Anda di halaman 1dari 5

TAJUK SYARAHAN

Kebaikan Atau Keburukan Media Social Dalam Kalangan Remaja

Yang di hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Timbalan

Pengarah Akademik, para hakim yang arif, pensyarah-pensyarah serta rakan-

rakan yang saya hormati. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan

saya pada hari ini ialah Keburukan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Para hadirin yang dihormati,

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat.

Kini, media sosial merupakan salah satu saluran rangkaian perhubung dunia

yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan diealisasikan dengan

adanya jaringan internet ini. Teknologi internet ini boleh membawa banyak

juga budaya negative yang meracuni minda remaja masa kini .

Penggunaan Media Sosial mendatangkan kesan negatif iaitu

penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak

penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes

penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan.

Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman

sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh
rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku

apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms)

untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya.

Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah

dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang

dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga

yang telah menjadi mangsa rogol.

Selain itu, penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja

menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang

menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik

minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan

berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan

mereka.

Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan

kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan

menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang

diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran. Apabila berlangsungnya

sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan

sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah


dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang

kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya

yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman

menyebabkan seseorang itu membazir masa.

Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan.

Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengena

diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan

secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini.

Pelajar-pelajar yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu

dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu

sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain

pula. Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang banyak

kepada masyarakat Negara ini.

Pelajar sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet

sebaik sahaja mereka pulang dari kolej. Lihat sahaja cafeteria siber yang penuh

sesak dengan remaja kita itu baik di Bandar mahupun di desa. Semuanya

menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja selain

menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari internet.

Remaja seolah-plah menganggap melayari internet lebih penting daripada


menebah pelajaran atau menghabiskan masa membuat latihan yang diberikan

oleh pensyarah mereka.