Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan Pertolongan Cemas

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pertolongan bermaksud perbuatan


atau hal yang memberi bantuan kepada org lain. Manakala cemas pula bermaksud keadaan
dimana setiap saat mereka berada dalam keadaan bahaya. Berdasarkan Wikipedia,
pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya
terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh
hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

Untuk pengetahuan semua, pertolongan cemas ini sangat penting bagi mengurangkan
kesengsaraan mangsa selepas berlakunya kemalangan sementara menunggu pertolongan
daripada pihak perubatan. Sebagai contoh, terdapat kemalangan jalan raya yang
mengakibatkan seorang remaja lelaki yang merempuh pokok menggunakan kereta. Kita
sebagai masyarakat yang prihatin berserta dengan ilmu pertolongan cemas memberi
pertolongan terhadap mangsa tersebut dengan teknik yang betul supaya tidak berlakunya
perkara yang tidak diingini berlaku seperti kematian. Dengan bantuan awal sebelum pihak
perubatan datang, kita telahpun mengurangkan kesengsaraan mangsa dengan pertolongan
cemas terbabit.

Dengan ilmu pertolongan cemas yang kita ada, kita mungkin dapat menyelamatkan
nyawa orang lain. Pertolongan cemas bukannya mudah dan bukannya susah untuk
dilaksanakan. Bagi melaksanakan pertolongan cemas ini, teknik dan kaedah melakukannya
amat penting untuk diketahui. Teknik dan kaedah yang betul dapat mengurangkan risiko
kegagalan rawatan awal untuk mangsa. Oleh itu, pertolongan cemas ini mestilah diketahui
oleh masyarakat supaya dapat membantu dan menyelamatkan orang lain.

1
2.0 Asas Pertolongan Cemas

2.1 Prinsip dan Konsep Pertolongan Cemas

Prinsip dan
konsep PC
Langkah-langkah
keselamatan Prinsip
kepada pengurusan
penyelamat dan situasi
mangsa kecemasan
Asas
pertolongan
cemas (PC)
Definisi dan
konsep Peraturan
pencegahan asas PC
keselamatan
Peranan dan
tanggungjawab
ahli PC

Rajah 2.1

Rajah 2.1 merupakan asas pertolongan cemas. Dengan ini, pertolongan cemas boleh
diklasifikasikan sebagai bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna daripada pihak perubatan.

Menurut Azizah (2012), pertolongan cemas dilakukan ke atas pesakit bertujuan untuk
membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Contohnya, mangsa lemas dalam keadaaan yang
tidak sedarkan diri ataupun mangsa yang mengalami pendarahan yang teruk. Hal tersebut
mampu mengancam risiko kehilangan nyawa ke atas mangsa. Maka, ahli pertolongan cemas
perlu menangani situasi yang mampu mengancam nyawa pesakit dengan memastikan
pernafasan pesakit dalam keadaan tidak terganggu dan masih bernafas. Pendarahan yang
berlaku seperti yang dinyatakan tadi yang berlaku ke atas pesakit juga perlu diberhentikan
dengan segera.

Seterusnya, bantu mula bertujuan untuk mengelakkan mangsa dari kecederaan yang
lebih teruk. Hal ini kerana sekiranya pertolongan cemas tidak dilakukan dengan segera ke atas
mangsa yang mengalami kecederaan. Maka, dibimbangi akan mendatangkan kesan yang
lebih buruk. Sebagai contoh, bahagian luka yang tidak dibalut dengan segera akan

2
mendatangkankan jangkitan kuman. Maka, pentingnya pengurusan kecederaan dengan kadar
segera bagi mengelakkan kesan sampingan yang lebih teruk kepada mangsa mahupun
penyelamat.

Selain itu, terdapat beberapa prinsip am pertolongan cemas yang perlu dipatuhi oleh
setiap orang yang hendak memberikan bantu mula ini. Yang terutama ialah menentukan
tindakan yang perlu diambil sebelum memulakan bantuan. Oleh itu, perhatikan sekiranya
terdapat punca bahaya ditempat kemalangan. Kedua, tentukan keselamatan diri sendiri
sebelum memberi bantuan kepada pesakit. Hal ini yang demikian agar individu yang hendak
memberi bantuan tidak menerima ancaman bahaya daripada persekitaran dan pesakit.
Malahan, langkah tersebut juga dilakukan agar kualiti pertolongan cemas diberikan ke atas
mangsa adalah baik dan sesuai mengikut situasi pesakit juga. Kemudian, beri bantuan kepada
mangsa hanya kalau benar-benar tahu asas pertolongan cemas. Untuk seseorang individu
yang tidak mengetahui berkenaan dengan asas bantu mula tidak digalakkan untuk membantu
mangsa. Oleh sebab yang demikian, individu tersebut mestilah meminta pertolongan daripada
orang yang mengetahui asas pertolongan cemas dan terus membuat panggilan kecemasan.

3
2.2 Prinsip Pengurusan Situasi Kecemasan.

Menurut Mohdzir (2015), mengamalkan prinsip dalam pertolongan cemas membantu


dalam mengelakkan situasi mangsa menjadi lebih serius dalam proses memberikan
pertolongan cemas dan mengurangkan kesakitan mangsa. Berdasarkan prinsip pengurusan
ini, bantuan awal untuk mangsa dapat diberikan dengan baik dan berkesan. Oleh itu, di sini
menunjukkan bahawa betapa pentingnya prinsip pengurusan situasi kecemasan ini bagi
memastikan mangsa dapat diberikan rawatan yang boleh mengurangkan kesengsaraan
mansa dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk melakukan
pertolongan cemas, individu tersebut haruslah melaksanakan beberapa perkara seperti:

1. Bertenang
Ketenangan amat penting sebelum menyelamatkan orang lain. Sekiranya individu
tersebut tidak bertenang, proses bantu mula akan terjejas. Apabila berasa gementar,
semestinya terdapat perkara yang lupa dilakukan oleh individu tersebut yang
menjejaskan keselamatan mangsa atau diri sendiri. Mulakan usaha pertolongan cemas
dengan memeriksa, memanggil dan menjaga. (3C= Check, Call, Care)

2. Minta bantuan daripada orang yang berhampiran


Penyelamat perlu meminta bantuan daripada orang sekeliling untuk mendapatkan
bantuan daripada pihak bomba, ambulans atau polis dengan membuat panggilan atau
mendapatkan bantuan luar yang dapat berbuat demikian. Jika boleh, dapatkan
seorang penolong kerana dia dapat menjadi saksi dan membantu anda dalam keadaan
yang sukar dikendalikan oleh anda seorang. Contohnya mengalihkan mangsa ke
tempat yang selamat.

3. Bertindak untuk menyelamat dengan pantas, cekap dan penuh keyakinan.


Tindakan penyelamat yang pantas cekap dan penuh keyakinan akan melancarkan
usaha dan proses menyelamatkan mangsa. Tindakan yang melulu dan gopoh akan
membahayakan diri ahli dan mangsa.

4. Hindari daripada keadaan yang membahayakan


Penyelamat perlu menjalankan tindakan pertolongan cemas kepada mangsa di tempat
yang selamat setelah mengalihkan mangsa daripada tempat yang merbahaya.

4
5. Dianogsa atau pengenalan punca kesakitan. (diagnosis)
Menilai dan mengenalpasti punca dan keadaan kesakitan mangsa. Melihat sama ada
mangsa terdapat kecederaan yang terbuka atau pendarahan yang perlu dihentikan
segera. Nilai tahap kecederaan mangsa dan tentukan tindakan seterusnya. Jangan
sekali-kali beri air atau makanan kepada mangsa. Hanya basahkan bibir mulut jika
perlu.

6. Hentikan pendarahan jika perlu.


Sekiranya mendapati pendarahan, usaha perlu dilakukan untuk hentikan pendarahan
terlebih dahulu. Hal ini kerana pendarahan yang berterusan pasti mengundang maut
berbanding dengan kecederaan lain, kecuali pernafasan tersekat. Pastikan hanya
lakukan sekadar yang diketahui, jangan sekali-kali mencuba kemahiran menyelamat
tanpa pengetahuan yang tepat kepada mangsa.

7. Kurangkan kejutan dan menenangkan mangsa.


Sekiranya mangsa sedar atau separuh ketika melakukan pertolongan cemas,
penyelamat perlu menenangkan pesakit dengan kata-kata yang menggalakkan dan
sentiasa memberitahu pesakit bahawa bantuan sedang diberikan dan ambulans akan
sampai secepat mungkin agar kekalkan kewarasan mangsa.

8. Tidak menggerakkan pesakit kecuali perlu.


Usaha ini dilakukan untuk mengelakkan kecederaan pada mangsa menjadi lebih serius
akibat pergerakan yang tidak diperlukan. Pergerakan selepas kecederaan akan
menggerakkan luka dan menyebabkan lebih pendarahan atau pergerakan tulang
patah/bahan tertusuk pada kecederaan lebih jauh daripada kedudukan asal.

9. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas.


Usaha ini dilakukan agar memberi kelegaan kapada mangsa untuk bernafas dengan
baik dan normal ketika mengalami kesakitan. Tetapi, tidak digalakkan untuk
menanggalkan pakaian mangsa. Hal ini yang demikian bagi mengelakkan daripada
timbulnya masalah lain yang mendatangkan keburukan ke atas mangsa.

10. Hantar pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan profesional dan rapi
daripada pihak bertauliah.
Usaha ini dilakukan agar mangsa mendapat rawatan yang sempurna dan dikendalikan
oleh pihak perubatan dan jururawat dengan kepakaran dan ubat yang lebih berkesan
serta menyembuhkan.

5
2.3 Peraturan Asas Pertolongan Cemas

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), peraturan didefinisikan sebagai


segala yang telah ditentukan dan mesti dituruti. Seperti yang kita sedia maklum, segala
prosedur mesti ada peranturannya. Peraturan pertolongan cemas amat penting bagi
memastikan individu terbabit tidak melakukan kesilapan terhadap bantu mula yang dilakukan
kepada mangsa. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh penyelamat ketika
melaksanakan pertolongan cemas ke atas pesakit atau mangsa. Hal ini yang demikian, agar
proses pertolongan cemas berjalan dengan lancar dan teratur.

Antaranya ialah membuat penilaian keadaan. Penyelamat mestilah menilai keadaan


mangsa dan persekitaran di mana tempat berlakunya kemalangan tersebut. Hal ini bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku terhadap diri sendiri serta mangsa.
Mengutamakan keselamatan diri amat penting bagi mengelakkan situasi yang lebih serius.

Seterusnya ialah membuat diagnosa ke atas mangsa. Sebelum melakukan proses


bantu mula, penyelamat mestilah mengetahui keadaan mangsa serta situasi yang telah
berlaku terhadap mangsa. Dengan tindakan yang sedemikian akan mempermudahkan
penyelamat untuk mengenali punca dan mudah untuk melaporkan perkara yang berlaku
tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab seperti pihak perubatan, pihak bomba dan
sebagainya.

Selain itu ialah memberi rawatan sementara dengan menjalankan rawatan mengikut
prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. Di sini bermulanya pertolongan
cemas dilaksanakan. Seperti yang kita sedia maklmum, pertolongan cemas merupakan bantu
mula yang dilakukan terhadap individu kepada mangsa bagi mengurangkan kesengsaraan
mangsa sementara menunggu ketibaan pihak berkenaan datang. Bantu mula mestilah
dilakukan oleh orang yang mempunyai ilmu pertolongan cemas.

Yang terakhir ialah membuat laporan segera kepada pihak yang berkenaan seperti
pihak perubatan dan polis. Laporan yang jelas dan mempunyai bukti yang kukuh mampu
memudahkan rawatan susulan yang lebih berkesan dilakukan oleh doktor, malah tindakan
tersebut juga akan memudahkan siasatan pihak polis sekiranya situasi yang berlaku ialah
disebabkan oleh kemalangan atau sebagainya. Pendek kata, penyelamat perlu memberi
kerjasama kepada pihak hospital dan polis agar proses rawatan dan kebajikan mangsa
terjaga.

6
2.4 Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas.

Ahli pertolongan cemas merupakan individu terlatih yang mahir menjalankan kaedah
pertolongan cemas dengan sistematik dan beretika (Amzan, 2011). Ahli pertolongan cemas
juga ialah individu yang berdaftar dalam suatu persatuan pertolongan cemas. Sebagai contoh,
Persatuan Bulan Sabit Merah atau St. John Ambulance. Persatuan-persatuan ini sudah pasti
mempunyai visi dan misi tersendiri untuk direalisasikan bagi mencapai hasrat dan objektif
pada masing-masingnya. Oleh itu, setiap ahli yang terlibat secara langsung mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan apabila berhadapan dengan situasi-
situasi kecemasan. Walau bagaimanapun, menurut Rahman (2013), ahli pertolongan cemas
bukanlah individu yang tergolong dalam kalangan profesional seperti doktor dan pakar
perubatan melainkan mereka hanyalah kumpulan sukarelawan yang menjalankan tugas
menyelamatkan nyawa, rawatan sementara mahupun kegiatan sosial yang lain.

Antara tanggungjawab dan peranan ahli pertolongan cemas ialah sentiasa tenang
berhadapan dengan situasi kecemasan. Ketenangan ahli tersebut berperanan untuk
mengawal situasi persekitaran agar tidak mendatangkan tekanan dan gangguan kepada
mangsa. Hal ini yang demikian kerana gangguan semasa proses pertolongan cemas
dilakukan boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk ke atas mangsa.

Selain itu, ahli pertolongan cemas perlu memberi rawatan yang sesuai kepada
mangsa. Dalam hal ini, ahli tersebut perlu mengenal pasti tanda dan gejala kecederaan pada
mangsa. Bukan itu sahaja, tindakan segera untuk membuat panggilan ambulans atau
menghantar mangsa kecederaan ke hospital merupakan tanggungjawab ahli pertolongan
cemas (Malaysian Red Cresent, 2016). Hal ini yang demikian agar mangsa mendapat rawatan
susulan yang lebih sempurna daripada pihak hospital. Seperti yang telah dinyatakan tadi, ahli
pertolongan cemas bukanlah individu yang profesional dan pakar dalam bidang perubatan.
Maka, peranan ahli pertolongan cemas ialah hanya perlu memberi bantuan rawatan
kecemasan kepada pesakit berlandaskan prinsip am pertolongan cemas dan prinsip
pengurusan situasi kecemasan.

7
2.5 Definisi dan Konsep Pencegahan Keselamatan.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keepat (2007), pencegahan kecederaan bermaksud


mencegah atau mengelakkan daripada berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika
melakukan sebarang aktiviti. Setiap aktiviti yang dilakukan mestilah mempunyai peraturan-
peraturan yang tersendiri bagi mencegah berlakunya kemalangan yang tidak diingini berlaku.
Sebarang aktiviti dan kegiatan yang perlu dititik beratkan bagi aspek pencegahan kecederaan
dan keselamatan ialah antaranya di air, di rumah, di jalan raya serta taman dan padang
permainan. Oleh itu, ibu-bapa dan guru berperanan penting untuk memupuk nilai menjaga
keselamatan dalam diri anak-anak mahupun murid-murid.

Untuk keselamatan pula bermaksud sesuatu perkara atau langkah yang diambil bagi
menjaga keselamatan atau keamanan diri, keluarga, masyarakat dan negara (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2007). Untuk aktiviti lasak seperti aktiviti air, mendaki gunung, berbasikal dan
sebagainya, faktor keselamatan amat penting bagi mencegah perkara yang boleh
memudaratkan diri sendiri.

Sebagai contoh iaitu semasa melaksanakan aktiviti air. Menurut Charlotte (2012),
potensi bahaya yang mungkin ada di kolam tersebut mampu mendatangkan kecelakaan dan
kecederaan ke atas pengunjungnya. Antara potensi bahaya tersebut ialah, lantai licin dan
seramik pecah yang mana boleh menyebabkan seseorang jatuh dan terluka. Malahan, kes
lemas banyak berlaku di kolam renang juga. Maka, pencegahan terhadap situasi yang
berbahaya ini perlu dilakukan seperti menilai terlebih dahulu keadaan persekitaran kawasan
air tersebut. Bukan itu sahaja, kita perlu peka bahawa terdapat ahli yang bertugas memantau
persekitaran kawasan air tesebut juga.

Selain itu, aktiviti mendaki gunung merupakan salah satu aktiviti di mana aspek
pencegahan keselamatan amat penting dilaksanakan. Aspek yang perlu diambil kira sebelum
melakukan aktiviti mendaki ini ialah sentiasa dalam berkumpulan. Apabila berkumpulan, tidak
ada seseorang pun yang terkecuali. Aktiviti mendaki ini mestilah diiringi oleh orang yang mahir
berkenaan dengan hutan atau dikenali sebagai ranger. Setiap perjalanan mestilah mempunyai
perhentian bagi memastikan tidak ada yang tertinggal dan cedera. Oleh itu, barang yang paling
penting dibawa ketika aktiviti ini ialah barang perubatan iaitu first aid kit. Dengan ini, aktivti
dapat berjalan dengan lancar.

8
2.6 Langkah-langkah Keselamatan kepada Penyelamat dan Mangsa.

Pengurusan keselamatan yang berkesan dan cekap sudah pasti mempunyai langkah-
langkah yang sistematik. Kepentingan langkah-langkah keselamatan dalam perbincangan
pada kali ini ialah merujuk kepada skop pertolongan cemas bagi pihak penyelamat dan
mangsa. Menurut Azizah (2012), ahli pertolongan cemas perlu mengamalkan tindakan
memeriksa atau menilai, memanggil dan menjaga (3C = check, call, care) sebagai langkah
keselamatan yang cekap. Hal ini yang demikian agar proses pertolongan cemas dapat
berjalan dengan lebih teratur serta dapat menjamin keselematan terhadap kedua-dua pihak
tersebut.

Langkah pertama iaitu menilai, penyelamat perlu memeriksa dan menilai persekitaran
sekeliling serta keadaan mangsa. Tindakan yang boleh dilaksanakan ketika membuat
penilaian ialah dengan menggunakan pelan tindakan jika merbahaya dan mengancam nyawa
(DRABC). Tindakan yang perlu dijalankan ialah mengikut turutan huruf DRABC tersebut.

Penyelamat perlu memastikan keadaan mangsa, persekitaran dan diri penyelamat


adalah selamat pada langkah D (danger). Hal ini agar apa-apa perkara yang boleh
mendatangkan bahaya tidak berlaku terhadap penyelamat dan mangsa. Kedua iaitu R
(response), penyelamat perlu mendapatkan respon daripada mangsa sekiranya sedar. Tetapi,
sekiranya mangsa tidak memberi respon ini bermaksud mangsa tersebut tidak sedarkan diri
atau pengsan. Oleh itu, penyelamat perlu beralih ke langkah yang ke seterusnya iaitu langkah
A (Airway). Penyelamat perlu memastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan.
Kemudian langkah B (breathing), penyelamat perlu memeriksa sama ada mangsa bernafas
ataupun tidak. Akhir sekali iaitu langkah C (circulation), penyelamat perlu membuat
pemeriksaan terhadap pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher misalnya.

Seterusnya, penyelamat perlu membuat panggilan kecemasan atau membuat


panggilan terhadap mana-mana orang yang mudah membawa mangsa tersebut pergi ke
hospital. Langkah ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera agar keadaan mangsa tersebut
tidak bertambah buruk akibat disebabkan lambat mendapatkan rawatan yang sempurna.
Contoh yang lainnya pula, penyelamat berhadapan dengan mangsa yang tidak bernafas, nadi
tidak berdenyut dan tidak sedarkan diri. Maka, penyelamat perlu melakukan rawatan
pemulihan kardiopulmonari iaitu CPR tanpa henti semasa menunggu ketibaan ambulans. Hal
ini bertujuan untuk meransang pernafasan dan denyutan nadi mangsa kembali berfungsi.

Selain itu, penjagaan ke atas mangsa perlu mengambil kira aspek keselamatan kendiri
juga. Menurut Malaysian Red Cresent (2016), kelengkapan kit pertolongan cemas memberi
kelebihan kepada ahli pertolongan cemas atau penyelamat untuk memudahkan rawatan
dilakukan ke atas mangsa dan memastikan keselamatan diri terjaga juga. Contohnya,

9
penyelamat menggunakan Masker CPR iaitu alat bantu pernafasan buatan bagi melakukan
hembusan nafas dari mulut penyelamat ke mulut mangsa. Alat tersebut berfungsi untuk
menghindari sentuhan secara terus ke atas mangsa. Bukan itu sahaja, penyelamat perlu
mengelakkan luka mangsa yang tercedera terkena pada mana-mana bahagian tubuh
penyelamat. Oleh itu, penyelamat perlu mempunyai kelengkapan seperti sarung tangan bagi
mengurus mangsa yang tercedera. Sebaik-baiknya penyelamat perlu menggunakan sarung
tangan getah. Hal ini dapat mengelakkan mangsa dan penyelamat daripada terkena apa-apa
jangkitan penyakit yang tidak diduga. Maka, penyelamat perlu bertindak dengan bijak dan
berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan bagi menjaga keselamatan diri dan mangsa.

Dengan tindakan yang telah dinyatakan, keadaan mangsa dapat dikenal pasti dan
dapat mengelakkan situasi yang lebih buruk berlaku. Kecekapan penyelamat dalam
melakukan langkah penilaian dengan sistematik mampu menjamin keselematan terhadap
kedua-dua pihak tersebut.

10
3.0 Langkah-langkah dan Prosedur Rawatan Dalam Situasi Kecemasan.

Pada Oktober 2016, negara dikejutkan apabila seorang murid tahun 6, tertusuk gunting
di bahagian kening semasa kelas pendidikan seni. Dalam kejadian itu, gunting yang
dipegangnya terjatuh lalu tertusuk mata kanannya. Situasi cemas apabila berlaku
pendarahan dan murid tersebut tidak sedarkan diri.

Kes ini telah berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu,
pihak sekolah dan guru secara langsung terlibat dalam menangani masalah ini. Situasi ini juga
secara langsung membuatkan murid-murid yang lain cemas dan sebagainya. Oleh itu,
tindakan pertama yang guru perlu ambil ialah mengarahkan murid-murid lain keluar daripada
bilik darjah dan memanggil guru lain yang berdekatan bagi menilai situasi yang telah berlaku.

Selepas mengawal keadaan yang berlaku di dalam kelas, guru dengan segera
mengurus murid yang tercedera tersebut serta mengarahkan seorang lagi guru untuk
menyediakan kenderaan untuk membawa murid tersebut ke tempat perubatan yang
berdekatan. Dalam situasi kecemasan ini, antara langkah pendekatan pertolongan cemas
yang sesuai yang perlu dijalankan ialah DRABC, TOTAPS, dan melakukan kaedah
pembebatan dan balutan terhadap pendarahan yang serius berlaku ke atas pelajar tersebut.

DRABC

D merujuk kepada Danger. Guru perlu memastikan keadaan persekitaran murid yang
tercedera bebas daripada sebarang ancaman bahaya yang boleh memburukkan lagi keadaan
yang sedang berlaku. Sekiranya, murid berada di tempat yang kurang selesa dan selamat.
Maka, guru perlu mengalihkan murid tersebut ke tempat yang lebih selamat dan mudah bagi
guru untuk melakukan rawatan sementara. R pula Response yang merujuk kepada tindak
balas murid. Untuk mendapatkan respon daripada murid tersebut, guru mestilah bertanya.
Sebagai contoh, Awak okay?. Tetapi dalam kes yang berlaku ini, murid tidak sedarkan diri.
Maka, guru perlu membuat panggilan kecemasan seperti ambulans dengan secepat mungkin
bagi mendapatkan pertolongan rawatan yang lebih sempurna daripada pakar perubatan
ataupun doktor.

Langkah yang seterusnya ialah A iaitu bermaksud Airways. Langkah ini bertujuan bagi
memastikan pernafasan mangsa tidak mengalami sebarang gangguan dan halangan yang
boleh menjejaskan keluar atau masuk udara ke dalam paru-paru. Guru perlu memastikan

11
saluran hidung dan mulut mangsa tidak mempunyai apa-apa halangan. Setelah itu, guru perlu
melonggarkan pakaian mangsa terutamanya pada bahagian leher mangsa seperti, tali leher
dan membuka butang baju mangsa. Hal ini agar dapat memberi keselesaan kepada murid dan
memudahkan guru untuk memberi rawatan yang selanjutnya.

Kemudian, langkah B iaitu Breathing. Langkah ini bertujuan bagi melakukan


pemeriksaan terhadap pernafasan mangsa sama ada bernafas ataupun tidak. Guru perlu
melakukan pemeriksaan tersebut dengan menggunakan kaedah 3M iaitu melihat, merasa dan
mendengar. Selepas itu, langkah terakhir bagi menilai keadaan mangsa ialah langkah C iaitu
Circulation. Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memeriksa keadaan denyutan nadi mangsa
sama ada berdenyut ataupun sebaliknya. Guru perlu memeriksa nadi murid yang tidak sedar
tersebut pada bahagian karotid.

Setelah guru melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan tadi. Guru perlu
membuat keputusan mengenai kaedah rawatan yang bersesuaian dengan gejala dan tanda
kecederaan murid tersebut. Sekiranya guru mendapati murid yang tidak sedarkan diri tersebut
tidak bernafas dan mempunyai denyutan nadi. Maka, guru perlu menjalankan Pemulihan
Kaedah Hembusan (EAR) iaitu salah satu kaedah pemulihan kardiopulmonari. Sebaliknya,
sekiranya guru mendapati murid bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi. Maka, guru
perlu menjalankan Pemulihan Kaedah Tekanan Jantung (ECC). Tetapi, sekiranya guru
mendapati kes yang berlaku ke atas mangsa menyebabkan mangsa mengalami masalah
kedua-duanya sekali, iaitu tidak bernafas dan nadi tidak berdenyut. Maka, kaedah Pemulihan
Sistem Jantung dan Paru-paru (CPR) perlu dilaksanakan ke atas murid tersebut. Pendek kata,
guru perlu mengetahui ketiga-tiga kaedah pemulihan kardiopulmonari tersebut bagi
menyelamatkan nyawa murid yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menilai Tahap Kecederaan (TOTAPS)

Kes yang berlaku sebagaimana yang diketahui ialah melibatkan pendarahan pada bahagian
kening murid tersebut. Menurut Zainudin (2011), prosedur pengurusan kecederaan
menggunakan kaedah TOTAPS iaitu penilaian tahap kecederaan merupakan pendekatan
rawatan pertolongan cemas yang teratur dan berkesan. Oleh itu, pendekatan TOTAPS perlu
dilakukan oleh guru ke atas murid tersebut setelah selesai memberi rawatan DRABC.

T = Bercakap (Talk) S = Kemahiran (Skill)


O = Memerhati (Observe) P = Pasif (Passive)
T = Sentuhan (Touch) A = Aktif (Active)

12
Bagi kaedah T (bercakap), guru hendaklah bercakap dan bertanya kepada murid
mengenai keadaan murid. Contoh soalan, Bagaimana kamu boleh tercedera?. Teknik
pertanyaan tersebut secara langsung dapat memudahkan guru untuk memahami kejadian
yang berlaku sehingga menyebabkan murid tersebut tercedera. Melaluinya juga, guru dapat
mengetahui lebih lanjut punca kecederaan bagi mengukuhkan lagi kenyataan guru bagi
melaporkannya mengenai isu yang berlaku kepada pihak yang berkewajipan seperti pihak hal
ehwal murid dan pihak hospital. Tetapi sebagaimana yang diketahui bahawa murid tersebut
tidak sedarkan diri. Maka, guru perlu beralih kepada langkah O iaitu memerhati.

Bagi kaedah O (memerhati), guru hendaklah memerhati keadaan pendarahan murid


sam ada serius ataupun sebaliknya. Malahan, pemerhatian yang dibuat oleh guru perlulah
menyeluruh ke semua anggota tubuh badan murid serta tingkah laku murid, dan hendaklah
mematuhi peraturan dan berpandukan prinsip pengurusan situasi kecemasan. Hal ini yang
demikian kerana dibimbangi terdapat kesan kecederaan yang lain ataupun isu terlepas
pandang ke atas mangsa. Maka, guru perlu sangat teliti ketika membuat pemerhatian ke atas
murid tersebut.

T yang seterusnya ialah menyentuh. Langkah ini bertujuan bagi mendapatkan respon
daripada mangsa sama ada sakit ataupun tidak terhadap kesan kecederaan yang dialaminya.
Tetapi, dalam kes yang berlaku ke atas murid yang tidak sedarkan diri. Maka, guru perlu
merawat kecederaan tersebut tanpa banyak karenah seperti membalut luka pendarahan pada
kening murid tersebut. Hal ini bagi mengelakkan masalah pendarahan yang lebih serius.

Langkah yang seterusnya ialah A iaitu aktif. Langkah ini dibuat bagi mengesan tahap
kecederaan mangsa dengan menggerakkan bahagian tubuh badan yang mengalami
kecederaan. Namun, tindakan tersebut hanya boleh dilakukan oleh mangsa yang sedarkan
diri. Untuk kes ini, sudah pasti bahagian tubuh tidak berlakunya apa-apa kecederaan dalam
kata lain murid tersebut berda dalam keadaaan pasif. Disebabkan keadaan murid itu serius,
guru perlu memastikan murid tersebut dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang
lebih sempurna daripada pihak profesional seperti doktor.

Pembebatan dan Balutan.

Bagi mengelakkan keadaan murid tersebut bertambah serius, pembebatan dan


balutan penting bagi mengelakkan masalah pendarahan. pembebatan adalah proses menutup
luka bagi menghindarkan kotoran dan jangkitan kuman. Hal ini kerana luka-luka tidak wajar
didedahkan disebabkan ia mudah dijangkiti kuman atau dicemari oleh kekotoran yang boleh
membiak dan menjalar ke tisu-tisu yang akhirnya menyebabkan luka bernanah, menjadi teruk
(Mohdzir, 2015).

13
Untuk kes murid ini, kening murid tersebut tercucuk gunting. Perkara yang boleh dibuat
oleh guru ialah menyediakan kain pembebat berbentuk cincin/donut. Pembebat cincin ini boleh
dihasilkan melalui mana-mana kain asalkan dalam keadaan yang bersih. Sebelum
membebatkan luka murid tersebut, basuh luka itu terlebih dahulu. Selepas itu barulah tebat
menggunakan kain pembebat berbentuk cincin ini. Selepas itu berdasarkan Malaysian Red
Cresent (2016), pembalutan haruslah dilakukan selepas melakukan pembebatan bagi
mengekalkan pembebat tersebut di bahagian terbabit sebagai contoh di kening murid tadi.
Selain itu, balutan ini juga dilakukan untuk memberi tekanan di kawasan yang tercedera.
Contoh kain pembebat berbentuk cincin/donut seperti rajah 3.0.

Rajah 3.0

Akhir sekali, Guru perlu mengambil kira aspek kedudukan tubuh badan mangsa bagi
meminimumkan lagi pendarahan. Langkah yang boleh dibuat iaitu dengan memastikan
kedudukan kepala mangsa berada pada bahagian yang lebih tinggi berbanding aras jantung
dalam keadaan mangsa sedang terbaring. Guru perlu meletakkan sesuatu yang boleh
menyokong kepala murid tersebut seperti bantal ataupun meletakkan kepala murid tersebut
pada bahagian peha guru. Maka, tindakan tersebut akan menyebabkan pengaliran darah
melalui bahagian kepala mangsa adalah bertekanan rendah. Pendek kata, tekanan aliran
darah yang rendah pada bahagian kepala mangsa mampu mengurangkan kesan pendarahan.

14
4.0 Kepentingan Pendekatan Rawatan yang Sistematik dalam Situasi Kecemasan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sistematik membawa maksud perkara
yang bersistem dan berorganisasi. Menurut Zulkifli (2014) pula, perkataan sistematik
membawa maksud sistem, berstruktur, berorganisasi dan berstandard. Maka, pendekatan
rawatan yang sistematik yang digunakan dalam situasi kecemasan merupakan suatu
pendekatan yang mempunyai prosedur-prosedur yang tetap dan ianya perlu dipatuhi.
Terdapat beberapa kepentingan pendekatan rawatan yang sistematik diaplikasikan dalam
situasi kecemasan.

Antara kepentingannya ialah dapat menilai keadaan situasi kecemasan yang


melibatkan diri, mangsa dan persekitaran. Sebagai contoh, penyelamat perlu memastikan
situasi diri, mangsa dan persekitaran dalam keadaan yang selamat. Hal ini bagi mengalakkan
halangan yang berlaku ketika melakukan pertolongan cemas ini. Di samping keselamatan
mangsa, keselamatan diri mesti diambil kira terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada
berlakunya situasi yang lebih buruk.

Seterusnya ialah menjamin aspek keselamatan penyelamat dan juga mangsa. Sebagai
contoh apabila berlakunya kes yang melibatkan CPR dilakukan. Bagi mengelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku seperti Aids dan sebagainya, semasa melakukan nafas mulut ke
mulut terdapat peralatan yang digunakan seperti Masker CPR iaitu alat bantu pernafasan.
Sekiranya tidak ada peralatan tersebut, kaedah lain boleh digunakan seperti botol. Oleh itu,
keselamatan penyelamat dan mangsa dari segi kesihatan dapat terjamin.

Bukan itu sahaja, pendekatan rawatan sistematik sangat penting untuk mengelakkan
kecederaan bertambah parah dan tempat kecederaan dijangkiti kuman atau mangsa
kecemasan menjadi lumpuh. Hal ini juga telah dijelaskan dalam kaedah pembebatan dan
pembalutan ke atas mangsa yang tercedera. Maka, teknik dan cara pembebatan dan balutan
yang betul dan teratur dapat meminimunkan tahap kecederaan mangsa.

Oleh itu, pendekatan rawatan sistematik sangat penting untuk memastikan


keberkesanan teknik dan cara pertolongan cemas tercapai. Hal ini yang demikian tujuan
pertolongan cemas dilakukan ialah untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Malahan, kelebihan
pendekatan ini juga dapat memberikan memudahkan kerja-kerja pihak profesional seperti
pihak hospital dan pihak polis. Sebagai contohnya, polis dapat melakukan siasatan terhadap
punca dan gejala yang menyebabkan masalah berlaku ke atas mangsa. Oleh itu, setiap situasi
kecemasan yang menyebabkan kecederaan atau apa-apa keadaan kecemasan yang
berpotensi untuk mengancam nyawa seseorang perlu berpandukan pendekatan rawatan
sistematik sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

15
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pengetahuan pertolongan cemas ini amat penting bagi menangani


pelbagai situasi kecemasan. Individu yang mempunyai pengetahuan ini mungkin akan
menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan pada suatu hari nanti. Bagi
kekeluargaan, paling tidak terdapat salah seorang yang mempunyai pengetahuan pertolongan
cemas ini. Kecemasan boleh berlaku dimana-mana sahaja tidak kira tempat. Rawatan awal
mengikut prosedur yang ditetapkan akan melancarkan proses pertolongan cemas. Oleh hal
yang demikian, sebagai seorang guru mestilah mengetahui asas pertolongan cemas ini kerana
sikap murid tidak dapat dijangka. Oleh itu, bak kata pepatah Sediakan Payung Sebelum
Hujan.

16
Rujukan

Azizah. (2012). Pertolongan cemas dan rawatan kecemasan. Petaling Jaya: Golden Books
Centre.

Charlotte. (2012). Berenang Siri Sukan dan Tubuh Kita. Kuala Lumpur: ITBM.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohdzir. (2015). Buku teks untuk ahli belia PBSM: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Cerdik Publications Sdn Bhd: Shah Alam.

Malaysian Red Cresent. (2016, Mac 15). Traning and Development. Dimuat turun pada 7
Ogos 2017 daripada Malaysia | International Committee of the Red Cross:
http://www.redcrescent.org.my/

St. John Ambulance. (2013, Februari 23). Helping the Nation Save Lives Since 1877 - St
John Ambulance. Dimuat turun pada 5 Ogos 2017 daripada St John Ambulance - the
nation's leading first aid charity: https://www.sja.org.uk/sja/default.aspx

Zulkifli. (2014). Analisa terhadap perlaksanaan pendekatan latihan secara sistematik di


dalam pengurusan Latihan. Kuala Lumpur: Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.

17