Anda di halaman 1dari 30

( NAHDLATUL ASYAIRAH - NA )

Tujuan utama risalah ini adalah untuk meminta maaf dari Sahabat-
sahabat Ku (Orang-orang Tabligh), di atas percakapan-percakapan
Riddah (Murtad) yang pernah disebutkan tatkala berada di dalam
Usaha Tabligh.

EDISI MAC 2009 M

( Taubat Ke-1 Adab Tidur Yang


Sebenar )

Risalah ini boleh diminta melalui


email:

greens_lavender3@yahoo.com
greens_lavender4@yahoo.com

Bagi sesiapa yang sudah mengenali diri saya, baiklah. Tetapi, bagi yang
belum mengenali diri saya, maka saya ini adalah :

Nama : FIRDAUS B. MAZLAN B. SIAM,


Kursus : Pengajian Sarjana Muda Elektrik-Elektronik (SEL),
Tempat Dapat Usaha Tabligh : Sek. Men. Keb. Agama Johor Bahru (SMKA JB),
Tempat Buat Usaha Tabligh : Kolej Perdana, UTM (2001-2006),
Tempoh Buat Usaha Tabligh : 7 Tahun, 3 kali keluar 40 Hari, 3 H tak ingat,
Dilantik Dalam Usaha Tabligh : Amir Jemaah dan Jemaah Tasykil Kolej Perdana.

MUDAH-MUDAHAN SESIAPA YANG MEMBACA RISALAH INI, TERSELAMAT


IA DARI MENSYIRIKKAN ALLAH TAALA, DAN TERSELAMATLAH IA DARI
MENGHINA RASULULLAH SAW, PARA ANBIYA DAN JUGA PARA SAHABAT
NABI SAW.

1
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata pengarang,

A. Risalah ini adalah merupakan Hadiah yang sangat bernilai kepada orang-
orang Tabligh yang ;

a. Cinta kepada Allah, cinta kepada Nabi saw dan cinta kepada Alim Ulama.
b. Masih terbuka hatinya untuk menerima keterangan Nas Al-Quran dan Al-
Hadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
c. Mahu menerima kebenaran yang di sampai oleh Ulama dan Fuqaha
(Kitab-kitab Muktabar) walaupun ia pahit menikam jiwa.

Maka, orang Tabligh seperti di atas mempunyai harapan untuk


berubah, dan kembali bertaubat di atas percakapannya yang membawa
Murtad.

DAN,
B. Risalah ini adalah merupakan Racun yang sangat berbisa kepada orang-
orang Tabligh yang ;

a. Cinta kepada Allah, cinta kepada Nabi saw, dan bencikan para Alim
Ulama.
b. Sudah tertutup hatinya untuk menerima keterangan Nas Al-Quran dan Al-
Hadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
c. Sudah tertutup hatinya untuk menerima kebenaran yang di sampai oleh
Ulama dan Fuqaha (Kitab-kitab Muktabar) walaupun ia manis seperti
madu.

Maka, orang Tabligh seperti di atas ini tiada harapan lagi untuk
sembuh. Setiap hujjah atau dalil yang diberikan kepada mereka akan
disangkal dan dilemparkan ke belakang mereka. Hanya alasan yang
diberikan.

C. Ingatkanlah pesanan ku ini!

Sangat buruk perilaku orang-orang yang berilmu, lagi sombong.


Tetapi, lebih dahsyat lagi keburukan perilaku orang-orang yang bodoh,
lagi sombong.

Bukanlah orang yang sombong itu disebabkan bangga di atas kekayaan hartanya.

2
Tetapi, orang yang sombong itu ialah,
orang yang tidak mahu menerima kebenaran, walaupun telah sampai
kepada mereka kebenaran.

D. Hari Pertama Aku mula belajar Kitab-kitab Muktabar ;

a. Setiap kata-kata yang disampaikan oleh pengajar Kitab-kitab Muktabar itu


semuanya benar walaupun ia pahit dan menikam jiwa.
b. Aku mengaku segala kesalahan ku kerana berdakwah (cara Tabligh) hanya
dengan menggunakan Aqal, dan mengikut kata-kata sahabat yang tidak
pasti sumbernya benar atau salah.
c. Tiada lagi hujjah yang boleh dilawan kerana segala penyampaian yang
disampaikan kepada ku itu merupakan keterangan Nas Al-Quran dan Al-
Hadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis (Kitab-kitab
Muktabar).
d. Benarlah seperti apa yang disampaikan oleh Ulama dan Fuqaha, jatuhnya
seseorang itu ke dalam keburukan kerana ia jahil dan tidak mengenal akan
keburukan itu.

Yang Mencari Keredhaan dan Keampunan Allah,


Firdaus bin Mazlan bin Siam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

B. ADAB MEMBACA

1. Risalah ini selesai ditulis pada :


- 01 Ramadhan 1428 H, Bersamaan 14 September 2007 M, Hari Jumaat.

2. Dari Kitab Talimul Mutaallim Tariqat Taallum, bagi Al-Allamah Asy-


Syaikh Zarnuji, m/s 18, diterangkan bahawa :

3
- Dan, adalah tuan guru kami, Asy-Syaikh Al-Imam Sadiduddin Asy-
Syiraziyy berkata ia,

Telah berkata oleh Tuan-tuan guru kami, barangsiapa yang


berkehendak ia, akan bahawa, adalah anaknya itu menjadi orang Alim
(Berilmu Agama). Maka, sayugia hendaklah ia memelihara, atau meraikan
akan orang-orang yang dagang daripada para Fuqaha. (Orang yang pandai
hukum Agama).

Dan, memuliakan akan mereka itu. Dan, membesarkan akan mereka


itu. Dan, memberi akan mereka itu akan sesuatu, iaitu bersedekah di atas
mereka itu dengan sesuatu daripada hartanya. Sekalipun, adalah sesuatu
barang yang disedekahkan itu, sedikit ia.

Maka, jika tiada menjadi oleh anaknya orang yang Alim, nescaya akan
jadilah cucunya pula, orang yang Alim.

Maka, zahirlah atau nyatalah daripada ini keterangan bahawasanya


mentazimkan dan memuliakan bagi ulama itu sesuatu perkara yang diterima, dan
lagi memberi faedah, bagi contohnya seperti ini faedah.

.................................

3. Kebanyakan Ulama itu sudah mati, tetapi ilmunya tidak mati. Ilmu-ilmu para
Ulama itu tertulis di dalam Kitab-kitab Muktabar. Dan, sesungguhnya, barang
siapa yang menolak atau Menghina Kitab-kitab Muktabar, ini bermakna mereka
juga telah menolak dan menghina para Ulama itu sendiri.

4. Ini adalah satu AMARAN yang amat besar, bagi mereka yang suka
MENGHINA dan memperlecehkan Kitab-kitab MUKTABAR.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

C. SENARAI KITAB RUJUKAN YANG MUKTABAR


A. Kitab-kitab Tauhid Yang Muktabar. (Di Pakai Oleh Ulamak Serata Alam)

1. Kitab Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuliddin,


bagi Al-Alim Al-Allamah Asy-Syaikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani.
2. Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah Ala Matni Jauharatit Tauhid,
bagi Asy-Syaikh Al-Allamah Ibrahim b. Muhamad Al-Bayjuri,
3. Kitab Hasyiah Tahqiqul Maqam Ala Kifayatil Awam Fi Ilmil Kalam,
bagi Asy-Syaikh Muhammad Al-Fudali.

4
4. Kitab Nuruzzalam Syarah ala Aqidatil Awwam,
5. Kitab Fathul Majid Syarhun Alad Durril Farid Fi Aqaidie Ahlit Tauhid,
6. Kitab Mirqatu Suudit Tasdiq Fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi Alat
Tahqiq,
7. Kitab Maraqil Ubudiyyah,
bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.
8. Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim,
9. Kitab Bughyatut Talib Li Marifatil Ilmid Diniyyil Wajib,
10. Kitab Sarikhul Bayan Fi Raddi Ala Man Khalafal Quran,
11. Kitab Al-Mathalibul Wafiyyah Syarhul Aqidatin Nasafiyyah,
bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Maruf Bil Habasiyyi.
12. Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmuminin Wama Yufsiduhu
Min Riddatil Murtaddin,
bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari.
13. Kitab Mabahis Fi Aqaidie Ahlissunnah Al-Musamma Al-Muhannad Ala
Mufannad,
bagi Asy-Syaikh Khalil Ahmad As-Saharanpuriyyi Al-Hindiyyi.
14. Kitab Mursyidul Hair Fi Hallil Al-Fazi Risalah Ibni Asakir,
15. Kitab Al-Asilatul Mubassathah Ala Syarhi Risalah Ibni Asakir,
bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jamiyyah Al-Masyari Al-
Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.
16. Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq,
bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalliyy.
17. Kitab Ad-Durarus Saniyyah Fir Raddi Ala Wahhabiyyah,
bagi Al-Alim Al-Allamah Min Aali Baitin Nubuwwah As-Sayyid Ahmad b. As-
Sayyid Zaini Dahlan.
18. Kitab Al-Ajwibatul Ghaliyyah Fi Aqidatil Firqatin Najiah,
bagi Al-Allamah Ad-Daie Ilallah Al-Habib Zainul Abidin Al-Alawiyyi.
19. Kitab Al-Farqu Bainal Firaq,
bagi Al-Imam Abdul Qahir b. Tahir b. Mohd. Al-Baghdadiyyi.
20. Kitab Ahlus Sunnah Al-Asyairah Syahadatu Ulamail Ummah Wa Adillatuhum,
bagi Asy-Syaikh Hamad As-Sinan dan Asy-Syaikh Fauzi Al-Anjariyyi.
21. Kitab Tahzibu Kitabil Iktimad Fil Iktiqad,
bagi Asy-Syaikh Abul Mahasin Muhammad Al-Qauqaji At-Tarablusiyyi Al-
Hanafiyyi.
22. Kitab Maqsidut Talibin Fi Ajwibati Matnis Siratil Mustaqim,
bagi Majlis Ulama Darul Masyari (Darul Masyari, Bairut, Lubnan).
23. Kitab Mursyidul Hair Fi Halli Al-Faazi Risalah Ibni Asaakir,
bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jamiyyah Al-Masyari Al-
Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.

5
24. Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir Ala Syarhi
Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li Jauharah At-Tauhid Lil
Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha Ithaful Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis
Salam Al-Malikiyy Ala Jauhatit Tauhid Al-Mazkurah.

B. Kitab-kitab Fiqh Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata Alam)

25. Kitab Matlaul Badrain Wa Majmaul Bahrain,


bagi Al-Abdul Al-Faqir Al-Fani Muhammad b. Ismail Daud Al-Fathani.
26. Kitab Bughyatul Mustarsyidin Fi Talkhisi Fatawi Badil Aimmati Minal Ulamail
Mutaakhirin,
bagi Asy-Syaikh As-Sayyid Abdur Rahman b. Muhammad b. Husain b. Umar
Al-Masyhur Ba Alawi, Mufti Addiaril Hadramiyyah.
27. Kitab Sullamul Munajah, Syarhun Ala Safinatis Solah,
28. Kitab Mirqatu SuUdit Tasdiqi Fi Syarhi Sullamit Taufik Ila Mahabbatillah Alat
Tahqiq,
bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.
29. Kitab Sabilul Muhtadin Littafaquhi Fi Amriddin,
bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad b. Abdullah Al-Banjari.
30. Kitab Hasyiatu Eanatut Tolibin ala Halli Al-Faazi Fathil Muin Bi Syarhi Qurratil
Aini Bi Muhimmatid Din,
bagi As-Syed Abi Bakar Al-Masyhur dengan As-Syed Bakri Ibni Syyed
Muhamad Syata Ad-Dimyati Al-Misri.
31. Kitab Ifadatus Saadatil Umad Bi Taqriri Maani Nazmiz Zubad,
bagi Al-Imam Al-Faqih Al-Alamah As-Syarif Muhammad b. Ahmad b. Abdul
Bariy Al-Ahdal.

C. Kitab-kitab Tasawwuf Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata Alam)

32. Kitab Maraqil Ubudiyyah, Syarhun Ala Bidayatil Hidayah,


bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.
33. Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah,
bagi Al-Allamah Al-Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani.
34. Kitab Irsyadul Ibad Ila Sabilir Rasyad,
bagi Asy-Syaikh Zainudin Ibni Abdil Aziz Ibni Zainiddin Al-Malibari.

D. Kitab-kitab Sirah Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata Alam)

35. Kitab Madarijus Suud Ila Iktisail Burud (Syarah Berzanji),


36. Kitab Fathus Samadil Alim, Syarhun Ala Maulid Asy-Syaikh Ahmad Ibni Al-
Qasim,
bagi Al-Alim Al-Jalil Asy-Syaikh Muhammad An-Nawawi Ibni Umar Ibni
Arabiyy Al-Banteni.

6
37. Kitab Tahzibu Tarikhid Dualil Islamiyyah Bil Jadawilil Mardiah (Ringkasan
Tarikh Kerajaan-kerajaan Islam Dalam Jadual-jadual Yang Di Redhai),
bagi Asy-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti As-Syafiiah di Makkatal
Mukarramah, dicetak oleh Darul Masyari, Bairut, Lubnan.

E. Kitab-kitab Tafsir Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata Alam)

38. Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Mana Quran Majid / Tafsir Al-Munir,
bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.
39. Kitab Tafsir Al-Futuhatul Ilahiyyah Bi Taudihi Tafsiril Jalalain Lid Daqa Iqil
Khafiyyah,
bagi Asy-Syaikh Sulaiman bin Umar Al-Ujaili As-Syafiiyye (As-Shahir bil
Jamal).
40. Kitab Syarah Tafsir Yassin Hamami,
bagi Asy-Syaikh Hamami Zadah.
41. Kitab Tafsirul Khazin Al-Musamma Lubabut Tawil Fi Maanit Tanzili,
bagi Al-Imam Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim Al-Baghdadiyy.
42. Kitab Ad-Durrul Massun Fi Tafsiri Juzie Amma Yatasaalun Wa Suratil
Fathihah,
bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jamiyyah Al-Masyari Al-
Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.
43. Kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim (Tafsir Ibni Katsir)
bagi Imam Abul Fida Al-Hafiz Ibni Katsir.
44. Kitab Tafsir Al-Qurtubi (Al-Jamiu Li Ahkamil Quran)
bagi Al-Imam Abu Abdullah Al-Qurtubi.

F. Kitab Khutbah Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata Alam)

45. Kitab Khutabul Jumah,


bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jamiyyah Al-Masyari
Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.

G. Kitab Hadith Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata Alam)

46. Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad bin Ali As-Syinwani Ala Mukhtasar
Ibni Abi Jamrah Lil Bukhari.
bagi Asy-Syaikh Muhammad bin Ali As-Syinwani.
47. Kitab Bahrul Mazi, Syarah Ala Muktasar Sahih Turmuzi,
bagi Asy-Syaikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.
48. Kitab Fathul Bariyy Syarah Shahih Bukhari Ibnu Hajar Al-Asqalani
bagi Asy-Syaikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
49. Kitab Hayatus Sahabah (Kitab Arab),
50. Kitab Muntakhab Al-Ahadith An-Nabawiyyah
bagi Asy-Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi.

7
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Jika para pembaca yang budiman di tanya orang,

Boleh tak sekiranya kita semua tidak mahu ambil tahu apa
masalah Tabligh ini?

2. Maka jawapannya, Boleh. Tidak mahu ambil tahu pun tidak mengapa. Tetapi,
awas.

3. Telah dikhabarkan oleh Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-


Banteni At-Tanari, di dalam Kitabnya, Mirqatu Suudit Tasdiq Fi Syarhi
Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi Alat Tahqiq, m/s 13, baris 8 dari bawah.

(Dan, demi sesungguhnya telah mengira, atau menyatakan oleh Asy-


Syaikh Ahmad)
- bin Muhammad

(bin Hajar,)
- Al-Haitamiyy

(Dan juga oleh Al-Qadi Iyad Rahimahumallahu Taala, pada Kitab kedua-dua
ulama tersebut iaitu;
1. Al-Ilam bil Qawatiil Islam (Bagi Ibnu Hajar)
2. Asy-Syifa Fi Ahlaqil Mustafa (Bagi Al-Qadi Iyad).)
- Akan perkara-perkara yang termasuk di dalam Hukum Ar-Riddah (Murtad) yang
banyak.

(Maka, sayugialah membaca di atas kedua Kitab itu.)


- iaitu digalakkan akan sebagai galakan yang bersangatan, lagi tiada elok atau
tiada patut meninggalkan membacanya.

8
(Maka, kerana sesungguhnya, barangsiapa tiada mengenal oleh ia akan
keburukan,)
- iaitu Keji, dan Fasad (Rosak), dan Zalim,

(nescaya jatuh ia di dalamnya.)

...............................

4. Melihat keterangan di atas, maka nyatalah bagi kita bahawa, jika kita tidak
mengenali sesuatu keburukan, maka kita akan jatuh ke dalam keburukan itu
tanpa kita ketahui.

5. Begitu juga kepada sesiapa yang tidak mengenali apakah sebenarnya


keburukan orang-orang Tabligh, maka ia akan mengikuti orang-orang Tabligh
itu. Maka, jatuh ia ke dalam Tabligh kerana terkesan dengan penampilan Zahir
yang Soleh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Apa yang lebih menyedihkan kami ialah, telah ramai di antara orang-orang
Tabligh yang melawan hujjah dan keterangan Nas Agama yang disampaikan
oleh kami sudah mati. Tetapi, tidak pernah bertaubat di atas segala
percakapannya yang membawa Riddah (Murtad).

7. Malah, bangga dengan apa yang di dakwah dan di usahakan itu, iaitu
menyesatkan manusia dengan cara halus dan lembut.

8. Ingatlah saudara dan saudari sekalian! Ulama dan Fuqaha (Kitab-kitab


Muktabar) telah menasihatkan kita, supaya jangan menilai seseorang hanya
berdasarkan perwatakan Zahirnya yang soleh sahaja. Tetapi, mestilah menilai
seseorang itu dengan memandang Aqidah yang di bawa olehnya.

9. InsyaAllah! Di dalam Risalah kami yang akan datang, kami akan menceritakan
suatu kisah malang, yang berlaku kepada umat Islam dahulu (kira-kira satu ribu
tahun yang lepas) kerana melanggar nasihat yang dinyatakan di atas. Wal
Iyazubilhiminzalik..... (Minta lindung kita dengan Allah dari perkara ini.)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9
PERINGATAN !!!
1. Tuan-tuan pembaca yang budiman, di dalam perihal menceritakan Tabligh ini,
kami tidak menyatakan kesesatan Tabligh berpunca dari perkara-perkara di
bawah ;

a. Ustaz-ustaz Tabligh yang membuat dakwah menggunakan Kitab-kitab


Muktabar, dan bukan berdasarkan Aqalnya semata-mata,
b. Memakai serban, jubah, kayu Sugi, celak dan lota,
c. Memasak dan makan mengikut Sunnah Nabi saw,
d. Membelanjakan harta dan korban di jalan Allah,
e. Mengajak dan menghidupkan solah berjemaah 5 waktu sehari semalam,
f. Mengajak manusia kepada agama dengan berhikmah,
g. Merendahkan dan menahan nafsu dari perkara yang tidak disukai Allah,
h. Mendekatkan diri dan menangis kepada Allah,
i. Menjauhkan diri dari wanita-wanita yang bukan Mahram,
j. Memalukan dan menebalkan muka untuk mengajak manusia kepada Allah,
k. Menutup muka dan memakai hijab bagi si isteri dan anak-anak perempuan,
l. Hilang kawan kerana sentiasa kerap mengajak manusia kepada Agama,
m. Memelihara Janggut,
n. Mengamalkan dan menghidupkan Sunnah-sunnah Nabi saw yang lain,
o. Sentiasa bermujahadah di jalan Alah selama 3 Hari, 40 Hari, 4 bulan, dan
Setahun,
p. Melagangkan usaha Tabligh adalah satu-satunya Usaha Dakwah yang
bergerak ke serata Alam.

2. Kami juga tidak pernah mengatakan orang Tabligh itu sesat kerana
menunjukkan amalan Zahir yang Soleh seperti apa yang dinyatakan di atas.

3. Tetapi sesungguhnya, punca sebenarnya Kesesatan Orang-orang Tabligh


itu adalah terletak pada isi atau Intipati Penyampaian Dakwahnya itu.

4. Ingatlah sahabat-sahabatku, bahawa kami ini bukan melarang kerja atau


Usaha Dakwah Nabi saw itu, tetapi kami melarang dan mengharamkan si
jahil berkata-kata Agama tanpa belajar Ilmu Tauhid.

5. Ini adalah suatu Perintah Allah swt kepada kami agar melakukan Al-Amru Bil
Maruf (Mengajak Manusia ke arah kebaikan) dan Nahyu Anil Munkar
(Mencegah daripada Kemungkaran) yang berlaku kepada Ummat akhir zaman
ini, lebih-lebih lagi di dalam Ilmu Tauhid.

6. Jangan lah ada di antara kita di sini memberi alasan bahawa,

Kami hanya Niat mahu Belajar cakap-cakap Agama.

10
7. Kerana sesungguhnya, niat yang baik itu, tidak boleh menghalalkan cara.
Kami tekankan sekali lagi kepada para pembaca yang budiman, bahawa ;

Tujuan risalah ini adalah sebagai Memberi Peringatan kepada mereka


(Orang-orang Tabligh) yang banyak berkata-kata Agama walaupun di dalam
keadaan Jahil Agama.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Jika ada orang Tabligh berkata lagi,

Ini pendapat kamu sahaja yang melarang kami berkata-kata agama di dalam
keadaan Jahil. Ulama lain tak ada kata apa-apa pun?

8. Baiklah, kami jawab perkataan mereka itu!

9. Saudara dan Saudari pembaca yang budiman, di dalam Cabang Ilmu Furu
atau lebih dikenali sebagai Ilmu Fiqh. Terdapat di dalam kebanyakan Kitab Ilmu
Fiqh, ada menerangkan Bab Riddah (Murtad).

10. Ini ditujukan khas kepada Muslimin dan Muslimat agar sentiasa menjaga
dan memelihara lidah dari perkara-perkara yang boleh membawa Riddah
(Murtad). Malah, inilah yang sering dilanggar dan sering berlaku kepada orang-
orang Tabligh yang jahil di dalam Ilmu Agama.

11. Untuk mempertegaskan dalil kami ini, marilah kita sama-sama menelaah Kitab
Bughyatut Talib Li Marifatil Ilmid Diniyyil Wajib, bagi Asy-Syaikh Abdullah
Al-Harari Al-Maruf Bil Habasiyyi, Juzu 1, m/s 71.

BABUR RIDDAH (BAB MURTAD)

- Ini suatu fasal pada menyatakan tentang Riddah (Murtad). Wajiblah di


atas setiap orang Islam menjaga keislamannya, dan memelihara keislamannya

11
daripada perkara yang merosakkan Islam, dan membatalkan Islam, dan
memutuskan Islam, iaitu RIDDAH (MURTAD), Waliyazubillahi Taala.

Dan telah berkata Imam Nawawi serta lain Ulama,

Bermula Riddah @ Murtad itu sekeji-keji perkara dari segala cabang


kekufuran.

Dan, lagi pada Halaman 72.

Syarah : Pada ini zaman, ramai dari kalangan manusia menggunakan


lidah-lidah mereka untuk bercakap dengan perkataan yang rosak, yang
mengeluarkan daripada agama Islam.

(Menyebabkan orang yang bercakap itu Murtad atau terkeluar dari Islam. Pent.)

Dan, tidaklah mereka memandang atau merasakan akan perkara yang


demikian itu dapat mengeluarkan (diri mereka) daripada agama Islam.
Bahkan, mereka juga tidak memandang atau merasakan akan perkara ini
sebagai suatu dosa kesalahan. Dan, mereka masih merasakan bahawasanya
diri mereka itu tetap sebagai orang Islam.

Hal ini bertepatan dengan Sabda Nabi SAW,

12
Sesungguhnya, seorang Hamba itu berani berkata-kata dengan
sesuatu perkataan, yang mana ia tidak merasakan dengan perkataan itu
sebagai suatu dosa, yang menyebabkan dia terhumban dengan sebab
perkataan itu ke dalam Api Neraka Jahannam selama 70 tahun.

Hadis Hasan, Riwayat Tarmizi dalam Kitab Zuhud.

Dan telah mengeluarkan Imam Bukhari di dalam Sahihnya, pada Bab


Hifzul Lisan (Menjaga Lidah) dalam Kitab Ar-Riqaq.

Sesungguhnya, seorang hamba itu berkata-kata dengan satu


perkataan yang memisahkan (iman dan islam) pada perkataan itu.

Tergelincir ia dengan sebab perkataan itu ke dalam api neraka, yang


mana jaraknya (dalam neraka itu) lebih jauh daripada jarak timur dan barat.

...................................

12. Kesimpulannya, inilah kesan berkata-kata agama di dalam keadaan Jahil.


Tidak sedar sudah jatuh ke dalam keburukan, tetapi menyangka apa yang
dibuatnya itu benar-benar agama. Malah, dilabelkan kata-kata Murtad dan
Kufur itu sebagai Kata-kata Iman.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13. Lalu, mereka (orang-orang Tabligh) melawan hujjah yang kami sampaikan ini
dengan kata-kata seperti di bawah,

13
Beranikanlah diri untuk bercakap agama apa sahaja. Dan, jangan
takut tersalah cakap tentang agama. Kita ini hanya niat nak belajar-belajar
cakap agama. Allah pasti ampunkan para Jemaah Tabligh yang telah terlalu
banyak berkorban di Jalan Allah.

14. Secara tidak langsung, mereka telah menafikan amaran yang telah
disampaikan oleh Penghulu kita, iaitu Nabi saw sendiri dengan kata-kata hujjah
aqal mereka sendiri.

15. Apakah musibah yang melanda ummat akhir zaman ini? Sehingga ada di
antara manusia yang berani berkata-kata agama menggunakan Aqal semata-
mata, dan sanggup melemparkan Nas dan keterangan Agama di belakang
mereka.

16. Maka, Adakah hukum Allah itu boleh disangkal dan boleh ditolak dengan
Keputusan Mesyuarat ibarah sampah yang boleh dipijak-pijak sesuka
hati?

17. Tidakkah para pembaca budiman melihat kesesatan mereka ini!!!


Kesesatan Pertama! Melawan, malah engkar dengan apa yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad saw, dan juga Ulama dan Fuqaha
(Kitab-kitab Muktabar).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

18. Antara contoh perkataan-perkataan orang Tabligh, yang banyak menyesatkan


manusia-manusia yang awwam ialah,

a. Semua perkara itu telah Allah tetapkan, tetapi Iman masih belum Allah
tetapkan, ianya bergantung sejauh mana kita berkorban di jalan Allah
(Keluar Cara Tabligh).
b. Allah Taala sangat mengasihi AGAMA-Nya lebih daripada NABI-NABI-
Nya, ALLAH Taala sanggup lihat Nabi-Nya disusah payahkan. Tetapi tuan-
tuan, Allah Taala tak sanggup biarkan agamanya runtuh walau sedikit pun.
c. Tuan-tuan, Iman itu hanya dapat ditingkatkan dengan perantaraan
dakwah sahaja. Jadi InsyaAllah, sapa nak keluar 4 Bulan, 40 Hari, 3 Hari..
Sila bangun tuan-tuan bagi nama.....
d. Tuan-tuan, sewaktu Nabi Ibrahim as masih kecil dan belum beriman,
dia telah mengatakan Bulan, Bintang, dan Matahari itu Tuhan. Tetapi,
selepas ia beriman,...

14
e. Kalau Allah swt tak boleh ubah Taqdir buruk (Kufur dan Maksiat) kita,
maka Allah Taala bukan Tuhan.
f. Dalam Al-Quran ada perkataan Izin Allah, Tuan-tuan, kita ini melakukan
sesuatu itu semua dengan Izin Allah. Tanpa Izin Allah, kita semua tak
boleh bergerak. Daun-daun di hutan, sehinggakan pasir-pasir dilautan
semua bergerak dengan Izin Allah.
g. Maksud hadis lebih kurang; Abu Bakar ra tanya Nabi saw selepas masuk
Islam; Apa kerja aku? Nabi saw bersabda; Kerja tuan sama lah
dengan kerja saya. Abu Bakar ra faham bahawa kerja Nabi saw ada lah
dakwah. Abu Bakar terus buat dakwah dan dapat mengislamkan 6 orang
pada masa hari itu juga. Apa yang Abu Bakar ra belajar masa itu? Iman..
yakin bahawasanya ALLAH taala sahaja rob sekelian alam. Abu Bakar
terus buat dakwah, ilmu satu inci pun tarak apa yang tau? "Allah maha
kuasa makhluk tiada kuasa" lagi? kalimah toibah.

19. Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Hadis yang menjelaskan perkara-perkara
ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu
berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya.

20. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab, maka
ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh di atas Kalimah Dakwah
Nabi saw.

21. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Ini kerana, sumber utama bagi orang-
orang Tabligh untuk berkata-kata Agama ialah hanya dari sahabat-sahabatnya
yang jahil, dan juga dari bayan-bayan yang didengarinya sebelum ini.

22. Sedangkan Ilmu Dakwah itu datangnya dari Nabi saw, turun ke Sahabat, turun
ke Tabiin dan turun ke ulama dan Fuqaha (Kitab-kitab Muktabar).

23. Ketahuilah oleh mu! Tiadalah dakwah itu digelar dakwah jika berkata-kata
agama berdasarkan Fikir-fikir Agama, dan bukan sumbernya dari menelaah
atau mengaji Kitab-kitab Muktabar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

24. Jika ada orang-orang Tabligh berkata,

Tak kan salah, semua orang dah cakap macam tu. Kalau macam tu, satu
dunia boleh Murtad lah. Zalimlah Allah Taala?

25. Ya, jika satu dunia menyebut perkara-perkara yang melanggar batas Asas-
asas Agama (Usuliddin). Maka, satu dunia menjadi Murtad dan mesti bertaubat
kembali. Allah Taala tetap tidak zalim.

15
26. Kita ini adalah milik Allah, jadi Allah bebas melakukan sesuatu perkara di atas
diri kita. Inilah Haq Allah Taala. InsyaAllah, kami akan terangkan masalah ini di
dalam Risalah yang akan datang.

27. Ketahuilah olehmu, di dalam Agama Islam, tiada perkataan Majoriti. Apa yang
salah, ia tetap salah walaupun majoriti berkata begitu. Ini kerana, perkara
Agama itu mesti bersumberkan Al-Quran dan Hadis, Ijmak dan Qias yang
diambil dari Al-Quran dan Hadis.

28. Satu dalil dari Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak dan Qias sahaja sudah cukup untuk
menghapuskan segala majoriti yang ada.

29. Mudah-mudahan kita semua mengambil berat akan sesuatu perkara agama,
dan bukan menjadi orang yang bermudah-mudah di dalam berkata-kata
agama. Islam itu mudah, tetapi jangan ambil mudah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

30. Baiklah, para pembaca yang budiman! Kini, kami bawakan pula beberapa buah
Kitab Muktabar yang menerangkan bahawa hukuman Haram, benar-benar
jatuh kepada si Jahil yang suka berdakwah agama, seperti orang-orang
Tabligh.

31. Tersebut lagi di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin, bagi Asy-Syaikh Nasar bin
Muhammad bin Ibrahim As-Samarqandiyy (Uzbeckistan), m/s 33, baris 5
dari bawah.

- ...... Telah berkata Al-Faqih Abul Lais Ra, Orang yang melakukan
AMAR BIL MARUF berhajat (perlu) kepada lima perkara.

Pertama, Ilmu pengetahuan. Kerana bahawasanya, orang yang jahil


tentang ilmu agama tidak layak sama sekali menjalankan kerja Al-Amru Bil
Maruf. (Menyuruh berbuat kebaikan / Dakwah kepada kebaikan).

...............................

10. Tersebut lagi di dalam Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah Ala Matni Jauharatit
Tauhid, bagi Asy-Syaikh Al-Allamah Ibrahim b. Muhammad Al-Bayjuri, m/s

16
329, baris 7 dari atas. Cetakan Maktabah Darus Salam, Al-Qaherah,
Jumhuriyyah Misr Al-Arabiyyah. Cetakan ke-3, 1427 H / 2006 M.

- Dan, ketahuilah oleh mu, bahawasanya Wajibnya kerja Al-Amru Bil Maruf
Wal Nahyu Anil Munkar dengan beberapa syarat.

Pertama; Bahawasanya, hendaklah ada orang yang menjalankan kerja


demikian itu (Al-Amru Bil Maruf Wal Nahyu Anil Munkar), berilmu dengan apa
yang disuruh dan dengan apa yang dilarang.

Orang yang jahil tentang Ilmu Agama tidak halal (Haram) baginya
melakukan kerja Al-Amru Bil Maruf Wal Nahyu Anil Munkar.

Tidak Halal bagi orang awam (Bukan dari golongan orang yang berilmu
agama) melakukan Al-Amru Bil Maruf Wal Nahyu Anil Munkar pada perkara
yang ia tidak berilmu tentangnya.

Adapun, pada perkara yang diketahui Hukumnya secara jelas oleh


orang awam, dan orang yang berilmu Agama. Maka, bolehlah orang awam itu
melakukan kerja Al-Amru Bil Maruf Wal Nahyu Anil Munkar pada perkara
tersebut itu sahaja.

...............................

11. Tersebut di dalam Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad


Al-Amir Ala Syarhi Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li
Jauharah At-Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha Ithaful
Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis Salam Al-Malikiyy Ala Jauhatit Tauhid Al-
Mazkurah., m/s 161, baris 11 dari bawah.

17
-.....Dan sebahagian daripada syarat halalnya melakukan Al-Amru Bil
Maruf iaitu bahawa hendaklah ada orang yang menyuruh dengan perkara Maruf
itu berilmu agama dengan apa yang disuruhnya akan dia, dan dengan apa yang
dilarangnya akan dia.

Maka, tiada halal (Haram) bagi si jahil tentang hukum hakam agama
(aturan hukum agama) mencegah, atau melarang apa yang dia lihat akan dia.
Dan, tiada halal (Haram) ia menyuruh dengan suatu perkara tentang agama, yang
ia tidak berilmu tentangnya.....

.........................

32. Kesimpulannya, dapatlah diketahui bahawa Haram berdakwah di dalam


keadaan Jahil. Dan, dakwah itu hanya boleh berjalan ke atas mereka yang tahu
atau berilmu di atas perkara yang mahu didakwahkan.

33. Belajarlah sahabat-sahabat ku, belajarlah Tauhid!! Belajar dari Kitab-kitab


Tauhid yang Muktabar supaya kita dapat mengenal keburukan dan
menyelamatkan diri darinya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

34. Sebagai memberi alasan, mereka mengatakan lagi,

Majlis kami bukan Majlis Ilmu, tapi majlis fikir-fikir Agama.

35. Ketahuilah oleh mu, di majlis di mana menyebut nama Allah dan menceritakan
perihal perkara-perkara Samiyyat (Perkara-perkara yang Ghaib), yang hanya
dapat diketahui melalui keterangan-keterangan Al-Quran dan Al-Hadis. Maka,
majlis itu adalah Majlis Ilmu Tauhid.

36. Dan, tidak ada jalan bagi aqal (fikir-fikir agama) boleh masuk pada
memahami perkara-perkara Samiyyat, seperti wujudnya dosa dan pahala,
syurga dan neraka, Masyhar dan Mizan, azab dan nikmat kubur,
perjalanan ruh, dan hal ehwal huru-hara hari Qiamat melainkan dengan
perkhabaran Syara, iatu Al-Quran dan Hadis.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

37. Telah berkata lagi orang-orang Tabligh yang masih lagi tidak berpuas hati
dengan penerangan kami,

Kalau kamu bertaubat, Allah pasti ampunkan. Kenapa kamu mesti


menyebarkan keburukan Jamaah Tabligh?

18
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peringatan Ke-2!!

1. Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca yang Insaf, cara Taubat Iktiqad itu
adalah berlainan dengan Taubat kesalahan yang tidak membawa Murtad.
Maka, cara Taubat Iktiqad itu ialah Mengakui Kesalahan, Serta Menarik Balik
Kenyataan atau Kepercayaan Yang Salah itu.

2. Perkara Taubat Iktiqad ini telah dinyatakan di dalam Kitab Aqidatun Najin Fi
Ilmi Usuliddin, bagi Al-Alim Al-Allamah Asy-Syaikh Zainul Abidin b.
Muhammad Al-Fathani, m/s 120, baris 3 dari atas.

- Dan lagi, disyaratkan rujuk (kembali) Ia (orang yang Murtad) daripada


barang yang mengharus (mengboleh) ia akan dia (akan perkara yang haram) itu,
serta mengucap dua kalimah itu.

Jika adalah kufurnya dengan engkar akan (suatu) fardhu umpamanya, atau
mengharuskan (membolehkan) apa yang diharamkan.

Maka, hendaklah ia rujuk (kembali) pada ingkarnya, (Dengan menarik balik


kata-kata yang engkar. Pent.) serta mengucap 2 kalimah itu.

.........................

3. Panggillah beberapa Sahabat yang boleh dipercayai. Yang pertama, menarik


kembali kata-kata yang SALAH itu semula seperti apa yang saya lakukan.
Yang keduanya, mengucap dua Kalimah Syahadah.

4. Ini satu Peringatan! Selagi saudara dan saudari pembaca tidak


menarik kembali kata-kata yang Murtad itu, syarat Taubat masih belum
sempurna.

5. Contoh terbaik dalam perkara Taubat dan rujuk kembali daripada keyakinan
dan aqidah yang Salah ialah Qisah Taubat Al-Imam Abul Hasan Al-Asyaari,

19
Imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau mengisytiharkan Taubatnya pada
Hari Jumaat di atas Mimbar Masjid Jamek di Basrah, Iraq.

6. Beliau telah memperincikan setiap kesalahan aqidah yang telah beliau anuti
dan yang telah disebarkan kepada orang ramai. Apa yang lebih penting lagi,
beliau karang Kitab tentang kesalahan dan kesesatan Aqidah yang beliau
anuti sebelum Taubat itu dan Kitab itu disebarkan kepada orang ramai
sebagai panduan.

7. Sila rujuk Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, bagi Asy-Syaikh Hasan As-
Sayyid Mutawalli, Juzu yang pertama, m/s 18-19. InsyaAllah, kami akan
kisahkan perkara ini di dalam Risalah yang akan datang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. Dan, inilah nasihat kami yang terakhir kepada semua manusia, istimewanya
orang-orang Tabligh yang berdakwah (cara Tabligh) dan berkata-kata agama
bersumberkan sahabat-sahabatnya yang Jahil.

9. Telah lalu disebut di dalam Kitab Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuliddin, bagi Al-
Alim Al-Allamah Asy-Syaikh Zainul Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s
12, baris 15 baris dari atas.

.....(Sahdan) Telah berkata Ulama, Haram belajar Ilmu Usuliddin (Asas


Agama) daripada orang yang tiada mahir ilmunya. Dan, tiada mengambil daripada
gurunya.

Maka, adalah pada zaman sekarang ini, beberapa daripada manusia


yang mendakwa dirinya Alim yang mengajar ia akan manusia yang awam
dengan pengajaran yang menyesatkan.

(Dan setengah) Daripada mereka itu yang berpegang dengan Ayat Al-
Quran yang Mutasyabihat (yang samar2) atau Sunnah (hadis) yang Mutasyabihat
(yang samar-samar).

Pada hal, tiada dilintangkan dengan Qawati aliah (Pemutus hukum akal)
dan Naqliah yang Muhkamat (Ayat-ayat Al-Quran yang terang), tetapi mengambil

20
mereka itu dengan Zawahir (Zahir-zahir yang nyata) ayat Mutasyabihat (yang
samar).

Maka, jadi jatuh mereka itu pada laut kufur (kafir). Maka, sesat mereka
itu, dan lagi menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. Auzubillahi
minzalik.

Maka, adalah mereka itu seperti dajal atau terlebih jahat dari dajal.

........................

10. Sedarlah, jangan berkata-kata Agama jika kita merasakan kita jahil Agama.
Janganlah hanya berdalih dengan mengatakan pelbagai alasan.

11. Kelak, kita ini akan menjadi seperti dajal, malah akan menjadi terlebih
jahat dari dajal kerana menyesatkan manusia atas nama Dakwah Nabi
Muhammad saw.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAIKLAH!!! SELEPAS INI. PENGARANG AKAN MENYATAKAN SEGALA


PERKATAAN-PERKATAAN YANG PERNAH DISEBUTKAN DI KALA
KEJAHILAN SEMASA MEMBUAT USAHA TABLIGH.

1. Perkara-perkara ini memang pernah di sebut oleh saya, dan juga sahabat-
sahabat saya yang pernah membuat Usaha Tabligh selama mana mereka
berada di dalam Jamaah Tabligh.

2. Mudah-mudahan memberi petunjuk oleh Allah kepada kita bagi mengenal


kesesatan-kesesatan yang halus lagi tersembunyi di akhir zaman ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN-FAHAMAN TAUHID


YANG DI AJARKAN KEPADA SAYA SEMASA
BERGERAK DI DALAM USAHA TABLIGH.

A. TAUBAT YANG PERTAMA.


1. Dahulu aku pernah menerangkan adab Tidur seperti di bawah ini;

Contoh 1

21
- Tuan-tuan, adab Tidur yang datangnya dari Rasululah saw itu ada 2 cara;

a. Cara Pertama ialah kita tidur di atas lambung kanan seperti keadaan
mayat diletakkan di dalam kubur. Muka dan badan kita menghadap ke
arah qiblat.
b. Cara Kedua ialah tidur menegak, iaitu kita letakkan kepala ke arah
qiblat, dan kaki ke arah yang berlawanan Qiblat.

2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini.

- Saya yakin kedua-dua cara tidur ini adalah cara atau Sunnah Nabi saw.
- Kaki tidak boleh menghadap ke arah Qiblat kerana ia merupakan suatu
perbuatan yang tidak beradab dan juga merupakan suatu dosa jika
dilakukan.

Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang salah


lagi menyesatkan ini kepada kamu semua.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

A. PENERANGAN TAUBAT PERTAMA


1. Para pembaca sekalian, jika kita tidak mengenal adab tidur yang sebenar.
Maka, kita semua akan percaya dan mengikut seperti apa yang di sampaikan
oleh orang-orang Tabligh ini.

2. Jatuh kita ke dalam keburukan kerana Jahil di dalam Agama, malah perkara
yang sesat ini kita sampaikan kepada orang lain dengan sangkaan ini
merupakan Sunnah Nabi saw yang sebenarnya.

3. Lalu, kita lagangkan perkara salah ini di atas nama Nabi saw tanpa sebarang
bukti dan sumber rujukan. Maka! Satu lagi tiket ke Neraka Jahannam telah
ditempah kepada si penyampai Adab Tidur yang dikatakan dari Nabi saw
ini.

4. Kepada orang-orang Tabligh! Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang
menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa,
halaman dan juzu berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya.

5. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab, maka
ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh itu sendiri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22
6. Untuk mengetahui adab Tidur yang sebenar, marilah kita sama-sama
membuka Kitab Maraqil Ubudiyyah, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi
Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 41, baris 15 dari bawah. Beginilah nas
Ibarah Kitabnya,

- .....Dan, bermula mengadap Qiblat itu di atas dua bahagi. Salah satu dari
keduanya itu, mengadap Qiblat bagi orang yang hadir kepadanya oleh kematian.
Dan, dia itu tidur terlentang di atas tengkuknya.

Maka, bentuk mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu, bahawa
adalah mukanya, dan kedua tapak kakinya mengadap ke arah Qiblat.

................................

7. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Ihyau Ulumiddin, bagi Al-Alim Al-Ulama
Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, Juzu 1,
m/s 349.

- ...Dan adab ke tujuh, bahawa tidur ia mengadap akan Qiblat. Dan,


bermula mengadap Qiblat itu atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya,
mengadap Qiblat orang yang hadir kepadanya kematian.

Dan, yaitu terlentang di atas tengkuknya. Maka, mengadap Qiblat orang


yang tidur terlentang itu bahawa adalah mukanya, dan dua tapak kakinya
mengadap ke Qiblat.

......................................

23
8. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis
Suffiyah, yang diterjemah dari Kitab Lubabu Ihyai Ulumiddin Al-Alim Al-
Ulama Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali.
Oleh Al-Allamah Al-Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani
Rahimahullah Hi Taala, Juzu 1, m/s 230, baris 11 dari atas.

- (Dan Adab yang ketujuh) Sunnah ia tidur mengadap Qiblat. Bermula


mengadap qiblat itu atas dua bahagi.

a. Pertama, seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas


belakangnya. Dan, adalah mukanya, dan dua tapak kakinya itu, kepada
qiblat itu.
b. Kedua, menghadap qiblat seperti mayat di dalam kubur. Yaitu (Iaitu),
dijadikannya akan lambungnya yang kanan itu ke bawah. Dan, adalah
mukanya, dan dadanya itu, mengadap qiblat.

..........................

9. Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka
kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah
Qiblat.

10. Setelah diterangkan segala panjang lebar Nas Agama seperti di atas, tetapi
tiba-tiba muncul seseorang manusia berkata,

Mana boleh, tidak elok kaki itu mengadap Qiblat.

11. Ketahuilah olehmu, bahawasanya manusia yang muncul ini merupakan


manusia yang suka mendahului aqalnya lebih dari Nas Agama. Maka,
jauhkanlah diri kamu akan orang yang bersifat seperti ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

24
12. Ketahuilah wahai para pembaca yang cintakan Allah! Telah dikhabarkan
kepada kami, bahawa kedudukan kita ini di Asia Tenggara adalah di bahagian
Tenggara Kaabah. Dan, ia juga mengadap bahagian Al-Hajarul Aswad di
sebelah tenggara Kaabah.

13. Binaan Kaabah atas bumi sememangnya begini. Empat segi mewakili empat
arah. Kalau nak tengok peta, ada dalam Kitabnya bernama Sullamul Munajah
Syarah ala Syafinatus Solah, m/s 14. Ada gambar peta di situ, sudut Al-
Hajarul Aswad tepat jatuh pada Banten Tanara, Pulau Jawa.

UTARA

BARAT KAABAH TIMUR

Al-Hajarul Aswad
SELATAN

Rajah 1.0 Kedudukan Kaabah

14. Adalah salah satu Sunnah Nabi saw, bahawa kita melakukan perbuatan
mengucup atau mencium Batu Al-Hajarul Aswad di Makkatul Mukarramah.
Adalah satu kemulian juga bagi kita, jika kita dapat mengucup di tempat yang
mana bibir Nabi Muhammad saw kucupi. Mudah-mudahan selamatlah kita dari
api neraka.

15. Seperti apa yang dipelajari di atas, tatkala kita bangun dari tidur dan
mengangkat badan kita. Maka, muka dan dada kita akan terus menghadap
qiblat.

25
16. Bukanlah seperti apa yang diajarkan oleh orang-orang Tabligh, bila mana
seseorang itu bangun dari tidurnya, punggung mereka telah awal-awal lagi
sudah dihadapkan ke arah qiblat. Jadi, mereka telah membelakangi dan
membuntuti Al-Hajarul Aswad.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

D. KESIMPULAN
1. Sedarlah wahai-wahai Sahabat-sahabatku yang takutkan Allah!
Istimewanya, orang-orang Tabligh yang benar-benar ingin mencari
Keampunan Allah!

2. Janganlah ada di antara kita di sini yang gemar berkata-kata Agama


(Berdakwah) di dalam keadaan Jahil. Larangan berkata-kata Agama di dalam
keadaan Jahil adalah merupakan larangan dari Nabi Muhammad saw sendiri.

3. Ketahuilah olehmu! Apabila seseorang berkata-kata Agama di dalam


keadaan Jahil, maka telah jatuh (berlaku) ke atas diri mereka, melakukan
perbuatan-perbuatan yang Bidaah pada Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan.

4. Marilah kita sama-sama mendengar dengan sepenuh perhatian dengan apa


yang disampaikan oleh Tuan Guru kita yang sangat Alim lagi Allamah iaitu
Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabnya
iaitu Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmuminin Wama
Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, m/s 17, baris 11 dari bawah.

Ertinya,

26
(Hubaya-hubaya! Hai Tholib / Hati-hati! Wahai Penuntut.)

Pelihara akan dirimu daripada Iktiqad (Aqidah dan Tauhid), dan


Perkataan, dan Perbuatan yang Bidaah.

( Seperti apa yang kami terangkan mengenai Adab Tidur di atas, orang-orang
Tabligh ini telah mereka suatu Bidaah pada Perbuatan.

Orang-orang Tabligh ini juga banyak melakukan Bidaah dari Segi


Perkataan pada Majlis Bayan (Penerangan) mereka.

Dan, lantaran kerana banyak berkata-kata inilah, mereka jatuh kepada


Bidaah yang lebih dahsyat, iaitu melakukan Bidaah pada Iktiqad (Iaitu,
merekacipta Iktiqad (Keyakinan) yang menyalahi apa-apa yang dinyatakan di
dalam Kitab Tauhid Al-Asyairah.). Pent.)

(Dan) Janganlah bersahabat dengan Qaum yang mempunyai Bidaah lagi


Dholalah (Sesat). Dan, janganlah muliakan mereka itu.

(Kerana), Sabda Nabi saw,

Ertinya, Barangsiapa memuliakan akan ahli Bidaah. (Dari Segi Iktiqad,


Perbuatan dan Perkataan. Pent.)
(Maka, sa nya) Menolongi ia pada meruntuhkan Agama Islam.
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Imam Baihaqiyy.

(Dan) Lagi Sabda Nabi saw,

Ertinya, Ahli Bidaah itu, sejahat-jahat Makhluq dan Tabiat (Perangai).


Telah meriwayatkan akan Hadis ini Abu Nuaim.

(Dan lagi) Sabda Nabi saw,

27
Ertinya, Barangsiapa menghinakan Ahli Bidaah, nescaya
disentosakan Allah Taala akan dia pada hari Qiamat, daripada haru hara
terkejut yang amat besar.
Dan, dipeliharakan Allah Taala akan dia, daripada bahaya.

(Ketahui) Olehmu Hai Tholib, bahawasanya semata daripada Kurnia


Allah Taala, kepada segala Hambanya. Tiada jua Zahir (Muncul) Ahli Bidaah itu
pada suatu tempat, melainkan dizahirkan (dimunculkan) Allah Subhanahu Taala
seorang Hambanya yang mendirikan Hujjah dan Dalil yang menolakkan Bidaah.

(Yakni, seseorang yang akan bangun mendirikan Kebenaran dan menolak dari
perkara Bidaah itu, adalah dari kalangan mereka sendiri. Pent.)

Seperti, Sabda Nabi saw,

Ertinya, Tiada Zahir ahli Bidaah, melainkan adalah dizahirkan Allah Taala
atas mereka itu seorang daripada Hambanya yang membangkitkan Hujjah,
dan Dalil yang menolakkan Bidaah itu.
Telah meriwayatkan Hadis ini Ibnu Hakim.

(Soal) Apa Murad (Maksud) daripada Bidaah itu. (Jawab) Bahawa, Murad
daripada Bidaah itu, mengadakan dan membaharui suatu pekerjaan yang tiada
daripada Agama Nabi kita Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam sama ada
pekerjaan itu Iktiqad atau Perbuatan.

( Orang yang tidak pernah mengaji Agama, mereka hanya kenal perkara Bidaah
Perbuatan sahaja. Sedangkan, ada juga Bidaah dari segi Iktiqad.

Tidakkah kamu sedar wahai orang-orang Tabligh?

Perbuatan kamu penuh dengan Perbuatan Sunnah Nabi saw. Tetapi,


Iktiqad (Aqidah dan Kepercayaan) kamu adalah penuh dan sarat dengan
Aqidah yang sesat, lagi bertentangan dengan Aqidah yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad saw. Pent.).

....................................................

5. Sayugianya, peliharalah dan sampaikan peringatan ini kepada dirimu,


keluargamu, dan saudara-saudaramu dari melakukan perkara-perkara Bidaah
pada Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan.

28
6. Dan, jika ada di antara mereka yang engkar dengan apa yang kamu
sampaikan, maka janganlah kamu bersahabat dengan mereka.

7. InsyaAllah, di dalam risalah-risalah yang akan datang! Kami akan bangkitkan


hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang lebih banyak lagi, bagi menolak perkara-
perkara Bidaah Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan yang berlaku di dalam
Jamaah Tabligh, yang membawa kepada jatuhnya Hukum Riddah (Murtad).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

E. Isi-isi Penting Risalah Ke-1 ini

No. Isi-isi Penting Muka Surat

1.0 Kata-kata pengarang, Firdaus bin Mazlan bin Siam. 02.


2.0 Senarai Rujukan Kitab-Kitab Muktabar. 04.
3.0 Boleh tak, sekiranya aku tidak mahu tahu apa
masalah Tabligh ni? 08.
4.0 Kami tidak menyalahkan Tabligh di atas perkara ini, dan
apakah sebenarnya masalah orang Tabligh ini? 09.
5.0 Peringatan kepada setiap Individu Tabligh yang membuat
Kerja Agama.(Dakwah). 10.
6.0 Siapakah yang sebenarnya melarang orang-orang yang Jahil
dari membuat kerja dakwah? 11.
7.0 Kesesatan yang Pertama dari orang-orang Tabligh! 14.
8.0 Menyangkal alasan Majoriti. 15.
9.0 Senarai Kitab-kitab Muktabar yang mengharamkan
kerja dakwah di atas orang-orang Jahil Agama. 16.
10.0 Alasan mengatakan bukan Majlis Ilmu, tetapi hanya
Majlis Fikir Agama. 18.
11.0 Jika sudah berTaubat, kenapa mahu menyebarkan keburukan
orang lain? Kenapa perlu disebarkan kepada umum? 18.
12.0 Cara Taubat Iktiqad di dalam Kitab AqidatunNajin. 19.
13.0 Nasihat kami apabila seseorang yang ingin belajar Agama Islam. 20.
14.0 Taubat Ke-1 - Adab Tidur yang didustakan atas Nama Nabi saw? 21.

29
15.0 Kesimpulan! Nasihat yang baik oleh Asy-Syaikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah Al-Banjariyy. 26.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika ada sebarang kesulitan, pertanyaan dan sebagainya, sila hantarkan email
kepada saya:

greens_lavender3@yahoo.com ATAU greens_lavender4@yahoo.com

FARDHU AIN BELAJAR TAUHID IAITU MENGESAKAN


ALLAH DARI SEGI ZAT, SIFAT DAN PERBUATAN ALLAH
TAALA (SIFAT WAHDANIYYAH ALLAH TAALA)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pantun Nasihat Guru Ku

Pergi berburu ke padang datar,


Dapat Rusa belang kaki,
Kalau berguru kepalang ajar,
Macam bunga kembang tak jadi.

30

Anda mungkin juga menyukai