murid bermaksud,


guru dan murid berkolaborasi untuk berbincang tentang peranan setiap orang dalam
kelas serta menetapkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah bersama-sama
guru dan murid pula bermaksud, guru dan murid sama-sama membuat keputusan
tentang hal-hal yang berkaitan dengan kelas mereka seperti keputusan tentang
peraturan dan rutin, susunan kelas dan aktiviti PdP yang hendak dijalankan.

3. Masalah siapa?

Di dalam bilik darjah, guru selalunya akan menerima akibat dan kesan daripada
salah laku yang ditunjukkan oleh murid. Oleh sebab kesannya selalu diterima oleh guru,
maka masalah salah laku tersebut akan dipikul oleh guru. Ada juga masalah yang
sememangnya masalah murid. Contohnya, Shira merasakan rakan-rakannya telah
meminggirkannya. Kemudian, dia sering berasa sedih dan muram. Dalam situasi ini,
rasa terpinggir ialah masalah Shira dan bukan masalah gurunya. Penentuan masalah
siapa? adalah penting dalam pelan disiplin Gordon kerana teknik yang digunakan
untuk menyelesaikan masalah disiplin perlu diaplikasikan kepada orang yang
bermasalah.

4. Berdepan dengan masalah tingkah laku

Guru boleh berdepan dengan masalah yang dihadapi dan mencari cara untuk
mencegah dan mengatasinya. Antaranya ialah dengan menjadikan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan, penggunaan I-message untuk meluahkan
perasaan mereka dan tidak seharusnya terus beremosi dan marah dan mengubah
strategi kepada peka dengan sensitiviti murid semasa menyampaikan I-message agar
guru menjadi lebih mendengar dan memahami.
5. Kemahiran mendengar aktif

Menggunakan pendengaran secara aktif sebagai strategi untuk komunikasi


antara pelajar dan guru. Strategi pendengaran aktif digunakan apabila masalah itu
datang dari pelajar. Memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan.
Sebagai contoh, jika pelajar tidak menyiapkan tugasan secara rutin, guru akan bertanya
kepada secara peribadi dan mendengar luahan hati pelajar.

6. Penyelesaian konflik yang berkesan

Konflik akan dapat diselesaikan dengan berkesan apabila dua pihak yang
berkonflik (guru dengan murid atau murid dengan murid) berbincang bersama-sama
resolusi kepada konflik yang dihadapi dan berpuas hati dengan mencapai persetujuan
bersama dalam menyelesaikan konflik tersebut. Elemen utama dalam penyelesaian
konflik dengan berkesan ialah dengan mencapai persetujuan penyelesaian antara dua
pihak yang berkonflik yang memuaskan hati kedua-duanya. Pendekatan ini
bertentangan dengan prosedur biasa yang digunakan oleh guru dalam menangani
konflik. Selalunya, guru akan mengenal pasti individu yang bersalah, jadi akan ada
orang yang menang (tidak bersalah) dan orang yang kalah (bersalah). Thomas
mengatakan bahawa dalam sesuatu konflik atau masalah, fokus utama bukan untuk
mencari individu yang bersalah atau tidak bersalah tetapi cara untuk memulih atau
memperbaiki hubungan kedua-dua pihak supaya masing-masing sedar akan kesilapan
mereka.

Halangan komunikasi

Perkara utama yang perlu dilakukan semasa guru membantu murid untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi ialah dengan mengelakkan halangan
komunikasi. Selalunya, apabila murid mengadu tentang kerja yang perlu dibuat atau
memberikan alas an, kebanyakan guru akan menyalahkan murid. Guru jarang sekali
mahu mendengar alasan atau aduan murid kerana menganggap murid sengaja
mengada-adakan cerita untuk mengelak daripada membuat kerja. Apabila guru mula
berhujah atau bertengkar dengan murid, kedua-dua pihak akan cuba menegakkan
pandangan masing-masing. Guru akan melihat dirinya lebih berkuasa menyebabkan
pandangan murid sukar untuk diterima dan dilihat daripada sudut yang lebih terbuka.
Hal ini akan mengakibatkan hubungan antara guru dengan murid akan tercalar dan
kerjasama sukar untuk dibina.

Penglibatan Murid

Apabila seseorang guru mempunyai hubungan yang rapat dengan murid, pastikan guru
bersikap adil dengan semua murid. Layanan yang sama harus diberikan kepada semua murid.
Lazimnya, murid yang pendiam dan pemalu akan ketinggalan dalam perbincangan kelas. Oleh
itu, guru berperanan untuk membantu murid untuk melibatkan diri dengan lebih aktif.

Memberikan murid peluang yang sama untuk menjawab soalan guru.


Semua murid boleh memberikan pendapat mereka di dalam kelas.
Murid boleh memberitahu guru apa yang tidak difahami mereka supaya guru
boleh menerangkannya semula.
Guru perlu menggunakan komunikasi non-verbal yang sesuai untuk membantu
berhubung dengan semua murid.
Guru harus selalu mengadakan perbincangan secara berpasangan atau
berkumpulan di mana semua murid akan terlibat.

Berhubung dengan ibu bapa

Menjaga perhubungan yang baik dengan ibu bapa bukan sahaja merupakan tugas
professional guru tetapi boleh memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Ibu bapa
mempunyai hak untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka,
kemajuan akademik dan kokurikulum, serta kekuatan dan kesulitan yang dihadapi anak
mereka dalam PdP dan kelas. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru
untuk berhubung dengan ibu bapa seperti perjumpaan bersama ibubapa, mengadakan
bulletin kelas atau laman sesawang khas untuk kelas dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai